Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, February 15

JIN PUN TAKUT BILA PEREMPUAN MEMBEBEL!

Assalamualaikum.
 
Nak share cerita ni dekat hangpa, nak kupas isu bebel ni rasanya macam aku dah pernah buat entry sebelum ini pasai membebel.

Tersebut la kisah sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Suaminya bekerja di kota, dan agak jauh perjalanan pergi dan balik ke rumah, manakala si isteri pula adalah full time suri rumah. Si suami ini mempunyai ciri-ciri lelaki yang baik. Soleh, penyabar, tidak suka marah-marah, romantik dan sebagainya la. Si isteri pun sama.  Tapi 1 yang kelemahan isterinya ialah kuat sangat membebel.  Sekali buka mulut mau berjam-jam tanpa henti.  Si suami ini memang sangat-sangat penyabar.

Nak dijadikan suatu cerita.

Pada hari itu si suami agak keletihan, terlalu banyak kerja di pejabat. Bila terlewat sikit saje balik, bukak-bukak pintu si isteri akan terus membebel. Membebel dan terus membebel. Di sebabkan keletihan si suami pun dah tak larat nak dengar isterinya membebel. Jadi setelah hilang kesabaran, dia nekad itu balik bila isterinya sudah tidur.

Pada keesokannya dia pulang ke rumah memang agak lewat. Sampai saja dirumah, dah gelap, semua lampu sudah ditutup.  Berasa amat lega sekali si suami dengan tidak kedengaran suara isterinya membebel.

"Alhamdulillah..lega rasanya malam ni!" kata suaminya.

Dia pun bersiap-siap untuk tidur, setelah siap mandi. Si suami pun ingin meneruskan hajat dia untuk beradu.  Masa tu, bilik agak gelap.  Taknak kejutkan si isteri dia pun berjalan perlahan-lahan menuju ke katil.  

Entah mana silapnya dia terlanggar barang, lalu isterinya tersedar!  Dari malam itu nak tidur nyenyak, tak dapat kerana isterinya tadi bangun saja terus membebel.

Suaminya hilang sabar. " Tak boleh jadi macam ni..tak tahan aku dengaq hang duk berleter jek. "

Pada keesokannya, si suami pulang awal.  Sampai saja, macam biasa la. Isterinya akan mula membebel. Tapi pada hari itu, dia nekad untuk mencampakkan isterinya ke dalam perigi buta di kawasan rumahnya. Di dukung isterinya, lalu dia bawa ke perigi tersebut dan campakkan dia ke dalam.

" Duduklah awak dalam tu. Nak membebel sangatkan? "

Si suami pun pulang ke rumah dengan hati yang amat senang sekali.  Lega rasa hati.  Tak terkata rasanya bila balik ke rumah tidak mendengar lagi bebelan isterinya.

Mula-mula dia rasa macam lega, tapi 2 ke 3 hari kemudian dia rasa macam sunyi la pulak.  Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak dengar si isteri membebel.  Rasa macam 1 kehilangan.  Si suami pun bingung, lalu membuat keputusan untuk ambil balik isterinya dari perigi itu.

Dia pun pergi ke perigi tersebut.  Sampai saja di sana, dia pun melontarkan tali untuk si isteri naik.

" Cepatlah naik..Saya nak dengar awak membebel.  Tak sampai hati pulak nak biarkan lama-lama di bawah "

Tali tak bersahut.

" Hoiii! Cepatlah naik.." suami menjerit.

Akhirnya dia rasakan seperti ada sesuatu yang menarik tali tersebut. 

Tiba-tiba keluar 1 lembaga hitam berbulu. Besar sangat keluar dari perigi menggunakan tali si suami tadi.  Si suami bingung dan bertanya :

Suami : Eh, sapa kau ni? Besar dan berbulu. Isteri aku mana??

Jin : Aku Jin yang duduk di dalam perigi ini.

Suami : Kenapa kau keluar? Aku suruh isteri aku yang keluar la. Pulangkan balik isteri aku.

Jin : Isteri kau ada di bawah sana, aku naik sebab aku tak tahan dengar isteri kau MEMBEBEL di bawah sana. Semenjak kau campak dia ke dalam, aku lah yang jadi mangsa keadaan. Tiap-tiap hari aku berdoa supaya ada orang dapat membawa aku keluar.

Suami : ...............

Jin pun boleh tak tahan dengar perempuan itu membebel.  Cerita ini hanya rekaan. Tiada kena mengena dengan jin atau sesiapa.

The moral is, kawal-kawal sikit bebel tu. Silap-silap pasni tidur perigi buta.

p/s : jin tuh awal-awal lagi dah boleh terbang rasanya kan?hehe

Saturday, June 25

JUARA MAHARAJA LAWAK. TAHNIAH SEPAH!

Akhirnya Maharaja Lawak yang diminati tiba pada penghujungnya dan juara telah pun di nobatkan iaitu Kumpulan Sepah. Korang punya lawak memang baek punyaaa.


Ini aku selitkan sikit video masa pengumuman siapakah pemenang-pemenang bagi Maharaja Lawak.



Tahniah kepada Kumpulan Sepah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 350,000!  Kaya korang yea.  Korang memang buat lawak tahap maharaja la! Superb.

Bagi tempat kedua ialah Jozan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 250,000!  Tahniah kepada Jozan.  Ramai yang sangka jugak Jozan boleh jadi juara,  sebab dari mula sampai ke akhir memang ramai yang minat.  


Tempat ke-3 ialah Nabil.  Satu-satunya peserta solo yang maintain sampai ke final.  Bukan senang bhai nak buat lawak secara solo.  Memang respect la dekat mamat nie walaupun lawak dia tak berapa ummpph sekarang,  tapi boleh sampai ke final dan dapat tempat ke-3 lagi!  Tempat ke-3 dapat wang tunai berjumlah RM150,000.  Tahniah di ucapkan yea.


Dan untuk tempat ke-4 jatuh kepada Kumpulan Jambu.  Tahniah jugak di ucapkan kepada Jambu.  Korang punya lawak pun boleh tahan jugak.  Pemenang bagi tempat ke-4 membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.



Tamat sudah Maharaja Lawak.  Lepas ni bosan lah hari jumaat korang.  Rasa-rasanya siapa yang paling kaya antara semua?  sudah semestinya Nabil kan.  Sebab dia bolot semua sorang dia jek.  Nway,  bagi aku semua best.  Sebab it's not easy nak buat lawak depan orang ramai.  Tak caya?  korang cuba buat kawan-kawan korang tergelak sampai pecah perot dulu.  Kalau boleh buat la.

Tamat..

p/s : agak-agak sapa boleh lawan SEPAH lepas nie yea?

"BAEKKK PUNYAAA"

Monday, October 18

LAWAK : Mimik Muka Bila Waktu Kerja

Salam..
Kita bertemu lagi di Pagi Isnin yang membosankan,  macam mane nak buat bila tak suka isnin yea?  Kena redha, tak buleh hangpa nak lari dah.  Sebab apa tak suka? sebabnya yang paling sibuk mesti hari isnin, semua nk buat hari yang sama. Lepas tuh isnin adalah hari selepas 2 hari bercuti Sabtu & Ahad.  Jadi penyakit 'M' tuh mesti akan datang.

Kalau dibuat 7 hari tuh bahagi 2, contoh 3hari untuk bekerja dan balance tuh untuk cuti. Ok tak cadangan aku?  Jadi takdelah cuti 2 hari jek, kadang-kadang hari cuti tu pun kena kerja.  Silap-silap sampai rumah sebelah korang dah tukar owner sampai 5x pun korang tak sedar rasenye.  KLCC tuh tiba-tiba jadi 3 tower pun korang tak tahu kot,  sebab kerja saje kan.  Dah cukup aku membebel.

Jadi ade funny pics untuk korang aku nak bagi tonton,  dapat dari email.  Memang sesuai untuk korang yang sudah bekerja!!  Jom layan :



- Muka bila tiba hari ISNIN... rase nak marah-marah jek..muka tekanan -
- " Apa lu tengok-tengok? " -



- Dah mula rasa ngantok-ngantok..dah jadi boring..menunggu hari JUMAAT plak -
- " Aaaaaa...kalau dapat bantal kan best " -



- Mula buat muka-muka pelik..Rase macam cepat plak dah hari RABU -
- " Baru hari RABU? takpe2..sikit lagi nak JUMAAT" -



- Dah mula keluar senyuman 'jahat' tuh..Petanda baek tuh..kalau hari KHAMIS mintak balik awal..Mesti bos bagi! -
- " Ngeh2...dah hari KHAMIS..tinggal sehari lagi jek. Malam Jumaat plak tu,..terbaek!" -



- Gembira tak terkata!!..senyum sampai ke telinga..Memang kalau hari JUMAAT minta belanja makan mcd, mesti dapat! -
- " Yes!! akhirnya sudah tiba hari JUMAAT dan SABTU..malam minggu buleh pegi karoke!" -


- Di petang AHAD, muka sedikit berubah kerisauan..Rase terlalu cepat masa berlalu..keja ade yang tertangguh tuh -
- " Cepatnye dah hari AHAD...betui ke nie?  Alaaaaaaaaaaaa..." -



- Bila tiba malam AHAD...muka agak sedikit menakutkan di selangi dengan jeritan-jeritan yang tak sepatutnya -
- " Argggh!!!!...tidakkkkkk..besok dah hari ISNIN!!!...tak mau..tak mau..." -



Aku syak korang semua pernah buat macam nie kan?  Betul tak?  Kalau ada yang semangat pun maybe seminggu dua saje.  Lepas tuh akan jadi macam kat atas nie.  Tapi nak buat macam mane,  takde kerja takde la duet.  Nak masuk toilet pun takde duit nanti.  Jadi,  think positif yea! 

Have a nice day everyone!

p/s : aku pun sedang cuba untuk berfikiran positif bila ahad malam tuh..korang macam mane?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, August 18

LAWAK : Ustazah Pengsan Anak Murid Main...(18SX)

Agak mengantuk sekarang nie.  Time-time puasa nie takde pikir laen dah, antara makanan or 'kuak lentang'!  Sekarang sahur pun dah berat nak bangun, baru seminggu berpuasa.  Nak akhir-akhir nanti, takde dah bangun kot.  Santap tengah-tengah malam dulu, bagi kenyang. Lepas tuh tido.

Besok tak bangun sahur..Tengahari perot dah lapo. Tanggung sendiri.
Dah stat ade orang pasang lagu raya..Baru seminggu..

Dah stat nak plan beli baju raye..Awalnye.

Dah stat order kueh raye..Macam minggu depan nak raye.

Order banyak-banyak, lepas tuh kueh simpan sikit untuk stok tahun depan.

Okeh, nie sembang agak kelucahan sikit.  Sikit jek, tak batal pon pose korang tuh. Berani??

Kisah nye bermulanye di sekolah agama kat area Selangor, Perak dan negeri-negeri yang lain. Tapi sekolahnye 1 jek,  tak banyak.

Name gadis aku nak sembang kat korang nie Aminah. Budak nie pemalas sikit dan tak pernah nak tumpukan perhatian  dalam kelas tuh, pantang ade masa sikit mesti tido!..Tiba-tiba pada 1 hari tuh, Ustazah nye menanyakan 1 soalan untuk semua pelajar kat kelas tuh. ( mase nie dia tengah lentoq baek punya kat atas meja belakag..ZzzzZZz )

Ustazah : " Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Semua diam, tanpa sebarang jawapan. Ade seorang budak lelaki nie memang suka menyakat si Aminah nie (admire kot). Pot pulak kat belakang si Aminah nie, tengah-tengah budak tuh sodap tido.  Dia pun cocok bontot Aminah tuh dengan jarum! Melompat budak tuh dan menjerit "MAK!!"

Ustazah : "Bagus Aminah!!..Awak menjawab dengan tepat.."..( Aminah pun sambung tido balik ).

Sekali lagi Ustazah bertanya :

Ustazah : "Siapa pencipta alam dan segalanya?"

Sekali lagi Aminah dicocok dengan budak lelaki tuh..Lalu dia menjerit  "YA ALLAH!!"

Ustazah itu memuji Aminah sekali lagi..Dan Aminah pun meneruskan agenda tidurnye.

Ustazah itu bertanya lagi.. " Apa yang patut seorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur? "

Sekali lagi budak lelaki itu cocok dengan jarum..Dan kali ini, Aminah dah geram tersangat-sangat dan terus menjerit ke budak lelaki tuh...

Aminah : " Ko cocok bontot aku pakai benda tuh lagi...SIAP!!"

Ustazah tuh terus pengsan bila dengar jawapan dari Aminah tuh..KAHKAHKAH

p/s : fuhhh...

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, July 22

LAWAK : Pelancong China VS Spielberg!!

Salam, tukar pc jap. Taip 1 perkataan aku kena tukar pc. Yelah, cover line gak malam2 nie. Kut2 la ade orang intai dari belakang walaupun bos tadi. Sape taknak layan tenet free bai?? Sape? Sape yang taknak tuh, cabut bulu idung tuh kang. Tadi lepak2 mcd, tengah2 layan cis buerger tuh dapat la email dari seseorang kan. Suka sangat dapat email kelakor2 nie, so aku nak share ngan korang2 yang tak tahu lagi cite nie.

Kalau bace tuh jangan gelak dulu, dah paham baru gelak. Kang ade plak yang cakap tak kelakor la hape.



( rase2 korang nak gelak tak kalau aku letak muke nie dulu?)
Kesahnye berbunyi beginie : (takde kena mengena dengan sesape yang dah takde yea)


Seorang Pelancong China masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama dan terkenal tuh. Lalu dia pun lepak kat bar yang sama sambil jeling2 Steven tuh. Order la Carlsberg kurang gula 1..

Sedang dia enak menikmati minumannya, tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.DUSHHH!!!( Jatuh tersembam member tuh)




Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal lu tumbuk gua ni?"




Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu, Lu ingat gua dah lupe ke??"




Pelancong Cina tersebut membantah. "Gua bangsa China laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak nie?"

Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, China, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"







Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki China tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.DUSSHH!!!!!






"Apa pasal u tumbuk i pulak ni?" balas si pengarah filem.(memang tak puas hati la nie)






"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang gua ada dalam kapal tu dan mati, LU TAU!!" balas Pelancong China tadi.






"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit si pengarah lagi.






"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!" balas si Pelancong China tadi.(dah mabuk sangat dah nie)

The moral of the story is Jangan MABUK!

p/s : gua dah ngantok..tgl sorang2 kat opis..(mlm jumaat) best!

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, July 12

LAWAK : Awak boleh main pada hari "S" saje?

Salam..fuhh..Berjaya gak update pasal Gathering hari tuh. ( tak habis ag cite nie ). Cukup la tuh, kang ade yang sampai takleh tido malam sebab tak dapat nak pegi. Jadi bagi menghiburkan hati korang yang lara tuh, meh aku nak story cerita lawak nie. Lawak kalau korang gelak la, kalau tak gelak tuh maybe ade sumthing urat gelak korang yang putus. Baek pegi check! Jahit balik..Pastu boleh sambung gelak ok?

Cerita nie aku dapat masa duk ngulor. Biase la, tension dengan kerja kan? Mesti ade buat "perangai" sikit. Time tengah kumpul ramai2 tuh la, aku dapat al-kisah berikut. Memang banyak cerita yang ade, tapi aku 'pick' yang nie la.


Cerita nye macam nie. Al-kisah sepasang laki bini yang baru kahwin. Baru sangat2 la, so nak dijadikan ceritanye biase la kan orang baru kahwin. Baru dapat rase tido sebilik dan sebantal, sekatil dan sebagainye la. Pendek kate semua bersame la! Jadi keinginan untuk "bergusti" dengan si isteri tuh meluap2 la kan! Takkan nak tengok jek bini sendiri. Seminggu takde 'rest' bai..'Bergusti' jek.

Tiba-tiba pada 1 hari tuh, kejadian yang tak disangka berlaku. Tengah-tengah 'kesedapan' tuh, tiba2 si laki nye sakit-sakit dada. Dan terus sakit sehingga tidak berdaya untuk meneruskan 'perjuangan'. Tamat la distu, keciwa la si isteri dan laki nye. Si suami pelik, macam mane boleh sakit, padahal dah telan macam2 dah. (kire nak kuat sangat la nie). Tapi si suami tidak berputus asa. "Aku mesti jumpe doktor besok!" (katenye dalam hati).

Keesokan harinye, seperti mane yang dijanjikan dengan semangat yang ade. Dia pun pergi ke klinik sakit Tuan. Masuklah si suami ke klinik tersebut :

Doktor : Iye encik. Ade ape boleh saya bantu??

Suami : Ehmm..doc, saya nie baru kawin. Biase la kan orang baru kawin nie mesti nak 'lebih2' sikit ngan isteri tuh, yelah baru lagi. Fresh lagi tuh! Tapi semalam ade masalah sikit...

Doktor : Masalah ape tuh encik? Tak tahan lame ke?

Suami : Bukan doc, masalahnye tiba2 semalam sakit dada. Terus saya tak 'larat' dah. Moral down habis!

Doktor : Sakit dada? Berape kali seminggu setakat nie awak dengan isteri awak tuh 'bergusti'?

Suami : Ehmm..biase la doc seperti yang saya cakap tadi, baru lagi kan? so, hari-hari la!!=)

Doktor : Huh, kenapa sampai hari-hari? Saya rasa dah efek pada jantung awak nie, jadi awak kena kurangkan. Mungkin dalam seminggu tuh 2 kali jek. Boleh?

Suami : Aduhh doc, takde cara laen ke? 2 kali jek? Mane tahan bai..Ade hari-harinye ke doc?

Doktor : Ehmm..Macam nie la, kamo nak cepat sehat tak? so, ikot cakap saya. Awak hanya boleh 'bergusti' hanya pada hari yang bermula dengan Huruf 'S'! (of coz la Selasa dan Sabtu).


Suami : Huruf 'S'!!..Okeh doc, saya akan cube ikot nasihat doc dan tengok keputusan nye macam mane yea?

Doktor : Baeklah, saya harap awak boleh bagitau saya keputusannye lepas nie.

Jadi, si suami pun buatlah seperti yang di nasihatkan. Hari demi hari, minggu demi minggu. Tiba la pada suatu saat dimana ketika itu si suami tidak lagi dapat menahan. Sebab pada hari itu (khamis malam jumaat), bininye baru jek habis 'bendera jepun'. 'Kebuluran' la jawabnye si suami sebab dah tunggu berminggu2.

Dengan 'romantik'nye si suami pergi memujuk isterinye untuk beradu. Dan korang bace nie yea :

Suami : Yang, jum ikot abang..

Isteri : Pegi mane plak bang malam2 nie?

Suami : Alaaa..macam biase..(duk ngendeng2 dh)..

Isteri : Tak paham la bang..

Suami : Awak ikot jelah sya masuk bilik sekarang. Ade 'wayang' sikit. Macam tak biase awak nie, kan selalu time2 nie lebih afdal. Lagipun dah lame abang 'puasa' nie.

Isteri : Ohhh..ok2!! Tapi kan abang dah lupe ke ape doktor cakap? Malam nie malam ape yea bang?

Suami : Lahhh..awak nie..malam nie malam SUMAAT La!!! (teros tarik tangan isterinye masuk blik).

Dah cukup setakat tuh, dalam bilik tuh takkan gua nak cite. Lelaki kan? Bila dah tak tahan tuh, malam JUMAAT jadi malam SUMAAT!

p/s : jage la kesihatan anda dengan baek..hahaha

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, June 29

LAWAK : Antara Polis dan Budak Hitam!

Salam..hari nie cuti, rase macam sungguh bermakna aku dapat cuti! Walaupun 1 hari, pastu besok pegi opis, kerja punye berlambak macam sebulan cuti! Pelik aku, padahal sehari jek. Belum lagi betul2 amik sebulan cuti. (rsenye cm sethun punye kerja tertangguh kn?) Tuh la kadang2 takot nak cuti. Tapi orang kate kerja tuh takkan habis, kalau nak cuti tuh, cuti jek! Pedulik situ kan??

Kerja takkan habis. Memang, sebab sekarang semua kejar duit sampai ada yang sanggup lupa apa 'tanggungjawab' dia sebenar. Kadang2 aku sendiri pun boleh lupe, macam mane nak elak yea dalam dunia yang suda penuh 'kesibukan' sekarang nie? Hanya mengejar duit semata-mata kan? Mesti mau untung punya maaa! Hari aku rase lega sangat sebab dapat menghabiskan 'kemarau' yang bertahun lamenye! Nak tau 'kemarau' ape? Nanti tunggu aku cerita kan..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biase kalau korang dah tension dengan kerja tuh, buat ape? Ha, menjadi kebiasaan aku kalau kat opis tuh, aku akan merayap2 mengaco segala umat yang ade! Pastu ajak borak, and then gelak kuat2 sampai bos pun boleh dengar! Bos tak leh nak marah dah, yelah. Kenalah paham bila anak2 buah tekanan kan? Gelak kaw2 la, walaupun takde la selawak mane. Saje nak hilang kan tekanan tuh. Ngular-ngular sat kan. Biase la tuh, bos pun kadang2 hilang gak. Takkan nak hadap kerja je kan?

Jadi, ade 1 cerita aku nak kongsi dengan korang nie. Korang mesti penah dengar pasal Polis tahan Budak Kedah tuh kan? Yang polis tuh tanye 'P' mane, lepas tuh budak tuh jawab "Pi jalan2".. Aku rase dah banyak kali dengar yang tuh. Tapi yang kali nie, baru aku dengar!!

Dapat cerita masa duk ngular2 kat luar la kan. Lepak mapley sat, pekena Teh Tarik dengan Roti Bakar. Hu Ha Hu Ha, gelak saje! Seronok rase dapat kluar dari ofis. Tengah duk sembang ramai2, tibe2 ade la sorang engineer tempat aku keja nie. Muke time cerita memang nak serius bai, padahal nak cerita lawak. Kawan aku sorang lagi duk lah cite pasal Polis jumpe Budak Kedah tuh kan? Tiba-tiba dia cakap, yang nie cerita lagi baru..Korang nak tau ape? Macam nie story nya :


Cerita nye bermula, bila Polis sedang membuat 'roadblocks' kat Jalan Sekuang, Batu 2. ( aku hentam jek nie ). Masa tuh agak gelap, yelah dah malam kan? so gelap la. Jadi, ramai jugak la rempit2 yang ditahan..

Dengan rasa curiga nye, tiba2 seorang polis menghala kan lampu suluh nye di hadapan. Rasa macam ternampak sesuatu yang bergerak datang ke arah mereka!! Semua polis sudah siap sedia dengan senjata masing2, mana tau tiba-tiba ada perompak ke hape kan? Dengan penuh kesabaran menunggu, akhirnye penungguan mereka terhenti di situ.!

Rupe-rupenye seorang rakyat Malaysia yang bawak moto tak pasang lampu. Patut la tak nampak. Lalu dengan pantasnye seorang polis menahan!!

POLIS : Berhenti!!Berhenti!!..

PEMBONCENG : Airyakkkkk!! Amaaa...( terkejut!! )

POLIS : Bak snie IC dan Lesen kamo!! ( mke garang baiii )

PEMBONCENG : Japp aaaa..Nah..Complete la sya punya ini lesen hincik..Tak penah buat salah.. ( bt xtau jek )

POLIS : Memang kamo punye lesen nie tak mati lagi. Complete! Tapi saya nak tanya 1 soalan..

PEMBONCENG : Apa hincik?? Tanya cepat laaa...Saya mau balik la nie. Anak bini tunggu kat rumah la hincik..

POLIS : Ehmmm..Kenape kamo tak pasang lampu moto malam2 nie?? Nie dah kira 1 kesalahan yang kamo buat!! Saya kena saman awak jugak!!..

PEMBONCENG : Alaaaaa..hincik!! Macam mana saya mau pasang lampu?? Sini lampu, sana lampu ( tuding jari kat lampu tepi jalan ) Apa macam?? -Buat muke selamber jek jawab gitu-..

( lampu jalan )

POLIS : Ohhh..awak loyar burok yea!! Kejap yea..( polis tuh pun pegi ke van, amik sumthing) 

Lalu Polis tuh pegi ke Pembonceng tuh tadi, dan mencucuk sumthing ke tayar motosikal tuh!! Terus pancit, takde angin dah!!

PEMBONCENG : Aiyarkkk!! Ape pasal hincik buat macam itu?? Macam mana sya mau balik nie?? Saya mau saman sama u..Kurang di ajar betul..

POLIS : Laa...kenape awak risau?? Kan senang jek mau isi balik??

PEMBONCENG :Macam mana mau isi?? sekarang suda malam, kedai moto pun suda tutup!!

POLIS : Alaaaa..ape uncle susah..Sana angin..Sini angin.. Kan semua tempat ade angin?? Amacam sekarang? (hahaha..gelak dalam hati)

PEMBONCENG : !@#%@$^#$^%$&%*^&*

The moral is..jangan la nak loyar burok yea!hehehe

That's all..
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, May 2

KENTUT ITU ADA JENISNYE! ( requsted by blogger )

Fuhhh..sila tutup idong korang yea. Kerana nie buleh membusukkan suasana. Oleh kerana permintaan dari cik mala yg suke kentut!haha..Semua orang suka kan? cuma ko jek yang terus terang. Saspek betul la! Lepas makan mesti duk jauh2 ngan ko. Nway, nie aku akan tunaikan permintaan ko. Jadi sape2 yang tak tahu dan nak tahu, meh aku bagitau. Tau..Tau..Tau..

( eeeeeeeeeeeee...bcukkk )

So, aku akan bagitau antara jenis kentut yang korang gunakan pada waktu2 tertentu .Antara2 nye : (ckup celekeh aku rase) :

WAKTU PAGI :
Cara yang terbaik untuk melepaskan kentut KAW-KAW punye dan tidak perlu membuka selimut bagi menikmatinya. Dan katakan "Ahhh..Leganyaaaa"

KEBIASAAN DAN UMUM :
Cara lepasan angin Kus-Kus yang boleh dikatakan baik dalam banyak hal, baunya pun tak lah kuat sangat kerana dilakukan semasa berjalan dijalanan. Ianya berlaku semasa anda keseorangan dijalan dan cuba untuk mengawal perlepasannya..Pehhhh..

LEPASAN MENDATAR :
Lepasan yang biasa semasa persekolahan atau semasa bergurau dengan rakan. Ianya meninggalkan kesan gelombang di punggung anda dan juga sedikit tanda kuning kekuningan..Uhhhhh...

JAMUAN :
Semasa dijamuan dan tandas sedang digunakan. Cara yang selamat - pergi ke satu sudut bilik atau melihat gambar lukisan. Pura-pura terbatuk sambil melepaskan gas ke Ozon tanpa sesape pun menyedarinya..tapi baunya...Fuhhhh...sendirik mau ingat!

MENGELEGAK :
Lepasan yang hebat!! Anda berjalan dijalanan tiba-tiba melepasss..Lepas ini anda terpakse mencari bilik air untuk mencuci..Dem!

DI PEJABAT :
Anda tak dapat mengelakkanya! Anda di pejabat dan ia terjadi! Buat selamba seolah-olah ia bukan hasilan anda..TAPI yang pasti, BAU nya.....MEMANG POWER!..

So..bagi sape2 yang nak dengar alunan kentut2 nie, meh jengah ke snie yea~

Download File: http://www.mediafire.com/?jdmyqz0hiim

p/s : thanks to nabil-potter sbb bagi tau aku cara nie..thanks bro

p/s lagi : kalau korang tak dpat fail tuh..bgitau yea~

That's all.

Wednesday, April 21

Twinkle..Twinkle..Little STAR! ( versi TAMIL )

Haha..Salam..sory, aku tak dapat nak kawal bila tengok VC nie. Memang kreatif la, aku rase kalau yang cipta lagi Twinkle2 nie tau, mau bersara kot buat lagu. Korang mesti ingat kan lagu nie? Twinkle2 little Star? Kalau diingatkan kembali, memang menjadi lagu aku masa kecik2 dulu..(time nak tido la) Mak aku yang selalu duk nynyi depan mata aku, berkelip2 mata aku tengok mulut mak aku terkumat kamit menyanyi.

Rase2 kalau dah besar macam nie, mintak mak nyanyikan lagi. Korang rase ape mak aku jawab? ( buang tebiat ke hape ko nie ).
Sebelum korang pergi lebih jauh..Mari aku bagi lirik lagu sebenar nie, kang kalau korang tengok VC nie tak paham plak kan? Jadi aku sediakan lirik, supaya korang boleh translate sendirik.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Serius, aku still hafal lagi lagu nie. Korang nak aku nyanyikan? Lain kali kot..=)
( sebelum korang tengok VC nie, baek la korang amik pose macam nie )


p/s : thanks to my friend adila for sharing this video!best ar!hahaha That's all

Friday, January 8

Cerita lawak part 2~

Next Cerita lawak..sumber dari kwn aku nie!hehehhee..Tajoknyeee:

Ikut Cakap

Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.

Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.


hassan : cerita ape?

ahmad  : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?


hassan : yela...

ahmad pun memulakan ceritanya...


ahmad  : satu hari aku pergi memburu.

hassan : memburu.


ahmad  : aku masuk kedalam hutan.

hassan : hutan.


ahmad  : tiba2 aku rasa nak terberak.

hassan : berak.


ahmad  : aku berlari ke semak.

hassan :semak.


ahmad  : aku pun berak.

hassan : berak.


ahmad  : satu hari aku pergi memburu lagi.

hassan : lagi.


ahmad  : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

hassan : dulu.



ahmad  : aku lihat tahi aku suda tak ada.

hassan : ada.

 
ahmad  : aku pun tertanya2.

hassan : tanya.


ahmad  : siapa makan tahi aku?

hassan : aku....


p/s : for my top commentars on my blog..tggu yaa~ade surprise 4 3 top cmmtars!!hehhee.. 


Friday, January 1

Cerita lawak part 1~

Pendek jerk entry aku hari nie.Saje nak bagi cite macam nie.Asyik cite seyes jerk.Nak try gak cite lawak.miahahaha.Sumber dari kawan aku nie.Thanks lin!


Citenye pasal kondom nie..(jgn pkr lain ye):

 

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan:   
Orang Asli :"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak bole beranak,tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya." 
  
Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". 

Orang Asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."

Heheheh..naseb baek tak sunat yang lain:P