Kisah ini saya copy paste dari facebook. InsyaAllah dapat menyentuh hati sesiapa yang membacanya.
Diary seorang isteri (sedih)
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu"
rungut Zakri pada Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa
dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila
Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati
Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil
Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas
menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri
menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut
atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran
...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor
Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby
sudah keluar...
"Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby
yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua
dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and
girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah
Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri
hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,
kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana
keadaan kelahiran anaknya.
Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad
Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat
kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang
membuat Nisa selalu kecil hati .
Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak,
Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti
Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel
sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada
Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa
mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada
Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa
cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap
apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan.
Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni
tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak
Nisa.
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,
Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain
pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki
awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis
dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin
laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh
terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan
anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau
nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu,
Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri.
"Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib
aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah
macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak
boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka
ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia," ucap Nisa
sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis pusat membeli belah itu
tamat waktu perniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja
terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir
pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang
lah, lagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri
jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa
menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam
firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut
dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon
yang mereka tidak bergaduh. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan
yang masalah melanda perkahwinannya.
Kasihan Nisa...dalam keadaan yang
begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari
Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung
kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin
mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke
sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana
kalau hari malam nanti bahaya ,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah
kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita
nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka
bekerja keras kan " kata Nisa pada Zakri.
Zakri ketika itu sedang berehat
menonton.
"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak
hujan nanti" desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa
"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati
aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker!!" marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang aja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang
pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa
ke dinding.
Nisa tak dapat buat apa-apa.
YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian, terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya.
"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku
dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.
Nisa
memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk
diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
embengkak.. .berdenyut2. ..
"Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Sapa plak nie
sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan
di salah sebuah cafe.
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok
ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia
sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak
Zakri dan kawan-kawan lain.
Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup
Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa
dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking"
jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri,
pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan
diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke
dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya
dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak
Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk
kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda
lebam. Mungkin kesan dah lama?" tanya Doktor Johari dengan serius dan
ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak
Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Zakri tidak
pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya
dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi
Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi
sebaliknya..
Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa
bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat
sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat
scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya
ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana
Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa
telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau
membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak
dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,
setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku
pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa...
"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa.
Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah
yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk
suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini.
Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.
"YA
ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa." Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis
"HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING
SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR
HAYAT NISA"
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. .
kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
maafkan Abang Nisa.
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu
sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri
kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti
wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga
Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.
Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan
dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka
buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata
bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu
diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri
dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan
mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa
melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas
perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu
persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah
Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu,
berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu
ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku
YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan
lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar
dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembar
menangis.
"YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita
balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar
Zakri.
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam
dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan
kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan
pusara Nisa.
p/s : hargai lah kurniaan yang Allah berikan pada kita. Kadang-kadang kita bila ada sesuatu didepan mata tidak mahu dihargai, tapi bila hilang di mata. Ketika itu baru sedar.