Showing posts with label Terjah. Show all posts
Showing posts with label Terjah. Show all posts

Sunday, June 5

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Selamat Hari Ahad semua.  Macam mane cuti korang?  Best tak?  Jangan lepaskan peluang bila hari cuti ni untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik.  Sebab besok dah hari ISNIN,  hari yang cukup membosankan sebab dah mula bekerja.  Tapi nak buat macam mane kan?  kalau tak bekerja nak makan apa.

Oke, tinggalkan hal kerja tuh.  Sekarang terus dengan agenda aku dengan 3 lagi followers untuk minggu ini.  Terima kasih la pada korang yang meramaikan lagi followers aku nie kan.  Thank you so much!

Jadi followers yang 1 :




 
- blog yang agak lama aku follow dari dia bujang sampai la dah ade anak sorang -
- sekarang entry dia dah banyak tentang anaknya tu Sophea Medina -
- nampak dekat banner tu kan? memang cute! -
- rasanya dia mula berblogging around 2009..dah 3 tahun dia berblogging -
- so sape-sape yang nak tengok anak eazy yang comel tuh..leh klik ke link ini -

Followers ke-2 :


- simple saje blog dia..tak perlu banner tepek2 muka kan? -
- "Beginning my lessons in the world full of surprises..anything is possible if you make it happen..just believe in yourself and be the person you want to be " -
- sungguh bermakna kata-kata tu kan?..belum korang baca lagi entry-entry dia -
- dia pun aku rasa dah 3 tahun berblogging..lama bukan? -
- most of entry dia adalah dalam english -
- kalau tak silap aku dia nie kawan kepada Najmie ( blogger yang aku review dulu ) -
- bagi sapa-sapa yang nak tau sapa Farlisya nie..jum klik link di bawah nie -


Followers ke-3 :


- tajam betul renungan mata budak nie.hehe -
- blogger ini sudah berblogging since 2008! -
- entry dia simple-simpe saje tapi rajin update blog -
- rasa dari entry-entry yang dia buat boleh bagi idea dekat korang kalau nak buat entry -
- korang nak idea? jum klik sini -

Sekian sudahh..

p/s : korang dah gosok baju ke belum besok nak keja nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, May 15

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Aku datang lagi! ( bukan Tora Datang Lagi yea ). Seperti biasa aku akan view 3 followers sekaligus dah sekarang.  Nak habiskan semua cepat sikit.  Kalau review 1 blog jek nanti makan masa pulok,  maklum la sekarang ni busy macam Perdana Menteri, walaupun gaji aku tak sebesar dia. ( Damn ).

Jadi bersama followers kali ini ialah :



- sudah berblogging since 2009 -
- peminat motor-motor besar aku rasa dia nie -
- so bagi sesapa yang berminat nak tau pape pasal moto or pelaburan ke boleh singgah ke blog dia -

Blog kedua ialah :



- blogger nie pun berblogging since 2009 -
- mempunyai 1 lagi blog,  korang nak tahu blog apa?ngeh2..pegi la singgah -
- sesiapa nak tempah header pun boleh,  dia boleh buatkan -
- So, jum ramai-ramai singgah blog dia yea -

Blog ke-3 ialah :



- blogger yang aku rasa ramai kenal kan? -
- dah berblogging since 2008, lama bukan? -
- Jum ramai-ramai terjah blog dia-

who's next?? tunggu yea kawan-kawan.

p/s : korang rasa ok tak aku view? or nak aku cerita detail lagi? ngeh2..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, April 24

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Salam..
Alhamdulillah,  rasanya followers ni makin bertambah,  walaupun dah jarang nak update.  Tapi view tu makin menurun.  Biasa la kalau tak berupdate memang akan menurun,  lain lah kalau tiap jam korang update blog.  Memang banyak orang view la dalam 1 hari tu.
Oleh kerana ramai dah sekarang,  dan aku pun dah terabai masa nak mengupdatekan blog nie.  Jadi,  sekarang aku nak view sekali 3 'followers' aku.  Boleh?  Cepat sikit kan sampai giliran korang kan?

So, jum tengok sapa yang bertuah untuk kali ini. :

BLOG KEYONE : I LOVE MY FAMILY


  • keyone tuh nickname dia.
  • suda berblogging since 2009
  • so sesapa yang berkenan nak singgah boleh la klik snie yea : KEYONE90

BLOG ASSILAJOHARI.


  • suda berblogging jugak since 2009
  • jum sesapa yang nak singgah klik sinie yea . ASSILAJOHARI

BLOG THE IENA.
  • jugak berblogging since 2009.
  • tulisan dekat blog dia nice..gua suka..hehe
  • rajin jugak la mengupdate..dari aku..
  • so sesapa yang nak singgah meh klik snie : THE IENA

Sekian untuk 3 followers sekaligus.  Lepas ini,  followers 3 orang jugak yea.  Tak dapat dah den nak buat 1 by 1.  Tersangat la tak sempat nak belek satu persatu.  See u soon yea geng.

p/s : gua nak pi makan durian nie..nak join?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, March 21

AKU DAN FOLLOWERS ( 16 ) : UNKHOWN

Salam..
 
We meet again!  Rase perot kurang memberangsangkan hari ini,  tak tahu nape tiba-tiba incik perot nie meragam.  Memang buat aku tak senang nak duduk jek.  Mesti ade makanan aku tersalah sumbat dalam perot semalam nie.  Semalam lepak putrajaya bhai,  sesampai jek dekat sana tinggal 3 belon panas jek.  Tuh pun dah nak diturunkan.  Terlepas nak tengok belon Darth Vader dengan Doreomon.  Xpe,  nantilah tunggu aku beli sendiri,  hari-hari boleh tengok.   Banyak jugak jualan murah semalam,  ada jugak game2 lain.  Dah cukup la setakat tu,  nak update gambaq-gambaq dekat sana pun rasa no need kot.  Dah ramai sangat update pasai belon panas dekat Putrajaya tu.

Seperti biasa giliran followers aku untuk di terjah pada hari ini ialah UNKHOWN.  Macam misteri jek nama blogger nie kan?  Memang misteri,  sebab aku sendiri pun tak tahu apa nama dia.  Nama pun unkhown kan?





" I will walk alone " itu la nama blog dia.  Yang pasti dia bukan peminat Liverpools,  dia nie peminat Red Devils bhai.  Kalau korang masuk jek page dia dah tau kelab yang di minati dia.  Dah berblogging since 2008,  lama jugak.  Entry-entry pun boleh tahan.

Dulu dia rajin-rajin jugak komen blog aku,  tapi secara tetiba dia berhenti berblogging since tahun lepas.  Tak dapat di kenal pasti kenapa.  Tapi kalau dari entry dia yang terakhir mungkin korang akan dapat agak sebab apa dia berhenti.

Biasa la kan,  bila dalam dunia blog nie ramai orang yang akan baca,kutuk,mengata,memuji dan sebagainya.  Kena kuat semangat jek.  Kadang-kadang aku pun rasa down jugak bila berblogging nie,  tapi nak delete sayang.  Sebab dari blogging nie kita belajar macam-macam kan?  Kenal ramai orang.

Jadi pada korang yang dah ada blog tuh,  jangan la berhenti yea sebab ada lagi orang diluar sana yang masih ingin membaca entry anda.

Siapa-siapa nak terjah blog unkhown nie,  boleh klik SINI.

p/s : kalau kaki kanan gatal jek,  tuh tandanya apa yea?
 
*gua update blog hari ini sambil dengor lagu " Beautiful Maria of My Soul ".  cuba korang try dengar!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, March 14

AKU DAN FOLLOWERS ( 15 ) : CIK YANA

Hari ini memang korang sendiri pun tahu.. Hari isnin,  such a bored day.  Kebanyakkan orang tak suke,  serius aku tak tipu.  Tanya pada orang yang bekerja,  hari isnin adalah hari paling boring dan hari jumaat hari yang best!  Ah!  Hari best ke tak best ke korang kena kerja jugak kan?  Kena laluinya jugak..  Makan gaji,  macam tulah.  Takpe, rezeki masing-masing tu.

Sekarang untuk followers aku yang seterusnya ialah CIK YANA,  ala yang gitu-gitu tu ( buat gaya ala2 apek ). Comel-comel gitu orangnya.  Kalau korang tak caya, pi lah terjah page dia tengok.  Klik SINI.




Penuh banner dengan muka dia. AKUDIADANCHENTA itulah nama blog dia.  Orang Kuala Terengganu nie dan telah berblogging sejak dari 2008!!  Lama kan?  Dulu rajin jugak dia nie mengupdatekan blog dia,  tapi sekarang dah jarang.  Busy la tu ( pandai aku buat andaian ).

Siapa-siapa yang nak kenal dia?  Meh baca entry dia yang pertama masa dia baru berblogging.  Klik sini SIMPLE STORY ABOUT ME.

Another blogger yang sudah agak lama berblogging.  Respek ar dorang nie!

p/s : korang nak tau tak sapa lepas nie?jeng..jeng..jeng..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, February 28

AKU DAN FOLLOWERS ( 14 ) : TAZ JAAFAR'S

Assalamualaikum semua!!

Datang kembali dengan followers aku.  Dan di kesenangan ini,  sekali lagi aku bawak korang jalan-jalan tengok blog followers aku nie.  Untuk followers bertuah kali nie ialah TAZ JAAFAR!!.  Korang kenal sama blogger ini?  Tak kenal jum kita terjah kejap yea.

Nie banner blog tersebut :


( Smart tak banner nye? )

Aku tak berapa ingat dari mana aku kenal blogger nie. Sebab sebelum aku ada blog lagi dah selalu singgah-singgah blog dia nie.  Dia nie dah berblogging selama 4 tahun bhaiii.. Lame kan?  Dia nie blogger yang jenis sempoi-sempoi jek, takde nak kejar traffic pun walaupun dah lama berblogging.  Nice kan?

So, bagi sape-sape yang pi menegur blogger nie.  Meh klik di sini yea ->  Blog TAZJAAFAR.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, February 9

AKU DAN FOLLOWERS ( 13 ) : MYLIFE AS QISHIE

Salam semua dan selamat sejahtera..

Masih ingat lagi dengan aktiviti yang aku buat dulu?  Terjah-terjah blog followers nie.  Aku masih belum lupa lagi,  jangan risau aku akan pergi jugak ke blog-blog hangpa semua.  Antara lambat dengan cepat je.  Rase macam terlalu lama sangat aku tertinggal.  Followers pun makin bertambah.

Jadi untuk followers kali nie. Ialah blog Qishie :



Well, sape-sape rase nak berkenalan dengan blogger yang merupakan bakal menjadi doktor nie,  boleh la klik dekat LINK di atas tu yea.  Korang tengok jek tagline dia dekat banner tuh dah tau dia ambil jurusan apa kan? " my life is affected by biologically,physically,environmentally n ma habit. "

Seorang kenalan maya yang aku kenal dari Tagged lagi.  Korang pegi ke blog dia,  dan akan tau dia belajar di mana.  Dan yang pasti bukanlah di Malaysia.

Aku rasa cukup la setakat nie,  perot dah berbunyi menandakan masuk waktu makan.  Walaupun tekak seperti tidak mengizinkan makanan masuk ke dalam perot aku,  tapi aku kena paksa jugak.  Kalau tak nanti,  aku yang parah menanggung.

Jumpa lagi followers seterusnya ya...

p/s : bagi yang aku tak terjah tu,  maybe korang tak tinggalkan link. or blog korang tuh memang dah takde.

p/s  lagi : korang sanggup tak study jauh-jauh dari family selama bertahun-tahun?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, November 20

AKU DAN FOLLOWERS ( 12 ) : BLOG GADIS ATAS AWAN

Salam semua..

Macam mane dengan hujung minggu korang?  Mesti banyak program kan.  Tengok wayang, bershopping,  jalan-jalan tepi tasek makan ABC, Xaxau ke,  ada juga yang kena study kan?  Menghadap buku,  memang bosan bhai.  Tapi orang kate kalau tak ikhlas nak baca buku,  baik jangan baca nanti bukannye masuk dalam kepala.  Tapi kalau nak tunggu korang punye ikhlas macam kesudahnye takde.  Ye dak?

Okeh,  sekarang nie berbalik ke entry aku hari ni.  Bulan nie rase macam kurang update sangat,  makin lame makin kurang.  Ada tanda-tanda nak berenti ke?  Tak tahu la kemungkinan yang akan datang kan?  Tapi aku still tak lupa kat followers2 aku nie.  Agak lambat sikit,  baru yang ke-12?  Sekarang ni dah makin bertambah.  Alhamdulillah. 

Untuk followers kali nie agak special sikit,  sebab dia ni pun banyak tunjuk ajar dekat aku masa nak berblogging dulu.  Dan dia la yang bertanggungjawab kenalkan aku dekat Gengbloggers!


Mesti korang kenal kan?  Gadis Atas Awan nie a.k.a Aisumi.  Tengok banner dia tuh,  suka benor duduk atas awan tuh ha.  Blog dia ni banyak jugak menolong,  sebab ada juga tutorial2 yang berguna untuk korang yang baru nak berblogging kan?  Antara blogger yang aku pernah hangout jugak.  Sekarang dah jarang jumpa,  masing-masing busy sangat gamaknye.

Kalau korang nak tau,  dengan dia ni aku ada buat sumthing untuk entry dekat blog.  Masing-masing takde idea nak update entry.  So, kitorang plan la buat macam assginment.  Kira macam projek jugak la korang nak kena hantar ke lecturer kan?

Kalau korang nak tengok sampai mane dah assignment kitorang berdua nie,  boleh klik SINI.  Rasenye dah nak masuk yang ke-9.  Dah ada tajuk,  tapi tak tahu bila masa boleh send sama-sama.

Anyway,  kalau korang nak kenal-kenal dengan dia.  Boleh la singgah blog dia.  GADIS ATAS AWAN.
Singgah yea!

p/s :  ada ramai lagi ni kan?  sila amik no giliran yea.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 15

AKU DAN FOLLOWERS ( 11 ) : BLOG DUNIA TANPA HENTI

Salam.
Nampaknya kita kembali lagi dengan terjahan aku nie. Baru 11, takpe benda nie masih berjalan. Korang jangan risau, aku akan pegi sorang demi sorang nanti yea. Terajin la sangat.
Dan untuk followers kali nie ialah pemilik Blog Dunia Tanpa Henti! Mesti korang tak kenal kan?


Ini adalah header blogger tersebut.

Dunia Tanpa Henti diberi nama,  tuannya pllak bernama Anuar.  Tapi name glamor dia Cgu Nuai,  sebab dia nie adalah seorang Cikgu!.  Asal dari Sabah dan memang mengajar pun di Sabah,  dekat kan dengan kampung?  So, senang la.  Cari jodoh pun senang.

Dia nie kira dah lama juga berblogging. since 2008.  Lame dah kan?  Tapi sekarang suda tidak aktif,  tak tahu la kalau blog nye sudah bertukar.  Aku kenal jugak Mamat nie,  kenal dari Tagged.  Umor dirahsiakan,  nanti berebut pulak nak ngorat.  Kira selalu juga contact masa aku berada di Tagged, di Facebook dah kurang.  Untuk pengetahun korang,  dia nie kalau bab game kat FB tuh memang champ la,  aku tak penah menang dengan dia nie.
Korang ingat tak patung yang aku dapat dulu?



Haa..Ni kan dari dia dan seorang lagi kawan aku Vivienita.  Dorang anta patung nie dari Sabah tau!  Betul-betul rasa terharu,  kawan yang tak pernah berjumpa  sampai macam nie sekali kan?

Pada sesiapa yang nak pegi jenguk blog dia, boleh klik SINI.

p/s : nak tau tak sape selepas nie?tunggu!!..nak iphone 3g free tak? SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, September 16

AKU DAN FOLLOWERS ( 10 ) : BLOG MIAISHIKA

Salam aidilfitri..
Dah seminggu juga raya sebenarnye,  kejap je rase.  Cepat masa berlalu, cepat sungguh orang berubah sekarang nie.  Mungkin hidup sekarang memang terkejar-kejar,  so akan rase cepat.  Serius cepat!  Pagi-pagi keluar,  jalan sana-sini. Sedor-sedor matahari dah terbenam.

Walau macam mane pun hargai la masa yang anda ada sekarang nie,  gunakan dengan sebaik mungkin.

Kembali dengan terjah aku nie, baru followers yang ke-10! Xpe,  pelan-pelan kayuh.  Jadi untuk followers aku yang kali ni is ECAHMIAISHIKA.



Nie adala banner dia.  Rase sebelum nie banner lain, macam yang aku cakap manusia sekarang cepat berubah.  Berubah ke arah yang lebih baik kan?

Blogger yang sudah lama juga berblogging,  dah masuk setahun lebih rasa usia blog nie.  Banyak berkisahkan pasal personal dia dan aktiviti seharian dia.  Dah lupa rasanya macam mane aku tau blog nie,  rase nye 'akibat' dari blogwalking dulu.

Jadi pada sesiapa yang nak tau sapa tuan empunya blog nie!!  Singgah sinie ok - BLOG MIAISHIKA -
Lagu dekat blog dia best!  tapi aku dah lupe indie band mane yang nyanyikan lagu tu.

p/s : arghhh..nanttokk...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, September 9

AKU DAN FOLLOWERS ( 9 ) : BLOG GADIS TERBILANG

Salam Aidilfitri..
Nak dekat raye dah.. Orang pun dah ramai balik kg, bagi sesape yang kena kerja tuh.  Kuatkan semangat yea,  nanti kalau bosan-bosan. Pegilah beraya rumah member - member yang tak balik kg tuh.

Kalau korang tengok, ada juga yang tak balik kampung.  Tapi beraya kat bandar..Takde feel kan?  Tengok bangunan jek,  rase tension. Kalau nak tengok suasana kampung pun, paling jauh nak pergi ke Sabak Bernam,  Ijok ke.  Area-area Kuala Selangor,  situ suasana kampung lagi...

Kembali kepada tajuk aku tuh,  macam biasa bersama followers.  Kali nie ialah Gadis Terbilang (GT).  Kenal tak? Jangan bohong dengan aku kalau tak kenal sama ini budak nuckul.

( nie header tthe lastest )

Kenal kan? Gadis Terbilang yang memang kuat membilang kat GengBlogger tuh.  Seorang blogger yang aku kenal sememangnye cepat menaik traffic nye.  Tapi sekarang dah macam turun sikit, maybe sebab minah tuh busy rasenye.  Busy nak siapkan kueh raya.

Lame jugak aku dah kenal GT ni,  since dia kat Tagged lagi.  Dekat sane pun dia friends dia berduyun-duyun,  sampai nak approve pun tak larat yea GT?  Rase dah dekat setahun dia berblogging,  sekarang followers dah 2 riban!

Korang nak tahu sapa yang menghantar komen for the 1st time kat blog dia?  See this :


Over 1 year..Lame dah tuh,  masa nie dia still pakai background pink,  tulisan pun time tuh tak berape nampak.  Sekarang dah ok!  Cepat belajar ini budak.  Selamat setahun ni jugak la macam-macam jadi kat blog dia nie.  Dikritik la, orang kutuk la,  ade jugak yang buat akaun FB guna picture dia.  Biase la kan?  Ramai peminat,  ade lah yang dengki.  Lumrah tuh.

So, pada sesape nak kenal pada GADIS nie, sila la ke blog dia GADIS TERBILANG!

p/s : korang still ingat sape yang 1st komen kat blog korang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, September 5

AKU DAN FOLLOWERS ( 8 ) : BLOG AMZAR

Salam..dah nak dekat raye yea? Rasenye sekejap sangat. Masing-masing dah mula buat entry lagu raye, video raye, biskut raye dan macam-macam lagi la.

Maklum la,  nak bagi kehangatan raya tuh lebey sikit kan?

Walaupun kome seronok benor nak beraye tuh,  balik kampung nanti berhati-hati.  Ni tidak, asal time raye jek banyak yang terkorban.  Raye Qurban pun belum lagi,  korang dah 'mengorbankan' diri.  Sabar, bukan ko jek yang ada kampung jauh-jauh.  Orang lain pun ada gak.

So..kembali lagi dengan followers aku nie..Jauh lagi perjalanan..Kali nie followers aku is BLOG AMZAR 
Sempoi jek kan name blog nye?


( nie header blog mamat tuh )

Aku rase dia macam dah tak aktif sangat dah.  Blog dia nie lebih kepada lagu-lagu dan video-video. Nway, bagi sesape yang dah lupa pada lagu-lagu lame tuh.  Boleh la singgah ke blog dia nie yea.  Banyak lagu-lagu aku yang dah lupa.  Ade kat blog dia!

Just klik SINI..

Tunggu yea for the next followers..

p/s : insyallah aku akan percepatkan sikit lepas nie..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, August 24

AKU DAN FOLLOWERS ( 7 ) : PESONA AKASIA

Rase macam dah mule ade bau kueh raye nie.  Semua dah stat sibuk2 buat kueh raye,  mule dah macam-macam jenis kueh yang baru-baru. 'Kueh Tart Leper' la, 'Cookies Basah', dan macam-macam lagi la.  Tapi macam mane pun masih suka kueh-kueh yang lame kan?  Kire macam kueh tradisi la.

Tyme-tyme buat kueh nie la macam-macam dugaan yang datang.  Lagi-lagi orang yang tengah lapo, sekali bau.  Rase nak cube test jek kueh tuh.

Tapi takpa, lepas buka nanti..Ang santap la..

Berbalik pada followers yang aku nak terjah kali nie.  Ialah blog PESONA AKASIA! Atau name lain nye ialah G-MIE or AZMI.

( nie adalah header dia )

Aku pun tak perasan rupe-rupenye ade gak student dari Adtec Shah Alam yang ade blog. Sekali tengok, senior aku sendiri!  Kalau korang nak tau mamat nie kire Senior aku la, tapi umo mude lagi. Muke jambu bhaiii..(jgn marah bro).

Agak macam payah gak lah aku nak mencari student dari Adtec nie yang ade blog.  Aku rase macam dia ngan aku jek yang aktif berblogging. Nway, korang mesti berminat bila tengok header dia kan?  Dia buat sendiri tuh,  pandai gak dia pakai Photoshop. (nanti ajorkan aku yea?)

Sape-sape yang tak kenai lagi ngan mamat nie, meh terjah BLOG PESONA AKASIA!

Semoga you all terus berblogging ya! Sebab berblogging memang best!

p/s : gua nak keluar Malaysia lepas nie..

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, August 22

AKU DAN FOLLOWERS ( 6 ) : BLOG ADHA

Assalamualaikum...
Adeh..aku rase macam takde mase sangat nak update blog nie. Bila nak update, ade saje yang datang menggangu gua.  Terus hilang mood.  Makin hari makin meningkat followers aku nie (alhamdulillah),  tapi yang aku terjah baru 6!  Ramai lagi tuh.  

Takpa2, korang semuo jangan riso naa.  Aku akan buatkan untuk setiap orang jugak.

Untuk followers aku yang kali nie ialah BLOG ADHA.


( nie adalah header terbaru beliau )

Agak lame gak la aku dah jadi followers bro nie.  Dulu dia rajin gak nak buat entry pasal kerja-kerja kosong, dan tutorial blog pun ade juga.  Yelah,  mase tu aku still jual 'anggur' kan.  Jadi sibuk la menjengah blog-blog yang ade iklan jawatan kosong tuh.  Thanks la pada mereka-mereka yang iklankan.  Sebab bukan semua rajin nak selak suratkhabar kan?

Tapi bro nie dah jarang update blog, bagi sesape yang masih tak kenal dengan ADHA.  Boleh la korang singgah SINI yea!

p/s : gua chow dulu..nak terjah followers lain pulok..

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, August 8

AKU DAN FOLLOWERS ( 5 ) : BLOG AROUND OF ME

Salam para bloggers semua.  Hari minggu macam nie la, mesti akan bangun lewat punye.  Kalau mak korang tuh tak sampai menjerit dari dapur,  selagi tuh la korang takkan bangun kan?  Mak aku kalau kejotkan sahur, memang aku terus terjage der. Paham-paham jelah kan,  mesti nada sore tuh tinggi secara mendadak.  Sebab nak kejot punye la payah. Okeh, sebelom aku pergi lebih jauh dengan cerita pasal bulan Pose nie.  Baek aku cerita sikit pasal followers aku untuk kali ini.

Followers berikutnya ialah Cik Khadijah the owner of blog Around Of Me.


( Banner Blogger tersebut )

So, menarik jgak kan blog dia? Tapi jarang update. Sudah setahun jugak berkecimpung dalam dunia blog nie. Tapi aku dah kenal dia dulu.  Kenal dari myspace.  Dari situ duk sembang2, lepas tuh macam mane ntah aku boleh cerita ngan dia pasal blog.

Sape-sape rase berkenan ngan blog dia, boleh la jenguk ke sane yea.  Kenal-kenal dan sampaikan salam ak kat dia. Jum2 singgah sinie BLOG KHADIJAH.

p/s : adehh..baru 5 jek..ade lagi 5rtus lebey..chayok2!!

That's all..
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, July 19

AKU DAN FOLLOWERS ( 4 ) : BLOG ASYLUM

Hari ahad, besok isnin kan? Hari yang kebanyakkan orang memang tak suke. Yelah, tiba jek hari isnin kerja berlambak macam gunung Everest. Padahal baru cuti 2 hari jek. Sabtu & Ahad, tuh pun Sabtu kerja kan? Dunia duit jek sekarang nie.

Sekarang followers aku makin meningkat. Terima kasih yea! Tapi aku baru terjah 4 followers. Takpe2, yang lain tuh harap sabar menunggu giliran masing2 yea. Jadi untuk kali nie aku terjah blog ASYLUM. a.k.a RINA SAN.


Nie la banner tuan punye blog nie yea! Agak menyeramkan dan memelikkan. Yelah, budak pompuan buh tengkorak bagai. Tapi dia nie memang pelik sikit, korang bace profile dia pun dah tau dia macam mane. Kebanyakkan entry2 dia semua dalam English. Tapi sekarang dah bercampur aduk,(rojak).

Agak lame jugak dah mendengar khabar dia nie, msg pun tak balas. Aku dah kenal lame dah, perangai yang agak gila2 sengal sikit. 

Jadi bagi sape2 yang nak tengok2 blog minah nie. Klik snie yea BLOG RINA SAN. Semoga dia kembali berblogging!!

p/s : masih jauh lagi perjalanan aku nie..Blog korang aku dah terjah ke??

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, July 4

AKU DAN FOLLOWERS ( 3 ) : BLOG CRAZEE MUFFEN

Salam semua..Hujan hari nie, dari pagi lagi. Bestnye! Sejuk jek rase, pekena lak bihun sup panas. Sedapye la rase. Cepat jek rase hari ahad tiba, tau2 besok dah hari isnin.huh! Lagi 6 hari untuk gathering Gengbloggers kat Putrajaya. Korang tak nak join?? Jum-jum. Kalau sape-sape yang tak dapat nak join tuh, jangan risau sebab nanti mesti banyak bloggers yang update pasal gath nie. Mesti macam2 gambar ade. Bayangkan kalau bloggers yang join dekat 200, of coz la entry pasal Gath nie sampai 200 kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang still ingat lagi janji2 aku nak terjah followers-followers aku nie kan? Yelah, aku buat macam nie sebab ade setengah blogger yang aku sendiri pun tak tau dia follow, dan tau2 jek dia kawan lame aku. Kan elok kan? Jadi, aku nak buat macam nie agak lambat sikit, maybe hujung2 minggu jek. Untuk followers aku yang ke-3 nie yelah NaNa Naoko!!. Korang mesti tak kenal kan? Meh sinie aku kenalkan kat korang.



Blogger yang agak lame gak, sebelum aku lagi dia dah ade blog. Rasenye dalam tahun 2008! Lame kan? Kebanyakkan nye entry dia lebih pada English laa, speaking mantap baii! Mesti mak dia yang train dia nie. Sebabnye mak dia memang terer! Korang mesti pelik camne aku boleh kenal family dia kan? Macam mane tak kenal, dari kecik2 dulu dah aku jumpe budak NaNa nie. Kire dah macam sepupu sepapan dah, padahal kawan2 jek. Ade dalam 10-12 tahun kot aku tak jumpe2 dia nie. Just sembang2 kat facebook jek.

Nah edisi khas aku bagi gambar aku masa kecik2 dulu, time nie sambut bufday dia dekat Mcd Ampang Park. Taraaaa :

( kalau korang pandai cube teka mane aku??)
- Kalau korang nak tau NaNa  yang gurl pakai baju kuning tuh -

Aku tak ingat dah gambar nie masa tahun bila. Tapi yang semestinya kecomotan aku tuh still ade sampai la sekarang!haha. Jadi kalau korang nak jengah2 blog NaNa nie yea. Jum la singgah2 snie kenal2 dengan dia okeh?

p/s : next bloggers is going to be RINA-San..kawan lame aku gak nie..

That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, June 3

AKU DAN FOLLOWERS ( 2 ) : BLOG SAY TO EASY

Salam dan selamat tersengih. Tak sangka aku dapat lagi sambung menaip kat blog tercintan nie. Bila menaip je, perot aku mesti bunyi2, LAPO! Boleh bertambah berat badan aku camni, asal menaip jek makan. Asal makan jek, menaip. Biase la kan, mesti ada sulam ngan makan2 cket, baru laju jek nak menaip. Aku nasihat kat korang masa nak buat entry tuh, cube ngunyah pape. Jangan yang berat2 la, cukuplah sekadar Nasi Goreng Papaya dengan Air buah gelas BESAR. ( cam berat jek ek? ).

Okeh, ingat tak aku dah janji nak tengok sorang demi sorang followers aku? Dan yang nie adalah yang ke-2. Followers yang ke-2 nie is Izzani namenye, blog dia MERENG-MERENG ITU AKU!. Korang kenal dia? mesti tak kenal kan? so, rajin-rajin la g jengah blog dia yea.!

( mereng-mereng itu aku )

So, nie la banner kat blog dia. Memang selalu berubah-ubah aku tengok banner dia. Macam2! Kreatif. Blog dia simple jek, dari dulu sampai sekarang still dengan black. Nway, kalau korang nak tau dia nie banyak ngajar aku pasal blog dulu. Aku tak tau pape, asyik la duk 'kaco' dia.

Dulu masa aku tak tau nak hias blog aku nie macam mane, aku tiru dia bolat2 dah.! Dari dia jugak aku tau kat mane ada lagu-lagu indie nie. Anak mami nie bai, so sape2 yang singgah blog dia! Sila sampaikan salam aku yea! Kalau tak silap aku dia study kat UTEM. Kalau aku silap, nanti korang tanye la dia yea?

Nway, IZ thanks for being my friend ya!

p/s : kalau korang berani, cube bkak cite pasal law kat dia! Gerenti dia goreng abis la nanti=)

p/s kuasa 2 : korang tau, dia nie jugak MAN U FANS BEB!hehehe

p/s lagi : next going to be the cute gurl NaNA ke??

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, May 23

AKU DAN FOLLOWERS ( 1 ) : BLOG FAUZIIBRAHIM

Sedap! Baru jek pas santap megi. Fuhhh, panas2 lak tuh. Rase dah dekat setahun kot aku dah tak mkn megi. Lame betui. Rase tadi macam nak makan chessebege dari McD, tak pun kurang2 nye nasi ayam cik timah ke. Alih-alih nak kuar tadi, tibe2 macam ada orang baling mercun kat blkg aku. Lepas tuh, tak dan aku nak toleh belakang tengok, moto dah senget2 dah. Macam aku bawak 5 orang kat blkg. Rupenye tayar moto dah pancit!

Baru jek tukar tayar bai, tiub la buat hal. Tuh rase malas nak usik moto tuh, nanti jadi penyakit berjangkit. Dengan rela terpakse nye, aku buat U-turn kat tengah2 jalan tuh, balik umah. Masak megi! Kenyang gak la..

( Dan2 aku buka tv, iklan megi kluar..perli la tu )




Okeh, perot dah kenyang kan? Hati pun senang nak buat entry nie. Aku ade janji dulu nak jengah sorang demi sorang followers aku nie takat mane yang ak mampu la. Buatnye tbe2 naek 3000? Tak ke muntah? tuh pun kalau aku dapat merase 3000. (kena minta petua cik epal nie).
Jadi, blogger pertama yang aku pilih is FAUZIIBRAHIM! ( Ini Kata Saya, Apa Kata Anda ). Itu la Tagline untuk blog dia. Aku rase dia adalah orang ke-4 yang jadi followers aku. Yang ke-4 bai..
Yang 1st, 2nd dan 3rd dah tak wujud. Aku cari2 blog dorang, dah takde. Tinggal la Fauzi nie yang masih berblogging.

( nie banner blog Fauzi )

Aku rase dia dah stat blogging dari bulan July tahun lepas rasenye. Dah lame jugak. Masa tahun lepas, entry dia tak sebanyak sekarang! Cayalah bro. Setelah puas aku belek2, aku rase suka dengan entry yang nie Lawak Pagi Duda dan Janda dan 10 pengajaran di Facebook. Lawak bai.

Jadi sape-sape nak pegi lepak dan jengah ke sane, jemput la yea. Rase ada gak followers aku yang tau blog Fauzi nie. Jum ramai-ramai jengah Blog Fauzi yea!

Thanks bro, sebab jadi followers aku yea!=)

p/s : Next is going to be izzani..=) Nak kenal ngan awek nie? tunggu yea~

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, May 8

SAYA INGIN BERADA DI DALAM BLOG LIST KATEGORI KUNING KERANA..


Yesszaaa.!kenal kah anda dengan bro ben nie?bkn broadbend yea! So, dengan kelapangan masa yang ada nie, dan tiada gangguan dari sape2 yang berada di cakerawala nie. Aku nak buat entry nie dan nak join program hincik BEN ASHAARI nie. Rugi la bagi sape2 yang tak join lagi. Bukan ape, program2 yang dibuat oleh hincik BEN nie memang membantu sangat2 pada yang newbie cam aku nie, bukan dia saje, termasuk la oleh bro Dauzpozi dan sekarang nie cik ANN pun dah berjangkit. So, bukan naikkan traffic dorang saje, yang join pun ter'lompat' same!

Kenapa aku nak join dalam kategori KUNING? bukan sebab otak kuning yea, tapi ikot pada syarat2 nye..so, den layak ke final di petak kuning saje. Sebabnye yea :
  • memang nak traffic mencanak2, pasni leh join ke petak MERAH plak kan.
  • nak BRO BEN rajin2 menyinggah ke blog yang 'kurus' nie.
  • nak kawan2 aku pun dapat traffic yang same kan?lagi2 pada yg new bie~
Ape lagi korang?mari2 join!..TERHAD Tau! Limit time nye sampai TENGAH MALAM NIE!..jadi segera2 kan la membuat entry yea. Kalau korang nak join, pegi la tengok syarat2 nye dan kat mane kategori korang yea? klik kat snie BRO BEN.

Nway, pada sape2 yang join, lepas nie mesti kena kuat bebel kat blog tau! Kalau tak, anda akan di delete dari list tersebut..amacam?ada bran?? 


p/s : petua bebel sila mtk kat hincik BEN..haha..(jangan mara aaaaa)..lepas nie akan ade traffic light kat blog hincik BEN!=)

That's all