Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, March 3

ROMEO AND JULIET..(VERSI BURUNG)

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata


Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

( lirik lagu dari Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal-Shades)
( untuk korang lebih menghayati )

- Korang jgn lupa tutup lagu cite seram tuh ye -

Kisah nie tiada kena mengena pun dengan Romeo and Juliet yg popular tuh. Tapi kisah sepasang 'burung'. Dalam cerita nie pasangan nye ( Juliet ) dilanggar oleh kereta, ketika dia sedang seronok berterbangan..Masa tuh aku tak tau ( Romeo ) nie ade kat mane..Maybe dah terlajak jauh ke depan..

So..hayati..binatang pun ada kasih sayang~
 

- Masa nie si Juliet telah dilanggar oleh sebuah kereta..-
- Dan telah myebabkan kakinye patah..dan juga sayapnye -
- Memanggil2 si Romeo,tapi tak berdaya -

 


- Melihatkan pasangan nye tiada di blkg,jadi dia amik keputusan utk berpatah balik -
- Dan melihat si Juliet dalam kesakitan di tgh2 jalan -
- Romeo dtg dalam keadaan rase bersalah -

  

- Romeo cube menolong..tapi dia tidak mampu utk m'angkat si Juliet -
- Juliet suda tidak bermaya lagi..sikit2 tenaganye makin ilang..dan bdn semakin sejuk -

 


- Tapi si Romeo masih lagi tidak berputus asa -
- Tetap meminta bantuan dari kawan2 yg lain -
- Tetapi si Juliet suda tidak dapat bertahan lagi..dan hanya menunggu masa untuk meninggalkn si Romeo -

 


- si Romeo begitu gembira bila mendapat tahu kawan2nye yg lain akn tiba -
- masih cube utk menyelamatkan si Juliet -
- Tapi si Juliet.. -

 


- Tapi akhirnya..si Juliet tetap pergi meninggalkan si Romeo -
- si Romeo ttp berada di sisi Juliet..walaupun tiada jawapan -
- si Romeo akhirnya redha dgn pemergian kekasihnya itu -
- Dan dia rase bersalah teramat sangat kerana dari kesilapannye tidak dapat melindungi si Juliet -

Sekian,Terima Kasih...

p/s : cmner?haiwan pun ade kasih syg kan?ehmmm..

That's all. 

 
 


Sunday, February 28

SALAH KE SAYA....AWAK?(versi dramatik)

Tibe2 saje ak nak buat entry cam nie..Korang try bace~:)



Salah ke saya, awak?
Kalau saya terlupa nak kejotkan awak pagi tadi..
Sedangkan awak tak pernah nak kejotkan saya..

Salah ke saya, awak?
Kalau awk tengah kerja,saya call?dapat dengar suara awk,jadilah..untuk lepaskan rindu..
Tapi awak jawab marah2, sebab saya ganggu awak..
Sedangkan saya tak pernah marah awak bila awak ganggu saya..

Salah ke saya, awak?
Kalau saya tgur awak suruh smbyang?demi kebaikan awak juga..
Tapi awak suruh jangan menyibuk.."pandai2 la saya"

Salah ke saya, awak?
Kalau terlambat 5 minit untuk ucapkan 'Selamat Hari Lahir' kat awak..
Sedangkan awak selalu terlupa nak ucapkan pada saya..

Salah ke saya, awak?
Kalau saya nak berkawan dengan lelaki lain,walaupun hanya sekadar kawan biase saje..
Sedangkan saya tak pernah halang awak berkawan..

Salah ke saya, awak?
Jika saya minta awak sebut 'Sayangkan saya' walaupun sekali sehari..
Sedangkan saya mengucapkan nye setiap hari pada awak..


Salah ke saya, awak?
Jika saya suruh awak makan ubat untuk kesihatan awak juga..
Walaupun awak tak pernah nak ucapkan terima kasih..

Salah ke saya, awak?
Kalau saya nak bermanje2 dengan awak...
Sedangkan dengan awak srg saje tempat saya mengadu..
Tapi awak cakap saya ngade2..

Salah ke saya, awak?
Beritahu la ape salah saya?


p/s : ehmm..pasni aku try buat ag~hehehe

That's all:)


Friday, January 30

5ve tiPs b'couple dehhh...

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.