Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Friday, April 13

11 Perkara yang menghilangkan Keberkatan.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi apa saja di blog yang tak seberapa ini. Sebelum ini ada saya ceritakan tentang 18 sumber keberkatan. Harap dapat membantu serba sedikit dari entry tersebut. Semoga korang semua dapat amalkan.

Apa yang kita buat mesti kena ada keberkatan. Jika tidak ada, mesti akan sesuatu berlaku. Contohnya jika gaji anda tiap-tiap bulan bekerja itu tidak pernah cukup, cuba renung dan fikir. Adakah semua aku lakukan dengan baik? Betul ke niat dan cara aku bekerja? Jika anda inginkan 18 sumber keberkatan itu. Sila ke link ini :


Jadi pada entry kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang 11 perkara yang menghilangkan keberkatan. Ilmu ini saya kongsikan dari Seminar Productive Muslim yang pernah saya hadir dulu.
Baik. Ini antara 11 perkara itu :
  1. Banyak melakukan dosa dan mengamalkan perkara-perkara yang tidak baik.
  2. Tidak memulakan sesuatu perkara itu dengan Bismillah.
  3. Bersumpah atau mengangkat sumpah pada perkara yang tidak sepatutnya.
  4. Menipu dan Berbohong.
  5. Sangat berkira dalam bersedekah. (dalam wallet ada berpuluh-puluh ribu..tapi sedekahnye RM1).
  6. Memakan duit Haram.
  7. Bakhil dan Tamak.
  8. Tidak membayar zakat.
  9. Menukar-menukar unit timbangan untuk alat timbang. (supaya untung lebih)
  10. Tidak pernah nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri seadanya.
  11. Menjual harta.
Itulah antaranya perkara-perkara yang mengakibatkan hilangnya keberkatan dari sesuatu perkara yang kita lakukan. InsyaAllah sahabat-sahabat, jika kita dapat elakkan dari melakukan perkara-perkara di atas, mesti akan ada keberkatan di setiap perkara yang kita lakukan.

Lihat sumber yang kita perolehi, rezki yang kita cari.  Jangan ingat sesuatu pekerjaan yang kita buat, contohnya dengan mendedahkan aurat itu Allah redha, Allah yang bagi rezki itu. Kadang-kadang itu Allah beri ujian untuk lihat sejauh mana keimanan kita. Apakah kita lebih sayangkan harta dunia atau mengikut perintahNya? Dan jangan ingat bila duit anda banyak dengan hasil pekerjaan begitu, Allah redha dengan rezeki yang DIA beri.

Allah sengaja beri kekayaan dan kuasa pada kita untuk memusnahkan hambaNya itu. Contoh seperti firaun atau Qarun.  Allah beri kekayaan yang melimpah ruah, sehingga mereka lupa diri dan mengaku sebagai Tuhan.

Ingatlah sahabat, keberkatan itu amat penting sekali. Cari dan renung bersama, betul ke apa yang kita lakukan selama ini? Kenapa masih ada yang tidak pernah cukup?  Jangan terlalu cepat salahkan perkara lain, salahkan takdir.  Sedangkan anda sendiri tidak melihat kesilapan sendiri yang anda lakukan.

Semoga entry ini dapat memberi kesedaran pada sahabat semua.

p/s : rasa-rasa apa yang kita buat tu, Allah suka tak?

"CAKAP BIAR TERASA"

Monday, March 5

7 tabiat harian untuk membina kerohanian.


Alhamdulillah, syukran. Masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menggunakan nikmat yang ada sebaiknya. Iaitu tangan dan jari jemari untuk menaip. Itu semua adalah nikmat Allah pada kita, anggota badan. Jadi gunakan ia sebaik mungkin untuk kebaikan bersama yea.  Itu untuk menunjukkan tanda syukur kita kepada Allah.

Jadi pada entry kali ini, saya nak share dari seminar yang sama jugak iaitu productive muslim. Apakah tabiat harian untuk membina kerohanian kita. Maksudnya kehidupan seharian kita akan lebih bersemangat, tenang dan penuh keberkatan. InsyaAllah.

Antara yang diberikan pada saya ialah 7 tabiat harian ini untuk membina kerohanian kita :
  1. Selalu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ( solat sunat rawatib ).
  2. Mengingati Allah selepas solat. (bertasbih,tahmid dan berdoa).
  3. Pagi,petang dan malam selalu mengingati Allah (banyakkan berzikir)
  4. Qiamulail (solat sunat tahajjud,hajat dan sebagainya )
  5. Solat sunat dhuha (jadikan sebagai amalan harian)
  6. Berwuduk. (selalu perbaharui wuduk anda,maksudnya pastikan kita selalu dalam keadaan berwuduk)
  7. Membaca Al-quran (baca Al-Quran 30minit sehari,paling minimum!.seeloknya dilakukan selepas subuh, sebelum kita keluar melihat perkara lain)
InsyaAllah sahabat-sahabat semua, tambahkan amalan kita. Jangan malu dan segan dengan Allah. Kita seringkali malu dan segan dalam bab nak tambahkan amalan sunat sebab kawan-kawan lain tak buat, tapi kita tak terfikir pula amalan itu pada pandangan Allah? Besok, kita malu masa berhadapan dengan Allah, ada ke kawan-kawan kita datang nak tutup malu kita?

Biar kita menangis di dunia kerana dikutuk,diejek,difitnah dan sebagainya. Janji di depan Allah nanti, kita senyum semasa bertemu dengan yang Maha Esa.  Bila kita tidak sabar dan rasa rindu nak bertemu dengan Allah, Allah pun sama akan rindu dan tidak sabar nak bertemu dengan kita.

Itulah dia Kekasih teragung kita. Wallahualam.

p/s : jika nak jadikan amalan ini 1 tabiat, korang buat secara konsisten selama 21 hari yea. InsyaAllah.

"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, March 3

18 SUMBER KEBERKATAN.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah beberapa hari broadband 'dimansuhkan'. Akhirnya dapat jugak online hari ini.  Masih lagi diberi peluang oleh Allah bagi aku menyampaikan apa yang tersimpan didalam hati.  Apa yang dipelajari.
Alhamdulillah, pada minggu lepas dapat juga aku menunaikan hajat pergi ke Seminar Productive Muslim. Seminar ini berlangsung pada 25 & 26 Febuary yang lepas di UIAM. 2 hari yang penuh berkat.


Mohammed Faris tu adalah founder kepada productive muslim.com  Dia sekarang bekerja di Saudi Arabia. Kebanyakkan slide-slide dalam program ini memang di handle oleh Faris.  Apa yang disampaikan memang berkesan dan dapat menarik minat orang mendengar. Ustaz Zaharudin dan Dr. Harlina tu adalah panel jemputan untuk forum pada hari kedua.  Sungguh tak sangka, akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin.

Dan dalam banyak-banyak bab yang di sentuh di dalam program ini, yang paling menarik minat aku untuk share bersama korang ialah "18 Source of Barakah" atau dalam erti kata lain 18 sumber keberkatan. 

Nak tau apa sumber keberkatan itu? Jom tengok :
  • Niat yang baik
  • Bertakwa dan percaya pada Allah
  • Letakkan kepercayaan anda pada Allah.
  • Membaca Al-Quran.
  • Selalu mengucapkan Bismillah
  • Makan bersama orang lain
  • Bersikap jujur dalam segala urusan.
  • Selalu berdoa.
  • Sumber rezki yang Halal.
  • Mengikut Sunnah.
  • Selalu buat solat Istikhara.
  • Selalu bersyukur.
  • Bersedekah
  • Menjaga hubungan kekeluargaan.
  • Bangun awal pada setiap pagi.
  • Berkhawin.
  • Jangan tinggal Solat.
  • Perbanyakkan beristighfar.
Inilah diantara 18 sumber keberkatan itu. Apa yang dapat dirumuskan ialah kita ikut saja pada Sunnah dan Al-Quran. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.  Ikut cara kehidupan Islam.  Agama yang menerangi seluruh alam.  Kenapa kita mesti degil dan sombong, sedangkan itu adalah kebaikan untuk kita sendiri.

Walau dimana kita berada, dan kita buat yang paling penting kita jangan lupa pada Allah.  Ingat DIA akan selalu memerhatikan apa yang kita lakukan.  Bila kita jaga perkara-perkara diatas, insyaAllah kehidupan kita lebih berkat. Setiap apa yang disuruh Rasulullah itu bersebab, dan itu tanda sayang Rasulullah pada kita.

Lihat sumber-sumber diatas, adakah semua kita buat?  Ada kita baca bismillah dalam semua perkara? even masa pakai kasut pun.  Ada kita buat?  Kadang-kadang kita just nampak amalan yang sebesar-besarnya, tetapi yang kecil ini kita remeh-remehkan.  Kita buat tak endah. Dengan harapan kita buat yang besar akan tutup yang kecil. Tidak! Allah itu Maha Melihat. Semua DIA akan nilai.  Nampak perkara remeh, tetapi itulah yang mendatangkan keberkatan dalam hidup kita.

Tak semestinya anda kaya di dunia, bermakna hidup anda diberkati. Dan tidak semestinya anda miskin didunia, hidup anda tidak diberkati. Renung-renungkan. Tepuk dada tanya iman. Apa amalan kita buat selama ini?  Adakah ia betul-betul memberi keberkatan pada kita, keluarga, sahabat dan seluruh umat.

Sekian. Terima kasih. Wallahualam.

Bagi sesiapa yang berminat dan ingin baca lebih banyak artikel-artikel mereka, boleh klik sini :


p/s  : harap nanti 1 hari korang pun akan dapat join seminar-seminar yang hebat macam ini.

"CAKAP BIAR TERASA"