Saturday, July 27

Kekuatan Umat Islam Pada Solat Subuh.



" Quran Fajar = Solat Subuh "

Alhamdulillah. Syukur masih lagi diberi nikmat oleh Allah. Mampu untuk lakukan kerja harian kita, semua itu berlaku hanya dengan izinNya.

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk kalian semua. InsyaAllah.

Bagaimana dengan iman kita hari ini? Di saat umat islam di seluruh dunia di uji. Di Palestin, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Umat islam diseksa,dibunuh,dirogol dan di uji imannya. Semua itu ujian dari Allah untuk hambanya. Nak tengok sejauh mana keimanan kita. Rasa syukur kita bagaimana.

Ini kisah Solat Subuh. Kenapa Solat Subuh?

Semua orang tahu bahawa jika solat subuh jemaahnya penuh seperti solat jumaat maka musuh Islam akan gentar dan ketakutan. Kenapa? Sebab mereka tahu waktu itu umat islam sudah kuat. Solat subuh dan kekuatan islam? Apa kena mengena?

Solat subuh ni adalah solat yang paling berat kita nak buat secara berjemaah. Betul tak? Lebih lagi di zaman sekarang ni, kerja lewat, makan lewat, keluar lewat malam, tidur lewat. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Dan menyebabkan kita terlajak subuh atau kita solat sendirian kerana tak sempat ke masjid/ surau untuk berjemaah.

Tiada siapa sedar bahawasanya siapa yang solat subuh berjemaah ini berada dalam jaminan Allah. Seharian itulah kita berada dalam jaminan Allah. Rasulullah bersabda :

 “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah tahu bahawa solat subuh adalah yang berat bagi umatnya. Sebab itu banyak kelebihan dan fadhilatnya bila kita mampu untuk solat subuh berjemaah. Nak bangun pagi dan mandi itu pun ujian bukan untuk kita?

Allah berfirman :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” – (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Kebanyakkan peperangan umat islam terdahulu menang kerana mereka menjaga solat. Khalifah-khalifah hebat semuanya menjaga solat. Baik solat sepertiga malamnya atau solat subuhnya. Sebab mereka yakin dengan janji Allah. Jaminan tu!

Dan jangan kita hairan kenapa sekarang umat islam seperti dicarik-carik, dirobek-robek dengan musuh-musuh islam. Sebabnya solat kita. Hubungan kita dengan Allah taknak jaga. Pandang ringan pada solat. Dan dalam hadis Nabi juga ada mengatakan bahawa solat paling berat bagi orang munafiq ialah isya dan subuh!

Semua orang tak suka bila digelar munafiq bukan? Tapi cuba kita audit diri kita. Tanya. Jangan nafikan. Mengakulah kesalahan kita tu dan cuba berubah. Bukannya biarkkan. Kita sekarang banyak sangat memanjakan diri kita. Biarkan saja kesalahan itu berterusan, tiada perubahan nak dilakukan. Kau inginkan syurga, tetapi tidak pernah ada usaha ke arahnya. Mana boleh macam itu. Lihat sahabat Nabi, berapa banyak pengorbanan mereka untuk mendapat jaminan syurga?

Jadi jom kita buat anjakan paradigma sikit. Bukan untuk kita saja, tetapi untuk anak-anak dan cucu-cucu kita dan seluruh umat islam. Biasakan diri untuk bangun solat subuh, latih diri kita, isteri dan anak-anak. InsyaAllah kekuatan itu akan datang. Bukan cerita bohong ni. Semoga kita terus dapat istiqomah dalam menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Jom kita dengar sedikit kelebihan dan fadhilat solat subuh dari Ustaz Uda Kassim ni. Tak rugi pun mendengar tazkirah. Free je. Siap boleh dapat pahala lagi berada dalam majlis ilmu. Pelik orang sekarang suka nak mengumpul duit yang selalu habis dari pahala yang tak pernah putus dan takkan habis.




Semoga menjadi amalan untuk kita semua yea.

Terima kasih kerana sudi membaca.

2 comments:

BeSt 4 me: