Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, January 17

Tips mengelakkan diri dari dirogol,diraba dan ditipu (khas buat perempuan).

Sekarang tiap-tiap hari kalau kita lihat di muka hadapan suratkhabar mesti akan terpampang isu-isu hangat seperti kes rogol, pukul, urut sana, urut sini dan pelbagai lagi isu mengenai jenayah seks di Malaysia ini. Pelik ada setengah suratkhabar sanggup memaparkan isu tersebut dihadapan sekali, alasannya untuk menarik minat orang membaca dan tahu apa terjadi.  Tapi impaknya adalah pada kanak-kanak, apa anak-anak korang rasa bila tiap-tiap hari ade kes macam tuh? tiap-tiap hari keluar di muka-muka akhbar.  Mesti mereka akan bertanya tentang isu ini pada kedua ibu bapanya.  Nak jawab apa?  Fikirkanlah, sebab lama-kelamaan ia akan menghantui fikiran kanak-kanak itu untuk mengetahui perkara seperti itu.
 
************
 
Jadi mesti kaum-kaum wanita diluar sana ingin mengetahui Tips-tips yang nak saya berikan ini.  Lihat dan fahami betul-betul. Serta amalkan jika ada mahu SELAMAT! InsyaAllah jika diizinkan yea. Jom kita lihat antara tips-tips nya :


  1. Fahamkan tentang aurat-aurat perempuan yang sebenar di perintahkan Allah.
  2. Kalau dah faham, mesti tau menutup aurat tuh hanya sekadar pakai tudung ke? Tidak kan?
  3. Elakkan diri dari menonjolkan aset-aset anda yang tiada pada lelaki. (jangan salahkan lelaki tengok jika anda memang nak tunjuk!)
  4. Jangan melentok-lentokkan badan ketika berjumpa dengan lelaki yang bukan muhrim.  Kalau dah terkinja-kinja ke sana sini, rasanya jatuh tak martabat sebagai seorang wanita?
  5. Bila bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim, jaga suara.  Jangan bermanja-manja atau mendayu-dayu kan suara tu.  Tegas sikit.
  6. Jangan memperdagangkan kecantikan kamu itu wahai wanita. Jangan jual diri.  Sebenarnya perempuan yang memperlihat-lihatkan kecantikan dia pada umum adalah rendah harga dirinya.
  7. Tutuplah aurat dengan sempurna seperti yang diperintahkan.
  8. Simpan segala kecantikkan mu itu untuk suami.
  9. Jaga hubungan kita dengan Allah.
  10. Tetapkan hati dan yakin dengan kasih sayang Allah.  Cinta dan jodoh itu akan datang, itu janji Allah.
Saya rasa cukuplah setakat 10 tips ini. Apa yang saya hendak sampaikan ialah tutuplah aurat anda dengan sempurna.  Ikut perintah Allah.  Jaga pergaulan.  Kalau korang nak tahu sebenarnya kaum wanita sendiri yang memberi ancaman kepada kaumnya sendiri. Faham?  Orang selalu kata, "alaa, perempuan yang pakai tudung labuh pun kena rogol, kanak-kanak pun sama".

Betul kan? Sebab saya sendiri pernah dengar orang kata begitu.  Bila difikirkan balik, kenapa yang bertudung labuh dan kanak-kanak pun menjadi mangsa.  Kerana kaum wanita sendiri lah!  Wanita di tempat-tempat lain memakai pakaian yang seksi sehinggah terliur lelaki dibuatnya.  Contoh paling dekat di dalam televisyen.  Artis?

Semua kena fikir, bila seseorang itu dah tak tertahan nafsunya, maka dia sanggup buat apa saja untuk memuaskan nafsu yang membuak-buak itu.

Allah berfirman :
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


Pernah tak korang marah? mesti kadang-kadang tuh marah sampai campak barang, pukul orang dengan tidak sengaja, tertengking.  Pernah? Dan selepas itu, anda rasa menyesal.  Seperti itu jugak lelaki yang ingin melimpiaskan nafsunya, dia dah tak peduli siapa yang ada di depan mata.  Janji dia dapat memuaskan dirinya.  Faham dah?

Jadi wanita-wanita yang seksi, yang suka menunjuk-nunjukkan aset-asetnya.  Pendek kata, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, anda sebenarnya memberi ancaman kepada wanita-wanita dan kanak-kanak yang lain yang tidak bersalah.  Jika semua wanita di dunia ini menutup aurat dengan sempurna, insyaAllah semuanya selamat dunia dan akhirat.

Jika anda ingin selamat wahai kaum wanita, tutuplah aurat dengan sempurna, kuatkan iman, dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah para lelaki akan memandang kamu dengan rasa hormat yang sangat tinggi.  Tiada lagi isu dirogol, diraba atau ditipu dan ditinggalkan. Kerana semua kaum wanita melindungi di antara satu sama lain.

Kalau kita ikut pada Al-quran, dan mengamalkannya.  Confirm selamat!!

Sekian terima kasih.

p/s : kalau rasa diri dah sempurna tutup aurat, balik rumah cermin diri. kalau still pemakaian tu nampak pinggang korang. itu belum cukup sempurna lagi.

Wednesday, July 28

TIPS untuk Hilangkan Rase Mengantuk

Salam semua bloggers!.Tepi..tepi..Beri laluan aku nak menaip nie. Rase badan aku makin hilang lomak2 nye, tak lame lagi korang nampak aku kecik2 jek dari jauh. Tapi makan still menten banyak baiii..Tak tahu pesal, risau gak kot2 kat belakang aku ade orang "tumpang". Okeh, aku tak nak bukak citew nie, coz sorang2 jek kat opis nie. Very the scary ok!

Jadi, oleh sebab aku memang tengah ngantok giles2 punye. Nie aku nak kongsi sedikit TIPS untuk korang hilang ngantok. Ade sumber aku dapat dari email dan ade gak dari laci kat meja aku nie ha. Bukan susah pun nak hilang ngantok. Mudah saje..Senang cite lu olang ikot la cara nie. Aku memang jamin berkesan pada korang yang sememangnye mata kuyu jek..



Jadi antara TIPS nye ialah :


1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. (jangan sampai tecekik suda). Nie kire berkesan gak la, sebab mulut korang takkan berhenti mengunyah kan? Kalau boleh beli lebey sikit bagi kat kawan yang berdengkur kat sebelah tuh. Sumbatkan aje dalam mulut dia, gerenti tak tido dah. Lebih elok lagi korang beli yang colourful, boleh ajak member sebelah main pilih2 kaler.

( chewing gum )


2. Bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Sape yang selalu bawak botol ke kelas @ ofis? Mesti jarang kan? Kebanyakkan nye kaum Cina, sebabnye baek untuk otak kita nie. Agak2 malas sangat nak bawak, kutip duit masing2 pegi beli yang water heater tuh. Lagi mudah.




3.Pergi tandas BASUH MUKA. Nie pun berkaitan dengan air jugak. Agak2 korang rase dah Flet abis tuh kan, bawak2 la pegi toilet yang berdekatan. Kalau masih ngantok gak kan? Besok datang kuliah@opis bawak baldi dengan gayong. Senang cite mandi terus la, segar bugar la pastu! Kalau member sebelah tido, kejot2 tak bangun jugak. Kan ade botol air tuh kan? 'Basuhkan' teros muka dia, aku gerenti lepas tuh korang berdua takkan tido sebab berjage untuk kenakan balik masing2!




4.Dah tak jalan jugak TIPS kat atas tadi, korang suruh pulak member2 korang urut kat bahu tuh. Serius nie memang mujarab. (jangan yg manje2 la) Confirm tido balik nanti. Minta tolong kat kawan2 yang tangan nye keras2 gitu. Mesti rase tak terkeluar biji mata korang tuh. (jangan amalkan B2B yea!hehehe).


5. Yang terahkir nie aku rase ramai yang jarang buat kot. Takot kena tampaq jek dari belakang, kiri or kanan! Yang nie senang jek. Carenye dengan korang menyumbangkan lagu! Dengan suare korang yang sememangnye sumbang mambang tuh, korang bagi orang lain perdengarkan! Dah dapat penampaq besok, mesti tak tido2 dah. Ala, paling kuat pun 2-3 orang jek yang tampar. Aku syorkan la, ko nyanyikan lagu Pengantin Baru versi Rock punye, tak pun lagu Balik Kampung ke. Siap dengan bunyi sound system lagi tau!


Aku rase cukop la TIPS-TIPS kat atas nie, kalau nak banyak lagi boleh. Kang jadi merapu plak, amik mane yang patut dan yang tak patut tuh korang gelak dan bace jek. Jangan ikot, sat lagi aku yang korang cari. Yang penting, mase drive tuh kalau dah tak larat sangat. Jangan pakse.

p/s : Jangan tido mase memandu..Dan jangan memandu mase tido.=)
That's all
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, June 4

SUP KETAM vs DENGGI!

Ni la pengalaman pertama aku kena DENGGI. Korang penah rase? aku nasihatkan baik jage rumah korang tuh. Bersihkan mana yang patut, yang tak patut pun buang jugak. Pesanan penaja dari Jabatan Kesihatan nie, naek bernanah dah telinga aku dengo dorang bagi pesanan suruh buat ape yang patut. 

Nak buat macam mane kan? maybe sebab darah aku manis. That's why nyamuk betina duk tergila-gilakan darah gue nie. Setelah beberapa hari aku demam tak menentu, sampai tahap nak buka mata pun tak lalu. Baru aku tau sebenarnye aku kena 'ciuman' DENGGI nie. Memang 'power' bai penangan nyamuk AEDES nie. Yelah, sampai aku nak korek idung pun tak larat. Ape cer? ( last2 nyamuk korekkan ). Sape swuh kau gigit aku?

( gambar hiasan )

( gambar hiasan )

Macam nie cerita nye, dulu aku selalu dengar kalau kena DENGGI nie kena banyakkan minum 100 plus. Dari hari pertama aku kena, dah stat bantai 100plus. Serius, aku tak ske sebenarnye air nie. Nape lah bukan air F&N yang straberry tuh ke? Pepsi ke? Baru layan sikit. Sampai muntah pun kua air 100plus.

Tapi macam tak menjadi, demam tak kebah gak. Tapi dengan sifat kerajinan mak aku yang suka surf2 intenet nie, dapat la 'formula' baru. Aku yang rajin blogwalking nie pun tak jumpe, tapi mak aku boleh jumpe pasal SUP KETAM. ( mak aku lagi kuat blogwalking bai ).


( Ketam Nipah )

Untuk pengetahuan korang, bila terkena DENGGI nie, blood platelet dalam badan nie akan menurun sehingga boleh menyebabkan MAUT tau! Platelet nie kalau tak silap aku, sel darah merah la. Masa gua lepak wad hari tuh, platelet aku 45! Mau tak meroyan mak aku, normal sepatutnya dalam 100 ke atas la.

Oleh itu, segala usaha dilakukan ( mcm nak cri budak hilang jek ). Akhirnya dapat tau yang SUP KETAM nie boleh menaikkan blood platelet nie. Sebab ketam ada protein yang tinggi yang boleh membina semula sel darah. Serius bai, kalau korang minum dalam semangkuk ke, boleh la naik dalam 20-50 peratus! Kalau korang minum seawal-awal masa baru nak demam, lagi elok la. Korang tak payah pegi klinik dah, jangan macam aku nie. Dah nak pengsan, baru nak minum.

Kalau ada antara korang terkena gejala nie, baek pegi chek darah dulu. Kalau boleh, bila dah rase macam sengal2 badan dan nak demam, pegi la chek darah. Kalau rendah platelet tuh, cepat2 buat SUP KETAM nie dan juga banyakkan minum air 100plus, lebih elok lagi air KIWI.

Cara nak buat sup ketam nie senang jek. Korang tangkap ketam yang korang jumpe tuh, sumbat kan jek dalam periuk, rebus! Dah setel! ( jangan ikot ok, aku rase macam tuh la ) Kalau korang ragu2, senang cite suruh jek mak korang masakkan.=).

Cukupla aku cerita serba sedikit pasal nak cepat sembuh dari DENGGI nie, maybe ada yang dah tau. Tapi takpe, aku bagitau jugak. Mane la tau, ada yang korang tertinggal kan? Seksa bai kena DENGGI nie, tapi kita kena bersabar kan, sebab penyakit tuh kan penghapus dosa. Jadi terhapus la sikit dosa2 aku kat korang semua.

Ingat korang, DENGGI tuh boleh memBUNUH!. Beware ok!

p/s : klu nak pilih ketam tuh, amik yang cengkerangnye warna hitam, bawah perot ada warna oren cket.

p/s lagi : nape la tak dijadikan pil SUP KETAM nie, senang telan je! Dari hirup macam tuh, tak lalu..

p/s lagi dan lagi : banyak la pesanan aku, tadi taknak cakap. Kalau korang nak pegi hspital, pegi Sg.Buloh bai..nurse comel2! gerenti cepat sihat~haha

That's all.
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, February 16

~TIPS BERHADAPAN DENGAN SMOKER~

 
( pada yg heavy smoker tuh,sila usha2 gambar di atas)

Assalamualaikum, taraaaa. Jadi entry aku kali ini nak bagi TIPS sikit kat korang yg mane selalu dekat dengan Heavy2 smoker nie (kirenye pantang lepa sikit,mesti dah berasap ). Okies!

Aku sendiri dulu pun perokok juga. Jadi rase lain jek bila ade orang tengok semacam (mcm kita nie org bersalah). Jadi aku nak kongsi sikit dgn korang di luar sane camne nak tegur dorang nie. (kwn2 aku pun ade smbg bagi tips nie ).Thanks!

TIPS PERTAMA :


TUTUP MULUT.
Nie perkara biase la, selalu kaum perempuan yang buat camni kan? Laki buat selambe sedut jek asap tuh! (asap yg disedut oleh org lain lagi bhye dari yg sendiri sedut). Korang bagilah perokok nie terase sikit. Contoh, baru jek dia petik api korang cepat2 tutup mulut!Pastu korang cakap la "Eeeeeee..busuk laaa bau rokok nie!!"(kuat2 sikit,bia yang lain pun terase)
Gerenti dorang akan rase serba salah nak nyalakan. Tak pun :


Kalau pakai yang nie memang mendalam maksudnye! ( tak paham gak,tak tau la ).

TIPS KEDUA :



MENJERIT!
Korang menjerit macam nampak hantu! tapi jangan terlalu kuat, buat nye pakcik kat sebelah ade sakit jantung tak ke kes naya jwbnye. "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" korang memang buat muka terkejut gila la, kalau dorang tanye nape "Tuh ha, ko nak bunuh diri dgn rokok tuh nape?" (memang tepat terkena).

TIPS KETIGA :


SEMBUR AIR!
Haaa..nie agak mengecewakan perokok2 nie! Korang bawak benda alah nie (water spray), siap isi air skali!Pastu agak2 dia tengah khyusuk isap tuh, korang jerit "API!API!API!" pastu sembur!Pandai2 la korang pastu nak cover,minta maaf ke ape.!Jadi bila rokok dan muka dorang dah basah,mesti taknak isap lagi.Kalau bako lagi,korang ape lagi sembur lagi!hehehe.

TIPS KEEMPAT :


BAKAR DUIT!
Haaaa..kalau yg nie korang buat2 nk pinjam duit si perokok nie!Pastu korang lak nyalakan api pegi bako duit tuh!(mtk lebih2 sikit,kalau bleh same harga dgn rokok tuh) "Ehhh,apsal awk bakar duit saya??gila ke?" korang jawab "Ehhh..bukan ke awk pun buat benda yg same?tuh kat mulut tuh hape?" 

TIPS KELIMA :


BACAKAN YASIN!
Huhuuhu..nie cara terakhir,kalau tak berhenti gak!tak tau la.Kalau bleh korang bawak la spare surah yasin nie,bagi dekat member2 yang ade bersama2 dgn korang. Buleh la ramai2 bacakan yasin kat perokok tuh.!Mesti dia gerun wey,cam nak dekat mati jek rasenye!Nie aku ade sertakan VC nie,aku rase korang penah tengok kot..Layannn~






Jadi,sekian sudah TIPS aku untuk korang pada hari nie, cuba try!Mesti menjadi punye!hehehe. So, perokok tegar out there, bawak2 lah berhenti ek!

That's all.

Tuesday, January 5

Tips untuk berhadapan dengan orang yang tengah marah!(part 1)

Assalamualaikum..haaa..ni tips aku nak bagi sempena nak menghadap org2 tgh marah(lagi2 bos korang kn?)hehehe..Tips ni aku bagi ikot sesedap rase aku jerk,kalau korang nak ikot bleh jerk.Ade yang aku penah buat..ade yang belum penah lagi!hehehe..

Tips-tips nya:

'TIPS 1'
Bila korang tengah nampak dari jauh dia dah jeling,walaupun sebenarnye korang tak bersalah..tapi dia memang sengaja nak lepaskan amarah dia tuh kat korang..So,kalau dah nampak daari jauh tuh..Ape lagi,dari jauh tuh korang cenyum2..pastu lambai tangan kat dia sampai muka dia dah agak2 merah tuh,korang buat flying kiss plak.Pastu blah..Besok baru jumpe!hahahaha(nseb la klu mrh dia tak reda lagi bsok,korang try tips laen plak)



angry Pictures, Images and Photos
'TIPS 2'
Bila dah berhadapan tuh,dia baru jerk nak start buka mulut tuh,korang lemparkan senyuman(bkn brg tau!)yang paling lebar sekali laa..sampai ke telinga orang cakap!hehehe.Senyummm jerk!Walaupun gigi korang tuh kurang menawan,tapi senyum jerk..Mesti reda sikit marah dia tuh!hahaha(naseb korang la)sambil2 tuh korang gelak2 sikit ker..Bila dia tanye,'Awak tak nampak ke saya tengah marah nie??'korang jawab la senyuman tuh kan sedekah!ekeke

'TIPS 3'
Yang ni plak,bila korang dah tau apa yang point2 dia akan marah,bila dipanggil or berjumpa.Sampai2 jerk,korang terus bebel2 pasal benda yang salah korang buat tuh.Cite la saya tau sya buat i2 ini..macam2 la korang cite.Kalau boleh cite semua point yang dia nak marah korang tuh!Jangan bagi peluang dia bercakap!hehehe..Nanti dia akan diam sampai tak tau nak marah ape dah..hehehe

'TIPS 4'
Bila orang tuh tengah membebel2 depan korang,tengking2..Dengan tiba2 jerk korang jadi pekak.hehehe..Buat2 pekak la,'Ha', "Ape dia?saya tak dengar la?" dan seterusnya la.Buat la sampai dia diam,pastu korang terima la surat pegi klinik untuk periksa telinga tuh!hehehe.

'TIPS 5'
Bila korang masuk jerk bilik bos kan,korang pakai la headphone yang besau2 tuh!bia dia nampak sikit yang korang memang tak nak dengar dia bercakap!hehehe.Masuk2 jerk korang tengok jerk muka dia.Pastu angguk2 jerk..kalau boleh korang buat joget2 sikit!(bagi menghibur kan ati dia tuh)hehehe.Dah dengar lagu mesti nak nyanyi kan?korang karoeke la dalam bilik tuh!hahaha..Tengok sampai dia dah angkat tangan tuh,suruh keluar la tuh(alih2 dpat surat bsok,diberhentikan)hehehe:P

'TIPS 6'
Pagi2 tuh sebelum korang masuk ofis,or balik umah ke dan sewaktu dengannya la,korang beli siap2 KFC or Mcdonald ke dan pape jerk la.janji makanan!hehehe.Bila dah kena panggil tuh korang apa lagi,korang terus letak atas meja!hehehe.'Saya belanja nie bos,makan la'hehehe..Mesti tak jadi marah,silap2 ajak korang makan sekali!hehehe

That's all guys and gurls!!hehehe..nanti aku akan bagi plak tips seterusnya~tunggu for part 2 yea!hehehe..Cuba jangan tak cuba!!hehehe