Showing posts with label Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tauladan. Show all posts

Sunday, May 20

Orang Yang Membenarkan.

Kenalkah anda pada sahabat-sahabat Rasulullah? 4 pemimpin khulafa-ar rasyiddin yang hebat-hebat belaka!

Entry kali ini saya nak bawakkan kisah sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Seorang sahabat yang sangat setia. Segala apa yang di lakukan Rasulullah, pasti Abu Bakar juga melakukannya.


Pernah Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang ingin melihat atiqullah (orang yang dibebaskan Allah) dari neraka maka lihatlah Abu Bakar".


Dalam riwayat lain, Rasulullah pernah berkata kepadanya "Wahai Abu Bakar, engkau adalah orang yang dibebaskan Allah dari neraka".

Gelaran yang dikenali pada masa jahiliyah sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul. Dan oleh kerana akhlak dan peribadi Abu Bakar yang sangat baik dan disenangi ramai itu, maka dia di gelar Atiq.

Bagaimana Abu Bakar menerima gelaran As-Siddiq (yang membenarkan)? Kisah ini berlaku sewaktu Israk Mikraj.

Israk ialah perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Mikraj ialah perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Pagi hari sekembalinya baginda dari perjalanan itu mana menyampaikan berita ini kepada umum. Tiba-tiba datang musuh Islam yang paling ketat, Abu Jahal. Tiba-tiba dia duduk dekat baginda lalu membuka pembicaraan :

"Ada apa khabar?"

"Ada." sahut Rasulullah singkat sahaja.

"Khabar apa?" tanya Abu Jahal lagi.

"Malam tadi aku dibawa pergi" sahut Rasulullah.

"Ke mana?" tanya Abu Jahal.

"Ke Baitulmaqdis" Rasulullah menyambung.

Belum sempat Rasulullah meneruskan ceritanya, maka Abu Jahal mencelah :

"Engkau sudah ada di sini sekarang?"

"Ya". jawab Rasulullah bersungguh-sungguh.

Abu Jahal ingin agar Rasulullah bercerita didepan orang ramai. Maksudnya supaya Nabi s.a.w di tertawakan orang, apalagi cerita Nabi kali ini sungguh ajaib, dan ganjil amat.

Maka Abu Jahal lantas mengumpulkan orang ramai.

"Ceritakanlah kepada orang ramai ini apa yang telah engkau ceritakan kepadaku." kata Abu Jahal.

Maka Rasulullah pun bercerita. Mendengar cerita Rasulullah itu maka bermacam-macam orang mengejek, bertepuk tangan dan sebagainya. Ada orang pergi kepada Saiyidina Abu Bakar untuk menceritakan kejadian itu, tujuannya barangkali untuk menguji sama ada percayakah Abu Bakar r.a atau tidak. Sebab dialah seorang sahabat Rasulullah yang paling akrab sekali diantara para sahabat baginda.

"Percayakah engkau?" tanya orang itu, setelah habis bercerita.

"Apakah benar ia bercerita begitu?" tanya Abu Bakar.

"Benar" ujarnya.

"Kalau benar, maka tentu benarlah segala ceritanya" jawab Abu Bakar, tegas lagi bersahaja.

Disebabkan beliau sahaja membenarkan apa sahaja yang diucapkan ataupun dilakukan oleh Rasulullah, maka semenjak itu beliau digelar Siddiq yang bererti "Orang yang membenarkan".

Memang demikianlah iman Abu Bakar Al-Siddiq r.a itu, sentiasa dia membenarkan Rasulullah s.a.w, sahabatnya yang paling tercinta. Sekiranya seluruh dunia sekalipun enggan mempercayai Rasulullah, dialah tentunya sahaja jiwa yang tetap pendiriannya.

Wallahualam.

Firman Allah bermaksud: 
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

p/s : peristiwa Israk Mikraj berlaku pada bulan Rejab. lagi sehari kita akan menyambut kedatangan Rejab. Selamat beramal yea sahabat-sahabat.

Monday, January 9

10 PERKARA KENAPA SOLAT KITA DITOLAK?

Assalamualaikum sahabat.

Macam mana korang hari ini? sihat? Alhamdulillah,bersyukur la selalu sebab kita masih lagi dapat bernafas, berjalan, berlari, menangis, makan, minum, mandi, menunaikan solat, bergembira, dapat jumpa kawan2, dan macam-macam lagi kita dapat buat. Suka tak?

Kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada.  Orang lain mungkin tak dapat rasa apa yang kita ada pada hari ini.  Kalau kita rasa senang hari ni, mungkin ada orang lagi senang dan jika kita rasa sangat susah hari nie, ada orang lebih susah dari kita. Ingat tu, setiap manusia ada ujian dan dugaannya. Mana yang selalu diuji tuh, tandanya Allah sayang pada kita.  Bagi sesiapa yang rasa senang selalu, semua dipermudahkan dan tiada ujian langsung.  Kita kena berhati-hati dan beringat, mungkin ada silap dimana-mana.  Takut Allah murka dengan kita.





Seperti semua tahu bahawa Solat itu Tiang Agama, Solat itu dapat mencegah dari perbuatan kemungkaran. Betul tak? Tanya budak-budak pun tau tuh semua.  Tapi dapat ker dorang menghayati?  Bab menghayati solat ni, nanti aku ceritakan di entry lain.  Tapi untuk entry kali ini, aku nak sentuh bab 10 PERKARA SOLAT KITA DITOLAK.  

Kenapa kita Solat nak ditolak pulok? " Kan kita dah buat kewajipan kita tu? ".  Nie pertanyaan yang selalu bermain di fikiran aku dulu.  Sekarang baru faham.  Solat memang wajib, tapi ada lagi perkara lain yang wajib, tapi kita tak buat. Perkara yang wajib kita buat, dan haram pun kita buat.  Nampak tak?

Contoh situasi macam ni, korang adalah BOS pada syarikat sendiri yang menjual botol kicap dan mempunyai ramai pekerja.  Ada yang bagus dan ada yang tak bagus.  Katakan ada segelintir mereka ni, memang bagus buat kerja. Apa yang disuruh memang cepat buat. Tapi sebenarnya korang tahu yang mereka ada membuat penipuan dalam setiap kerja yang mereka lakukan.  Walaupun kerja bagus dan bertindak mengikut arahan, tetapi banyak penipuan berlaku.  Dan penipuan itu korang nampak sendiri.  Rasa boleh terima tak hasil kerja dorang? Ke korang nak terus bersubahat?

Samalah seperti Solat. Jom kita tengok kenapa Solat kita di tolak :

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah: 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat). 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 

Lihat. Hidup ini kita kena sentiasa beringat dan muhasabah diri.  Adakah kita telah melakukan yang terbaik.  Cukup ke Solat yang kita lakukan tu, rasa tak Solat tu. Jangan ingat kita dah buat Solat tuh diterima Allah. Jangan ingat kita Solat sahaja dah cukup baik.

Ada orang kata "Alaaa, sejahat-jahat aku. Aku solat jugak".  Jangan macam tu, solat sebenarnya dapat mencegah kemungkaran kalau kita betul-betul buat dengan sempurna Solat tu.  Kebanyakkan orang sekarang anggap solat itu macam budaya jek.  Naudzubillah.

Ingat, kita bukan hanya kena melakukan solat, perkara-perkara wajib yang lain pun kita kena buat.  Barulah sempurna iman kita.  Baru solat kita itu mantap!

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah 
 SWT."


Selalu lah kita 'membersihkan' diri dengan bertaubat. Insyallah.  Bila kita menghayati dan khusyuk semasa solat, kita akan dapat rasakan kenikmatan iman tu.  Kita akan rasa kuat.  Dan bila sesudah jek solat tu, kita rasa tak sabar nak tunggu waktu seterusnya untuk ber'dating' dengan Allah.
Renung-renungkanlah amal kita.  Cukup sudahkah? Sempurna?  Kalau belum, perbaiki!

p/s : pernah korang rasa sampai tahap bila tak solat tu, hati rasa tak tenang sangat..rasa nak marah, rasa gelisah bila terlewat buat. Ada?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, January 8

Lebih Takut Pada Manusia Berbanding Allah.

Assalamualaikum sahabat.

Ingatlah bahawasnya, Allah itu Maha Besar. Dan Allah itulah 'big boss' kita di seluruh alam ini. Takde sape pun boleh lawan.  Faham bukan? Entry aku kali nie bukan nak mengajak korang melawan bos tuh, ataupun tidak perlu ikut arahan bos.  Tapi sebenarnya aku nak bagitau arahan mana yang lebih penting.  Bos dekat tempat kerja kita tuh pun manusia biasa jek.  Cuma lebih dia dengan kita adalah pangkatnya saje.  Diluar bidang kerja, dia bukan bos kita. Kena ingat tuh.

Kenapa kita mesti takut pada manusia? sedangkan mereka takde kuasa. Bukan mereka yang beri kita rezeki. Betul tak?  Kita cuma perlu hormat-menghormati.  Bukan takut.  Yang kita perlu takut adalah Allah S.W.T, sahabat semua.

Kebanyakkan orang sekarang takut bersuara, takut nak buat apa yang patut untuk agama Allah.  Bagi sesiapa yang sudah bekerja, mesti pernah lalui situasi yang macam-macam.  Iye, memang kadang-kadang tuh kita tak dapat nak elak dari arahan bos.  Nak ikut boleh, tapi jangan sampai meninggalkan suruhan-Nya.  Sampai leka.. Dalam hati rasa nak buat suruhan Allah, tapi dalam kepala duk teringat bos pesan apa tadi.  Pernah rasa macam tu bukan?  Takut nanti bos marah, takut nanti bos pecat, takut nanti bos buang kerja. TAKUT.. TAKUT.. TAKUT..

Memang dalam diri kita semua ada perasaan Takut nie, memang normal.  Tapi sepatutnya TAKUT lebih pada Allah.  Bukan Allah tu kita jatuhkan rankingnya pada no 2, atau 3, dan sebagainya la. Mesti no 1!!. Jangan kita terlalu takut pada orang lain, sampaikan apa yang orang itu lakukan. Kita meng'iya'kan saje. Sehingga dia melakukan benda yang syirik atau bertentangan dengan agama Islam pun kita angguk setuju.  Tapi dalam hati kita ada iman yang kecil mengatakan perkara itu salah, "kalau aku melawan nie, nanti aku yang kena balik..baik aku diam kan diri jek".  Tengok?  Tak berani bukan.?

Kita hidup di dunia ini adalah sebagai khalifah.  Kena tegur, kena lawan, kena sampaikan, kena buat apa yang patut untuk mempertahankan agama Islam ni. Biasalah, kita nie manusia biasa kan, memang tak lari dari membuat kesilapan, memang tak lari dari kelekaan.  Manusia zaman sekarang mudah leka dan alpa.  Kadang-kadang kita sampai terlalu sayangkan kerja, sayangkan duniawi nie sampai melupakan apa yang wajib, tangguh-tangguhkan.  Ingat, maut tuh tiada penangguhan.

Allah S.W.T menyifati dunia dengan firman~Nya, “...Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” [QS Al-Mukmin: 39]

Ingat sahabat, dunia ni sementara saja.  Jangan kejarkan sangat. Jangan sampai kita tinggalkan perkara yang wajib.  Takut nanti tiada bekal nak dibawa ke 'sana'.

Mari aku bagi contoh keadaan dimana kita ni sering takut dengan manusia sesama kita sendiri :

Situasi 1.
- Bila seseorang pekerja kaunter Islam, sedang menerima bayaran dari seorang pembeli yang beragama Islam jugak.  Tapi dia membeli Arak. Dan kita tahu dia adalah pelanggan tetap yang selalu membeli disitu.  Tak berani bukan nak tegur?  Dalam hati mesti cakap, "alaa..nie dosa dia dengan Allah, buat apa aku nak masuk campur. " -

Situasi 2.
- Kita dalam perjalanan ke surau, untuk menunaikan solat. Dalam hati memang dah tau, bila dah sampai jek seruan, kita kena pergi mengerjakan solat. Jangan tangguh-tangguh lagi, lebih elok lagi kalau dapat solat berjemaah bukan?. Tiba-tiba bos panggil, minta buat sesuatu yang tak berapa nak penting pun. Then, kita pun patah balik.  Batal terus niat nak ke surau tuh, sebab sayangkan sangat dengan arahan bos! -

Situasi 3.
-Arahan di tempat kerja, kena pakai pakaian sekian..sekian. Dan bila kita pakai, dah nampak tubuh badan, tak sempurna tutup aurat.  Tapi disebabkan takut tak dapat kerja lain.  Kita pun kerja lah disitu sampai pencen.  Dan pencen baru nak bertaubat.  Itu pun kalau sempat.  Nampak tak? TAKUT tak dapat kerja lain.  Rezki tuh kan ada dimana-mana.-

Nampak tak? Ade pelbagai lagi situasi yang nak aku sampaikan.  Tapi cukuplah setakat di sini.  Rasa korang mesti dah faham bukan?.  Keadaan ini sering berlaku, tapi kita tak berani nak buat. Tak berani nak bersuara. Memang kita semua tak sempurna, tapi kita boleh lakukan sesuatu yang dapat mengubah banyak perkara, walaupun dengan hanya teguran secara lembut.  Tak salah kan?  Bukannya dengan kekasaran, tapi secara sopan.  Kalau betul kita ini cintakan Allah.

Selalu sahabat semua muhasabah diri tu.  Aku tak kata yang aku nie dah buat semua tuh, tapi tiap-tiap hari kita kena muhasabah diri. Supaya kita dapat perbaiki diri kita menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa.  Sebenarnya kalau korang betul-betul beriman, insyallah hati kita jadi kuat, lembut. Semua masalah kita tenang jek menghadapi nye.  Kepala takkan serabut dengan hal dunia, kalau kita selalu fikirkan hal akhirat.

Sekian terima kasih.

p/s : adakah kita sudah muhasabah diri hari nie? apa yang kita lakukan hari ini untuk Allah? apa yang kita lakukan hari ini untuk Rasulullah? apa yang kita buat hari ini untuk mempertahankan agama Allah? apa yang kita buat hari ini untuk menyelamatkan saudara kita dari terus hanyut?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, January 3

AKU RASA HEBAT BILA AIBKAN ORANG!

Assalamualaikum semua.
 
Alhamdulillah. Ada lagi kesempatan untuk membuat entry pada hari ini, ada lagi kesempatan untuk menikmati nikmat Allah pada hari ini. Masih lagi bernafas, masih lagi mampu berjalan, masih lagi mampu berlari  dan buat macam-macam perkara. Tak rasa bersyukur dengan apa yang Allah beri? Allah tak pernah lupa kita, tapi kita sering lupa dia. Betul?

Jadi isu hari ini adalah tentang membuka aib orang lain.

( Sumber )

Kadang-kadang kita memang kena mengingati antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi sesama islam.  Tapi ada cara yang tidak berlebih-lebihan untuk mengingati sesama lain agar tidak sampai menjatuhkan maruah orang lain. 'AIB' itu sebenarnya ialah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan seseorang. Kita tidak boleh mendedahkan keburukan seseorang itu.  Ia akan lebih menunjukkan kelemahan dia kepada orang ramai.

Sesuatu perkara itu kalau boleh kita jangan buat terburu-buru, kalau boleh siasat dulu. Contohnya macam kalau jiran sebelah rumah ada sekumpulan gadis tinggal didalam. Then tiba-tiba 1 hari ada seorang perempuan ni bawa balik teman lelaki dia.  Kita mungkin akan terus telefon Jabatan Agama, betul tak?  Tau-tau dorang ni adalah suami,isteri.  Dan memang mereka berdua saja didalam rumah waktu tuh.  Ini dah dikira membuka aib orang.  Jadi kena siasat dulu. Jangan terburu-buru.

Dan jugak elakkan dari membuka aib sendiri.  Contohnya berbangga dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan.  Suka menceritakan pada orang lain, bukan sebagai iktibar tapi untuk merasa bangga diri ini pernah melakukan dosa.!

Membuka aib dan mengumpat ni adalah perkara yang sama.  Sebab bila korang mengumpat, secara tak langsung korang akan menceritakan tentang keburukan orang lain.  Jadi disitu telah mengaibkan seseorang. Tak kisah perkara yang korang cakap samada ada betul atau tidak ia tetap TIDAK BOLEH! TIDAK BOLEH!

Sebab perkara yang kita cakapkan sebenarnya TIDAK BETUL jatuh jadi FITNAH!. Dan kalau perkara  yang kita cakap itu adalah BETUL akan jadi jadi MENGUMPAT atau GHIBAH.

Tapi ada beberapa keadaan yang dimana kita boleh membuka aib. Antaranya,
 
Pertama, orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.

Kedua, untuk meminta fatwa mengenai hukum-hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

Ketiga, untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan, bolehlah dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

Keempat, menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.

Tapi ingat, tak boleh berlebih-lebihan. Berpada-pada orang kata. Tak perlu sampai kita nak meyebut nama penuh, berbin kan apa dan berbinti kan apa. Sebab semua itu akan menjatuhkan maruah orang lain.  Nampak tak? NAMPAK TAK?

Nasihat aku, kalau sesuatu perkara tuh korang nak jadikan iktibar pada orang lain. Boleh menceritakan dalam keadaan lain, atau korang olah lah ayat tuh supaya pembaca boleh tafsir sendiri siapa perlakunya.  Janganlah terang-terangan.

Beringat lah kawan-kawan semua.  Kita sama-sama belajar dan ambil iktibar.  Jangan sampai terburu-buru buat sesuatu.  Semua manusia di dunia ini pernah melakukan kesilapan, tak kiralah samada ada besar atau kecil.  Semua tak sempurna.  Janganlah sesuatu kesilapan itu, kita terlalu cepat menghukum orang.  Lihatlah sekeliling anda, muhasabah diri. 

ADAKAH KITA BETUL-BETUL SEMPURNA UNTUK MENGAIBKAN ORANG LAIN? JANGAN SAMPAI NANTI 1 HARI KITA AKAN DIAIBKAN DEPAN ORANG RAMAI.

Sama-samalah kita beringat yea. Korang yang baca boleh tafsir sendiri apa yang aku katakan ni. Sendiri fikir dan sendiri renung diri sendiri. Dan ingat, HARI INI APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK ALLAH?

SUMBER :
 
p/s : sama-sama mengingati antara 1 sama lain.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, December 23

Masih Ingatkah Lagi Dengan Kaum Nabi Luth?

Tahun 2011 semakin hampir ke penghujungnya, dan tak lama lagi akan tiba tahun 2012. Tahun baru untuk ditempuh. Banyak perkara baru akan berlaku.

Dan dengan perkara yang banyak berlaku sekarang ni, aku rase dunia dah makin tua. Sudah semakin tiba masanya. Manusia semakin jauh dan lalai, makin cintakan dunia.  Kadang-kadang aku pun tak dapat nak lari jugak dari kelalaian nie.  Kita hanya manusia biasa, hidup di akhir zaman ni kalau tak kuat iman memang akan hanyut.  Apa yang penting hati kita dan berdoa agar dikuatkan iman setiap hari. Selalu perbanyakkan muhasabah diri. Insyallah.

Sekarang semua sibuk mengejar hal dunia.  Duit di depan, islam di belakang. Sampai sanggup mengadaikan apa saja hanya untuk sekeping kertas yang hanya sementara. Bila dah dikoyakkan langsung tak boleh nak digunakan lagi.

Jadi pada entry aku kali ini, nak sampaikan sedikit tentang Kisah Kaum Nabi Luth.  Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku sekadar untuk mengingatkan kembali kepada kita kisah ni.  Sebab sekarang dah ada kaum yang seperti kaum Nabi Luth.  Inilah tanda-tanda kiamat kecil. Nauzubillah!





Nabi Luth ni diutuskan oleh Allah kepada Rakyat Sadum.

Kaum Sadum nie memang rendah akhlaknya, tidak mempunyai pegangan agama dan tidak beradab. Mereka suka melakukan kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupan. Pencurian dan rampasan harta berlaku hampir setiap hari dan dimana yang berkuasa akan menindas yang lemah. Kemungkaran yang paling mereka gemar lakukan ialah homoseks ( lelaki dan lelaki, wanita dan wanita ), sehinggakan ia menjadi budaya mereka.

Sampaikan jika ada pendatang yang datang ke tempat mereka, akan dirampas barang yang dibawa dan jika yang datang itu lelaki maka dia akan jadi mangsa pada lelaki lain. Dan jika dia adalah wanita maka dia akan jadi mangsa pada wanita lain.

Sehinggalah pada suatu ketika, Allah utuskan Nabi Luth ke tempat kaum Sadum ini.  Nabi Luth mengajak mereka melakukan perkara kebaikan, ajaran agama islam, beriman dan beribadah kepada Allah.  Menyuruh mereka meninggalkan kemaksiatan yang berleluasa. Hari demi hari Nabi Luth menyuruh mereka melakukan kebaikan. Menghormati hak masing-masing. Menyuruh mereka supaya meninggalkan perkara yang sudah biasa mereka lakukan.

Tapi apakan daya Nabi Luth, kaum-kaum Sadum itu sudah pekak telinga bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran-ajaran syaitan dan iblis.  Sehinggakan mereka menyuruh Nabi Luth memberhentikan dakwahnya dan mereka akan mengusir Nabi Luth dari lembah itu. Segala usaha Nabi Luth sia-sia sahaja, kerana mereka tiada lagi harapan untuk diangkat dari lembah kesesatan dan kemungkaran.

Akhirnya Nabi Luth membuat keputusan untuk melenyapkan mereka dari muka bumi ini agar tidaklah menular akhlak yang rosak ini ke tempat-tempat lain. Maka Nabi Luth pun berdoa pada Allah agar masyarakat ini diberi pengajaran iaitu azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak. Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah. Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahukan kepada mereka bahwa mereka adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth, penduduk kota Sadum. Dalam pertemuan tersebut Nabi Ibrahim memohon agar penurunan azab kepada kaum Sadum ditunda, kalau-kalau mereka kembali sadar, kemudian mendengarkan dan mengikuti ajakan Luth serta bertobat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan kepada kaum Sadum, permintaan itu oleh para malaikat tersebut diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.

Para malaikat tersebut sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dan badan yang berotot, serta tegap tubuhnya. Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tamu di rumahnya. Nabi Luth berpesan pada isteri dan anak-anaknya agar tidak diberitahu kepada orang lain tentang tamunya itu, takut akan menjadi mangsa kepada kaumnya. Namun, isteri Nabi Luth membocorkan berita kedatangan tamu Luth kepada mereka.

Maka datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berkeinginan untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Nabi Luth untuk melepaskan anak-anak muda itu, agar diberikan kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi orang-orang yang haus seks dengan lelaki itu masuk. Mereka pun menyerbu masuk. Namun malangnya ketika pintu dibuka dan para penyerbu menginjakkan kaki mereka untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu pun. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.

Para malaikat tersebut berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan tersebut bersama keluarga dan pengikutnya, karena telah tiba waktunya azab Allah ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar dalam perjalanan ke luar kota jangan ada seorang pun dari mereka menoleh ke belakang. . Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak mahu meninggalkan kaumnya. Ia berada di belakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-hentinya menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya, seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri

Sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafik itu. Getaran tersebut kemudian diikuti gempa bumi yang dahsyat disertai angin yang kencang dan hujan batu yang menghancurkan kota Sadum berserta semua penghuninya. Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah SWT di kota Sadum, dan hancurlah kota tersebut.

Demikianlah kebesaran Allah yang nak ditunjukkan dan sebagai ingatan pada kita sehingga ke hari ini. Beringatlah sebelum terlambat.  Allah turunkan azab bukan untuk yang melakukan saja, tapi pada semua akan kena.  Semoga kisah kaum Sadum ini akan menjadi PERINGATAN kepada mereka yang mengamalkan homoseks diluar sana tu.  Azab Allah akan tiba.  Kenikmatan dunia ni sementara jek, sekali Allah tarik nikmat semuanya.  Masa tu nak menyesal pun dah tak sempat.

Sekian. Terima kasih.

p/s : aku harap pemimpin-pemimpin kita dapat buka mata dan ambil tindakan. sebab di akhirat kelak, pemimpin yang akan disoal dahulu sebelum kita.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, November 30

Dugaan Allah datang tanpa kita duga..

Sekarang masa bergerak terlalu pantas. Seminggu dah rasa macam sehari, terlalu cepat. Tak lama lagi dah nak berakhir tahun 2011. Cepat. Itulah tanda-tandanye akhir zaman.

Semalam rasa macam hari isnin, pejam celik dah nak habis hari ahad dah. Jumpa balik hari isnin. Kesibukan sekarang nie terlalu berbeza dengan waktu dulu. Kalau dulu dirasakan waktu siang terlalu singkat, dan kalau tidur malam pun rasa lama jek. Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin nikmat dah ditarik sikit demi sikit.

Sekarang pun dah makin ramai orang yang baik-baik meninggal dunia.  Allah lebih sayangkan mereka semua, bagi kita yang hidup nie bukan Allah tak sayang, tapi Allah still bagi peluang dekat kita untuk berubah, dan beramal soleh dengan lebih baik.

Hari ini saje, aku dapat berita 2 orang sekali meninggal dunia.  Siapa dia, tak perlu la korang tau.  Apa yang penting, kita yang masih hidup ni mestilah teruskan perjuangan.
 
Allah menarik sesuatu daripada kita tu bukan bermaksud dia ingin kita menderita.  Tapi Allah taknak kita jauh dari Dia, lupakan Dia.  Kerana kita mesti selalu mencintaiNya.  Hebat bukan?  Allah tidak kejam, janganlah anggap bila orang yang kita terlalu sayang di tarik nyawanya, itu bermakna Allah kejam. Bukan!..
Kalau kita nie seorang yang beriman dan bertaqwa padaNya, insyallah akan dapat memahami kenapa Allah lakukan begitu. Kenapa mesti orang yang paling kita sayangi, dia akan menjauhkan dari kita.  Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah nak uji setakat mana kekuatan iman kita dan cintanya kita padaNya.

Panjang sangat aku beleter nie,  harap korang faham apa yang aku maksudkan. Kita sama-sama lah renung-renungkan dan beringat.  Dugaan yang datang tu cuba kita fikirkan arah yang positif, dan jangan rasa macam diri korang tu malang, diluar sana adalah lagi dugaan yang lebih besar dari korang. Bersyukur lah dengan apa yang ada, tak semua kita nak tu boleh dapat dan tak semua benda yang kita dapat tu boleh kekal.

INGAT TU!

p/s : boleh ingat semua tu?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, November 27

Salam Maal Hijrah 1433. Apa azam kita?

Salam semua bloggers.

Kita sudah pun masuk tahun baru dalam islam, 1433. Selamat tinggal tahun 1432 yang meninggalkan banyak kenangan dan kesan kepada kita. Supaya dengan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat dan ber'hijrah'!

Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?  Hijrah ini adalah perpindahan atau perubahan dari sesuatu perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Sebenarnya tahun islam ini lah yang patut dihayati,bukannya 'New year' tuh.

Sempena dengan tahun baru islam ini, marilah kita semua menanamkan azam ini berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik.  Daripada kurang ibadat kepada lebih beribadat. Beringat la sebelum kita terlambat.  Insyallah kalau kita berazam ingin berubah, ada jalannya.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
  • KAYA sebelum MISKIN
  • SIHAT sebelum SAKIT
  • MUDA sebelum TUA
  • LAPANG sebelum SEMPIT
  • HIDUP sebelum MATI
Semoga kita semua dapat hidayat dan petunjuk dariNya. Insyallah. Aku dah pun tanam beberapa azam ini. Insyallah akan buat semua.

Sumber : Maksud Maal Hijrah

p/s : apa azam korang?

p/s lagi : masuk tahun baru, pagi-pagi lagi aku dah dengar orang dekat flat aku berkarok!!huh!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, August 27

Berdoa..Tawakal...Di iringi Dengan Usaha!

Sudah menjelang puasa yang ke-27,  rasa sekejap sangat masa berlalu sekarang ni.  Rasa macam baru je bermula puasa,  tapi sekarang sudah sampai ke penghujungnya.  Tak lama lagi akan menyambut bulan Syawal.  Raya lah gamaknye!

Kalau tak silap, raya jatuh pada hari selasa.  Kalau nampak anak bulan tu yea,  kalau anak bulan tak timbul-timbul,  maknenya tak beraya lah korang. ( kidding je ok ).

Bulan Ramadhan nie sebenarnya banyak kebaikan kita boleh buat dan banyak pahala boleh dapat.  Doa pun dimakbulkan. Insyallah kalau kena pada caranya.  Tapi kebanyakkan kita hanya berdoa sahaja tanpa ada usaha,  macam mane nak dimakbulkan.  Betul tak?

Sama macam kalau korang nakkan buah kelapa yang berada dipuncak pokok kelapa tu jatuh.  Korang hanya tunggu je dekat bawah dan minta pada Allah agar buah itu jatuh tanpa korang usaha untuk menjatuhkan buah kelapa tu,  rasa-rasanya doa tu dimakbulkan tak?

Kalau kita dah usaha tapi tak jatuh jugak,  maknanye itu bukan rezeki kita.  Mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi.




Kadang-kadang kita kena fikir kenapa doa itu tidak dimakbulkan,  bukan terus berputus asa.  Allah akan banyak memberi kita ujian.  Nak tengok tahap mana ketakwaan kita nie pada dia.  Kalau baru 1 or 2 ujian yang ditempuh,  kita dah berputus asa.  Macam mane nak dapat hasilnya kan?

Jangan terlalu banyak merungut dalam hidup ini,  sebab kita tak mungkin akan dapat capai matlamat hanya dengan merungut apa yang kita ada dalam hidup ini.  Yang lebih penting usaha untuk mencapai yang lebih baik,  berdoa dan tawakal serta bersyukur dengan pemberian-Nya.

Belum tentu orang lain akan dapat seperti apa yang kita dapat.  Kalau kita rasa diri ini susah sangat,  diluar sana ada lagi yang lebih susah.  Hidup dengan bersederhana lebih menyenangkan hati sebenarnya.

Ingat..tak ada gunanya kalau kita hanya berdoa 5x sehari kalau tiada usaha dari diri sendiri untuk berjaya dan mendapatkannya.  Kalau berdoa dan diringi dengan usaha, insyallah Allah akan tunjukkan jalan untuk kita.  Dan pape pun itu yang terbaik untuk kita.

Beringat-ingatlah yea...

Selamat berbuka kengkawan semua!

p/s : usaha tangga kejayaan!!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, October 17

Cerita Sebuah Perkhawinan...

Salam..
 Macam mane yea nak minat pada benda yang kita tak suka nak buat?  Korang ada cara tak?  Contoh macam korang punya kerja tu, korang tak minat nak buat...tapi kena buat jugak..Mesti macam-macam cara nak buat bagi sampai minat kan?  Itu saje tentang minat.

Korang minat tak pasal kawen-kawen nie? Mesti kan..Dulu masa kecik-kecik korang mesti selalu maen pondok-pondok, pastu maen kawin-kawin.  Mesti nak pilih antara gadis-gadis yang comel korang nak kawin.  Betui kan?  Lepas tu mula la ade anak dan sebagainya la.  Bila budak-budak, kawen olok2.. Sekarang dah besau nak kawin betui-betui..Tapi kawin bukan perkara yang mudah. Kan?

Banyak betui persoalan dekat mukadimah aku nie.  Agak-agak macam mane korang nak jawab.  Cerita aku nak sampaikan ni,  tentang perkhawinan jugak la.  Dapat dari email baru-baru ni,  nak share dengan korang pasal cerita nie.  At the end, korang tau la the moral of this story yea.
 
 

Ceritanya berbunyi begini..........

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.  Sungguh meriah!!

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia"
kata isterinya lagi yang cukup bersemangat ingin melakukan...

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya....
 
"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri yang ingin memulakan dengan penuh semangat...
 
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat!!

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir..  Tak sangka begitu banyak sekali...

"Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.
 
"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senarai abang"....

 
 Dengan suara perlahan suaminya berkata...
 
 
"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Dia tertunduk malu dan menangis..dan terus menangis...


p/s : the moral is jangan nak cerita pasal keburukan orang lain, sedangkan anda sendiri tuh belum perfect lagi..so cermin-cermin kan diri tuh,  sebelom mengate orang!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, September 14

Maut Tidak Kenal Waktu : Kisah 3

Salam aidilfitri..
Dah mula dah ramai yang menguploadkan gambar raya kat facebuk.  Betul tak?  Aku jugak tidak ketinggalan.  Yelah, kat facebuk pun nak merasa kehangatan raya tuh.  Ada yang hari-hari tukar, sebab baju banyak kan? so takkan nak tunjuk 1 jek..Rugi rasenya.  Biarkan la mereka disitu, asalkan bahagia.

Di hari raya nie, banyak sangat cerita sedih kat televisyen.  Cerita seram pun terikut sama.  Dekat blog cerita pasal raya,  ramai yang tak mau melepaskan peluang untuk ceritakan pasal raya masing-masing.

Aku nak bagi cerita sedih sikit, boleh na?

Cerita ni mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkhawin.  Selang beberapa lama selepas mereka berkhawin tuh, dorang pun pindah ke rumah baru.  Biasalah,  rumah baru tak banyak perabot lagi kan?  Tapi mereka nie memang kuat menabung.  Rajin menabung bersama-sama.

Pada suatu hari, berkat dari menabung itu juga mereka telah berjaya membeli sebuah mesin basuh.  Yang telah lama di inginkan oleh si isteri.  Setelah sekian lama mereka membelek-belek model itu, akhirnya tertunai juga hasrat untuk membeli.

Ketika lori yang menghantar mesin basuh itu pulang,  mereka berbalas senyuman.  Terpancar kepuasan mereka apabila mampu memiliki apa yang diidamkan selama ini.

Si isteri mencuba buat pertama kali mesin basuh itu di bilik air,  tiba-tiba ada kerosakan pada bahagian dalam mesin tersebut.  Suami yang penyayang ni segera datang membantu.  Dengan sedikit kepandaian dalam bidang elektronik dia membuka bahagian motor.

Tiba-tiba terdengar jeritan kuat suami.  Isteri segera meluru,  di hadapan matanya dia melihat bagaimana kekuatan arus elektrik sedang menyentap-nyentap tubuh suaminya.  Sesaat itu suaminya rebah di kaki mesin basuh, darah keluar dari mulut,  mata dan rongga telinganya,  tubuh itu kaku dan tidak bergerak lagi.

Si isteri tergamam dan hanya mampu melihat... Mesin yang mereka impikan itu rupanya tidak sempat pun membasuh baju suaminya..Sekian..
 
p/s : maut tuh memang dekat sangat..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, August 29

Maut Tidak Kenal Waktu : Kisah 2

Nak dekat-dekat puasa dengan raya, mesti ramai yang meninggal kan? Orang kata memang macam tuh. Hari ko dengar pakcik kat kampung korang meninggal dunia. Tup..Tup minggu 1 lagi korang dengar jiran korang plak meninggal. Ajal dan maut nie memang tak dapat nak dipisahkan dengan kita.  Kalau korang nak tau benda yang paling dekat dengan kita, ajal lah. Tuh ha, sebelah korang jek. (jgn jeling plak).

Yelah, tengah-tengah korang menaip blog nie pun boleh tumbang tiba-tiba. Tak ke dekat dah dengan kita tuh? Yang tidur pun boleh meninggal, yang tengah tengok tv, tengah menunaikan solat. Tengah melantak tak ingat dunia pun boleh meninggal time tuh jgak.

Aku ade teringat 1 cerita nie, dah agak lame. So, aku nak ceritakan kat korang supaya korang boleh beringat lah lepas nie.

Dekat sebuah bandar nie, ade la 1 keluarga yang hidup memang mewah dengan segala macam benda alah ade kat rumah depa nie. Mewah dan tidak bahagia pada si Anak nie.  Anak hanya ada seorang dirumah dan baru saja berumur 7 tahun. Ayah dia nie bisnesman la, memang buzy semanjang! Mak dia pun lebih kurang, buat direct sales.  Memang tak pernah lekat kat rumah.  Tinggal la anak dia nie ngan Bibik nya ya.

Hati budak nie memang sangat sunyi.  Jarang sekali dapat keluar bersama parents dia, ape ntah lagi berjumpa? Seminggu tuh boleh kire la dengan jari brape kali dorang nie berjumpa. Teringin dihati dia nak bersiar-siar dan makan angin ngan ayahnya.  Terase rindu sangat.

Pada suatu hari tuh, budak nie mendapat 1 berita yang amat mengembirakan!. Dia dan ayahnya akan pergi ke sebuah pulau peranginan untuk satu percutian.  Sebelum nie ayah dia dah berjanji banyak kali nak bawak, tapi apekan daya..Bisnes tuh penting lagi, so ditangguhkan.. Tapi kali nie, ayah dia memang beria-beria nak bawak anaknye tuh.

Keesokan harinya, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Perjalanan ke lapangan terbang, memunggah barang dari bonet teksi sehinggalah beratur untuk daftar masuk.  Gadis kecil itu mengelek anak patungnya dan beratur bersama ayahnya.

Tiba-tiba...ayahnya kelihatan gelisah dan rimas. Sesaat itu si ayah rebah terkulai sedang nafasnya berombak-ombak, dadanya bergelombang kuat.  Si anak tadi menjerit ketakutan. Orang di sekelilingnya meluru untuk sedia menghulurkan bantuan.  Tapi apakan daya....

Seketika itu anak patung terlerai dan terjatuh daripada pelukan, apabila pengawai perubatan lapangan terbang memberitahu si anak, ayahnya telah tiada... Ayahnya telah meninggal dunia. Pergi meninggalkan anak itu sendirian buat selama-lamanya.  Ayahnya tidak sempat pun untuk memijak tangga kapal terbang, tetapi di usung menaiki kenderaan jenazah untuk tempat yang lebih jauh....

p/s : kadang-kadang tak sangka, perlakuaan seseorang tuh yang kita rase macam pelik jek...Rupenye perlakuan dia yang terakhir...

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, August 7

Maut Tidak Kenal Waktu : KISAH 1

Salam pada bloggers2 yang canteq lagi hensem. Jangan perasan lebey, ok!. Di kala hujung-hujung minggu nie la aku ade kesempatan nak update blog ney.  Bulan nie agak kesibukan dengan persiapan raye lagi (beria-beria). Aku takde  bersiap  pape pun sebenarnye, mak gua jek yang sibuk2 sekarang nie.  Maklum la, para perempuan nie kang pantas dan laju jek bab-bab shuping nie. Ye dak??

Tapi dalam sibuk-sibuk bershuping tuh jangan la lupe PAY the zakat pada sape-sape yang rase mampu sangat dah tuh. Sendiri pikir la yea. Jangan lupe ganti puase, sebab dah tinggal beberapa hari saje lagi kita akan menyambut Ramadhan.

Dan pada entry kali nie aku nak mengingatkan sesama kita nie.  Bukan korang saje,  tapi aku pun same jugak.  Ok,  1st thing aku nak tanye, apekah yang paling dekat dengan kita??  Mesti korang dah tau jawapan nye kan? Mati la..  Itulah yang paling dekat sekali.  Kalau tak beringat, sekali dia datang kita tak boleh toleh belakang or bangun balik dan sambung jogging. ( merepek )



Ni cerita yang aku akan kongsi kan dengan korang. Jum bace! :
   Pada suatu pagi berlaku la sedikit perselisihan antara si isteri dan suaminya. Biase la kan,  adat la dalam perkhawinan tuh.  Tapi pada hari itu,  si isteri nak menunjukkan rase protes pada suaminya.  Dia sedikit pun tidak menoleh ketika suaminya melangkah keluar pergi kerja.

Sedangkan pada hari - hari sebelumnya dia akan menghulurkan tangan,  betulkan tali leher suaminya atau kolar baju dan cium tangan suami. ( mesra dia pagi2 dengan suaminya ).  Itulah dia sering lakukan sejak dipesan oleh ibunya.

Namun,  pada hari itu perasaannya sedikit terluka dan itu lah yang perlu ditunjukkan kepada suami.  Itulah yang ada dalam fikirannya.  Si suami pun berlalu lah dengan hampa dan tidak menyangka yang isterinya akan melakukan sebegitu rupa. ( bayangkan la pegi keja, isteri tak cium tangan pun? )

Pada tengahari,  ketika perasaannya masih sebal tetapi menunggu - nunggu panggilan telefon daripada suaminya di pejabat yang berhelah untuk bertanya khabar tetapi sebenarnya ingin memohon maaf tentang pagi tadi. ( Rase bersalah sangat ). Seikhlasnya ketika itu nalurinya ingin benar menutur bicara meluah rindu buat suami tercinta..

Tiba-tiba panggilan yang dinantikan telah tiba..  Telefon berbunyi,  hati berbunga-bunga nak mendengar suara suami tersayang.  Namun jangkaannya meleset sama sekali,  itu bukan panggilan daripada suami sebaliknya panggilan dari balai polis yang memintanya segera ke hospital!!.  Dia perlu datang untuk membuat pengecaman kepada mayat seseorang yang hancur akibat satu kemalangan yang dahsyat.

Dan benar..... itulah sekujur tubuh suaminya yang melangkah keluar dari rumah pagi tadi tanpa menoleh kepadanya..

Yang tak sempat pun bersalaman buat kali terakhir....

Yang hanya memendam rasa cinta yang mendalam...

Yang melangkah pergi buat selama-lamanya...

Isteri itu kini hanya menangis..menangis..dan terus menangis...


p/s : jangan marah tuh ikot sangat perasaan..perempuan bila merajuk pun same..kan bila jadi macam nie, nyesal seumur hidup..

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


Sunday, July 18

Kesetiaan Seorang Suami Susah Dijangka!

Salam..Korang ape kabar? Macam mane blog aku sekarang? Laju tak korang nak bukak? Kalau ade ape2 kekurangan sila komplen kat Jabatan Pendaftaran Negara yea. Bawak siap la IC korang sekali. Pape jadi lepas tuh, aku tak tanggung. Aku rase macam ade petunjuk jek minggu nie. Tapi tak tau ape maknenye, takde pape rasenye. Mungkin aku yang fikir bukan-bukan. Yelah, dalam minggu nie jek dah 4x aku tengok eksiden depan mata. Adehh, siap tadi buleh plak lori bawak gula terbalik. (tuh la,kdekut gula lagi!)..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Jadi, hari nie aku nak share 1 email yang aku dapat dengan korang. Tentang kesetiaan seorang lelaki! Selalu dengar perempuan jek setia yea? lelaki nie curang jek kan? So, kali nie tengok betapa setianye seorang lelaki. Bukan semuanye tak setia, tapi yang sedikit nie la sebenarnye berharga sangat2 pada kaum wanita. Beruntung la badan bagi sape2 yang dapat laki macam nie kan?

Mari korang hayati cerita nie..Agak2 rase tak paham tuh, bace la banyak kali yea. Tak paham gak? mai jumpe aku na.


AL - KISAHNYE

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. 

Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk, mungkin giliran dia dalam masa sejam kemudian.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah dan macam tak keruan jek, selang seminit mesti dia tengok  jam tangannya.

Aku rasa tak sampai hati. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. 

Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, nak menunggu doktor lain untuk buat memang agak lambat, jadi aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. 

Dia menceritakan bahawa istrinya sedang dirawat di sana sejak dari dulu lagi dan isterinya mengidap penyakit Alzheimer.( macam penyakit pelupa laa..dalam bahase laen nyanyuk)


Lalu aku tanya apakah isterinya akan marah kalau dia terlambat?. Dia menjawab bahwa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Hari-hari pakcik nie melawat isterinya tanpa jemu. Meluangkan masa selagi hayatnye ade.

Aku sangat terkejut dan berkata, "Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik tidak kenal lagi?? "

Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?"

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku rase kagum dengan kesetiaan pakcik tadi. Cinta dan kasih sayang seperti itulah yang ramai inginkan. Beruntung isteri pakcik tuh mendapat kasih sayang seperti ini.

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Sesungguhnye Cinta tuh tak cukup dengan hanya memberi dan menerima, tapi lebih bermakna dengan pengorbanan yang dilakukan!

p/s : baru2 nie ade akak ipar kawan aku meninggal(sakit ape aku tak ingat). Tapi kesian kat suami nye yang tunggu sampai isteri nye sedar dari koma( agak lame gak la dia koma) Tapi akhirnye isteri dia 'pegi' dulu tinggalkan suami dan anak2 dia.. Al-fatihah...

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, April 18

Susu Ibu..SANGGUPKAH?? ( part 5 ) - episod akhir

Okeh..episod akhir. Wahh, macam drama plak kan? Maybe aku akan buat drama lak pasni, kalau ade bakat la. Aku rase dah sesuai untuk part yang terakhir untuk cerita kisah Susu Ibu nie, tentang seseorang yg nak kongsi ttg kebaikan susu ibu dan pengorbanan nye~Untuk sambungan nye.. ( sila gunakan tisu sendiri yea ) :


Mak.
Hari dah pagi nie..nape mak tak bukak mata lagi?
Bila adik pgl lemah je mak bukak mata..
Adik pgl doktor..
Doktor ckp PLEASE PREPARE!!..
Mak jgn tinggalkan adikk!!..

Mak..
Hari nak malam..
Keadaan mak makin nazak..
Kami bawk mak balik rumah..
Mak tau tak, ms dlm perjalanan nak balik adik bwk keta..
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bsama berputar dlm kepala nie..
Air mata tak mampu bertahan..

Mak..
Sampai di umah mak kua ambulans..
Mak, kami letak atas tilam..
Sesudah nurse tanggalkan oksigen, mak tgk anak2 dan ayah..
Tak smpai 10 minit..pukul 10.05 mlm..
isk..isk..mak TINGGALKAN KAMI...

Mak...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan..
Anak2 mak yg mndikan mak..
Mak mesti rase betapa lembutnye kami gsok bdan mak kan..
Mak tau tak abg yg jadi imam solat jenazah mak..
Mak mesti tau kan?..

Mak..
Malam tu adik kemaskan barang mak..
Adik nmpak sepucuk surat..
Rupa nye surat mak kepada anak2 mak..
Mak ckp mak maafkan smua anak2 mak..
Mak HALAL kn susu yg mengalir dlm tubuh semua anak2 mak..
Mak pesan bg susu bdn kat cucu dia..
Isk..isk..masa tu ayah menangis truk..

Mak..
Selepas mak pegi, mak dpt 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak..adik dpt anak lelaki..
Kalo mak ade..mesti mak suka kan??

Mak..
Adik kotakan janji adik pada mak..
Adik susukan cucu mak ngan susu adik..
Tapi dia suka guna botol la mak..
Tapi susunya tetap susu adik..
Mak jgn risau yer..

Mak..
Mak jgn marah yer adik cite kat kawan2 adik..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu..
Supaya menjadi renungan..

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu..
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati ni..
Terasa sakitnye mak..kerana menanggung rindu..
Tapi yg adik mampu lakukan hnya sedekah al-fatihah jer..
Adik berhenti dulu ye mak..ASSALAMUALAIKUM..

Itula kesudahan nye cerita ini..So, ape korang rase yg nak disampaikan? Baca entry jek dah tau ape kan? Renung2 kan la yea..=) Sekarang nie dah bermacam2 jenis susu tepung dah..Patut budak2 sekarang ramai yang degil2..

That's all..

Saturday, April 17

Susu Ibu..SANGGUPKAH?? ( part 4 )

Untuk korang yang menunggu..
Dan ini adalah sambungan nya..

Mak..
Selepas mak dikeluarkan dari hsptl
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak..
Supaya mudah utk mak
Melakukan fisioterapi di rumah

Mak..
Dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik...
Tak akan putus asa adik akn ikut..
Semangat mak cm mak susu kan adik...

Mak..
Mak ingt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja??mak igt tak?
Ada 1 hari lepas adik mandikan..
Adik terus cium mak, adik ckp kat mak..
Yang adik mengandung..
Masa tu mak suke betol! ..manis je senyuman mak..

Lepas tu adik pakai kn mak pampers..
Tapi mak menangis..
Mak kata tak sia1 mak SUSUkan adik..
Isk..isk.. adik terus peluk mak..
Sampai tertido kan?
Ermmm ank mak ni msih suka tido ngan mak tau..

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abg dh belikan baju kat mak..cantikkan?
Mak senyum jer...

Mak..
Lagi 2 hari nak raya..
Pagi tuh adik mtk resepi nk buat rendang tok kat mak..
Sebab mak suruh adik masakkan?
Tapi mlm tu mak sesak nafas..
Abg cepat2 bawak mak gi hsptl..

Mak..
Sekali lagi jantung adik terhenti seketika..
Kali ni hati adik mcm dihiris2..
Bila doctor kata paru2 mak dijangkiti kuman..
Hampir 80% dan peluang utk hidup amat tipis..

Mak..
Ni malam raya..mlm nie adik tido ngan mak yer..
Adik balik nk bt rendang mak..
Mlm nie kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik dtg bawak rendang..
Adik dtg macam mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Hari ni kita raya mak senyum jek..
Mak suka yer anak2 mak ade..
Adik suap mak rendang yg adik masak..
Tapi mak cakap tak rasa pape pun..
Adik tau mak dah tak ada deria rase..

Mak..
Sekarang keadaan mak makin lemah..
Adik beraya ngan  mak atas katil hsptl..
Mak igt tak adik mtk ampun ngan mak?
Adik mtk mak ampunkan segala dosa adik ngan mak..
Tapi mak kata adik takde dosa ngan mak..
Isk..isk..isk.. adik terharu betul masa tuh..
Pastu mak ckp mak HALALkan susu yg mak berikan pada adik..

Mak..
Hari dah malam nie nak masuk raya ke-4 dah..
Malam nie adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse mrh adik baring atas katil mak..
Tapi takpe, adik peluk tangan mak je ye?
Tapi mak senyum jek..

Mak..
Hari dah pagi....Nape......

Cerita yang makin hampir ke kesudahannye..maybe 1 part lagi or 2 part..=)
Cerita nie dari pengalaman sumone..so, aku nak kongsikan dengan korang yea..tunggu for next part..

p/s : tisu umah aku dah abis..huhuhu

That's all.