Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, June 10

Ramadan 2016.


Bismillahirahmanirohim.

Alhamdulillah. Syukur tak terhingga kita panjatkan, kerana berpeluang lagi bertemu dengan bulan dan tetamu mulia iaitu Ramadan.

Lambat sikit nak update, dah nak masuk hari ke 5 kita berpuasa kan?



Macam mana setakat ini puasa kita? Adakah puasa kita adalah sebenar-benar puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga?

Biarlah itu kita sendiri yang menilai, termasuk lah diri hamba ni. Tahun ni ialah tahun ke 3 berpuasa setelah berkahwin.

Dulu berdua, sekarang bertiga. Agak mencabar sikit sebab yang kecil tu tak berpuasa. Cabarannya apa? kita kena siapkan makanan untuk dia di siang hari lerrr.

Kebiasaaanya bila kita dah siapkan makanan anak kita, of course kita akan rasa dulu kan?
Sebelum nak suap rasa dulu, kalau dia tak habis, kita akan habiskan.
Gitulah.

Jadi bila waktu bulan puasa ni, kebarangkalian akan merasa sekali makanan anak kita tu adalah tinggi. Betul tak?

Tapi kalau dah dapat masuk mulut banyak tu memang rezki kita la. Sebab LUPA.

Dan sempena puasa ni, saya nak pesan supaya tahun ni kita buat perubahan sikit. Boleh kan?

Berbuka di Masjid (ini memang mencabar bagi yang ada anak ramai) tapi hikmahnya banyak. Kurangkan aktiviti pegi bazar Ramadan. Sebab kita lelaki susah nak kawal nafsu mata ni. Tambah pula nafsu nak makan macam-macam tuuu.

Solat awal waktu. Paling kurang Subuh dan Isyak berjemaah. Dan lazimkan buat witir. Walaupun sebenarnya witir ni bukan di bulan puasa saja tapi kena buat 365 hari.

Perbanyakkan taubat, berzikir. Quran tu kalau kita tak boleh baca bila sensorang, kita ajak isteri baca sekali, takpun join tadarus dekat masjid.

Jangan lupa, ada malam di antara malam-malam di bulan Ramadan ni, ganjarannya seperti kita beribadat 83 tahun!

Rugi kan kalau tak rebut?

Selamat berpuasa untuk readers semua. Semoga kita diampunkan Allah di bulan yang mulia ini dan kita dapat mencari redha Allah.

Nak tau minuman apa yang boleh bagi kita tenaga bila di bulan puasa ni? Nantikan update seterusnya yea. :D

p/s : bro, tu ada cili celah gigi nape tu? :P

Thursday, July 18

Hanya Lapar dan Dahaga.

Alhamdulillah. Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Masih lagi saya di beri peluang untuk mengupdate blog. Bukan mudah untuk ada masa-masa emas seperti ini. Kecuali di izinkan Allah sahaja. Apa pun kita lakukan mesti ingat, ia berlaku dengan keizinanNya. Bukan dari kita sendiri. Jadi jangan bangga diri. Kalau Allah tidak izinkan, maka tidak akan terjadi.


Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a , beliau berkata bahawa Rasulullah telah bersabda :
" Betapa ramai di kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribada malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"

Terdapat 3 golongan yang termasuk di atas.

Golongan pertama ialah golongan yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Memakan makanan yang haram lebih besar dosanya daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa.

Golongan kedua ialah golongan yang terlibat dengan perbuatan mengumpat.

Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Ramai bukan yang sebegitu? Semoga kita dan ahli keluarga kita semua dijauhi dari golongan-golongan yang sebegini. Puasa menjadi sia-sia selama sebulan. Rasa seperti dah melakukan pahala tetapi tidak mendapat apa.

Sebenarnya minded orang sekarang dah berubah sangat. Hati dah makin jauh dengan Allah. Lagha sangat. Terlalu banyak kemaksiatan yang kita lakukan dan sekeliling kita. Tanpa kita sedar atau tidak. Perbanyakkanlah beristighfar.

Sini saya nak ulas sedikit tentang makanan yang haram. Sumber harta yang haram. Kebanyakkan dari kita mesti tahu yang sumber yang haram mesti datang dari hasil mencuri,menipu,rasuah,minum arak. Tapi ramai yang tidak sedar sumber itu boleh jadi haram dengan kerja yang halal.

Faham betul-betul maksud tu. Jadi haram dengan kerja yang halal. CONTOH :

"Pekerja kilang (tak kisah kilang mana pun), yang pergi kerja pagi balik petang. Duduk je dalam kilang. Dan selalu juga claim overtime. Kerja lebih masa. (nampak macam tiada apa-apa,bukan?). Ok, dalam pada masa yang sama dia tak bagitau sesiapa pun yang dia datang lewat. Sebab ada company akan tanya jika lewat atau tidak, jika dia lewat maka akan potong elaun. Dan waktu kerja lebih masa tu, claim 2 jam tapi sebenarnya kerja boleh siap dalam masa sejam. Lagi sejam? Dia ambil masa menyembang, berehat, minum dan sebagainya lah. (Dan nampakkan sumbernya ada haram disitu?) Paling ketara kerja waktu hujung-hujung minggu. Punch card datang lepas itu pulang ke rumah dan petang datang semula untuk punch card dan kemudian kita claim ot berjam-jam."

Ok, rasanya semua dah faham bab sumber yang haram itu kan? Jadi jaga-jaga dalam pekerjaan kita. Buatlah sesuatu itu kerana Allah. Sebab apa hasil kerja kita tu semua akan menjadi darah daging kita. Wallahualam.

Bab mengumpat toksah cakaplah. Waktu tengahari itulah paling sesuai sebab kita rehat dan takde apa nak buat. Jadi bila bersembang mulalah terselit macam-macam. Nampak remeh ngumpat nie, tapi besar kesannya pada ibadat kita. Kesan dari umpatan ini juga akan memberi kesan kepada mereka yang kononnya bangun malam untuk beribadat.

Orang yang beribadat malam ini menjadi sia-sia bila dia melakukan perkara yang bodoh,lagha,bersuka ria di waktu siangnya dan dia juga membiarkan solat Subuhnya berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga malam kerana riak dan kemasyhuran.

Dua anggota kita yang paling susah nak jaga waktu puasa ni ialah mata dan mulut. Jika kita tidak mengumpat, kita mesti akan melihat perkara-perkara maksiat. Ingat sahabat, ketika kita di tempat kerja, pergi ke bazaar Ramadhan atau menonton televisyen. Bila melihat aurat atau perkara maksiat lain, maka pahala puasa kita akan berkurangan. Tak rugi rasa? Takut hilang sebegitu je pahala seharian berpuasa. Jadi jaga mata, tundukkan pandangan.

Jangan biarkan puasa kita menjadi sia-sia. Nanti bila di hari timbang amalan, kita lah orang yang amat rugi di waktu amalan puasa ditimbangkan. Kerana pahala kita lesap begitu saja dek kerana kita tidak menjaga 2 anggota badan kita ni.

Puasalah dengan sebaik mungkin.  Biarlah puasa kita itu dapat mendidik kita menjadi hamba yang bertaqwa. InsyaAllah.

p/s : jangan kita abaikan 10 malam terakhir yea. Ada 1 malam yang mana baik dari 1000 bulan.

Monday, August 6

Peristiwa di Bulan Ramadhan ( Perang Badar )

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita sudah pun masuk separuh bulan Ramadhan. Rasa begitu cepat masa berlalu, sayang untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Jika ada yang terlupa kita sudah pun masuk fasa yang kedua iaitu fasa Pengampunan dari Allah. Jadi digalakkan kita perbanyakkan istighfar, amalan dan bertaubat agar kita mendapat keampunan Allah bila keluar dari bulan Ramadhan nanti.
Sempena hari turunnya Al- Quran pada hari ini, kita jangan lupa juga pada perang pertama umat islam di zaman Rasulullah. Iaitu Perang Badar. Perang penentuan pertama dalam sejarah islam.





Sebagai peringatan pada yang tidak tahu dan juga sebagai ulangkaji kita tentang perang yang amat bermakna buat umat islam ini. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sebab Berlakunya Perang Badar.

Rasulullah mengetuai tentera dan bergerak di sepanjang jalan menuju ke Makkah. Kemudian belok ke kiri ke arah Badar dan apabila tiba di al-Safra. Baginda mengirim 2 orang peninjau untuk memerhati pergerakan unta-unta Quraisy.

Tentera Islam seramai 300 ke 317 orang, 82-86 Muhajirin, 61 daripada Aus dan 170 daripada Khazraj. Mereka tidaklah begitu lengkap bersenjata juga tidak begitu bersedia. Mereka cuma mempunyai 2 ekor kuda kepunyaan al-Zubair bin al-Awwam dan al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, 70 unta untuk ditunggangi 2 atau 3 orang secara bergilir-gilir. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri, Ali dan Murthid bin Abi Murthid al-Ghanawi mempunyai seekor unta.

Mereka ingin memintas sebuah kafilah kepunyaan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan. Kafilah itu yang sedang bergerak tidak jauh dari Madinah itu membawa 50ribu wang emas dinar yang dikawal oleh 40 orang sedang bergerak. Abu Sufyan yang sentiasa bersedia, dan menyedari bahawa laluan yang diikutinya amat merbahaya. Dia juga ingin tahu pergerakan Nabi sallallahu alaihi wasallam. Dan orangnya menyampaikan maklumat mengenai tentera Islam yang sedang merancang serang hendap ke atas kafilahnya.  Untuk menjamin keselamatannya, dia mengupah Damdam bin Amr al-Ghifari untuk meminta bantuan daripada orang Quraisy. Lalu dia menuju ke Makkah.

" Oi, Quraisy! Dagangan kamu berada dengan Abu Sufyan! Kafilah kamu sedang dipintas Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya. Aku tak dapat nak cakap apa akan berlaku ke atas mereka. Tolong! Tolong! "

Lantas mereka mengumpulkan bala tentera sehingga tiada pun yang tertinggal kecuali Abu Lahab, yang mewakilkan dirinya kepada seorang yang pernah berhutang dengannya. Tidak lama kemudian, sepasukan tentera seramai 1300 orang termasuk 100 pasukan berkuda dan 600 askar perisai dengan jumlah unta yang banyak dapat di kumpul.

Semasa mereka bergerak ke arah utara menuju ke Badar, mereka mendapat maklumat baru daripada Abu Sufyan yang menyuruh mereka pulang kerana kafilah telah dapat melepaskan diri daripada tentera Islam. Abu Sufyan secara kebetulan apabila mendapat tahu niat orang Islam, lalu dia melarikan kafilahnya ke arah Laut Merah. Dengan muslihat ini, dia berjaya melepaskan diri dari serangan hendap.

Bagaimanapun, Abu Jahal yang bongkak dan sombong mendesak agar terus maju ke Badar, serta tinggal di sana selama 3 malam untuk bersuka ria. Tentera Quraisy kini berjumlah 1000 orang setelah ada yang berpecah dan pulang ke Makkah.

Rasulullah sedar ini adalah situasi yang serius kerana Abu Jahal tidak akan berpatah balik. Lalu baginda mengadakan mesyuarat dan meminta pandangan dari sahabat-sahabat yang lain. Abu Bakar adalah orang pertama bercakap dan berjanji mematuhi perintah Nabi sallallahu alaihi wasallam. Diikuti Umar dan yang lain berikrar janji setia bersama Rasulullah.

Mereka berkata :

" Pergilah kamu dan Tuhan kamu untuk berlawan dan kami akan berlawan bersama kamu! "

Nabi sallallahu alaihi wasallam terharu dengan sumpah setia dan semangat bekorban yang ditunjukkan para sahabat. Baginda bersabda

" Mari kita mara dan beri sorakan, kerana Allah telah berjanji kepadaku salah satu di antara dua (jalan yang menguntungkan melalui rampasan perang atau berjuang pada jalan Allah menentang orang kafir) dan dengan izin Allah sekarang aku ternampak seolah-olah musuh kita bergelimpangan lemah"

Nabi sallallahu alaihi wasallam menghabiskan masanya pada malam sebelum pertempuran dengan bersolat dan berdoa. Tentera Islam yang keletihan kerana perjalanan jauh, dapat tidur nyenyak secukupnya, dan ini menandakan anugerah Allah agar fikiran mereka tidak terganggu.

Hal ini berlaku pada hari Jumaat malam 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah.

Pada keesokan hari, Nabi sallallahu alaihi wasallam mengajak pengikut-pengikutnya bersolat serta berdoa dan menggesa mereka berperang demi Allah.

Setelah semua barisan tentera di susun, maka mulalah pertempuran. Orang kafir pertama yang melepaskan panah ketika bertempur juga menjadi mangsa pertama ialah al-Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi, seorang penyembah berhala yang garang lagi panas baran. Dia bertarung dengan Hamzah bin Abdul Mutalib.

Apabila peperangan menjadi sengit Baginda mula bersolat dan memohon kepada Allah, katanya :

" Ya Allah! Sekiranya golongan Islam ini tewas pada hari ini, maka tiada lagi mereka menyembah-Mu"

Baginda terus menangis bermohon sehingga serbannya jatuh dari bahunya.

Allah menyambut segera dengan mengirim malaikat dari langit untuk membantu dan menolong Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya. Al-Quran ada menyebut :

" (Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat, Sesungguhnya aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang kafir dengan perasaan gerun, oleh itu pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka " (Surah al-anfal : 12)

Allah berfirman :


"Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut" (Surah al-anfal : 9)
 
Sebaik sahaja perang berakhir, Nabi sallallahu alaihi wasallam hendak melihat musuh Islam, Abu Jahal. Abdullah bin Mas'ud menjumpainya ketika menghembuskan nafas terakhir. Sambil memijak lehernya dan berkata :

" Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah mengaibkan kamu?"

Musuh Islam ini masih berdegil dan menjawab

" Aku tidak malu. Aku terbunuh oleh orang aku sendiri di medan perang "

Kemudian dia bertanya, "Siapa yang menang perang?"

Ibn Mas'ud menjawab

"Allah dan Pesuruh-Nya"

Kemudian Abu Jahal berkata lagi dengan dendam kesumatnya.

"Kau telah ikut jalan paling sukar, kau pengembala! "

Ibn Mas'ud memenggal kepalanya dan membawanya ke hadapan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang memuji-muji Allah apabila melihatnya.

Lalu Baginda keluar melihat mayat Abu Jahal. Dan bersabda :

" Inilah Firaun negeri ini "

Maka itu berakhir lah Perang umat islam yang suci ini. Dengan tertewasnya Abu Jahal. Istimewanya peperangan ini ialah bantuan dari Allah dan juga kesetiaan para sahabat Rasulullah yang sanggup berkorban walaupun mereka dalam kuantiti yang sedikit.

Dan yang paling penting ialah keyakinan mereka pada pertolongan dan janji Allah. Semoga kita dapat menghayati erti sebenar peperangan ini, lebih-lebih lagi ia berlaku didalam bulan puasa. Di mana kita keletihan hanya menahan lapar dan dahaga, tapi Rasulullah berjuang dengan para sahabat mempertahankan Islam. Wallahualam.

Selawat ke atas Baginda dan para sahabat.


p/s : semoga kita semua mempunyai semangat seperti para sahabat dalam peperangan ini.

Thursday, July 26

Erti Puasa Sebenar.

Assalamualaikum.

Sudah ramadhan yang ke-5, rasa cepat sungguh masa berlalu. Tau-tau dah hari yang ke-5 kan. Macam mana dengan puasa kita? Berbeza dengan tahun sebelum ini atau sama je? Berbeza itu maksudnya bukan dari single kepada sudah berkahwin, dari suami bergelar bapa, dari isteri bergelar ibu. Tetapi perbezaan itu adalah ibadat kita. Puasa kita. Ada tak perkara yang kita tambahkan dalam bulan puasa tahun ini, yang kita tidak pernah buat pun sebelum ini? Itulah maksudnya perbezaan puasa.

Sebelum kita pergi erti puasa sebenar, jom tengok pada ganjaran-ganjaran yang di janjikan Allah untuk hambanya yang berpuasa :




Banyak kan ganjaran yang Allah berikan pada kita. Pintu Neraka ditutup, tapi masih lagi ada yang nak menuju ke neraka. Itu persoalannya.

Erti puasa sebenar. Mungkin masa kita kecil-kecil dulu, ibubapa kita tidak menerangkan lebih lanjut tentang erti sebenar puasa ini. Yang kita tau, tahan makan dan minum. Lepas itu, malam berterawih. Dalam erti kata lain, tiada pengertian sebenar didedahkan. Betul tak? Sebab itu bila dah makin membesar ni ada lagi yang liat nak berpuasa dan liat nak lakukan terawih. Subuh ape ntah lagi, memang selalu miss berjemaah sebab pentingkan lagi tidur kita.

Di situ dah nampak kita sendiri tidak faham erti puasa yang sebenar. Puasa ini sebenarnya bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi adalah alat untuk mendidik kita menjadi hambaNya yang bertaqwa. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah :

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" 

Supaya kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itu maksudnya puasa ini adalah alat untuk mendidik kita, dan matlamat puasa ini dapat dicapai atau tidak adalah selepas bulan Ramadhan.  Adakah puasa ini dapat mengubah cara hidup kita? atau sebaliknya?.

Antara perkara yang kita perlu lakukan selain dari menahan lapar dan dahaga, ialah :

  • menjaga lisan, pandangan dan pendengaran. (mata tidak melihat perkara-perkara yang maksiat, mulut tidak mencaci maki, marah, telinge tidak mendengar lagu-lagu yang lagha terutama suara dari perempuan dan juga elakkan dari dengar umpatan.)
  • memperbanyakkan membaca Al-Quran, mendengar alunan Al-Quran dan zikir.
  • berzikir.
  • menunaikan solat. ( ini yang paling utama ).
  • qiam pada malam hari. ( solat sunat terawih itu pun juga dipanggil qiam, kalau menghidupkan lagi pula malam-malam kita selepas terawih tu, lagi afdal )
  • bersedekah.
  • memperbanyakkan solat sunat ( dhuha, tahajjud dan lain-lain )
Rasa perkara ini semua boleh dilakukan kecuali yang ditempat pertama itu, dan juga yang ke-4. Memang perkara yang ini selalu dapat mengurangkan pahala kita, dan besar kemungkinan kita tidak mungkin akan dapat ganjaran-ganjaran yang dijanjikan Allah.

Memang ganjaran itu kita dapat atau tidak adalah rahsia Allah. Kita semua tak tahu. Tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir dan membuat bandingan. Kita lihat, Allah sendiri dan tetapkan azab-azab bagi mereka yang mendedahkan aurat, membuat fitnah, mencaci maki dan bagi mereka yang tidak solat. Jadi macam mana dalam bulan puasa kita boleh dapat ganjaran itu sedangkan kita masih melakukan perkara yang sama?

Itu bermakna puasa ini tidak dapat mendidik kita lah kan. Puasa kita hanya sia-sia. Takat tahan lapar dan dahaga sahaja. Tak rasa rugi ke macam itu sahabat-sahabat? 30 hari berpuasa, tapi sia-sia. Kita mengharapkan ganjaran, tapi kita tidak melakukan perintah Allah dengan sepenuhnya, malah kita mengingkarinya lagi. Boleh fikir kan?

Memang kita tahu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Tapi jika kita sudah tahu perkara itu, sepatutnya diri kita lebih dekat dengan Allah. Bukannya lebih kerap melakukan maksiat. Renung-renungkan.

Jika puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja. Memang sia-sia harapan kita untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran diatas.  Nak kasih sayang dan pengampunan dari Allah, buatlah bersungguh-sungguh. Tunjukkan pada Allah, yang kita ini benar-benar hamba Dia.

Jangan kita sibuk mempersoalkan hukum-hukum yang remeh dan kecil, tetapi diri kita sendiri tidak mampu  untuk mengubah perkara yang lebih besar dan berat. Muhasabah diri kita. Ambil cermin dan cermin diri kita.

BETUL KE AKU INI MENJALANKAN PERINTAH ALLAH?

BETUL KE APA YANG AKU LAKUKAN INI?

DAN PALING PENTING APA YANG AKU TELAH LAKUKAN DALAM MENGHAYATI PUASA SEBENAR?

Semoga bermanfaat untuk semua. Renung-renungkan. Jangan pahala puasa kita hilang begitu sahaja. Ingat, di bulan yang mulia ini terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Doa dimakbulkan. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan malam itu. Perbanyakkan ibadah.

p/s : macam mana dengan al-quran?kita dah baca?

"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, July 21

10 Tips untuk menjadi produktif di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al- Mubarak. Selamat berpuasa, puasalah kita dengan sebenar-benar puasa yea. InsyaAllah. Jaga akhlak, solat, pandangan, pendengaran dan penglihatan supaya puasa kita tidak menjadi sia-sia. 

Anggaplah yang puasa ini adalah yang terakhir buat kita.

Hari ini tak berapa banyak nak menaip, just nak share tips ini untuk korang. Sempena bulan puasa ini.

Info ini korang boleh dapati di website ini www.productivemuslim.com

Beberapa Tips / Amalan untuk korang gunakan di bulan Ramadhan. Doodle ini dibuat oleh Aneesah Satriya


Selamat Berpuasa semua.

p/s : korang boleh pergi website productivemuslim ni, banyak info yang menarik.

Sunday, July 31

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011!

Salam semua..

Selamat menyambut bulan Ramadhan aku ucapkan pada korang yang beragama islam.  Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi pada tahun ini untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.  Bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman dan selalu merindui bulan ini.  Sebab bulan ini korang boleh buat macam-macam amalan,  kerana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.  Ape amalan yang mulia korang buat akan mendapat pahala yang berganda-ganda.  Jadi rebutlah peluang ini ( 30 hari ) untuk berubah dan tambahkan amalan, sebab belum tentu tahun depan kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.


Jadi besok bermula lah hari pertama kita puasa,  harap semua umat islam dapat berkatnya pada hari yang pertama dan semua dapat berpuasa dengan baek.  Bukan setakat menahan makan dan minum saja yea.

Korang jangan lupa malam ni dah stat solat tarawih.  Mari lah kita beramai-ramai solat berjemaah di Masjid ataupun Surau yea.  Nie aku nak bagi fadhilat Malam Pertama solat Tarawih :


Untung kan?  Jadi lakukannye dengan penuh khusyuk dan ikhlas.  Insyallah.

Di kesempatan ini aku nak mohom maaf jika ada salah dan silap selama berkawan dan berblogging dengan korang nie.  Kalau ada yang aku buat sampai korang terasa,  minta maaf yea.  Takde manusia yang tidak pernah melalukakn kesilapan.

Sekian...Selamat berpuasa semua!

p/s : jangan tengahari buka periuk yea? tuh puasa yang-yuk...haha..korang mesti pernah buat kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, September 2

Ramadhan 2010 : Kanak-kanak pada bulan puasa. ( part 4 )

Sedar tak sedar dah sampai penghujung nye bulan puasa nie.  Tinggal beberapa hari saje, bulan yang mulia nie akan meninggalkan kita.  Belum tentu kita akan dapat berjumpa lagi dengan bulan nie pada tahun depan.  Harap semua mendapat keberkatan dari bulan yang mulia nie.

Bila dekat dengan raye, aku tengok makin ramai yang rajin keluar pegi shuping walaupun dalam keadaan panas terik.  Time tuh takde lak rase lapo ke haus ye?  Kalau masa mula-mula puasa,  semua pakat buat muka tak larat naa.  Tapi bila ade agenda nak pi shoping, bukan maen lagi muka jadi semangat semacam 1 hari tuh.

Betul tak?  Jangan tifu gua..Bulan puasa nie..

Dah sampai part 4 dah cerita kanak-kanak aku nie..Jum?

Bila dah berbuka puasa, mulalah bermacam-macam 'program' dalam kepale berbudak nie. Sebelom buka tuh, dah rancang ngan member-member.
" Kita jumpe kat surau nanti yea? Macam biase..bawak la ape yang patut "

Betul tak?.  Perancangan yang rapi tuh. Setup jumpe kat surau,  nampak sangat dah keluar perangai 'nakal' tuh.  Kadang-kadang buka puasa pun tak sempat nak baca doa dah, tiba-tiba jek dah Aminnnn..Terus menyuap ke mulot.  Dah selesai makan tuh, hape lagi bersiap-siap la nak ke surau.  Konon-konon nak solat belakang imam. (sejuk hati maknye tengok..anknye cepat2 nak bersiap g surau).

( cumelnye! sumber )

" Mak...adik pegi suwau dulu ek..nak solat terawih nie.."

Dengar jek mak dia bagi green light. Ape lagi,  berdesup lari keluar pastu calling2 member yang ada.  Sampai jek di surau,  segala acara telah diatur.  

" Papehal kita semayang maghrib dulu.. Lepas tuh macam biase arr "

Okeh, dah selesai solat maghrib.  Cepat-cepat berlari keluar, takot jiran-jiran nampak nanti.  Perkara biasa berbudak nie akan buat.  Bom Tangan dari Bola PingPong!!

Caranye mudah saje.  Amik bola nie, korang gunting jadi halus-halus lepas tuh korang balutkan semua tuh pakai kertas timah yang dekat kotak rokok tuh.  Gulung-gulung macam mercun Bola tuh, and then korang bakar bawahnye.  Bila dah stat meletup-letup,  korang lemparkan aje.  Nanti akan mengeluarkan asap yang memang bau menyakitkan hati.  Nie semua gara-gara terpengaruh ngan Counterstrike!

Dah siap dengan bom asap nie,  dorang akan simpan spare mercun lain pulok.  Macam mercun bola ke, ketupat dan sewaktu dengannya la.  Yang sememangnye bunyinye kuat!  Agenda budak-budak nie nak memeriahkan lagi terawih malam tuh, sampaikan tok imam baca surah pun tersedak!  Hilang kekhusyukan tuh..

Selain dari bom dan mercun ni,  aktiviti kegemaran dorang..Maen sorok-sorok!  Memang seronok kan game nie?  Seronok sangat bila kau sorok tuh,  sampai owg tak jumpe-jumpe.  Sedor-sedor member ko tuh tak cari pun,  dia balik umah pekena ayak milo lagi best!

" Jum kita maen sorok-sorok pulak nak? "
" Malam-malam nie?  Mak aku kata jangan maen malam-malam laa.."

" Lah..nape plak? "

" Nanti kena sorok ngan antu tetek..camne? "

" Ahh..bulan-bulan pose mane de antu..dorang kan kena tangkap " (haha)

Macam-macam hal berbudak nie.  Tapi rase, sekarang dah takde kot maen sorok-sorok, kejar-kejar ke.  Semuanye duk layan mercun sekarang sampai terbako tangan, putus jari.  Dulu memang top mercun buluh,  siap perang antara kampung-kampung lagi.  Kalau orang Jepun datang,  mesti pelik..  Bukan ke Malaysia dah merdeka?  Perang hape lagi nie?

Sekian...Selamat berpuasa

p/s : pantau adik-adik korang tuh bila dia kata nak pi qiamulail

That's all..
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, August 23

Ramadhan 2010 : Kanak-kanak pada bulan puasa. ( part 3 )

Setakat nie aku dah nampak dah tepi-tepi jalan orang dah stat jual lemang. Lemang Pak Usop la, Lemang Pak Udin la, Lemang Paling Sedap dan Lemangkuk ( okeh,nie tipu ).  Kadang-kadang 1 jalan sampai 6 biji kedai jual Lemang.  Nak tau mane yang sedap, korang beli sebatang setiap kedai.  Lepas tuh rase semua.  Banyak choice kan? 

Tapi kalau balik kampung, bakar lemang tuh ramai-ramai dengan sanak sedare. Lagi pueh hati.  Time tuh la, jumpe macam-macam kerenah.  Dengan yang tak tahan puasa nye, yang muke hitam nye, dengan yang duk sakat lagi.  Seronok jek rase dapat bakar lemang ramai-ramai, lepas tuh lemang tuh hangit korang jugak yang kena nanti!

Nak keluar sat cari ketupat...aku tak minat lemang sebenornye..lalala


Berbalik pada story yang aku nak bagitau korang tadi. Cerita kanak-kanak pada bulan puasa, sebelom nie aku dah cerita sampai tahap budak-budak tuh ade kat sekolah.  Jadi nie adelah kesinambungan dari part 2.

Korang ingat lagi tak pada cerita GABAN? Ala, Suria Perkasa Hitam la. (bukan pekasam yea).  Hero kita masa zaman-zaman dulu. Selain dari FLASHMAN dan POWER RANGERS.

( adik beradik dah aku buh nie )

Walaupun dalam bulan puasa, balik sekolah dalam keadaan yang sangat letih dan lemau kan.  Berbudak nie masih mampu la nak tengok cite nie.  Dapat dalam 5-10 minit ngadap muka gaban tuh pun jadi lah.  Lepas tuh mula buat aksi-aksi yang tak sepatutnya.  Mak kat tepi duk pelik jek tengok.."Anak aku nie tadi kate letih benor..tapi boleh melompat-lompat lagi"...

Kadang-kadang budak2 kecik nie la kita nak kenakan senang jek.  Dorang kan jenis tak tau pape, mengikut jelah ape yang kita cakap.  Itu sebab mak korang selalu pesan, jangan cakap yang bukan-bukan depan budak-budak.. Nanti dorang akan ikot.

Korang mesti penah dengo, perkara yang membatalkan puasa " Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan"..Itu adalah yang sememangye ade kan?  Yang nie aku nak bagitau, dulu-dulu dorang cakap "Tak buleh buang air besau! Nanti puasa ko batal..Sebab keluarkan sesuatu "

Masa keluar statement nie, tyme tuh aku baru jek Darjah 2. Baru jek nak rajin-rajin berpuasa penuh, semangat time nie.  Biase la kan, kadang-kadang ade gak member2 yang sengal semacam nie. Percaya kat abang-abang dia. Jadi pada suatu masa tuh, aku dengan keadaan terdesak nye tengah menahan, tyme tuh kelas Math!  Aku memang tak gemor kelas math mase kecik-kecik dulu. Serius, kalau tak nak ponteng..Rasenye dah lame pi ponteng.

Perot aku dah memulas, dahi dah memerut..Memang berpeluh-peluh bai..Dengan selambe nye, aku berlari-lari pi depan jumpe Cekgu. Rasenye name dia Puan Rohani kot, tapi memang garang bhaii..Dengan keberanian yang ada.. " Cekgu..saya nak pegi tandas!..tak tahan dah nie ".. Cekgu tuh pun lepaskan aku.

Balik jek dari tandas, muka lega dan duduk la sebelah member aku yang sengal nie.  Tiba-tiba dia bersuara :

" Ko tadi pegi mane? "

"Aku pegi toilet la..Sakit perut..pegi yak jap.."

"Ehh..ko puasa tak??"

"Puasa la! Nape ko tanye?"

" Puasa-puasa mane boleh beyak!! "

" Haaa...! Ye ke? Boleh batalkan puasa ke?"

" Yelah..abang aku cakap tak boleh..keluarkan sesuatu!! "

Balik jek aku ke rumah. Memang agak keciwa la hari tuh, sebab dalam fikiran aku mesti puasa aku tak sah hari tuh. Balik rumah monyok jek, mak aku pun agak risau tengok anak dia macam tuh. Pastu mak aku tanye 

"Nape muka monyok tuh? Baru pukul berape..dah letih?"
"Bukan letih la mak..tapi.."
"Tapi nape? Tak tahan dah ke? Nak buka pose tak? "
"Bukan..rasenye macam puasa nabil dah batal"
" Lahh..nape? minum air ke tadi? "
"Bukan la, kawan nabil kate tak buley beyak..nanti puasa batal "

Mak aku agak pening la time tuh, tapi naseb baek dapat dijelaskan semua ape yang boleh membatalkan puasa sebenarnye. Selamat puasa aku mase tuh, dapat diteruskan sampai ke petang. Takde pun dalam kitab mane2 kalau keluarkan sesuatu akan membatalkan puasa. Kecuali la muntah dengan sengaja. Kebesokkkanye, aku pi jumpa kawan aku tuh. Mula-mula jek jumpa, aku dah sekeh cukup-cukup lepas tuh baru explain kat dia ape yang mak aku pesan...

Betui tak aku cakap kat korang? Jangan cakap yang bukan-bukan dekat berbudak nie..Nanti dia akan lakukan!

Dah..perot aku dah lapo nie..nak makan for the 2nd time!

p/s : tengok bola tadi..tau2 seri jek..huhuhu

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, August 15

Ramadhan 2010 : Kanak-kanak pada bulan puasa ( part 2 )

Salam Ramadhan pada semua. Puasa-puasa nie ade jek dugaan yang datang kan.  Misalnye  rancangan  memasak  kat  televisyen.  Ade ke patut time-time mase tengah memuncak nie,  di keluarkan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan?  Nak-nak pulok pengacara tuh,  makan memang dengan penuh kesedapan.  Mau tak terliur budak-budak nie.

Lepas tu duk la merengek nak makanan dalam tv.  Lauk asam pedas la,  kurma daging, eskem sebagai pencuci mulot (nyum2!).  Kadang-kadang aku yang dah besau macam nie pun boleh tergugat gak.  Baek ngadap blog, takde la rase lapo sangat.

Jum kawan-kawan, kita sambung balik kisah budok-budok berpuasa nie....

 ( teringat cite Upin dan Ipin..sumber )

Waktu-waktu sekolah dulu, menjadi kegemaran la bila waktu rehat tuh pegi kantin beli eskem malaysia tuh.  Ingat tak?
( top nie mase skula dulu!...sumber )

Aiskrim nie aku duk ngata tadi.  Famous kan?  Lagi-lagi yang perisa milo tuh.  Agenda lepas dah abis makan, tiup balik bagi kembung, lepas tuh letupkan!..  Terkejot makcik kantin tuh.

Tapi bila tyme puasa, mane ade kantin sekolah yang bukak.  Jadi ade jugak setengah2 budak nie terlupa terus jek bila time rehat tuh berlari ke kantin,  tapi bila sampai di kantin baru teringat yang hari tuh puasa.  Pulang dengan muka keciwa.  Walaupun bulan puasa,  budak-budak nie mane peduli.  Aktif tetap aktif!  berlari ke sana sini.

Kadang-kadang ade jugak yang ngelat, pi toilet knon2nye nak basuh muka.  Alih-alih masuk air dalam pewot!  Telan air paip pun sanggup?  Buat muka tak bersalah, balik rumah kate kat mak "Adik puasa lagi"..  Dalam kelas pun macam tuh jugak,  mane yang tak larat pose tuh siaplah..memang kena bahan abis!

"Cekgu2...ade orang buat dose!"
"Hah..buat dose ape nie??"
"Jum la Cekgu..ikot saye.."

Tengok-tengok ade budak tengah teguk air...

"Tengok tuh Cekgu..dorang tak puasa!"
"Hehehe..(gelak dlm ati..ingat ape la tadi)...Biakan jelah dorang tuh..dorang memang tak buleh puasa"
"Nape pulak Cekgu??kan bulan pose nie?"

"Dah2..masuk kelas..nanti Cekgu cite kat kelas yea?"
"Janji yea Cekgu?"
"Ye janji..."

Dah masuk kelas..tiba2 cekgu tuh keluar balik pegi ke budak berdua tadi..

"Ah-cheng..Maniam..cepat masuk kelas sekarang!"


Kan aku dah kate..Budak-budak lagi,  mane paham.  Ade setengah tuh bawak jugak botol air, siap teguk dalam kelas.  Member sebelah tengok, rase berangin jek.  Sekali bila member yang puasa tuh tanye "Nape ek ko tak puasa? Nanti masuk api neraka tau"...

Member dengan selambe jawab " Aku tak larat la..budak kecik takpe tak pose".  Bila dah puas balik dari sekolah tuh, mula buat muka lesu..Tak larat..Untung la sape yang sekolah waktu petang,  balik-balik rumah jek dah nak berbuka. Best!

p/s : didik la adik2 korang tuh dari kecik untuk berpose yea..bia dia biasakan diri.. 

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


Saturday, August 14

Ramadhan 2nd : Allah still beri peluang pada aku..

Lame dah aku perati orang-orang kat opis aku nie, rajin balik awal dah sekarang.  Bagi yang umat islam tuh aku paham la, sebab nak berbuka puasa kat rumah bersama keluarga kan.  Dan yang bujang nie?  korang nak berbuka puasa dengan kawan2 korang?  Mase-mase puasa nie la patut korang kaut OT tuh kaw-kaw, yelah boleh gune untuk belanje raye kan?  Boleh bagi cikit kat anak-anak buah nanti.  Kat buahati ke?

Pandai hamek peluang nie untuk balik awal yea?  Sikit-sikit hilang..pastu balik yea.

p/s : Sebenarnye aku geram ditinggalkan sorang-sorang...haha..okeh tutup cite!


Selepas aku terkena denggi hari tuh,  baru-baru nie aku terkena dugaan lain pulok.  Biase la waktu-waktu lepas sahur nie kan, mesti la ade ngantok sikit. Malam sebelom tuh tido lewat, lepas tuh kena bangun awal for sahur.  Agak mamai dan sleepy laa.

Pada pagi Khamis lepas, dengan semangat aku yang berkobar nak pegi ke tempat kerja nie.  Sesuatu yang tak diduga telah terjadi.  Aku dengan tidak semena-menanye terlibat dalam kemalangan!  Agak bertahun dah aku bawak moto,  tapi baru kali nie ada kena mengena dengan kereta lain.  Selalu jatuh sendiri, dan bangun pun sendiri.

Tapi pada hari tuh, jatuh dan orang yang bangunkan aku.  Pimpin aku bawak pegi tepi jalan.  Senang cite la, aku pegi 'bantai' punggung kereta Satria tuh.  Bukan sengaja aku nak 'bantai', tapi di sebabkan dia berhenti emercency kat tengah-tengah jalan tuh so aku amik keputusan untuk mengelak ke belakang kereta dari aku melanggar ke tengah kereta!

( bukan kereta nie yea..hiasan saje )

Di bulatan hitam tuh sepatutnya aku langgar, tapi sempat elak, so kena jugak kat belakang kereta tuh ( merah ).  Mungkin kalau aku tak sempat elak,  mau melambung macam baby.  (merasa gak terbang kejap).  Alhamdulillah, aku just luka-luka biase jek bila terkena punggung belakang kereta tuh. (perit gak la).


( agak nampak gak aurat aku tuh..nie luka dekat lutut )

( yang ini dekat siku..tajam kan siku aku?? )

( nie kat sebelah lutut..dah berbalut dah pun )

Ade lagi luka dekat bahu, yang tuh tak payah la aku tunjuk ( sebab susah nak snap ).  Gambar moto kesayangan aku yang 'MERAH' tuh tak payah lah aku nak tunjuk.  Sedih, tak sampai hati nak tunjuk, tapi pape pun dia telah kembali untuk 'merempit' sekali lagi bersame aku! Cayalah..

Nway, aku tak buat repot polis pun sebabnye semua perbelanjaan aku di support oleh brader tuh. Bagi aku dia tak bersalah, cume pemandu kereta yang sorang lagi melintas depan dia tuh yang salah!  Naseb baek gua tak nampak no plat tuh..Kalau tidak..

Alhamdulillah la aku masih selamat kan.  Itu la sebabnye aku sekarang macam benggang sikit bila tengok orang bawak kereta tak ingat tentang keselamatan orang laen. Lepas nie, aku bawak buah kelape siap-siap!  Agak-agak kuang ajor bawak keta, aku lempaq ngan buah kelape tuh!

p/s lagi : Benda pertama aku pikir mase jatuh tuh is moto aku!...Orang pimpin aku ke tepi, tapi aku bangun balik tarik moto..=)

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, August 12

Ramadhan 2010 : Kanak-kanak pada bulan puasa ( part 1 ).

Selesai sudah puasa pertama dan dah nak masuk hari kedua, macam mane? Ada yang tak berpuasa dah ke?  Harap-harap dapat la 'bulan penuh' yea tahun nie.  Hari kedua berpuasa aku dah dapat dugaan yang sememangnye aku tak sangka akan dapat.  Korang nak tau hape?  Tunggu aku baek sikit, nanti aku akan cerita kat sini ape yang jadi.

Mesti ramai yang duk sibuk nak update cerita pasal menu berbuka pose kan?  Aku ingat nak buat macam tuh jugak, tak takde kesempatan. So, aku nak buat cerita sikit pasal budak-budak punye aktiviti mase bulan pose nie.  Kire ade campur pengalaman aku jugak la. Mesti seronok kan mase puasa zaman budak2 dulu? Tapi rasenya kecik2 dulu lagi la cepat lapo.  Berlari sane snie. Hyperaktif betui!

Sehari sebelom puasa, semua pakat duk sebok depan tv tengok 'pakchek' tuh buat pengumuman puasa.

( sumber dari SINI )

Sape tak kenal pakchek nie?  Aku ketok sat lagi!  Korang semua tau pakchek nie banyak berjasa tau.  Sape lagi yang boleh buat pengumuman selain dia?  Slow and steady jek. Kalau kecik2 dulu nampak jek pakchek nie kuar tb,  berebut-rebut nak tengok. Penuh dengan kesabaran masing2,  nak tau besok jadi ke tidak puasanye.

Bila dah dapat tau jek besok akan puasa, yeay! Semua melompat2 suke!  Siap pesan kat mak dan abah lagi, besok jangan lupe kejot sahur yea. 'Adik' nak puasa!. Memang ade semangat nak berpuasa!

Dah bersiap-siap untuk tidur, baca niat puasa dulu.  Baca mesti kuat-kuat kan? Lepas tuh bace dengan parents nye sekali.

Bab permulaan memang dorang nie laju!  Tapi bila nak kejotkan sahur nanti, korang tengok lah.  Dia punye liat nak bangun kan? Pkul 5.00 pagi kejot, dia celik mate sebelah jek. Pukul 5.10 pagi kejot lagi, bukak dua2 mata siap dengan menguap lagi. Dah celik, tapi tak bangun jugak. Pukul 5.20 pagi kejot lagi, bangun lepas tuh pegi kat meja makan.  Dah sampai kat depan nasi, sambung semula tido. ZzzzZZzzz.. (bertuah punye budak).

Lepas tuh, bermula la dugaan budak-budak nie di bulan puasa.  Dah la kena bersiap ke sekolah, lepas tuh mata duk terkebil-kebil tahan ngantuk.  Teringat lagi masa aku kecik-kecik dulu,  lepas sahur terus jek tido.  Dah tak larat, lepas tuh mak aku kejotkan untuk pegi sekolah.  Baek punye bangun2, pegi dapur teguk air botol dalam peti ais!  Best siot! Elok jek teguk air sejuk. Dan agak-agak macam 2-4 teguk tuh, baru aku tibe-tibe jek teringat yang hari nie puasa!

p/s : lepas nie cerita budak-budak kat skula lak yea=) ( kat sekolah lagi banyak dugaan aku rase)

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, August 10

Ramadhan Datang Lagi : Tips untuk tahan lebih lame!

Salam semua bloggers and readers sekalian alam. Selamat menyambut puasa sekali lagi,  bersyukur la sebab dapat bertemu bulan yang mulia nie sekali lagi kan? Diberi peluang untuk menunaikan puasa selama sebulan.  Bagi yang sempat ganti puasa tuh alhamdulillah la, bagi yang tak sempat ( Lu pikiaq la sendiri! ).


Kedengaran pak-chek yang biase keluar kat tb tuh sedang bersuara.  Mengumumkan hari untuk seluruh umat Islam berpuasa.  Dengan itu, maka bermula Rukun Islam yang ke-3 iaitu Berpuasa Di Bulan Ramadhan.  Setelah lame korang mensantap, mentekedarah, dan menyuap segala makanan yang ade selama beberapa bulan,  so tiba masanya korang puasa!  Sebulan jek pown,  itu pun tak boleh tahan?  Tak penah lagi aku dengar orang mati tak makan mase bulan puasa.  Itu pun puasa siang jek, malam dah boleh makan kan?

Jadi untuk mengelakkan korang ponteng puasa,  meh aku bagi sikit hint-hint untuk korang bertahan lame.  Bukan susah pun, tak payah bayar,  tak kena berlari pun.  Antara Tips-tips nye :

  • Bangun sahur. Kalau boleh jangan makan terlalu banyak, bila terlalu banyak korang akan jadi terlalu kenyang.  Besok pegi keja dah jadi semput, tak larat nak buat kerja.  Makan secara sederhana.

  • Banyakkan minum air mase sahur tuh, lebih elok air suam.  Jangan la pi bantai air bandung ke, sirap limau ke, takpun oren juice dan sebagainya la.

  • Jangan duk pikir pasal makanan pada waktu siang.  Ini tidak, kejap2 buka buku resipi, kejap2 search kat internet resipi terbaru.  Tak pun bukak jek televisyen, cari program memasak.  Tuh semua boleh mengugat keimanan tuh bagi sape-sape yang tak kuat 'semangat' ni.

  • Jangan terlalu banyak membebel.  Maksud aku banyak sangat bercakap, sampai duk menyembur ayak liuq tuh keluar. Cuba untuk kurangkan sikit korang punya percakapan di bulan puasa nie. Berzikir lagi baek.  Kalau banyak bercakap, nanti keluar benda yang tak patut plak.

  • Jangan selalu berangan.  Angan-angan kalau bulan puasa nie memang takde benda lain mesti pasal makanan yang sedap2!  Tapi bila berbuka,  makan ciput gak.

  • Jangan kerap tidur.  Ni memang selalu kan?  Tidur waktu siang, dalam 5-10 minit takpelah. nie idak, kalau boleh nak bantai sampai waktu berbuka nanti. Makruh tuh!!

  • Jangan biarkan periuk kat dapur tuh ada isi waktu-waktu tengahari, nanti ada yang balik rumah bukak periuk.. Jadi la puasa 'yang-yuk'!

  • Jangan biarkan botol yang berisi air minuman di letakkan berdekatan.  Sebabnye secara tak langsung korang akan terminum, kalau tak sengaja takpe.  Tapi kalau habis sebotol, tuh kire tak sengaja ke?
Rase-rasenya cukup la setakat tuh den berpesan. Jadi banyakkan la amalan pada bulan mulia nie. Rembat segala chance yang ade!! Belum tentu tahun depan korang berpeluang nak temui lagi Ramadhan.  Kurangkan sikit aktiviti 'makan ketupat' (mengumpat)  tuh.

Hope korang semua dapat menunaikan puasa dengan baek! Sabar dalam segala dugaan.
Salam Ramadhan dari gua..=)

p/s : Jum buka puasa ramai2?

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, September 22

Ramadhan ke-28

Ish2..pose ag ek?hehehe..saje nk bgtau ape yg aku buat msa ramadhan ke-28 nie~
ari tuh nk update,tapi tak sempat..memandangkan pukul 2 pagi dah nk kne bertolak pegi JB!!..hehehe..balik kg..ooooo..blik kg~hehehe..

Sebelum biel balik ari tuh~smpt gak ler..pegi singgah uptown s.alam~hehehe..saje nk cuci2 mata~
Sambil nyelam minum air~hehehe..
Smpt lagi sebelum balik Jb tuh~dah la beg xkemas2 ag~mak aku bising jerk~miahahaha~:P

Malam tuh aku buka dalam keta tuh~huhuhu..sbb ape??korang mesti bleh agk pnye!!
Sebabnye..keta punye la banyak~huhuhu..aku kuar time owg semua dah nk blik kg kot~xpun baru nk balik keje ker..or dorg pun same nk pegi shuping last2 minute nie~huhuhu



Ehmmm..masa nie aku de kt damansara~smpt snap gmbo sat..nseb bek xde polis kt blkg~hehehe
Kalau tak..(sia2 jerk kena bagi duit raye)hehehe..time nie dah buka pun~huhuhu..dah ler hujan..keta banyak lagi~mmg slow and steady la jwbnye!!..Naseb baek aku sampai uptown tuh cpt!!..kalau tak..ehm..xbalik kg la jwbnye..
Kena tinggal~hehehe

Taraaaaa~hehehe,ni la baju2 yg aku saje2 suka pegi beli~hehehe,mmg lama dah nk baju merah..
Sebabnya,baju merah biel semua dah kehabisan~hehehe..simple jerk baju nie(jadi la kn?nk puas kan ati pegi uptown)hehehe..
Yeahhh~dapat jua aku sandal baru!!..hehehe..puas wey,aku pusing2 uptown tuh~bab2 nie aku cerewet sket,walaupun beli benda2 murah..tapi ada setengah benda aku akn cerewet sket tuk pilih~hehehe...(sape yg teman,pnat la melyan)hehehe..:P

Aku ingatkan pegi malam tuh..xde la owg ramai sangat,tapi!!..huhuh..owg punya la penuh..makin lwt,makin penuh~huhuhu..semua pun last2 minute jgak~hehehe
Sampai nk kuar dari parking pun..kena tggu giliran~huhu
Sbbnye owg dh blocking!!..adoiii~

Abis shuping jerk,nk dekat pkul 12..hehehe..terus pastu gerak balik umah!ngam2 aku smpi pkul 1.00..
Kalau tak,kena tinggal la jwbnye~hehehe.Lepas tuh,pukul 2 lebey gerak trus pegi JB!!..hehehe..trus jerk aku lena..sedo2 dah pukul 4 pagi..masa tuh ade kt seremban kot~
aku sedr,sebabnye aku budak duk merempit kat tempat tuh!!..huhu..(hampeh toi)
Punye la ramai..sampai terjaga aku,masa tuh de kt pekan srmban tuh laaa..huhu..
Dekat trafic light,dorang duk bako2..aishhh~(time tuh nk cri tmpt sahur)

Lepas dari tuh..dah sahur kt mamak sane,hamba pun meneruskan perjalanan ke JB~
hehehe..nak tau ape yg aku buat raye pertama?hehehe(tggu entry berikut nye yea):)

Wednesday, September 16

Ramadhan ke-26

Yeeee~dh puase ke-26 dh ek?alhamdulillah..hrp2 full ag thun nie..hehehe
Kalau tak silap..hehehe..lagi 3 hari kte akn menyambut SyaWaL!!..ehmm..nk raye dah~
Nanti sebelum aku blik kg..insyallah akan siapkn kad raye tuk kome yea~hehehe..
Lame jugak tak design kad raye nie~~

Ehmm..nak cite nie..nak dego x?hehehe..saje nk luahkan ape yg aku sakit sangat nie..(dari mula pose tau!)smpi la sekarang..huhuhu

Macam nie cite nye~Bermula la kesahnyeee..hehehe..
Takde ape laaa..aku nie sakit gigi tau~adoiii..bukan yg sakit kat gusi or gigi yg biase tuhh~
Tapi dah berlubang!!..huhu!
Dah lameeee..tapi bulan nie la paling truk sakitnye..sekali datang dia punya denyutt~peeeehhhh~
(Tuhan jerk yg tau)smpi nak menangis pun ade~huhuhu..
Mencii!!..Sekarang nie..kalau makan,mesti perit yg amat~smpi kena kunyah pakai gigi blah kanan jerk...

Rase2 muka aku de macam nie x?hehehe..takde2..xde kne mgena ngan budak tomel atas nie~ehehe..cmni la kot muka aku klu tahan sakit tuh~hahahha..

The moral of the stoRy@!-aku kena minum susu nie..aishh..gigi dh slalu gsk dah!!..(xleh mkn manis2 dah...)

Sunday, September 13

Kad Raye dari kawan2..

Haaa..jgn terkejut~kt blog pn skrng leh anto kad raye tau!!..hehehe..
Maklum laaa..zaman canggih manggih nie~hehehe..baru 2 biel dapat nie~(dari muni kot nme dia nie aka unkhown & cik yana)

Thanks yea~klu smpt..biel bagi korang semua kad raye~hehehe..klu nk kueh mueh~haaa..jemput dtg umh~mcam2 ada~:)(kad raye from unkhown...ngee~thanks~)

(nie plak kad raye dari cik yana~thanks juga)

~Tuh saja..baru 2..hehehe..tapi sblm raye nie..msti dapat dari sumone tuh~
~Nie spesel sket..sbb diposkan~hehehe
~Nway,klu biel smpt..biel bagi kad raye tuk fllwrs2 nie yaa~
~Selamat Hari RAye~

Saturday, September 12

Ramadhan ke - 22

Ehmmm..kejap jerk dh masuk Ramadhan ke 22..huhuhu..lagi seminggu beb nak raye!!..heee~
Sory la sbb lame tak update blog nie tuk tatapan korang~hehehe..bz a lot~semua kerja nk siapkn sebelum cuti ney~:)

Korang dah shuping raye??ngeee~cpt2..sblm lebih ramai lagi minggu nie yg trun pegi suping~(aku pun xpegi ag)ngeh2..

Tak de pape pun nk cite tuk hari nie~ingatkn malam nie nk pegi Danau kota~tapi terpaksa cancel last2 minute~adoiiii~(kalau tak..dah meroyan dah kt sane malam nie~)hahaha..

Korang dah dego lagu raya Hujan and Raihan??ngeee~buleh tahan laaa..tapi lagu-lagu yang lame..tetap dihati beb~!!hehehe..pape pun korang layan la lagu nie ea~plus ngan lirik sekali..:)

SElamat Berbuka~cuba jaga puase nak dekat2 raye nie~hehehe..:P





Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

Saturday, September 5

Ramadhan ke -14...

wahh..dh masuk 2mggu dh pose nie~huhuhu..cptnye~dh dgo dh lagu raye pagi2 tdik~hehehe..
nk tau stesen mne?haaa~krg cari la sndri ea~tggu jerk bsok..ngeee~
dh separuh bulan dah~tdik tgk bulan penuh jerk..cantek btui ciptaan Tuhan ney~

ari nie xde nk sembang ape..saje nk ckp2..hehehe..
Sbbnye~mo0d ilang~
---FLU---
---MIGRAIN---


pehh..2 hari straight kena penyakit dua nie..dugaan bln pose~huhuhu..
(xske flu!!!)aishhh...

Saturday, August 29

Ramadhan ke-8~

Ngeee..~tlepas suda brape ramadhan nie..xsmpt nk update~huhu..
tbe2 jerk kuar yg ke-8 pnye..versi ari sbtu~hehhee..
BesTnye laaa ari xde kje..huhuhu..time2 cmnie la bru dpt kuar jejln2..ngee~
Pagi2 lagi tdik dh kuar..ehmm..
Sje jln2 kt pekan rwg tuh..hehehe

~ survey mto~
~byr bil celcom~

huhuhu..gilak rmi owg..weyyy..raye lmbt ag arr..hehehe~
tengah2 beratur nk cuk wit tdik..dpn2 aku nie de srg aney nie~mabuk kot~(mata merah jerk)
pastu aku de bau sumthing~yg smell nye mmg tak best,dan buleh meloyakn tekak sape2 jerk yg tehidu~
adoiiiiii~nk pegi mesin lain xleh..~tuh la satu2 nye mesin yg masih mampu bertahan~hehehe
yg laen smua,dh 'bankrap'..dh kosong dah perut atm tuh~hehehe(tpakse gak ler menahan bau aney tuh)huhuhu..rase nk siram jerk dia ngan air~hahaha:P

Lepas dh setel semua~pegi mana ea?ngeee~
pusing2 s.alam dehhh~miahaha..lame dh tak cuci mata kt sane~hehehe

Nak tau buka ape ari nie?hehhee..
Sape2 yang penah pegi bazaar s.alam tuh~tau2 jerk laa~mmg macam2 ada ngan macam2 owg~
hehehe..so,biel ari buka biase jerk :

~Roti john aym~(nie papa john pnye,spe slalu pegi sane tau la,klu lmbt cket..mmg beratur pnjg giler beb)~huhuhu..siap de nme Roti John Extravaganza~(rugi lak xtry)

~Nasi Kerabu!!miahahaha..xsgka2 aku leh mkn nasi kerabu dehh~(lame xrase)

~Air Jus Mangga(mmg sedap,tapi krg ori la):P~

~Lagi?xde dah..ckup2 la tuh..hehehe..jgn beli byk2 sgt..nti bler dh buka~mls jerk nk
mhabiskn~(btui x?hehehe)~

Nway,korang pegi la sane nti ea~hehehe..mcm2 gak ade..tapi aku nie jenis beli cket2 jerk~
Lapau cm ner pn..cmtuh gak~hehehe

SeLamat Berpuasa ea~Dan Selamat menyambut Hari kemerdekaan~(thun nie xde ambang merdeka ea,jgn pndi2 nk pegi bt sndri~)hahaha..:P

Monday, August 24

3rd dAy of PuaSA~

ehmmm..dh puasa yg ke-3 ea?xsedo laaa..hehhee..(knon2 jerk)
Ape kes ari nie?aish..1st time aku buka pose kt opis nie..bsama ngan pkerja2 kilang..miahahaha~
Nak tau biel buka ngan ape?huhuhu...
~setin air kikapo0o~huhuhu..buka ngan nie sehh~
~bersamaan dgn kikapoo tdi..adlah 2 donut,1karipap dn 1 dark vader!..hahaha~

~Kikapoo+donut+karipuff+vader= 'enak berbuka'hehehe~
~khas tuk owg yg prtnye kuat sje leh mkn bersama2 ngan air gas!~ngeee~

Wlau cmner pn..syukur alhamdulillah..de gak rezki tuk berbuka..hehhee..see yaa~
SeLamat berpose~rindu kt upin & ipin~:P