Monday, September 16

Siapakah Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan dan rezki yang melimpah ruah. Serta keupayaan untuk kita menaip dan berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad. Majlis berlangsung di 3 Masjid iaitu Masjid Baitul Aman Ampang, Masjid Negeri Shah Alam dan Masjid Al Falah Usj. Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berada di Majlis yang penuh keberkatan ini. Ramai ulama dari merata negara hadir bagi memeriahkan dan menyampaikan mutiara-mutiara kata mereka.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Imam Abdullah ini? Di sini saya boleh berkongsi serba sedikit tentang beliau.

Nama : Al-Imam Al-'Allahmah Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

- Lahir di Subair, salah satu Kota Tarim di Hadramaut Yaman.

- Dilahirkan pada 5 Safar tahun 1044H dan dibesarkan di Kota Tarim.

- Beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan kedua matanya tidak dapat melihat(buta). Tetapi Allah telah membuka pintu hati beliau lebih daripada orang yang diberi penglihatan.

- Di masa kecilnya, beliau mengerjakan solat sunat Dhuha sebanyak 100 rakaat pada setiap hari. Oleh kerana itu Allah memberinya kedudukan 'Wali Al-Quthub' sejak usia remajanya.

- Pada waktu kecil lagi beliau sudah dapat menghayati surah Yaasin, dan bila membacanya beliau sangat terpengaruh dan menangis semahu-mahunya.

- Sering melawat kubur pada hari Jumaat petang selepas Asar dan juga Selasa petang.

- Beliau sering berwirid dengan kalimah "Laa Ilaaha Illallah" sebanyak 1000 kali. Pada bukan Ramadhan pula sebanyak 2000 kali setiap hari. Dan menyempurnakan sebanyak 70 000 pada enam hari di Bulan Syawal. Dan mengucapkan juga "Laa Ilaaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubiin" sebanyak 100 kali lepas Zohor.

- Beliau sering berpuasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.

- Beliau sangat istiqamah dalam mengikuti semua jejak datuknya Rasulullah S.A.W.

- Antara guru-guru beliau ialah Sayyiduna Al-Quthub Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas, Al-Habib Al-'Allahmah Agil bin Abdurrahman As-Segaf, Al-Habib Al-'Allamah Abdurrahman bin Syeikh Aidid, Al-Habib Al-'Allamah Sahl bin Ahmad Bahsin Al-Hudayli Ba'alawi dan ramai lagi.

- Karya-karya beliau ialah Ar-Risalah Adab As-Suluk Al-Murid, Ar-Risalatul Al-Mu'awanah, An-Nafaais Al-'Ulwiyah Fi Al-Masailis As-Sufiyah, Sabiilul Iddikar, Al-Ithaaf As-Saail, At-Tatsbiitul Fuaad, Ad-Da'wah At-Taamaah, An-Nasaih Ad-Diiniyah dan sebagainya.

- Wirid yang sangat terkenal iaitu Ratib Al-Haddad yang beliau susun pada malam LailatulQadar.

- Beliau wafat pada hari Isnin malam Selasa tanggal 7 Dzulqa'dah 1132H.

Semoga Allah merahmati beliau dan meredhainya serta memberi kita manfaat dan barakah beliau. Amiin Allahumma Amin.

Itulah dia serba sedikit pengenalan tentang Imam yang mulia ini. Semoga bermanfaat buat kita semua dan semoga kita dapat lebih mengenali beliau. Banyak keberkatan dan kelebihan jika kita mencintai orang-orang yang soleh nie. Selagi kita masih ada nyawa dan kudrat, dekati lah mereka. Ambillah ilmu dari orang-orang yang soleh. Ulama-ulama. Ilmu yang mereka ada sungguh bermakna! Ilmu supaya kita nampak jalan dunia dan akhirat.

Wallahualam.

p/s : jika ada kesilapan sila perbetulkan yea. InsyaAllah sama-sama kita belajar.