Friday, October 12

Adab Kita Dengan Guru.


sumber : facebook

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.

Sekarang ini ramai yang sudah dekat dengan agama. Ramai yang sudah kunjungi masjid,surau untuk mendengar ceramah, kuliah atau belajar agama dengan guru-guru seperti di atas. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berguru dengan mereka semua.

Kita semua memang saya pada para guru. Sayang sangat. Ada yang kita sekarang suka bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Bersalaman untuk keberkatan. Tapi ada yang diantara kita lupa adab kita pada guru. Sebab terlalu seronok dan sayang pada guru sampaikan kita lupa untuk menjaga hati guru kita. Jangan sesekali bagi guru kita berkecil hati, takut keberkatan ilmu kita dapat tu hilang nanti.

Jadi apa kata kita menjaga adab kita dengan guru. Jangan kerana terlalu 'sayang' itu sampai kita lupa akan adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu kita jaga bila dengan guru ialah :

  • Apabila bertemu dengan guru maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
  • Jangan memperbanyakkan percakapan di hadapan guru.
  • Jangan bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan bertanya kepada guru sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui dari gurunya.
  • Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  • Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  • Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa A.S bagi Nabi Khindir A.S seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia
 membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar". ( surah al-Khafi ayat 71)

  • Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu. Kerana  ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Jadi itulah antara adab-adab kita dengan guru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dan supaya kita semua dapat menjaga adab kita dengan guru. Jangan buat macam kawan-kawan, cakap tak berlapik. Bergambar kita pun sampai letak tangan atas bahu guru. Kan tak beradab tu. Walaupun guru kita itu mesra dan nampak macam tidak kisah, tetapi kita tidak tahu hatinya macam mana. Guru ni akhlak dia mulia, takkan dia nak tolak saja-saja permintaan anak murid dia. Mesti dia akan tunaikan.

Tapi bila dia dah tunaikan, jangan pula kita ambil kesempatan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dalam mencari ilmu. Dan semoga semua istiqomah dan dapat beramal dengan ilmu yang kita perolehi yea. InsyaAllah.

Sumber : Kitab Bidayatul Hidayah.

p/s : Bila pergi menutup ilmu tu, tinggalkan lah dunia ni kejap. Tutup atau silentkan handphone anda tu.

"CAKAP BIAR TERASA"

Wednesday, October 3

Sehari Bersama THE DENTIST (part 4)





Alhamdulillah. Diberi kesempatan lagi untuk update blog.

Rasa dah lama tak bercerita tentang progress gigi saya ni. Sebenarnya dah jauh dari kisah yang PART 3 dulu. Yup dari treatment masa tu, gigi saya belum diketahui lagi dicabut sebelah mana. Dan setelah beberapa minggu lepas itu barulah gigi dicabut.

Dan untuk pengetahuan semua, gigi saya telah pun hilang 4 batang sekali. Minggu pertama, doktor cabut 2 batang dulu, dan masuk minggu seterusnya 2 batang lagi. Semuanya bersebelahan dengan gigi taring. ( maaflah gambar takde, segan aihhh.. macam orang tua dah )

Cabut gigi ni di hospital kerajaan, sebabnya murah. Sebatang seringgit je. Kalau dekat klinik swasta paling rendah RM80. Beza kan? Padahal sakitnya sama jek, takde beza pun. Cuma cara cabutan tu, doktor dari hospital kerajaan ni dia ranggi sikit. Jadi sukahati pulas gigi tu nak bagi cabut. Serius ngeri tengok!

Tapi memandang masa tu dapat doktor perempuan muda, pandai lak pujuk jangan takut. Sejuk hati. Tapi serius kalau tengok playar nak cabut tu, mau angkat kaki je.

Haa..itu lah playarnya!

Tapi jangan risau, takkan sakit. Sebab dah ada bius kan, tapi 24jam lepas itu pandai-pandai korang lah tanggung sakitnya. Nak makan susah, minum jelah. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Selesai saja ke semua gigi dicabut, maka hilang lah penderitaan yang dinantikan.

Kalau setakat gigi sengal-sengal bila tukar wire baru tu dah biasa, tapi hilang gigi nie luarbiasa sikit. Kena banyak-banyak bersabar.

Perkara yang biasa akan kena pada pemakai braces ni ialah bibir luka sebab bergesel dengan besi, dan selalu jugak akan tumbuh ulser, jadi banyakkan minum air, pastu bibir akan selalu kering, lidah pun boleh luka,dinding pipi yang kat dalam tu pun boleh luka. Macam-macam lah. Susah nak makan, cakap kadang-kadang macam pelat sikit. Itu normal la.

Dan sekarang nie, alhamdulillah dah pasang wire baru selepas cabutan gigi. Dan sekarang nak maintain sampai semua tersusun je. Makan masa setahun lebih jugak. InsyaAllah, kalau rasa nak upload gambor wire sekarang ini, nati saya upload la yea. Sebab wire yang baru nie doktor pasang semacam, sebab ada pintal-pintal nk bagi gigi rapat.

Dan juga ada glue diletakkan di gigi belakang, supaya gigi saya atas dan bawah tidak berlaga. Tidak boleh mencengkam dalam erti kata lain. Jadi boleh bayangkan macam mana nak makan bila kita tidak boleh nak mengunyah? Haa. Bayangkan lah sendiri yea.

InsyaAllah nanti akan ada sambungan lagi.

p/s : siapa yang nak pakai braces tu, bila lagi? hehe. (azab cabut gigi dah lepas)