Tuesday, April 30

Permulaan 2019

                                                                     2019

Assalamualaikum.

Sihat ke semua tu? Mudah mudahan ada lagi masih sudi baca blog saya ni. :)

Rasanya dah lama sangat memang lama sangat tak menaip. Bukan taknak, tapi kekeringan idea dan tiada masa. Serius tiada masa!

Sebab sekarang orang ramai beralih ke media sosial lain (fesbuk, Ig, twitter) yang lebih cepat dan laju nak update pape. Dulu blog la tempat kami nak celoteh dan membawang segala hal sosial network ni.

Ramai dah kengkawan dah pencen dan ada juga yang masih terus menulis. Memang passion mereka kan, sampai ke tua masih lagi ada idea. Saya? masih lagi sayang blog ni. Kalau ikotkan dan masuk 10 tahun usia blog ni.

InshaAllah saya akan kembali menulis dan menaip. Rating?Income? kalau ada rezki, adalah. Mungkin menaip untuk suka suka. Bila dah mula menaip ni, nanti akan ada idea idea yang hadir. (orang kata la)

Jumpa lagi di entry yang lain yea. 

Dari abi anak dua. :D

Tuesday, January 24

Mutiara Hikmah


Antara kata-kata hikmah dan nasihatnya Al-Qutub Al-Arif billah Al-Habib Ali bin Muhammad bin Hussein bin Abdullah bin Syeikh Al-Habsyi
Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu. Pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu, baik dari orang dewasa maupun kanak-kanak. Jauhilah dengki dan irihati. Ketahuilah kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Allah tidak mensyariatkan shalat berjemaah atau shalat Jum’at atau shalat eid, kecuali kerana ada rahsia yang Allah letakkan dalam kumpulan manusia. Allah telah menjadikan untuk umat Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم saat-saat untuk berkumpul setiap tahun, setiap minggu dan setiap hari. Allah tidak mensyariatkan pertemuan-pertemuan itu dengan sia-sia. Allah mensyariatkannya tidak lain kerana keistimewaan yang terdapat dalam setiap pertemuan.
Penghuni zaman ini hanya berlumba-lumba mencari dunia. Mereka hanya menyukai orang yang memiliki banyak harta, kedudukan yang tinggi dan kemasyhuran. Jika seseorang mempunyai anak yang pandai dalam urusan dunia dan seorang lagi anak yang pandai dalam ilmu agama, maka ia lebih menyayangi anak yang pandai dalam urusan dunia. Manusia di zaman ini hendaknya menjaga cahaya imannya, kerana pergaulan dengan orang-orang yang diliputi kegelapan hanya akan menularkan kegelapannya.
Alangkah seringnya hati berbolak-balik. Jika kau berusaha hudhur didalam shalat, dzikir atau tilawah, maka hatimu mengajakmu berkelana ketempat-tempat lain. Di zaman ini tidak ada seorang pun yang mencari tabib bagi penyakit hatinya. Jika ada orang sakit kepala, ia akan segera berkata,: “Ambilkan ubat sakit kepala!” Jika ada yang sakit gigi, ia akan berkata,: Ambilkan ubat sakit gigi! Namun jika terkena penyakit hati, tidak ada yang berusaha mencari tabibnya [yakni syaikh mursyid yang dapat merawat penyakit-penyakit hati].
Hadirilah majlis-majlis ilmu dengan hati dan telinga yang mau mendengar. Keluarlah dari majlis itu dengan membawa faedah dan faedah majlis yang sebenarnya adalah mengamalkan apa yang telah kalian dengar. Setiap orang hendaknya menujukan nasihat yang ia dengar untuk dirinya sendiri. Terimalah nasihat dengan senang dan hati yang lapang. Wahai saudara-saudaraku, hati-hati manusia telah menjadi kaku dan beku, tidak ada lagi bekas dan pengaruh dari Al-Quran maupun nasihat para ulama yang selalu didengarnya. Sedang kita tidak tahu apa gerangan penyebab kekerasan hati itu.
Ketahuilah bahwa penyebab terbesar dan yang paling dominan adalah kerana makanan yang kotor (syubhat atau haram) yang masuk ke perut kita, ketika ini banyak orang tidak memperdulikan dan bahkan tidak takut untuk jatuh pada keharaman. Mereka meremehkan masalah ini. Bagaimana mungkin nasihat dan peringatan yang disampaikan akan memberikan atsar (pengaruh) dan membekas di hati, sedangkan makanan yang dimakan adalah syubhat atau haram?
Berusahalah mencari pekerjaan dan makanan yang halal dan jauhilah keharaman. Dan ketahuilah bahwa kewara’an ini tidak hanya pada makanan sahaja tetapi mencakupi semua aspek pekerjaan kita. Berbuat apapun, tetapi harus dilandasi dengan keberhati-hatian dan kewaspadaan. Jika masih ragu maka tinggalkanlah kerana dikhawatir akan terjerumus pada keharaman dan akibatnya pasti celaka.
Jika riwayat hidup kaum ‘arifin dibacakan kepada orang yang beriman, maka imanya kepada Allah akan semakin kukuh. Sebab, kehidupan mereka merupakan cerminan dari kitabullah yang didalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu dan yang datang kemudian atau refleksi dari hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau dari pengetahuan yang ia terima langusng dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tanpa perantara.

sumber : DARUL MUJTABA

Thursday, January 19

Tahun Baru 2017.

Bismillahirahmanirohim


Tahun baru. Azam baru. InshaAllah blog juga akan bertukar baru. Nampaknya nak kena bertatih tatih dari bawah semula. Idea banyak nak menaip tapi semuanya ke facebook. Maklumlah orang sekarang lebih suka membaca status di facebook. Cepat, mudah dan pendek.

Tapi masih ada lagi blogger blogger yang dulu aktif seperti biasa. Memang tegar jari jemari korang kan. Menaip tanpa rasa jemu.


Tahun ni orang kata lebih mencabar dari pelbagai aspek. Lebih lebih lagi ekonomi. Yes. Dan itu yang saya rasai sekarang. Bukan mudah. Ujian datang dari pelbagai sudut.

Jadi tahun ni kena usaha lebih dan lebih lagi. Lebih lagi untuk hidupkan blog ni semula. Sayang nak tutup sebab dah bertahun dan banyak kenangan dan ilmu yang dapat masa memulaaaa nak buat blog.

Semenjak dah ada keluarga ni. Kena fokus banyak benda. Semoga kita lebih tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan pada tahun ini.

Kita semua nak berjaya dunia dan akhirat bukan? Dunia dapat, dan akhirat pun dapat jika boleh. Jumpa lagi korang next entry yea.

Ada lagi ke readers blog sawang ni? :D

Monday, September 5

Jana Pendapatan Dengan SSPN-i PLUS.



  Bismillahirahmanirohim.

Alhamdulillah. Syukur masih lagi Allah kurniakan kekuatan nak hapdet blog ni.

Sekarang sesangat la sibuk bila dah ada keluarga sendiri. Nak pulak si hero makin membesar dan cerdik. Akal panjang, ada je idea dia.

Membesarkan anak ni memang kena fokus. Fokus yang betul betul fokus.

Ok. Takpelah, itu isu lain.

Sekarang nak tanya, siapa yang biasa dengar tentang SSPN-i PLUS?



SSPN-i PLUS ni macam kira pelan atau skim simpanan pendidikan. Ada banyak kelebihannya.


Bila dah ada anak ni, kita mula lah memikirkan simpanan untuk dia. Senang nanti tak perlu buat pinjaman. Ahaks! InshaAllah. Mudah mudahan.

Di samping korang daftar untuk simpanan anak anak ni, korang boleh jugak buat side income. Serius side income!

Kalau nak komisen lebih banyak, boleh upgrade.

Jadi sesiapa yang nak tambah pendapatan hanya dengan iklankan link. (Korang biasa kan buat gini). Boleh la klik SINI.

Semoga korang bertambah rezki dan dipermudahkan segala urusan.

Sekarang nak kena perah idea untuk hapdet blog macam dulu kala. Nak naikkan semula traffic. Bukan traffic saja tapi nak kembalikan semua readers blog ni. :(

Doakan saya naaa. :D




Thursday, July 21

INSTANT SHAWL MEMIKAT SUAMI.


Bismillahirahmanirohim.

Alhamdulillah, dapat bersiaran seperti biasa. Tak sempat lagi nak update pasal raya. Mood raya tak habih lagi kot naa? Depa kata raya kan sebulan.

Tapi kalau perasan la kan, kalau kita ni memang kaki open house, rasa tahun ni macam kurang sikit orang buat open house. Mungkin sebab bajet or tunggu dah gaji nanti kan.

Okeh, post hari ni belum lagi nak cerita pasal raya. TAPI nak cerita pasal INSTANT SHAWL. 

Dulu selepas trend tudung bawal (tapi laa ni bawal naik balik tapi mahal gila la), sekarang trend INSTANT SHAWL ni. Bukan baru sangat la tapi agak lama jugak.

Kenapa yang saya minat sangat dengan INSTANT SHAWL ni tetiba? Sebabnya ia CEPAT ok! Dan MUDAH untuk isteri hangpa pakai. Tak pakai ejas, lipat, gulung dan sebagainya la yang menyebabkan masa bersiap tu LAMAAAAA sangat kan.

Cerita panjang sangat aihh. Bila nak buh gambaq. Sat Na.


Amacam? 
Menarik tak? Nidiaaa. NAYLA INSTANT SHAWL.

Banyak kan warna nya! Nampak tak awning tu? Untuk pengetahuan hangpa, tu jahit sekali tau. Jahit sekali!. So sebab tu saya kata memang mudah pakai. Sarung ja.

Kelebihan nya? Sama ja dengan tudung lain cuma ia sangat labuh. (Bidang 60) dan warna dia takde la terang benderang sangat. Banyak warna pastel.

Jauh sangat na gambaq ni? Tunggu. Saya bagi yang dekat sikit.







Pilih la wahai isteri. Kenapa yang saya kata memikat SUAMI tu?

Sebabnya ia labuh. Aurat kita kan hanya untuk suami. Dan ianya cepat dan senang pakai, jadi cik abang kita takde la tunggu lama sangat kan.

Harga? RM59 sahaja!!

Kenapa mahal sangat? Sebabnya material shawl ni, tebal dan bukan nipis macam biasa. Tutup aurat molek dah tapi lagi molek kalau tebal dan bukan transparent!

Semoga lebih ramai kaum wanita diluar sana ingin menutup aurat dengan sempurna. Comey belaka. Allah pun suka.



p/s : nak beli mai wasap kami na. 01128015414. whatsapp sahaja ok!

Sunday, June 19

Khasiat Tamar Cocoa.


Bismillahirahmanirohim.

Alhamdulillah syukur, kita masih lagi di pilih Allah untuk berpuasa dan dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.

Puasa ke 14 bukan? Macam mana setakat ini? Ada yang sudah tertinggal? Atau keletihan melakukan terawih?

Biasa lah, waktu pertengahan menuju ke akhir ini banyak dugaan. Keadaan badan cepat letih dan lesu, bukan kerana puasa itu tapi dek kerana kita makan banyak ketika berbuka dan juga mungkin pemakanan kita ambil yang salah kita sahur?

Jadi pada entry yang lepas, saya janji nak kongsikan minuman yang beri tenaga bukan? Bukan isotonik tapi hanya serbuk koko yang perlu kita bancuh saja!!


Inilah dia produk saya nak kenalkan. TAMAR COCOA!

Campuran serbuk koko dan kurma. Banyak khasiat dan kelebihannya. Dan antara khasiat yang saya sendiri rasa ialah badan kita lebih bertenaga dan masa isteri saya sedang mengandung memang amalkan minum ni. Alhamdulillah bertenaga dan juga bertambah penghasilan susu.

Anak dalam perut? Toksah cakap la, memang berjoget je dalam perut bila umi dia minum air ni.

Antara khasiat dan rahsia yang lain ialah :


Jadi bagi sesiapa yang berminat. Boleh la pergi ke facebook saya atau Whatsapp saja ke nombor 01128015414.

InshaAllah saya akan melayani anda sebaik mungkin. :D

p/s : sambil membeli boleh buat duit jugak tau.

Friday, June 10

Ramadan 2016.


Bismillahirahmanirohim.

Alhamdulillah. Syukur tak terhingga kita panjatkan, kerana berpeluang lagi bertemu dengan bulan dan tetamu mulia iaitu Ramadan.

Lambat sikit nak update, dah nak masuk hari ke 5 kita berpuasa kan?



Macam mana setakat ini puasa kita? Adakah puasa kita adalah sebenar-benar puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga?

Biarlah itu kita sendiri yang menilai, termasuk lah diri hamba ni. Tahun ni ialah tahun ke 3 berpuasa setelah berkahwin.

Dulu berdua, sekarang bertiga. Agak mencabar sikit sebab yang kecil tu tak berpuasa. Cabarannya apa? kita kena siapkan makanan untuk dia di siang hari lerrr.

Kebiasaaanya bila kita dah siapkan makanan anak kita, of course kita akan rasa dulu kan?
Sebelum nak suap rasa dulu, kalau dia tak habis, kita akan habiskan.
Gitulah.

Jadi bila waktu bulan puasa ni, kebarangkalian akan merasa sekali makanan anak kita tu adalah tinggi. Betul tak?

Tapi kalau dah dapat masuk mulut banyak tu memang rezki kita la. Sebab LUPA.

Dan sempena puasa ni, saya nak pesan supaya tahun ni kita buat perubahan sikit. Boleh kan?

Berbuka di Masjid (ini memang mencabar bagi yang ada anak ramai) tapi hikmahnya banyak. Kurangkan aktiviti pegi bazar Ramadan. Sebab kita lelaki susah nak kawal nafsu mata ni. Tambah pula nafsu nak makan macam-macam tuuu.

Solat awal waktu. Paling kurang Subuh dan Isyak berjemaah. Dan lazimkan buat witir. Walaupun sebenarnya witir ni bukan di bulan puasa saja tapi kena buat 365 hari.

Perbanyakkan taubat, berzikir. Quran tu kalau kita tak boleh baca bila sensorang, kita ajak isteri baca sekali, takpun join tadarus dekat masjid.

Jangan lupa, ada malam di antara malam-malam di bulan Ramadan ni, ganjarannya seperti kita beribadat 83 tahun!

Rugi kan kalau tak rebut?

Selamat berpuasa untuk readers semua. Semoga kita diampunkan Allah di bulan yang mulia ini dan kita dapat mencari redha Allah.

Nak tau minuman apa yang boleh bagi kita tenaga bila di bulan puasa ni? Nantikan update seterusnya yea. :D

p/s : bro, tu ada cili celah gigi nape tu? :P

Wednesday, May 25

Patah Jari Tumbuh Lagi.

Bismillahirahmanirohim.


Begitu lama menyepi. Sangat rindu pada blog. Sangat rindu rasa nak menaip semula.
Memerah otak untuk menaip.

Banyak juga yang tertinggal dan sudah lupa. Especially link-link dan segala page yang aku kena edit semula html nya. Memang blur habis.

Rasa macam kena mula dari zero. Up to hero maybe? HaHa.



Langkah dekat atas ni antara bertahun aku lakukan untuk update blog ni.

Semoga kalian masih menerima blogger yang lama menyepi ni.
Semoga ada yang nak membaca lagi.

Done for this year punya update! Tunggu next year pulak. 
Takde la. Jangan risau, kali ini akan ku gagahi lagi untuk menaip.

Cerita tentang kehidupan sekarang. Menjadi suami pada seorang isteri dan abi kepada seorang mujahid.

Semoga Allah kurniakan aku ilham untuk menaip. Berkongsi ilmu.

Jumpa lagi. 

Tuesday, October 14

Perjalanan menjadi Bapa (Part 1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk memanfaatkan masa yang ada. Dan jari jemari yang dikurniakan. Agak lama dan memang lama tidak berupdate blog ni. Tak rasa nak tutup, sebab banyak perkara nak dikongsikan, supaya ia menjadi manfaat bersama dan akan menjadi saham akhirat kelak. 

Apa yang kita taip, itu akan di catat para malaikat. Jadi entry sebelum ini ada bayang tentang kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Rasa dah 5 bulan berlalu dari entry yang lepas, so sekarang anaknya dah masuk 8 bulan dalam kandungan. Counting days. Sebulan je lagi.


Yang sebetulnya, rasa sangat gembira dengan rezki yang Allah kurniakan ni. Tapi rasa gugup tu lebih-lebih lagi. Gugup sebab apa, ini pengalaman pertama husband and wife. Anak sulung agak mencabar sikit sebab tiada pengalaman lagi kan.

Jadi kena banyak membaca dan bertanya para-para bapa dan ibu yang dah ada pengalaman. Apa yang patut dan apa yang tak patut.

Sebenarnya bermulanya lelaki ini menjadi suami, dah kena ubah macam-macam. Dari minded sampai lah cara menguruskan rumahtangga dan diri itu sendiri. Tak boleh dah malas-malas macam bujang dulu. Kena pandai manage semua benda, sebab engkau wahai suami adalah KAPTEN dalam kapal atau nakhoda.

KAPTEN tau, bukan semua orang mampu galas tanggungjawab ni. Kerja tak berbayar. Ganjarannya? Allah akan bagi nanti.


Kapten bukan saja bagi arahan pada anak kapal, tapi kena tau mana arah tujuannya kapal, kena lindungi kapal, kena ada bekalan yang cukup baru kapal itu takkan tenggelam.

Aku sekarang dah berada dalam posisi kapten. So sekarang semua terpulang pada kita wahai para suami.

Nak jadi suami wahai lelaki diluar sana, bukan boleh suka-suka. Kena ada ilmu dan persediaan mental tau. Bukan gurauan ni. Nampak mudah dan kau rasa nak sedap je kan.

Tapi cabarannya, kena buat persediaan. Takut karam ditengah lautan. Itu saja aku nak share buat sementara ini. InsyaAllah akan sambung lagi.

Bila jari dah jarang menaip. Idea pun agak kurang nak datang. Jari keras dan otak juga tepu. Banyak fikir hal lain. :)

Pasni kita share something lah untuk bakal bapa pada anak dan bakal suami pada isteri.

Semoga bermanfaat buat kalian. Maaf jika isinya tidak seberapa.


Sunday, May 11

Allah Maha Mengetahui.


AL-ALIM. MAHA MENGETAHUI.

Segala puji-pujian bagi Allah. Allah yang menciptakan kita, jadi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sedangkan kita tidak tahu apa-apa.

Kadangkala, kita nakkan sesuatu tu. Sangat-sangat memerlukan. Kita berdoa, dan merayu pada Allah. Tapi tak dapat. Antara cepat atau lambat atau tak dapat langsung. Tak dapat langsung ni dapat erti kata lain bukan tak dapat. Kita dapat tapi Allah beri cara lain. Jalan lain.

Kita tak perasan pun, tapi di akhir saat nanti baru kita sedar. Begitu indahnya rupanya perancangan Allah ni. Dan sebaik-sebaik perancangan ialah DIA. Betul kan? Kita rasa dah betul apa kita buat, apa kita niatkan. Tapi akhirnya jalan lain kita temui. Jalan lain kita tempuh.

Rasa menyesal. Geram. Tak puas hati dengan apa yang kita dapat. Tak memadai dengan apa yang kita impikan, inginkan dan angankan. Bukankah itu menjadikan kita tidak beriman? Sudah lupa kita pada rukun iman? Percaya pada qadar dan qada. Bila kita hilang kepercayaan ini, mulalah macam-macam tomahan kita keluarkan.

Bersyukurlah wahai sahabat, wahai teman, wahai pembaca. Bersyukurlah yang kita masih hidup. Masih lagi mampu berjalan,berlari,menangis,makan dan buat apa saja yang kita mahu. Janganlah disebabkn sedikit ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita, sudah membuatkan kita hilang kewarasan, hilang akal dan hilang iman.

Cukuplah tu kan?

Dah almost setahun kami berkahwin. Yup. Masuk bulan ini dah kira setahun. Macam-macam ujian dan dugaan. Dulu masa bujang, orang akan tanya " Bila nak bertunang atau Bila nak berkahwin?" Tapi bila dah lepas stage tu, orang akan tanya pulak "Bila nak ada baby?" Soalan ini agak sensitif. Bagi yang baru kahwin, mungkin tidak rasa apa-apa. Tapi bagi orang yang dah lama kahwin. Bertahun-tahun. Soalan begini memang menyentuh perasaan.

Berbalik pada diatas tadi. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bila hambanya itu mampu. Dan bila masa yang sesuai, Allah akan bagi. Tak perlu risau. Kita usaha dan terus berdoa. Tapi biasalah, orang yang tak faham bahasa ni susah kita nak explain. Sebab dorang tak rasa. Bagi mereka sangat mudah. Mungkin sebab rezki kau Allah bagi cepat. Jadi jangan pertikaikan rezki orang lain.


Alhamdulillah. Setelah setahun kami menunggu. Dan akhirnya doa-doa orang tua, ahli keluarga dan para sahabat. Termakbul jua hajat kami. Hajat apa tu?


Dah masuk 11 minggu. Alhamdulillah. 1st tengok, terkujat rasa. Mengalir airmata pun ada. Tak sangka. Kami akan menjadi ibu dan abah lepas ini. Doakan kami yea agar semuanya berjalan dengan baik. Dan terpelihara.

Mohon nasihat dari para ibu-ibu yang membaca blog ini kalau ada petua-petua. Maklumlah baru anak yang pertama. Terima kasih.

p/s : gwa dah mula belajar macam mana nak urus rumah sekarang nie..takeover keja isteri dan pasni nak rajin-rajin berjaga malam. Yela, baby kan selalu lapo waktu-waktu kita nak tidur ni..

Friday, March 28

Permulaan Mungkin.

Assalamualaikum. Bismillah.

Rasa janggal sangat menaip sekarang. Serius! Rasa lama sangat tak jenguk blog ni. Macam-macam perasaan. Kadang rasa nak tutup je blog, tapi sayang. Sebab di sini banyaknya permulaan. Banyaknya pembelajaran dan pengorbanan untuk blog ini.

Banyak kisah. Banyak kenalan dan kenangan dari sini. Jadi nak dipadamkan dan dibuang agak susah. Banyak perkara yang aku lupa tentang berblogging ni. Rasa akan mula dari zero balik, back to basic orang kata.

Dulu berblogging sebab nak jugak berblog, nak jugak kongsi 1001 cerita dalam masa 24jam, nak jugak mempunyai ramai kenalan.(ramai orang kenal), side income, kejar readers, traffic. Dan pelbagai lagi perkara lagho yang aku dan rakan lain terkinja-kinja kan.

Itu dulu....Dulu...

Zaman dah berubah sekarang. Ramai yang jugak stop berblogging. Ada lagi yang masih gigih update blog. Memang respek habis sebab boleh istiqomah update blog. 

Rindu? Memang rindu sangat zaman berblogging ni. Masa itu rasa macam tempat lain lah. Bloggers tumbuh macam cendawan. Sekarang dah kurang, sebab aku rasa dah takde website ping entry macam dulu-dulu. Sekarang hanya facebook. Hanya update status dan kejar like pulak. Gitu? Selfie...

Aku rasa cukup lah sekadar entry pendek ni. InsyaAllah banyak nak kena diperbetulkan dalam entry2 sebelum ini. Terima kasih tak terhingga pada yang masih datang baca, tinggalkan komen dan nasihat. Segala itu saya terima secara positif. Ilmu tu semua. Terima kasih atas teguran. Akan diperbaiki pada masa hadapan. Kalau diri ini masih lagi nak menaip.

Jika Allah izinkan, kita akan bertemu di entry seterusnya yea. Lupa dah tagline aku apa dekat blog nie.

Monday, September 16

Siapakah Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan dan rezki yang melimpah ruah. Serta keupayaan untuk kita menaip dan berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad. Majlis berlangsung di 3 Masjid iaitu Masjid Baitul Aman Ampang, Masjid Negeri Shah Alam dan Masjid Al Falah Usj. Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berada di Majlis yang penuh keberkatan ini. Ramai ulama dari merata negara hadir bagi memeriahkan dan menyampaikan mutiara-mutiara kata mereka.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Imam Abdullah ini? Di sini saya boleh berkongsi serba sedikit tentang beliau.

Nama : Al-Imam Al-'Allahmah Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

- Lahir di Subair, salah satu Kota Tarim di Hadramaut Yaman.

- Dilahirkan pada 5 Safar tahun 1044H dan dibesarkan di Kota Tarim.

- Beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan kedua matanya tidak dapat melihat(buta). Tetapi Allah telah membuka pintu hati beliau lebih daripada orang yang diberi penglihatan.

- Di masa kecilnya, beliau mengerjakan solat sunat Dhuha sebanyak 100 rakaat pada setiap hari. Oleh kerana itu Allah memberinya kedudukan 'Wali Al-Quthub' sejak usia remajanya.

- Pada waktu kecil lagi beliau sudah dapat menghayati surah Yaasin, dan bila membacanya beliau sangat terpengaruh dan menangis semahu-mahunya.

- Sering melawat kubur pada hari Jumaat petang selepas Asar dan juga Selasa petang.

- Beliau sering berwirid dengan kalimah "Laa Ilaaha Illallah" sebanyak 1000 kali. Pada bukan Ramadhan pula sebanyak 2000 kali setiap hari. Dan menyempurnakan sebanyak 70 000 pada enam hari di Bulan Syawal. Dan mengucapkan juga "Laa Ilaaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubiin" sebanyak 100 kali lepas Zohor.

- Beliau sering berpuasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.

- Beliau sangat istiqamah dalam mengikuti semua jejak datuknya Rasulullah S.A.W.

- Antara guru-guru beliau ialah Sayyiduna Al-Quthub Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas, Al-Habib Al-'Allahmah Agil bin Abdurrahman As-Segaf, Al-Habib Al-'Allamah Abdurrahman bin Syeikh Aidid, Al-Habib Al-'Allamah Sahl bin Ahmad Bahsin Al-Hudayli Ba'alawi dan ramai lagi.

- Karya-karya beliau ialah Ar-Risalah Adab As-Suluk Al-Murid, Ar-Risalatul Al-Mu'awanah, An-Nafaais Al-'Ulwiyah Fi Al-Masailis As-Sufiyah, Sabiilul Iddikar, Al-Ithaaf As-Saail, At-Tatsbiitul Fuaad, Ad-Da'wah At-Taamaah, An-Nasaih Ad-Diiniyah dan sebagainya.

- Wirid yang sangat terkenal iaitu Ratib Al-Haddad yang beliau susun pada malam LailatulQadar.

- Beliau wafat pada hari Isnin malam Selasa tanggal 7 Dzulqa'dah 1132H.

Semoga Allah merahmati beliau dan meredhainya serta memberi kita manfaat dan barakah beliau. Amiin Allahumma Amin.

Itulah dia serba sedikit pengenalan tentang Imam yang mulia ini. Semoga bermanfaat buat kita semua dan semoga kita dapat lebih mengenali beliau. Banyak keberkatan dan kelebihan jika kita mencintai orang-orang yang soleh nie. Selagi kita masih ada nyawa dan kudrat, dekati lah mereka. Ambillah ilmu dari orang-orang yang soleh. Ulama-ulama. Ilmu yang mereka ada sungguh bermakna! Ilmu supaya kita nampak jalan dunia dan akhirat.

Wallahualam.

p/s : jika ada kesilapan sila perbetulkan yea. InsyaAllah sama-sama kita belajar.

Saturday, July 27

Kekuatan Umat Islam Pada Solat Subuh.



" Quran Fajar = Solat Subuh "

Alhamdulillah. Syukur masih lagi diberi nikmat oleh Allah. Mampu untuk lakukan kerja harian kita, semua itu berlaku hanya dengan izinNya.

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk kalian semua. InsyaAllah.

Bagaimana dengan iman kita hari ini? Di saat umat islam di seluruh dunia di uji. Di Palestin, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Umat islam diseksa,dibunuh,dirogol dan di uji imannya. Semua itu ujian dari Allah untuk hambanya. Nak tengok sejauh mana keimanan kita. Rasa syukur kita bagaimana.

Ini kisah Solat Subuh. Kenapa Solat Subuh?

Semua orang tahu bahawa jika solat subuh jemaahnya penuh seperti solat jumaat maka musuh Islam akan gentar dan ketakutan. Kenapa? Sebab mereka tahu waktu itu umat islam sudah kuat. Solat subuh dan kekuatan islam? Apa kena mengena?

Solat subuh ni adalah solat yang paling berat kita nak buat secara berjemaah. Betul tak? Lebih lagi di zaman sekarang ni, kerja lewat, makan lewat, keluar lewat malam, tidur lewat. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Dan menyebabkan kita terlajak subuh atau kita solat sendirian kerana tak sempat ke masjid/ surau untuk berjemaah.

Tiada siapa sedar bahawasanya siapa yang solat subuh berjemaah ini berada dalam jaminan Allah. Seharian itulah kita berada dalam jaminan Allah. Rasulullah bersabda :

 “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah tahu bahawa solat subuh adalah yang berat bagi umatnya. Sebab itu banyak kelebihan dan fadhilatnya bila kita mampu untuk solat subuh berjemaah. Nak bangun pagi dan mandi itu pun ujian bukan untuk kita?

Allah berfirman :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” – (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Kebanyakkan peperangan umat islam terdahulu menang kerana mereka menjaga solat. Khalifah-khalifah hebat semuanya menjaga solat. Baik solat sepertiga malamnya atau solat subuhnya. Sebab mereka yakin dengan janji Allah. Jaminan tu!

Dan jangan kita hairan kenapa sekarang umat islam seperti dicarik-carik, dirobek-robek dengan musuh-musuh islam. Sebabnya solat kita. Hubungan kita dengan Allah taknak jaga. Pandang ringan pada solat. Dan dalam hadis Nabi juga ada mengatakan bahawa solat paling berat bagi orang munafiq ialah isya dan subuh!

Semua orang tak suka bila digelar munafiq bukan? Tapi cuba kita audit diri kita. Tanya. Jangan nafikan. Mengakulah kesalahan kita tu dan cuba berubah. Bukannya biarkkan. Kita sekarang banyak sangat memanjakan diri kita. Biarkan saja kesalahan itu berterusan, tiada perubahan nak dilakukan. Kau inginkan syurga, tetapi tidak pernah ada usaha ke arahnya. Mana boleh macam itu. Lihat sahabat Nabi, berapa banyak pengorbanan mereka untuk mendapat jaminan syurga?

Jadi jom kita buat anjakan paradigma sikit. Bukan untuk kita saja, tetapi untuk anak-anak dan cucu-cucu kita dan seluruh umat islam. Biasakan diri untuk bangun solat subuh, latih diri kita, isteri dan anak-anak. InsyaAllah kekuatan itu akan datang. Bukan cerita bohong ni. Semoga kita terus dapat istiqomah dalam menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Jom kita dengar sedikit kelebihan dan fadhilat solat subuh dari Ustaz Uda Kassim ni. Tak rugi pun mendengar tazkirah. Free je. Siap boleh dapat pahala lagi berada dalam majlis ilmu. Pelik orang sekarang suka nak mengumpul duit yang selalu habis dari pahala yang tak pernah putus dan takkan habis.




Semoga menjadi amalan untuk kita semua yea.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, July 18

Wall makeover by Na With Nadia Farahida the Official Blogger Manager



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberi.

Rasa begitu lama tak blogwalking. Tak berkunjung ke blog blogger-blogger lain. Sedang berblogwalking, tertarik dengan 1 contest ni. Rasa lama sangat tak join contest. So sempena kembalinya saya berblogging semula, nak juga mencuba.

Contest ini dibuat oleh Nadia Farida. Official blogger untuk Wall makeover by Na ni. Jadi kebetulan duduk di rumah baru sekarang yang sememangnya tunggu masa untuk di hiaskan je, saya ambil keputusan untuk mencuba. Mana tau ada rezki kan?

Jom kita lihat syarat-syarat untuk contest ni. Biasalah sekarang ni sibuk sangat dengan kerja, nak uruskan rumah lagi. Buat entry untuk contest ini pun last-last minute.

Syarat-syaratnya :

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. 

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."


Itu antara syarat-syarat yang ditetapkan. Kalau korang nak join pun sempat lagi. Korang lagi laju menaip dan update entry masing-masing dari saya kan? So, just give a try!

Tanpa buang masa, boleh la saya sambungkan ayat seperti yang Nadia Farahida tetapkan.

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana untuk menceriakan puan isteri yang sememangnya menjadi kesukaan para wanita bab-bab menghias rumah ni kan. Sebagai hadiah untuk dia, jadi bila dia pulang ke rumah akan lebih tersenyum lebar sehingga ke telinga bila tengok dinding rumah ada serinya. "

Jadi design yang saya mahukan ialah seperti gambar yang pertama tadi tu. Harap terpilih sebagai pemenang dan dapat beraya dengan wall makeover yang terbaik dari Na. Bukan senang nak ada wall rumah korang berseri secara percuma ni. Nak buat sendiri memang makan masa lah, asyik tertangguh je kan.

Jadi korang readers, doakan saya menang yea. Terima kasih.

p/s : Janggal pula rasa join contest ni, yela sebab dah lama sangat tak join.

Hanya Lapar dan Dahaga.

Alhamdulillah. Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Masih lagi saya di beri peluang untuk mengupdate blog. Bukan mudah untuk ada masa-masa emas seperti ini. Kecuali di izinkan Allah sahaja. Apa pun kita lakukan mesti ingat, ia berlaku dengan keizinanNya. Bukan dari kita sendiri. Jadi jangan bangga diri. Kalau Allah tidak izinkan, maka tidak akan terjadi.


Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a , beliau berkata bahawa Rasulullah telah bersabda :
" Betapa ramai di kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribada malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"

Terdapat 3 golongan yang termasuk di atas.

Golongan pertama ialah golongan yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Memakan makanan yang haram lebih besar dosanya daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa.

Golongan kedua ialah golongan yang terlibat dengan perbuatan mengumpat.

Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Ramai bukan yang sebegitu? Semoga kita dan ahli keluarga kita semua dijauhi dari golongan-golongan yang sebegini. Puasa menjadi sia-sia selama sebulan. Rasa seperti dah melakukan pahala tetapi tidak mendapat apa.

Sebenarnya minded orang sekarang dah berubah sangat. Hati dah makin jauh dengan Allah. Lagha sangat. Terlalu banyak kemaksiatan yang kita lakukan dan sekeliling kita. Tanpa kita sedar atau tidak. Perbanyakkanlah beristighfar.

Sini saya nak ulas sedikit tentang makanan yang haram. Sumber harta yang haram. Kebanyakkan dari kita mesti tahu yang sumber yang haram mesti datang dari hasil mencuri,menipu,rasuah,minum arak. Tapi ramai yang tidak sedar sumber itu boleh jadi haram dengan kerja yang halal.

Faham betul-betul maksud tu. Jadi haram dengan kerja yang halal. CONTOH :

"Pekerja kilang (tak kisah kilang mana pun), yang pergi kerja pagi balik petang. Duduk je dalam kilang. Dan selalu juga claim overtime. Kerja lebih masa. (nampak macam tiada apa-apa,bukan?). Ok, dalam pada masa yang sama dia tak bagitau sesiapa pun yang dia datang lewat. Sebab ada company akan tanya jika lewat atau tidak, jika dia lewat maka akan potong elaun. Dan waktu kerja lebih masa tu, claim 2 jam tapi sebenarnya kerja boleh siap dalam masa sejam. Lagi sejam? Dia ambil masa menyembang, berehat, minum dan sebagainya lah. (Dan nampakkan sumbernya ada haram disitu?) Paling ketara kerja waktu hujung-hujung minggu. Punch card datang lepas itu pulang ke rumah dan petang datang semula untuk punch card dan kemudian kita claim ot berjam-jam."

Ok, rasanya semua dah faham bab sumber yang haram itu kan? Jadi jaga-jaga dalam pekerjaan kita. Buatlah sesuatu itu kerana Allah. Sebab apa hasil kerja kita tu semua akan menjadi darah daging kita. Wallahualam.

Bab mengumpat toksah cakaplah. Waktu tengahari itulah paling sesuai sebab kita rehat dan takde apa nak buat. Jadi bila bersembang mulalah terselit macam-macam. Nampak remeh ngumpat nie, tapi besar kesannya pada ibadat kita. Kesan dari umpatan ini juga akan memberi kesan kepada mereka yang kononnya bangun malam untuk beribadat.

Orang yang beribadat malam ini menjadi sia-sia bila dia melakukan perkara yang bodoh,lagha,bersuka ria di waktu siangnya dan dia juga membiarkan solat Subuhnya berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga malam kerana riak dan kemasyhuran.

Dua anggota kita yang paling susah nak jaga waktu puasa ni ialah mata dan mulut. Jika kita tidak mengumpat, kita mesti akan melihat perkara-perkara maksiat. Ingat sahabat, ketika kita di tempat kerja, pergi ke bazaar Ramadhan atau menonton televisyen. Bila melihat aurat atau perkara maksiat lain, maka pahala puasa kita akan berkurangan. Tak rugi rasa? Takut hilang sebegitu je pahala seharian berpuasa. Jadi jaga mata, tundukkan pandangan.

Jangan biarkan puasa kita menjadi sia-sia. Nanti bila di hari timbang amalan, kita lah orang yang amat rugi di waktu amalan puasa ditimbangkan. Kerana pahala kita lesap begitu saja dek kerana kita tidak menjaga 2 anggota badan kita ni.

Puasalah dengan sebaik mungkin.  Biarlah puasa kita itu dapat mendidik kita menjadi hamba yang bertaqwa. InsyaAllah.

p/s : jangan kita abaikan 10 malam terakhir yea. Ada 1 malam yang mana baik dari 1000 bulan.

Sunday, July 14

Roomates Baru Saya.



Alhamdulillah. Lama nak update blog pasal ni sebenarnya, tapi takde masa. Tak sempat plus idea tak mai. Dah masuk ramadhan ke-5 dah, semoga korang semua dapat berpuasa dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bertambah amalan dan iman.

Nak habaq dekat korang ni. Dah dekat sebulan sebenarnya, saya telah melangsungkan perkahwinan saya. Tanggal 25 Mei 2013. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Kebanyakkan yang tau ni sahabat-sahabat di facebook saja. Jadi bagi readers-readers blog yang taktau,sekarang dah tau bukan? :)

Ini majlis kenduri sebelah perempuan, insyaAllah mungkin selepas raya akan saya adakan kenduri sebelah lelaki. Doakan kami yea. Maaf jika ada salah dan silap.

Hidup sebagai seorang suami baru saja bermula. Setakat sebulan ini, Alhamdulillah banyak juga ujian yang diterima. Tapi semua dipermudahkan oleh Allah. Biasalah kan, hidup suami isteri mesti banyak dugaan. Dugaan itu menjadikan kita kuat. Jika kita rasa susah, sentiasa lah fikir yang ada orang lain lebih susah dari kita.

Selalulah ingat pada firman Allah :

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

Yang penting semakin susah hidup kita itu semakin dekat kita pada Allah. Allah suka dengar rayuan hambanya. Kasih sayang Allah sangat luas.

Dan sebelum tamat entry ini, saya nak bagitau yang roomates kami paling baru. Baru je tiba tadi. Dipisahkan sebentar dari adiknya (OLIE). 


Let me introduce to you all - ABOI!

p/s : saya ada lelah sebenarnya, tapi cuba jugak untuk bela kucing sebab suka sangat pada kucing. Sunnah bukan? =)

Salam Ramadhan buat semua readers. Jangan lupa tambahkan amalan yang sunat yea. 

Wednesday, July 3

Kembali.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Agak kekok rasa menaip entry sekarang ini. Tak berapa nak ada idea untuk menaip. InsyaAllah akan cuba untuk kembali aktif berblogging semula. Banyak sangat perkara sudah lupa. Dan banyak juga perkara yang nak diceritakan di blog.


Maaf jika ada kesilapan yang lalu. Maaf juga jika selepas ini ada perkara yang tidak senang dibuat saya tika berblogging. Maklum lah dah lama tinggal, dah lupa 'syarat-syarat' berblogging secara ilmiah gitu.

Sejak bila aku jadi skema gaban menaip ni lah.

Ok. Now back to basic. Nak kena cari semula kepercayaan readers-readers blog aku nie. Semoga korang dapat menerima aku semula dalam dunia blogging yea. Jumpa lagi di next entry. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan ku singgah di blog-blog yang aku follow.

p/s : takde idea. Baru nak cari aura balik. Bukan aurawhite yea.

Tuesday, March 12

Malam Cinta Rasul 2013.

Assalamualaikum.

Semoga semua dalam keadaan sihat. Entry kali ini bukan seperti biasa, tetapi hanya ingin memberitahu sekalian readers-readers semua tentang Malam Cinta Rasul. Semua yang disini menyayangi Rasulullah bukan? Jadi tanamkan niat untuk pergi majlis sebegini. Tidak rugi pun. Masuk pun percuma je.

Ok jom kita lihat posternya.


Di jemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama hadirkan diri. Tak rugi pun kalau kita pergi, rugi bila tak pergi je. Sebab belum tentu kita dapat berjumpa lagi majlis sebegini di masa akan datang, dan mungkin bila kita berada di Majlis seperti ini, akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah dan hidup kita lebih berkat, InsyaAllah.

Dan semoga kita mendapat syafaat baginda nanti di akhirat. Aminn Allahuma Aminn.

Jom kita tengok video dari sahabat yang merakamkannya pada Malam Cinta Rasul yang lepas.




Semoga kita mendapat manfaat dari majlis ini nanti. Jumpa di sana.

p/s : sudahkah kita berselawat ke atas baginda hari ini?