1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
               tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati               kecuali
               Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun               mencabut
               nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada               siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya               "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan               kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,               tidak
mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
               meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup               semula
               di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah)               yang
               rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut               "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah               manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
               hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka               sangat
               takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka               hadapi
               kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti               guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan               besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak               amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka               (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 
trimass for da info bro!
ReplyDeletehurmm, thanks utk post nie.. rasa takut je pas baca~..
ReplyDeletehope pasni, ko leh p'banyak kan info2 islamic camnie.. at least leh dikongsikn dgn follower2 ko (antaranya aku..)
hurmm.. k, hepi blogging..