Tuesday, October 14

Perjalanan menjadi Bapa (Part 1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk memanfaatkan masa yang ada. Dan jari jemari yang dikurniakan. Agak lama dan memang lama tidak berupdate blog ni. Tak rasa nak tutup, sebab banyak perkara nak dikongsikan, supaya ia menjadi manfaat bersama dan akan menjadi saham akhirat kelak. 

Apa yang kita taip, itu akan di catat para malaikat. Jadi entry sebelum ini ada bayang tentang kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Rasa dah 5 bulan berlalu dari entry yang lepas, so sekarang anaknya dah masuk 8 bulan dalam kandungan. Counting days. Sebulan je lagi.


Yang sebetulnya, rasa sangat gembira dengan rezki yang Allah kurniakan ni. Tapi rasa gugup tu lebih-lebih lagi. Gugup sebab apa, ini pengalaman pertama husband and wife. Anak sulung agak mencabar sikit sebab tiada pengalaman lagi kan.

Jadi kena banyak membaca dan bertanya para-para bapa dan ibu yang dah ada pengalaman. Apa yang patut dan apa yang tak patut.

Sebenarnya bermulanya lelaki ini menjadi suami, dah kena ubah macam-macam. Dari minded sampai lah cara menguruskan rumahtangga dan diri itu sendiri. Tak boleh dah malas-malas macam bujang dulu. Kena pandai manage semua benda, sebab engkau wahai suami adalah KAPTEN dalam kapal atau nakhoda.

KAPTEN tau, bukan semua orang mampu galas tanggungjawab ni. Kerja tak berbayar. Ganjarannya? Allah akan bagi nanti.


Kapten bukan saja bagi arahan pada anak kapal, tapi kena tau mana arah tujuannya kapal, kena lindungi kapal, kena ada bekalan yang cukup baru kapal itu takkan tenggelam.

Aku sekarang dah berada dalam posisi kapten. So sekarang semua terpulang pada kita wahai para suami.

Nak jadi suami wahai lelaki diluar sana, bukan boleh suka-suka. Kena ada ilmu dan persediaan mental tau. Bukan gurauan ni. Nampak mudah dan kau rasa nak sedap je kan.

Tapi cabarannya, kena buat persediaan. Takut karam ditengah lautan. Itu saja aku nak share buat sementara ini. InsyaAllah akan sambung lagi.

Bila jari dah jarang menaip. Idea pun agak kurang nak datang. Jari keras dan otak juga tepu. Banyak fikir hal lain. :)

Pasni kita share something lah untuk bakal bapa pada anak dan bakal suami pada isteri.

Semoga bermanfaat buat kalian. Maaf jika isinya tidak seberapa.


Sunday, May 11

Allah Maha Mengetahui.


AL-ALIM. MAHA MENGETAHUI.

Segala puji-pujian bagi Allah. Allah yang menciptakan kita, jadi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sedangkan kita tidak tahu apa-apa.

Kadangkala, kita nakkan sesuatu tu. Sangat-sangat memerlukan. Kita berdoa, dan merayu pada Allah. Tapi tak dapat. Antara cepat atau lambat atau tak dapat langsung. Tak dapat langsung ni dapat erti kata lain bukan tak dapat. Kita dapat tapi Allah beri cara lain. Jalan lain.

Kita tak perasan pun, tapi di akhir saat nanti baru kita sedar. Begitu indahnya rupanya perancangan Allah ni. Dan sebaik-sebaik perancangan ialah DIA. Betul kan? Kita rasa dah betul apa kita buat, apa kita niatkan. Tapi akhirnya jalan lain kita temui. Jalan lain kita tempuh.

Rasa menyesal. Geram. Tak puas hati dengan apa yang kita dapat. Tak memadai dengan apa yang kita impikan, inginkan dan angankan. Bukankah itu menjadikan kita tidak beriman? Sudah lupa kita pada rukun iman? Percaya pada qadar dan qada. Bila kita hilang kepercayaan ini, mulalah macam-macam tomahan kita keluarkan.

Bersyukurlah wahai sahabat, wahai teman, wahai pembaca. Bersyukurlah yang kita masih hidup. Masih lagi mampu berjalan,berlari,menangis,makan dan buat apa saja yang kita mahu. Janganlah disebabkn sedikit ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita, sudah membuatkan kita hilang kewarasan, hilang akal dan hilang iman.

Cukuplah tu kan?

Dah almost setahun kami berkahwin. Yup. Masuk bulan ini dah kira setahun. Macam-macam ujian dan dugaan. Dulu masa bujang, orang akan tanya " Bila nak bertunang atau Bila nak berkahwin?" Tapi bila dah lepas stage tu, orang akan tanya pulak "Bila nak ada baby?" Soalan ini agak sensitif. Bagi yang baru kahwin, mungkin tidak rasa apa-apa. Tapi bagi orang yang dah lama kahwin. Bertahun-tahun. Soalan begini memang menyentuh perasaan.

Berbalik pada diatas tadi. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bila hambanya itu mampu. Dan bila masa yang sesuai, Allah akan bagi. Tak perlu risau. Kita usaha dan terus berdoa. Tapi biasalah, orang yang tak faham bahasa ni susah kita nak explain. Sebab dorang tak rasa. Bagi mereka sangat mudah. Mungkin sebab rezki kau Allah bagi cepat. Jadi jangan pertikaikan rezki orang lain.


Alhamdulillah. Setelah setahun kami menunggu. Dan akhirnya doa-doa orang tua, ahli keluarga dan para sahabat. Termakbul jua hajat kami. Hajat apa tu?


Dah masuk 11 minggu. Alhamdulillah. 1st tengok, terkujat rasa. Mengalir airmata pun ada. Tak sangka. Kami akan menjadi ibu dan abah lepas ini. Doakan kami yea agar semuanya berjalan dengan baik. Dan terpelihara.

Mohon nasihat dari para ibu-ibu yang membaca blog ini kalau ada petua-petua. Maklumlah baru anak yang pertama. Terima kasih.

p/s : gwa dah mula belajar macam mana nak urus rumah sekarang nie..takeover keja isteri dan pasni nak rajin-rajin berjaga malam. Yela, baby kan selalu lapo waktu-waktu kita nak tidur ni..

Friday, March 28

Permulaan Mungkin.

Assalamualaikum. Bismillah.

Rasa janggal sangat menaip sekarang. Serius! Rasa lama sangat tak jenguk blog ni. Macam-macam perasaan. Kadang rasa nak tutup je blog, tapi sayang. Sebab di sini banyaknya permulaan. Banyaknya pembelajaran dan pengorbanan untuk blog ini.

Banyak kisah. Banyak kenalan dan kenangan dari sini. Jadi nak dipadamkan dan dibuang agak susah. Banyak perkara yang aku lupa tentang berblogging ni. Rasa akan mula dari zero balik, back to basic orang kata.

Dulu berblogging sebab nak jugak berblog, nak jugak kongsi 1001 cerita dalam masa 24jam, nak jugak mempunyai ramai kenalan.(ramai orang kenal), side income, kejar readers, traffic. Dan pelbagai lagi perkara lagho yang aku dan rakan lain terkinja-kinja kan.

Itu dulu....Dulu...

Zaman dah berubah sekarang. Ramai yang jugak stop berblogging. Ada lagi yang masih gigih update blog. Memang respek habis sebab boleh istiqomah update blog. 

Rindu? Memang rindu sangat zaman berblogging ni. Masa itu rasa macam tempat lain lah. Bloggers tumbuh macam cendawan. Sekarang dah kurang, sebab aku rasa dah takde website ping entry macam dulu-dulu. Sekarang hanya facebook. Hanya update status dan kejar like pulak. Gitu? Selfie...

Aku rasa cukup lah sekadar entry pendek ni. InsyaAllah banyak nak kena diperbetulkan dalam entry2 sebelum ini. Terima kasih tak terhingga pada yang masih datang baca, tinggalkan komen dan nasihat. Segala itu saya terima secara positif. Ilmu tu semua. Terima kasih atas teguran. Akan diperbaiki pada masa hadapan. Kalau diri ini masih lagi nak menaip.

Jika Allah izinkan, kita akan bertemu di entry seterusnya yea. Lupa dah tagline aku apa dekat blog nie.