Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, November 30

HP SAUCE & TOBASCO SAUCE TIDAK HALAL?

Sedap jugak sos ni, sedap jugak sos tu. Makan dengan sos memang penuh kenikmatan yea?

Kadang-kadang tu kalau takde sos, memang takde selera la nak makan dan macam-macam lagi alasan. Dan bila dah dapat sos tu memang dah tak pandang kiri kanan, jenis sos apa yang kita makan pun kita taktau kan? Janji sedap, perut kenyang. Dah selesai.

Korang tau kan apa kesan kalau kita makan makanan yang mempunyai kandungan yang bukan-bukan? Dan besar kemungkinan akan memberi impak pada hati dan tingkah laku kita.  Dan jugak pada keturunan kita.  Perkara yang sama jugak, kalau kau dah tau benda tu haram di makan or minum tapi kau redah jugak, cuba tengok ape akibatnye?  Begitu jugak dengan sebaliknya.

Tapi tulah, zaman sekarang nie.  Macam-macam boleh jadi dan banyak sangat agenda untuk merosakkan umat islam nie kan. Kadang-kadang kita kena lihat kenapa keturunan kita ada yang degil, nakal, buat perkara yang tak tentu arah, dan macam-macam lagi lah.  Jangan tengok perkara yang senang nampak jek, tapi tengok pada yang tersirat.  Maybe faktor dari pemakanan dia. Betul tak?

Contohnya macam nie.  Isu HP Sauce dan Tobasco Sauce nie.  Aku terima dari email. Dan telah pun disebarkan.






Pernah nampak sos nie? Tapi aku rasa masing-masing tau kot dekat mana sos nie selalu digunakan.

Pemakanan nie korang jangan buat main-main. Makanan tu nak jadi darah daging kita.  Seumur hidup kesannya nanti.  Jadilah pengguna yang bijak memilih, bukan main bedal ikut perot kita jek.  Zaman sekarang nie ramai orang lebih rela kejar untung dari jaga benda-benda semua ni.  Sebab yang penting keuntungan, orang ramai datang kedai.  Itu yang kebanyakkan tauke nak kan?

Jadi korang kena pandai-pandai tengok, jaga diri.  Tak semestinya dekat situ ramai Melayu makan, dah kira restoran tu Halal.  Ada 1 restoran dekat IOI Mall Puchong, kalau korang nak tau kebanyakkan pekerja adalah Melayu, dan ada jugak Melayu yang makan dekat situ. Siap masa bulan puasa ada buat buffet untuk berbuka puasa lagi. Perkara yang mengelirukan, ialah restoran tu tak diiktiraf kan lagi halal.!  Ini sendiri diakui oleh dorang dekat fan page Little Pantry.  Memang dia cakap yang tukang masak tu chef Melayu, tapi korang sendiri boleh pikirkan kandungan bahan lain macam mana?

Renung-renungkan.  Tapi serius memang ramai orang Melayu makan situ.  Aku pun hampir-hampir tapi sebab ragu-ragu akan status halalnye, so aku tak jadi makan situ.

Jadi umat islam sekalian, korang kena jadi pengguna yang bijak.  Bukan untuk sekarang tapi untuk generasi akan datang.  Aku rasa sekarang dah makin menjadi-jadi isu bahan makanan ada DNA Babi. Banyak sangat.  Korang still ingat dengan Kluang Rail Station?

p/s : korang rasa macam mana nak makan sekarang dekat luar? ada kepercayaan tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


Sunday, July 10

Antara weekend dan BERSIH 2.0 ( 9 Julai 2011 )

Rasa-rasanya mesti ramai yang mengeluh kan semalam?Banyak program-program yang hangpa nak atur semua tak menjadi, mesti ada yang lambat ke kenduri kahwin, lambat ke tempat kerja, lambat nak berdating.  Semua jadi haru la sebab sekatan jalan raya memang banyak,  dan jalan nak ke Kuala Lumpur pun banyak yang tutup.

Semalam aku pun boleh sangkut dekat highway,  padahal jauh lagi dari KL.  Tapi sekatan dah bermula dari Tol Batu 3.  Fed up jugak rasanye,  tak boleh nak kemana.  Last-last pergi ke putrajaya lagi elok,  takde sekatan.

Rasanya semua orang tau kisah perhimpunan BERSIH yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur semalam kan?  Ingatkan perhimpunan itu diadakan di stadium,  tapi setelah tidak dibenarkan maka di jalanan lah perhimpunan itu diadakan.  Antara 'hot spot' dorang nie ialah di sekitar Puduraya,  Jalan Bukit Bintang,  Jalan Tunku Abdul Rahman dan KL Sentral.

Aku taknak ulas kenapa perhimpunan BERSIH ini diadakan,  takut-takut nanti ada pihak yang salah faham.  Lebih baik mendiamkan diri saja,  korang sendiri tengok video-video yang dirakamkan semalam dan korang sendiri buat lah penilaian yea.






Cukup lah aku rasa setakat itu.  Dan untuk pengetahuan korang antara pemimpin-pemimpin yang ditangkap ialah :

  • Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( KL Sentral ).
  • Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu ( Jalan Mahameru ).
  • Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayu ( KL Sentral ).
  • Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) .
  • Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral)
  • Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral)
  • Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang)
  • Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (Jalan Bukit Bintang)
  • Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid.
  • Exco Pemuda Umno, Lokman Adam.     
 
Korang tak rasa sedih ke bila tengok keadaan macam dalam video tu?  Siapa sebenarnya dalang semua nie?  Takde siapa pun tahu kan.  Tapi yang pasti keadaan sebegini akan jadi lebih teruk lagi di masa akan datang.  Wait and see.  Bukan cerita tipu,  tapi kalau korang tengok yang libatkan diri dalam perhimpunan BERSIH ni ramai jugak yang muda-muda dan kanak-kanak pun ada.  So?  kemungkinan di masa akan datang nanti akan terjadi yang lebih besar dan semakin ramai yang akan libatkan diri.
 
Mungkin sekarang dapat dikawal dan polis dapat elakkan dari berlaku perkara-perkara yang boleh mengugat keamanan negara,  tapi di masa akan datang?  Bila pelapis-pelapis BERSIH yang muda-muda ini bangkit 1 hari nanti, macam mane?  Bayangkan apa yang akan berlaku...
 
Walau macam mane pun sebahagian lagi rakyat Malaysia semalam masih ada lagi yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara ini.  Mesti bersebab perkara ini berlaku..Renung-renungkan lah yea.

p/s :  korang rasa akan lebih ramai tak libatkan diri di masa akan datang nanti?

p/s lagi : aku tak nampak pun ada parang melayang dan sesiapa pun diantara mereka yang pegang parang?  kadang-kadang berita dekat tv pun tak boleh percaya sangat...

Tuesday, February 1

Terkini: Krisis di Mesir. Keadaan sebenar pelajar Malaysia @NajibRazak

Salam semua..

Selamat datang ke bulan baru ( Febuari ).  Pejam celik sekejap jek rasa dah sebulan. Tak panas lagi badan rasanye bila berada di bulan Januari dah tiba bulan Febuari.  Masa sekarang berlalu terlalu cepat,  jadi gunakan lah sebaik yang  mungkin yea.  Jadikan hari-hari anda selalu ceria dan penuh bermakna.  Dan selalu berubah ke arah yang lebih baik.  Takkan life korang nak jadi macam tu jek kan?  Sampai bila?  Think about it.
 
Sekarang aku rasa semua dah baca kisah nasib pelajar kita yang berada di Mesir.  Kan? Krisis yang melanda Mesir menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku.  Pernah korang terpikir nasib pelajar Malaysia yang berada di sana?  Bayangkan saja keadaan tu berlaku pada korang,  dengan family jauh,  nak Contact pun tak boleh...Harapkan kawan-kawan yang ada disana saja untuk bantu sesama sendiri.
 
 
Aku rasa semua dah tahu pasal nie,  tapi aku nak juga sampaikan.  Supaya semua orang tahu,  dan harap blogger-blogger lain pun turut sampaikan.  Petikan ni aku baca dari blog BroNescafeAis dan asalnya adalah dari blog AriffShah

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:


Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.


Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.


Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog
Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.


- Nadia

So what can you do now?

Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.

Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

Share this on Facebook.
 
Harap sangat perkara ni dipandang serius.  Sebelum perkara yang tak di ingini berlaku.  Ada yang orang kata pasal kes rogol tu tak tahu betul ke tidak.  Maybe khabar angin.  Walaupun khabar angin,  tapi ada kemungkinan akan terjadi kan?  Sebelum nasi menjadi bubur,  baiklah bertindak.
Negara-negara lain banyak yang dah pergi ke sana dan mengambil rakyat mereka pulang.  Malaysia bila lagi?

p/s : korang ada kapalterbang lebih?  jom kita pegi sana..

p/s lagi : berdoalah yea supaya saudara kita yang berada disana selamat dan tidak di apa-apakan. Aminnn...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, January 28

Kari Kepala Ikan ke Kari Kepala Manusia?

Salam dan selamat petang..
Baru jek terjaga dari tido. Terus dapat idea nak buat entry,  boleh percaya ka?  Bukan itu sebenarnya,  aku punya la pikir for idea nak buat entry sampailah tertido.  Kadang-kadang bila hangpa tengah keja,  toksah duk ikot sangat nak buat kerja tu.  Bila mengantuk,  ambil la masa sekejap untuk lelapkan mata.  Sebab apa,  nanti bila korang tak buat macam tu,  akan datang penyakit Saki Kepala!  Yang sememangnya aku tengah rasa sekarang,  bila mengantuk dan anda paksa mata anda untuk buka jugak.  Itu sebab Sakit Kepala.

Dah cukup la di situ....

Kenapa tajuk entry aku macam menyeramkan saje?  Banyak sebut KARI disitu.  Sebenarnya aku nak menceritakan pasai Kari Ikan dan Blogger ni.  Pasal yang blogger kena saman tu,  korang dah dengar?


Sedap tak? Perghhh... ( Sumber )

Terasa lapar pulak perot bila tengok Kari Ikan ni. Tapi entry nie bukan resipi untuk Kari Ikan di atas yea,  kalau nak resipi Kari Ikan yang terbaik.  Korang pi la menuntut ilmu di kedai-kedai Mamak yang ada kat Malaysia ye.  Bila dah cukup ilmu gerenti Kari hangpa antara terhebat di benua Asia. 

Oke. sambung balik pasai blogger kena saman ni..

Aku dapat tahu pasai kes ni pun bila terbaca entry oleh ZE.  Aku pendekkan cerita lah pasal isu nie, sebabnya blogger nie ada buat entry 'tak baik' untuk Restoran tersebut.  Setakat itu jelah yea,  kalau korang nak cerita panjang boleh la pi ke blog ZE tadi.

Bagi pendapat aku la kan,  sekarang ni memang senang sangat orang nak ambil peluang dan kesempatan.  Salah sikit saje, SAMAN!..Senang je nak cari duit kan?  Pantang ada orang yang buat silap.  Kita kena tengok juga, nape blogger tu cerita yang buruk-buruk pasai Restoran tu.  Mesti bersebab..  Kadang-kadang layanan dorang ni mungkin menyakitkan hati Customer ke dan sebagainya la.  Kena jugak tengok kelemahan sendiri dan kena terima lah kritikan orang lain.

At the same time juga,  aku rasa blogger nak bersuara pun kena la berpada.  Jangan lah ayat yang digunakan tu sampai nak merosakkan periuk nasi orang lain.  Kena lah berhemah,  lepas tu jangan la diceritakan yang buruk semuanya.  Betul tak?  Korang dah sental makanan kat situ sampai kenyang,  pastu nak buruk-burukkan lagi.  

Rasenya tak pernah lagi dengar kes macam ni.  Baru jek nie.  Lepas ni rasanya mesti ada syarat-syarat baru pulak untuk berblogging hanya kerana orang-orang macam ni.  Bagi aku kalau korang tak puas hati sangat dengan mana-mana Restoran,  nak 'down' kan elok lah tak perlu di sebut nama Restoran tu.

Tak sapa pulak nak saman blogger lepas nie.  Ingat blogger nie banyak duit ke? haha...

p/s : takde pun aku sebut pasai kari kepala manusia kan? kepala blogger tu la nak kena potong..6 juta tu..

p/s lagi : korang rasa sapa yang salah nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, March 26

MEMBUNUH KERANA DENGKURAN?

Salam..Selamat Sejahtera..Moshi2..Gudnite!Erk..Aku dah jadi terbiase lak kluar kan Gud nite last2 words nie, yelah..time malam2 aku dapat buat entry baru. Mane idaknye kan? Setelah 'GB' kembali, rasenya dapat membakar smgt blogger2 yang lain untuk terus bt 'entry' kan? Ehmm, aku sakit hati sket bila adik aku stat balik umah nie! Mule nak berebut2 nak lappy nie..Dia tak tau ke aku nak bt entry penting nie!haha=) Next..

Tadi aku terdengar berita..walaupn sibuk ber'blogging' tapi telinga leh dgo lagi.(tv sblh mate jek)haha..Memang la leh dengar. Kisahnye tentang seorang pelajar Chine nie, leh pulak pegi tikam member dia yg tengah sodap melayan mimpi indah, sambil jln2 kat taman bunge! Sambil berdengkur ala2 kapal 'Titanic' nak berlepas. Huh! Bahaye gak kalau dengkur terlalu kuat nie kan? Boleh mempengaruhi minda seseorang sehingga buleh membunuh!

( rase2 kalau macam nie, aku buh jek 'safety boot' aku dlm mulut dia )

Name student nie Guo Liwei, yang telah menikam kawan dia (Zhao Yan)..Alasan dia mase dibicarakan ialah dia " Give Up" dgo dengkuran member dia nie..Mungkin dah tegur, tapi buat dunno gak! Yelah, camne dia nak control dengkur dia tuh kan? Haha. Tak paham aku, leh sampai tikam.! Senyap terus kan?aman jek rase.. Rase2 lepas nie ade tak cite pasal "anak tikam bapak sebab dengkur?". Kemungkinan ade lepas nie!

Kalau korang nak tau selanjutnye pasal berita nie, jum jengah sinie yea! Bunuh Member Sebab Dengkuran.

That's all.. 

Saturday, February 27

BUDAK ITU DI SEPAK SEPERTI BOLA!

Hari nie buang bayi, besok terajang budak, lusa bunuh mak, dan seterusnya la yang akan menunjukkan makin ramai manusia yang kurang waras sekarang nie (sakit mental la aku rase dorang nie)!

Terkejut aku baca paper hari nie, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal akibat di pukul macam bola!! Dengan sape?teman lelaki mak dia. Umur brape?28 tahun!..Agak2 korang ape dalam fikiran dia masa buat macam tuh?Budak PEREMPUAN tau!..Aku masih berfikir lagi, ape agaknye kesalahan yang 'terlalu' besar sangat sampai diperlakukan macam tu!!
 
( al-fatihah buat adik Syafia Humairah )

Nie la kanak2 itu..Memang KEJAM!!..nape ye tak ditunjukkan muka lelaki tuh??bia 1 malaysia tengok dan boleh gak aku pegi mencari. 

( nie ibunya dan belakang tuh atoknye )

Kalau korang nak tau selanjutnya klik kat  SINI.

-Bila dah dapat tangkap laki tuh,sila2 la tunjuk gambarnye ye!-
- Al-fatihah-

Saturday, February 6

Bayi lelaki yang di liwat~

BinaTang!!..MMg bukan manusia kau nie!Setan tuh!Shuuuhh2..bako kang baru tau!huhuhu..Sampai aku tak sempat nak bagi salam dah nie,sbb marah sangat..sedih..huhuhu..Apalah dosa seorang bayi yang berusia 5bulan??Baru nak kenal dunia..nak kenal mak dan ayahnye..baru nak belajar gerak2 kan kaki..tendang sane,tendang sini..tapi bila dah dilahirkan,didera dan diliwat!!Memang tak geti bersyukur langsung Manusia macam nie!(aku nak pgl manusia pun mcm tak sesuai je).

 
(tomel la dia!!hehehe)
Korang tengok budak macam nie..sanggup tak nak dera??nak liwat??Allah kurniakan kita nie anak,bersyukur la!Rezeki dan penyeri hidup kita tuh!..(kesian org yg tak dpt ank lagi)Kalau ye pun ko tau suka sangat dgn anak tuh,bagi je org lain jage!..Korang baca la BERITA nie!!!..

p/s : Korang cuba bagi pendapat..hukuman ape patut utk orang macam nie??



Tuesday, February 2

Kesian budak nie~

Adeehhh..korang ade tengok tak berita semalam?heee~.Kesian betul budak nie,tak la camne dia leh tersepit kat celah 'escalator'(betul ke idak aku eja nie)takpe,dalam bahase saintifik nye 'Tangga Bergerak' dengan kaki budak tuh sekali begerak.huhuhu..

Terjadi dekat pasar raya damansara,tak tau kat mane.Semalam tengok,bomba bertungkus lumus gak ler nak kuakan kaki budak nie.Naseb baek tulang budak2 lembut lagi..huhuu.Kalau kena kat aku?mau meraung2 kowt.hahaha..
 
- baju biru tuh ibunya..cian aku tengok,mesti trauma budak nie nak naek tangga bergerak(skemanye!!)-

- Keadaan tempat ini selepas kejadian,ngeee~..Abis segala ilmu yg ade pada abg2 bomba kite nie digunakan,risau wey kalau ade anak tersepit kat celah tuh-
- Dan la tajam benda tuh-
-Jadi awasi la anak2 anda ye,kite xtau kn?kat tangga macam nie pun bleh tersepit-
- Jadi kanak2 semua jangan la pegi panjat tangga begerak tuh -
- Budak2 zaman sekarang nie lasak byk,bkn sikit2 ye -

Suda,sekian saje entry aku..see ya~

p/s : korang klau berchenta tuh,jgn la smpi korang lak tersepit kat escalator nie ye!!bchenta berchenta jugakk~:)