Sunday, December 26

Persamaan atau Perbezaan?


Salam..
Sekejap jek rase dah tiba hari ahad,  besok hari isnin.  Rasa kemalasan tuh mula datang menimpa-nimpa.  Okeh aku taknak cheqita pasai keja.  Kita fokus pada tajuk entry aku  kali nie.  Korang paham ape yang aku maksudkan dengan PERSAMAAN & PERBEZAAN?

Nie semua ada kena mengena dengan kehidupan korang semua,  lagi-lagi yang tengah hangat bercinta tu.  Bagi yang sudah berkhawin tu,  alhamdulillah la.  Dah lepas stage tu,  cuma tinggal nak kekalkan saje.  Mesti setiap orang idam-idamkan pasangan yang memahami, penyayang dan sebagainya la.  Bab cantik dan kacak tu boleh tolak tepi,  yang penting hati pasangan tu.  Kan?

Sebelum kita berkawen tu,  mesti ada yang bertukar-tukar pasangan dan ada juga yang bercinta hanya sekali saja dan terus kekal hingga ke jinjang pelamin.  Bukan senang nak cari pasangan hidup ni,  dan bila dah ada pasangan bukan senang untuk kekalkan.  Keputusan untuk memilih si 'dia' sebagai pasangan hidup hingga ke akhir hayat tu bukan senang-senang jek boleh buat. Mau 44 malam pikir kan?

Macam-macam cara dibuat untuk membuat pilihan nie.  Sebelum kita membuat keputusan yang akan merubah segalanya.  Betul tak?  Tak boleh terjah terus jek,  nanti esok hari kita juga yang merana.  Ada setengah orang kata nak kenal si 'dia' kenalah kawan dulu,  tapi jangan lama-lama. Tapi kalau kawan selama mana pun,  kalau takde jodoh.  Tak boleh jadi jugak kan?  Kena banyak tawakal dan redha.

Cerita bab PERSAMAAN dan PERBEZAAN nie,  korang rasa dalam memilih pasangan nie.  Which is better?  Ada setengah orang suka dengan persamaan yang banyak dan perbezaan yang sedikit.  Jadi, senang dekat situ.  Pemikiran yang sama, tapi bila semua dah sama.  Lama-kelamaan keadaan tu akan jadi membosankan.  Tiada kelainan langsung.  Jika terlalu banyak PERBEZAAN pula,  akan jadi selalu bertengkar pula.  Masing-masing keras kepala.  Tak jadi jugak kat situ kan?

Senang cerita kena balance.  Ada kontranye.  Betul tak?  Jangan tergesa-gesa memilih pasangan yang kita nak hidup bersama,  because its not easy.  Bila dah duduk sebumbung,  baru tau perangai masing-masing.  Jadi semasa berkawan tuh la, kena jadi diri yang sebenar.  Fikir sebaik mungkin,  adakah dia nie yang bakal jadi suami/isteri aku?  Kena banyak-banyak berdoa.  Insyallah.

p/s : pandai menasihat kan? padahal aku pun tengah pening nie.  korang rase macam mane?

p/s lagi : blogger2 yang dah berkhawin tu, leh tumpang petua sikit.hehehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Kembali Berblogging..


Salam dah Selamat Sejahtera semua..
 
Seram tak gambaq kat atas nie?  Konon-konon macam baru bangkit la gitu.  Takde kejatuhan dah kebangkitan pun.  Cuma kembali berblogging jek.  Lari sekejap dari kesibukan kerja yang menimpa-nimpa.  Insyallah, dengan keizinan-Nya mungkin aku akan dapat berblogging semula.  Kembali menjenguk blog kawan-kawan.  Terima kasih la pada yang bersihkan sawang dekat blog aku nie selama ketiadaan aku.

Dan terima kasih juga pada yang selalu bertanya kabo,  korang memang la kawan yang terbaek!  Tinggal lagi beberapa hari sebelum kita ke Tahun Baru,  jadi sebelum masuk bulan Januari.  Baiklah aku buat sedikit entry untuk bulan Disember ini.

Sekarang aku nak menaip pun dah macam budak baru belajar, tengok satu-satu hurup kat keyboard nie.  Kalau ada typo tuh, harap di maafkan la yea.  Jadi, insyallah aku akan dapat buat entry lagi lepas nie. 

Sekian.  Serius aku memang rindu dekat blog aku!

p/s :  banyak benda dah lupe...ayokkkk!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, November 24

Silent for A Moment...

Assalamualaikum...



Sorry...



Doakan aku dapat kembali yea...

Thanks...








Assalamualaikum...






Monday, November 22

Bila Dah Bosan Di Ofis!

Salam isnin..
Macam biase..isnin = bosan!....
Belum pape lagi dah bosan-bosan kan?  Harap korang tak bosan macam aku bila tiba hari isnin.  Mak aku kata tak elok mulakan hari dengan masam-masam muka kan?  Masam mencuka kot orang tua cakap.  Nanti cepat tua.  Ha, tips untuk nampak lebey muda,  korang senyum la selalu!  Walaupun dalam hati tu memang takde mud nak senyum.  Senyum tuh kan sedekah,  tapi ade setengah orang cuba nak senyum walaupun pahit.  Tapi senyuman tuh tak seindah biase la.

Ni nak tanya hangpa,  kalau bosan-bosan dekat opis tu hangpa buat apa? ( yang student pun boleh jawab juga ). Kalau tak tau nak buat ape,  meh aku bagi sikit tips-tips untuk korang hilangkan bosan kat ofis tuh.  Harap korang patuhi la satu-satu yea.


  • Masa semua tengah busy buat kerja kan,  mesti masa tuh senyap.  Korang pi amik external korang yang menyimpan bermacam-macam jenis lagu.  Paling baguih lagu Raya,  pastu hangpa pasang kat pc dan buh volume kuat-kuat biaq 1 opis dengaq,  walaupun masa tu bukan hari raya.  Aku rasa mesti korang jadi top masa tuh,  semua duk usha pelik ja.  ( lagi best kalau pasang lagu " Balik kampung" ).
  • Next,  korang tutup pc tuh, pastu cabut semua plug yang kat pc tuh.  Amik screw drebar pi bukak desktop korang tuh.  Godek lebey-lebey sikit,  pastu pasang semula.  Kan dah dapat kerja tu,  bila bos tanye ' Apa u buat nie?'.. Korang jawab la ' Bos, kan saya tengah basuh pinggan nie!'.  (besok bos buatkan surat resign korang!)
  • Nak lagi?  Nie pun best jugak.  Dekat table korang mesti ade kertas recycle kan? yang tak guna dah.  Korang kumpul banyak2,  pastu komot2 kan buat macam bola.  Kalau boleh buat banyak-banyak,  sebab boleh korang baling dekat kawan-kawan yang ade.  Jadi takde la berebut semua nanti,  semua orang dapat!  Ape lagi,  perang la ramai-ramai!  Syok kan?  Lebih afdal kalau ajak bos sekali.
  •  Takde keja sangat kan,  pegi tanya kawan-kawan korang.  Kira buat macam bancian la,  intebiu sorang-sorang.  Mane tau dalam ofis tuh ade sepupu sepapat korang yang jauh ke kan?  Dah lama tak jumpa,  boleh jugak buat jejak kasih kat ofis.
  • Seterusnya,  korang tolong cleaner buat keja!  Nie memang terbaek,  kalau boleh korang tukar sekali uniform.  Pinjam alatan dorang,  korang pi la vakum 1 ofis tuh.  Cukup bulan korang dapat gaji double wey..  Partime tuh.  Senang jek nak buat duit kan?
  • Yang nie agak menarik jugak kalau buat.  Korang semua mesti ada handphone kan?  Kalau malas nak pakai hp sendiri,  pakailah telefon opis yang ada dekat meja korang sahaja!  Meja orang lain takyah usik.  Setiap telefon dalam ofis tuh mesti ada nombor-nombor nye kan?  Apa lagi tunggu,  korang main la miscall2 setiap nombor.  Best tak?  Biar hilang sikit kesunyian dekat ofis tuh.  Confirm pastu,  melekat cop 'Body Glove' dekat muka korang.
Dah korang.  Aku tak sanggup nak bagi tips-tips yang lagi heavy.  Korang cuba dekat atas nie dulu,  kalau tak hilang jugak bosan korang dekat ofis tuh meh habaq dekat aku.  Nanti aku akan keluarkan edisi 2 pulak yea?

Bosan tak? Bosan tak? 

p/s : agak-agak bos aku baca tak entry aku nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, November 21

Antara Madu dan Bermadu?

Salam semua..

Hari ahad yang indah.  Hari ahad la hari terbaik untuk korang spend time dengan family korang kan?  Kalau hari sabtu tu kerja,  kalau malam minggu mesti dengan member2.  Jadi hari ahad ni la masanya untuk dengan family,  especially yang dah ada anak nie.  Bagi yang bujang-bujang nie selalunya keluar la,  kalau tak pun duduk rumah hadap blog.  Tengah-tengah bulan nie ramai la yang duduk rumah,  fulus tak cukup. Lebih baik rehatkan diri tu,  sebab besok bermula la hari STRESS sedunia.  Hari ISNIN!..

* Bagi sesiapa yang tengok bola semalam,  sape yang kalah tu terima jelah yea kritikan2 yang mendatang...

Dah tutup cerita pasal bola tu yea*

Sekarang kita sembang pasal madu atau macam mane nak tambah madu.. ( Kidding ).  Bab tambah-tambah ni korang kena tanye dengan Abang Jem.!

Orang selalu jugak pesan kalau suruh minum madu.  Yelah tengok aku macam tak larat jek kan?  Minum madu pun okey jugak.  Rasullah pun amalkan minum madu. "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."


Madu nie untuk pengetahuan korang dianggap sebagai ibu makanan, minuman dan ubatan.  Hangpa nak tau dak khasiat-khasiat dalam madu ni?  Meh sinie aku nak habaq mai sat :

  • Mengembalikan / memulihkan kekuatan badan.  Menambahkan tenaga.
  • Membersih dan menambah darah.
  • Mengurangkan darah tinggi.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  • Menyembuh dengan segera cirit-birit.
  • Menghindarkan badan dari letih dan lesu.
  • Baik untuk perempuan bersalin
  • Membantu / menerangkan pemandangan.
  • Mengurangkan kesakitan bila haid.
  • Meningkatkan kadar serapan kalsium.
Banyak kan?  Ada lagi rasenye kelebihan-kelebihan madu nie.  Sekarang kan dunia di hujung mata,  so korang taip la apa saja berkenaan madu nie mesti macam-macam akan keluar.  Cuba korang amalkan.  Insyallah baik untuk korang.

Bila bercerita nak makan madu nie,  mesti korang akan minta campur dengan air panas atau dalam makanan.  Betul tak?  Jarang la akan makan macam tu saje,  mesti akan campur.  Tapi bila yang dah berkhawin,  lagi-lagi bila si suami mintak semua makanan dicampurkan dengan madu,  si isteri mesti syak sumthing jek kan?  Lagi-lagi kalau yang isteri pernah tengok cerita madu 3 lakonan P.Ramlee tuh.  Ingat tak?


Ingat lagi kan?  Semua makanannye diminta campur dengan madu.  Last-last tambah sorang lagi kan?  Actually takde kena mengena pun antara Madu dengan di Madukan nie.  Jangan tiba-tiba si suami minta campur ngan madu,  yang isterinya melenting tak tentu pasal.  Suami tu makan madu untuk si isteri nye jugak.  Ehem-ehem..

p/s : korang tau kan macam mane cara nak tau yang madu tu asli ke tidak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, November 20

AKU DAN FOLLOWERS ( 12 ) : BLOG GADIS ATAS AWAN

Salam semua..

Macam mane dengan hujung minggu korang?  Mesti banyak program kan.  Tengok wayang, bershopping,  jalan-jalan tepi tasek makan ABC, Xaxau ke,  ada juga yang kena study kan?  Menghadap buku,  memang bosan bhai.  Tapi orang kate kalau tak ikhlas nak baca buku,  baik jangan baca nanti bukannye masuk dalam kepala.  Tapi kalau nak tunggu korang punye ikhlas macam kesudahnye takde.  Ye dak?

Okeh,  sekarang nie berbalik ke entry aku hari ni.  Bulan nie rase macam kurang update sangat,  makin lame makin kurang.  Ada tanda-tanda nak berenti ke?  Tak tahu la kemungkinan yang akan datang kan?  Tapi aku still tak lupa kat followers2 aku nie.  Agak lambat sikit,  baru yang ke-12?  Sekarang ni dah makin bertambah.  Alhamdulillah. 

Untuk followers kali nie agak special sikit,  sebab dia ni pun banyak tunjuk ajar dekat aku masa nak berblogging dulu.  Dan dia la yang bertanggungjawab kenalkan aku dekat Gengbloggers!


Mesti korang kenal kan?  Gadis Atas Awan nie a.k.a Aisumi.  Tengok banner dia tuh,  suka benor duduk atas awan tuh ha.  Blog dia ni banyak jugak menolong,  sebab ada juga tutorial2 yang berguna untuk korang yang baru nak berblogging kan?  Antara blogger yang aku pernah hangout jugak.  Sekarang dah jarang jumpa,  masing-masing busy sangat gamaknye.

Kalau korang nak tau,  dengan dia ni aku ada buat sumthing untuk entry dekat blog.  Masing-masing takde idea nak update entry.  So, kitorang plan la buat macam assginment.  Kira macam projek jugak la korang nak kena hantar ke lecturer kan?

Kalau korang nak tengok sampai mane dah assignment kitorang berdua nie,  boleh klik SINI.  Rasenye dah nak masuk yang ke-9.  Dah ada tajuk,  tapi tak tahu bila masa boleh send sama-sama.

Anyway,  kalau korang nak kenal-kenal dengan dia.  Boleh la singgah blog dia.  GADIS ATAS AWAN.
Singgah yea!

p/s :  ada ramai lagi ni kan?  sila amik no giliran yea.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, November 17

Selamat Hari Raya Qurban

Salam aidiladha buat semua umat islam.
Hari Raya Qurban @ Raya Haji,  yang selalu dikaitkan dengan umat islam menunaikan haji di Mekah or haiwan-haiwan yang dikorbankan.  Bab-bab haiwan yang kena korban nie,  bebudak memang suka sangat la.  Aku kecik-kecik dulu pun gini gak.  Pepagi lagi dah bersiap nak pegi bersolat Raye,  keluar rumah awal pagi tapi 'tak dan' sampai pintu pagar masjid member aku dah ajak main baling selipaq. 

Memang agak iman tu lemah jugak la,  so aku pun terjebak pi main.  Last-last telinge aku kena piat, bapak aku dah sampai masjid daaa. Naseb baek tak capang sebelah macam 'bang bil',  kalau tidak nampak macam kelakar jek piring Astro ade sebelah jek.  Korang kalau nak buat 'nakai' sikit,  silalah jauh2 dari rumah yea.

Memang dulu pemikiran aku nie tau asal Raya Haji jek,  lembu kena sembelih, kambing la dan sebagainya.  Tertanya-tanya gak nape nak kena sembelih?  Kenapa Raya Aidilfitri tak buat sekali? haha.  Berbudak lagi masa tu,  tak tahu ape pun.  Yang tau pegi tengok lembu kena sembelih pastu sebok-sebok marah lembu tu suruh lembu tu bangun.  Naseb baek la tak kena lagi 'flying kick' dari lembu,  kalau tidak mau ke laot gak aku pegi.


sumber dari google.

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Zulhijjah ini ialah :

  • Kisah Nabi Ibrahim yang di uji oleh Allah S.W.T.  Baginda mendapat mimpi yang Allah memerintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.  Nabi Ibrahim sangat sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.  Namun baginda tetap bersabar dan pergi berjumpa dengan anaknya Ismail. Dan diceritakan kepada Ismail tentang mimpinya itu,  lalu Ismail pun berkata "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".  Melihat keredhaan anaknya itu,  baginda pun bersiap-siap untuk menyembelih Nabi Ismail. 
  • Setelah pisau ditajamkan,  Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah tersebut.  Digerak-gerakkan pisau tersebut di leher Nabi Ismail,  tetapi pisau itu tiba-tiba telah menjadi tumpul.  Nabi Ibrahim menjadi hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berkata   "Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."  Nabi Ismail terselamat daripada di sembelih lalu tempatnye digantikan dengan seekor kibas.
 Setelah aku tau cerita ni,  baru la aku tau nape ada qurban pada Hari Raya Aidiladha.  Sebenarnye banyak lagi kan kisah pada bulan Zulhijjah nie.  Tapi lebih tumpu pada cerita yang ini,  kerana pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya.  Walaupun sayang mana Nabi Ibrahim pada anaknya itu,  tetapi bila di perintahkan dia sanggup untuk melakukan demi Allah.

Rase-rase korang sanggup tak lakukan?  Mesti meraung-raung 7 hari 7 malam kan?  Minta supaya Allah tarik balik arahan itu.  Betul tak?.  Jadi untuk menghayati lagi Hari Raya Aidiladha ini,  apekah pengorbanan yang besar korang buat hari ni atau yang sebelumnya?

Sambutan Raya dekat tempat korang macam mane? Menarik tak?  Selalunya kalau raya-raya haji nie lebih meriah di pantai timur.  Teringin gak nak sambut kat sane.

Salam aidiladha buat semua kengkawan bloggers - nabiel

p/s : rase nak makan daging unta la..ada sape-sape pernah rase?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, November 15

Jadilah PENDENGAR yang SETIA

Salam..
Berjumpa lagi di hari ahad.  Bila tiba petang ahad jek, aku dah stat jadi lemau.  Sebab dah semakin hampir ke hari Isnin. huh!  Korang penah baca kan entry aku yang MIMIK muka tuh?  Lebih kurang macam tu la sekarang keadaan aku nie.  Rasenye korang pun sama jugak kan?  That's why jangan sia-siakan hari minggu anda.!  Buatlah ape yang patut untuk release tension tuh,  sebab hari isnin kang jumpe balik semua tekanan-tekanan yang ada.  Cuba kalau kena kerja gak sabtu dan ahad?  Tak ke korang rase macam fed up jek?  Macam takde life jek kan?  Nanti kalau selalu sangat kerja kan,  korang punye emosi tuh jadi kurang stabil tau.  Sampai 1 tahap nanti,  rase nak marah-marah.  Ada jek benda tak kena..  Jadi time cuti, kenalah cuti.  Jangan diikotkan sangat kerja tuh,  sebab tak pernah habis pun.


Panjang jugak mukadimah aku nie.  Sebenarnya nak cakap pasal Mendengar dengan SETIA,  dalam erti kata lain Pendengar yang Setia lah.


- Comel tak muka budak nie? -

Bukan semua orang boleh jadi Pendengar yang Setia tau.  Susah nak cari orang yang boleh dengar masalah korang tanpa dia mengumpat di belakang korang.  Kadang-kadang kawan yang rapat dengan korang pun belum tentu boleh jadi Pendengar yang Setia.  Kalau korang rase korang boleh buat semua perkara nie,  memang korang kategori Pendengar yang Setia la.

  • Meletakkan diri korang di tempat orang yang nak meluahkan sesuatu pada korang tuh.  Kiranya sama-sama alami la,  korang bayangkan keadaan yang sama berlaku pada diri korang pula.
  • Buang segala perkara lain.  Jangan pikir. Korang hanya tumpukan pada masalah dia jek.  Bagi dia ruang.
  • Ini pun sama,  jangan korang tiba-tiba campur adukkan cerita lain.  Tengah sedap member tuh nak kongsi-kongsi,  tiba-tiba korang potong 'stim' bukak cerita lain.  Memang sakit hati bai kalau kena macam nie.  So, please understanding sikit.
  • Gerakkan sikit badan-badan korang tuh.  Gaya macam khuysuk la mendengar.  ( body language ).  Buat gaya yang rileks suda.  Jangan sampai yang bercerita tuh rase macam korang rimas lak yang dia.  Automatik dia akan stop bercerita.!
  • Buat jugak mimik muka.  Macam betul ape yang dia cerita tuh,  walaupun korang amik masa nak faham kan? so, pandai-pandai la buat muka.  Yang paling penting jangan tiba-tiba menguap!!
  • Pastu bagi la respon sikit.  Bila dia bercerita tuh, korang pun cakap la " Eh..ye ke?"" Ohhh..macam tuh" "Alahai..." dan sebagainya la.  Jangan terlalu lama mendiamkan diri.  Nanti dia ingat dia syok sendiri.
  • Bagi nasihat yang menarik-menarik or positif la.  Jangan korang pegi 'bahan' dia balik,  nanti lepas tuh dia takkan share pape lagi dengan korang.
Rase-rasenye itu saje kot.  Banyak lagi untuk korang nak jadi Pendengar yang Setia nie,  tapi bukan senang la dan bukan semua orang boleh buat.  Sebab kebanyakkan orang cepat rimas dan bosan bila dengar cerita orang lain.  Asyik-asyik masalah kau je nak cerita. Kan?
Tapi sebab kan kalau korang saje yang boleh jadi Pendengar yang Setia,  memang untung beb!  Serius tak tipu,  sebab korang belajar banyak.  Lagi banyak orang bercerita dengan korang,  lagi banyak korang akan belajar tentang hidup ni.  Akan kenal macam-macam jenis orang,  yang korang tak sangka dia akan nangis depan korang pun,  korang boleh tengok / dengar dia menangis.  Ingat semua orang senang-senang je boleh nangis dengan orang yang dia tak kenal?  Tak boleh kan?

Jadi bila korang jadi Pendengar yang Setia nie,  korang akan dapat dengar dan lihat macam mane dorang nie punye masalah.  Ada yang terlalu rumit dan ada jugak yang kecik-kecik jek probs nye.  Korang akan rase puas bila dorang cakap " Thanks yea sebab dengo aku membebel / luahkan " " Ko jelah tempat aku mengadu ".  Korang tak rase macam korang nie orang penting ke?  Best kan?

So, be the Good Listener ok!  Tapi bila tiba masalah korang,  jangan simpan.  Luahkan saje,  cari teman-teman yang korang rase boleh share same.

p/s : nak tau sape pendengar setia gua?hehehehe..tak dapat la jeppp

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, November 11

Bila Lelaki Dah Sayang...




Bila Lelaki Dah Sayang..
Pagi-pagi lagi dah tengok hp,  nk msg / miscall si dia...Nak kejotkan dia bangun..

Bila Lelaki Dah Sayang..
Sanggup tunggu lama si dia bersiap..Walaupun dalam keadaan yang panas..

Bila Lelaki Dah Sayang..
Sanggup redah hujan naik motor, semata-mata nak pegi jumpa dia kejap..Alih-alih bila jumpe, terus gaduh..

Bila :Lelaki Dah Sayang..
Minta jelah ape pun pertolongan, lelaki mesti akan membantu.. Walaupun sebenarnya dia tak mampu nak tolong..

Bila Lelaki Dah Sayang..
Sanggup membiarkan dirinya kesejukan tanpa memakai baju tebal,  asalkan teman wanitanya tidak sakit bila terlalu sejuk...
Bila Lelaki Dah Sayang..
Sanggup buat apa saja yea?  Sanggup bersusah-payah hanya kerana perempuan yang dia sayangi.  Sanggup redah lautan api ( nie nampak sangat buhong ).

Tapi orang selalu cakap " Ala, lelaki nie mula-mula jek sayang..Dah dapat kang,  mula la buat perangai ".  Bukan semua lelaki macam tu,  tapi nak dapat yang terbaek tuh memang agak sukar la.  Lelaki nie kadang-kadang bukan tak sayang,  tapi dorang tunjukkan sayang tuh dengan cara lain.  Tak semestinya sayang tuh,  nak kena cakap " I Love U" hari-hari?  Tak semestinya hari-hari kena romantik.  Kan?  Lelaki akan tunjuk dengan cara lain.  Tapi kaum hawa sendiri kadang-kadang tak perasan semua tu.

Kebanyakkannye hanya nampak keburukan jek pada seseorang lelaki tu,  kebaikan nye hanya di diamkan.  Ada pulak,  bila lelaki tuh dah terlalu sayang,  yang perempuannya pulak tak geti nak bersyukur.  

Apa yang penting,  jagalah hati orang yang selalu menyayangi diri anda tu.  Mungkin kita tak perasan,  atau tersalah pandang, tapi bila orang tuh dah tiada di depan mata.  Baru kita sedar siapa dia sebenarnya di hati kita.

p/s : ok. cukuplah setakat tu.  Maaf la yea kalau entry aku sejak akhir-akhir nie pendek2 belaka.

p/s lagi :  kalau perempuan dah sayang macam mane??

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, November 8

WAYANG : UNSTOPPABLE

Salam..
Nie bukan entry untuk promote MLM yea?  Kenal kan dengan unstoppable?  Bukan pasal depa, tapi pasai movie yang aku baru tengok. UNSTOPPABLE!  Cerita berkenaan dengan keretapi yang tak geti-geti nak berenti.  Memang degil dan liat wey train nie.
Cerita hasil lakonan Denzel Washington dan Chris Pine.  Dorang nie kire watak utama jugak la,  ada pelakon yang lain.  Tapi keretapi tuh berenti di sebabkan mereka berdua nie yang jadi hero.  Cerita nie mengisahkan keretapi yang telah bergerak tanpa pemandu!  Kesilapan dari seorang jurutera ( Ethan Suplee ) yang turun dari kepala train untuk pegi menukar landasan.  Secara tak sengaja,  train tuh bergerak dengan laju.  So,  nak dijadikan cerita.  Mamat yang turun tadi tak dapat nak kejor train tuh semula,  menyebabkan train tuh bergerak dengan lebih laju tanpa pemandu!

Berbagai usaha digunakan untuk menghentikan train tersebut yang membawak gerabak yang penuh dengan bahan kimia. Jadi itu lah hero nye Denzel dan Chris yang cuba untuk menghentikan train tersebut.  Dorang menghentikan train tuh dengan kepala train yang pendek jek.  Nak tau macam mane dorang buat?  Korang kenalah pi tengok.

Cerita nie takde la banyak sangat aksi mendebarkan.  Tapi boleh la.  Kalau ada 5 bintang,  aku bagi 4 je kot..  Lepas korang tengok cerita nie,  mesti pasni korang boleh berhentikan komuter ( ok, merepek).

Sedikit trailer untuk korang :


p/s : lepas nie nak tengok Harry Potter yang baru plak..nak join?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, November 7

Saya Sedar....Siapa Saya.....




Saya sedar...Siapa Saya....
Saya tau saya tak kaya macam orang lain..dan tak mampu nak berikan awak kemewahan..
Tapi saya akan cuba bahagiakan awak dengan kasih sayang...

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya tau saya tak hensem/ cantik seperti mamat-mamat / minah-minah yang awak minat,  tak stylo macam dorang.  Tapi untuk pengetahuan awak,  kecantikan bukan segalanya.  Yang penting hati nie.

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya belajar tak tinggi macam awak yang ade MASTER..Kerja tak sehebat awak..Tapi ada awak tau kenapa saya tak dapat nak belajar tinggi-tinggi?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya tak lah se'romantik' seperti orang-orang lain..Saya tak geti..Setiap orang kan ada cara istimenya nya?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya takde transport yang boleh halang awak dari kena hujan..  Ada yang untuk mencelah bila jem saje.. Awak mesti tau nape saya tak beli kereta kan?

Saya sedar...Siapa Saya...
Saya selalu tak dapat berada di sisi awak ketika awak susah.. Bukan tak nak bersama susah dan senang..  Tapi kadang-kadang keadaan tu memaksa saya jadi macam tu..

Saya sedar...Siapa Saya...
Siapa saya untuk halang  awak dari buat itu dan ini, baik dan buruk.. Takot kang kate ngongkong.  Tapi awak sedar tak nape saya halang awak?

Saya sedar...Siapa Saya....
Bukan semua orang sempurna.. Setiap manusia ada keistimewaanya..  Ada kelebihan masing-masing,  cuma perlukan masa untuk tunjuk..  Setiap orang tu ada kesusahan dan ada kesenangannya,  ada masa kita akan selalu senang dan ada masa kita akan selalu rasa susah..  Sebab Allah selalu menguji kita..  Rezeki masing-masing di tentukan olehNya..  Yang penting bersyukur dengan apa yang ada..

Pendek plak entry aku kali nie...
p/s : sekarang semua orang nak perfect ye? kata susah dan senang selalu bersama..tapi kadang-kadang macam susah tuh sorang2 jek..


"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Tuesday, November 2

Pertandingan Header Tercantik by alienelliz !!!


Salam..
Yeah!..  Masa untuk join contest header.  Terima kasih pada IKA sebab tag kan biel contest nie yea.  Pertandingan header tercantik!.  Jadi sesape rasenye header hangpa tuh cun melecur mengalahkan Juhi Chawla.  Sila lah join contest nie,  walaupun korang tak di TAG oleh aku pun korang still boleh join yea.

Jadi syarat-syarat untuk korang join contest nie ialah :

1. Buat post mengenai pertandingan yang aku buat ni.
2. Pastikan gambar2 dalam post pertandingan ini ada dalam post yang akan korang buat.
3. Letakkan link pada post korang untuk terus ke post pertandingan ini.
4. Tag 3 orang kawan korang supaya diorang tahu akan pertandingan ni...
5. Hantar email kepada : alienelliz@yahoo.com
Pastikan korang hantar nama, no. tel, dan laman web blog korang.
Hadiah Top Up akan di masukkan pada no. tel yang korang bagi.  
Hanya untuk no. Maxis, Celcome dan Digi.

6. Kalau korang dah buat syarat1-5, korang tinggalkan komen kat ruangan komen post ni.
...Aku akan datang ke blog korang...
 
...Tarikh tutup penyertaan 6/11/2010... 
 
Cepat-cepat kawan2,  sebelom terlambat.  Untuk kawan-kawan ku yang telah di TAG nie, meh la rajin2 join sekali yea.  Mane tau hp korang tuh dah lama tak ber'topup' kan?   Antara orang yang aku TAG ialah :
 

p/s : blog dah hampir dibersihkan..ada sawang lagi tak kawan-kawan?
 
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, October 27

Lirik : 'Kalau Berpacaran' Sohaimi Mior Hassan Ft Ana Raffali & Altimet



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Video yang best aku selitkan untuk korang.  Mane tau ade yang tak tengok lagi...




Tajuk lagu nie Kalau Berpacaran or Jika Berpacaran?  Aku semacam konpius.  Nway,  korang enjoy la yea this song.  Memang best!  Sejak-sejak nie aku dah tak sempat nak update blog,  so update dengan lirik lagu jek.  Cepat sikit.  Sory yea kengkawan,  aku akan mula menaip semula nanti.  Sama-sama doakan aku panjang umor untuk terus berblogging lagi!  Insyallah.

p/s : aku baru terbaca pasal konspirasi fida tu,  korang tau cite ke? share2 sikit...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 22

WAYANG : THE CHILD EYE (2010)

Salam..
Korang semua kaki wayang tak?  Maksud aku memang kalau keluar jek cerita baru,  memang muka korang jek la yang selalu ade kat cinema tuh.. Sampai budak-budak kat kaunter tuh dah boleh hafal,  korang datang mesti nak tengok cerita baru...

Budak kaunter : Ye bang!!..saya tau dah abang nak tengok cite ape!

Customer : Aikkk..dah tau?  Bagi cerita.......... ( tak habis cakap budak kaunter nie mencelah lagi )

Budak kaunter : Ye..cerita baru lagi kan?  Untuk 2orang kan?  Saya tau dah.. semuanya 12 inggit bang..

Customer : Bagus la ko nie...senang macam nie, takyah aku cakap banyak2 dah..

Budak kaunter : Yelah..dah tiap-tiap kali muka abang jek..

Customer : Ko perli aku yea??

Okeh..tamat disitu perbualannya.  Meh aku sambung balik,  nak cerita kat hangpa ape sebenarnya kisah CHILD EYE ni...


Cerita genre Seram nie.  Cerita nie mengisahkan sekumpulan remaja dari Taiwan,  rasenya pergi bercuti ke Thailand.  Dan disebabkan disana ade pergolakan, so dorang nie tak boleh balik sebab airport semua tutup. ( lebih kurang macam darurat la ).  Pada masa tu,  dorang kena tinggal di hotel yang agak buruk dan usang.  Takot gak tengok hotel dia nie,  kalau korang rasenya memang tak sanggup nak check-in la.  Baru jek tengok,  dah meremang bulu rome-ku.

Dorang nie ada lebih kurang dalam 5-6 orang la.  Tak ingat berapa laki dan berapa perempuan.  Nak dijadikan cerita,  di hotel tersebut ada kisah disebaliknya.  Dan mereka ni sering diganggu oleh hantu 'wanita'!.  Yang memang menakutkan.  

Hari demi hari berlalu,  sorang demi sorang daripada mereka ni hilang.  Sebab diculik oleh hantu 'wanita' tersebut.  Di kacau, di rasuk dan sebagainya sehingga pada suatu masa tinggal beberapa orang sahaja.  Dengan bantuan seorang budak perempuan dan anjingnya,  dorang nie dapatlah bertemu dengan 'wanita' tersebut.  Dan bermula dari situ la berbagai-bagai aksi kejutan sehingga menyebabkan sakit dada korang tengok!!

Nak tahu cerita selanjutnya?  Korang pegilah tengok minggu nie yea,  serius beb tak rugi kalau pegi tengok.  Pesan aku untuk korang-korang yang memang kuat semangat tuh,  tengok la pakai spek 3D tu.  Bagi yang lemah semangat,  di nasihatkan jangan.  Sebab kalau pecah spek 3D tu,  korang kena ganti RM 200.00 beb..Sanggup?  Jum tengok-tengok gambar sat. :



Sedikit Trailer untuk korang yea :


Serius,  dah lame rasenya aku tak tengok cerita seram yang boleh membuat aku sakit dada.  Semput bhaii.  Korang pegi tengok sendiri jelah nanti,  confirm sampai ke rumah korang akan terasa lagi 'kehadirannya'!

Thanks to my cousin ( Shiera ) yang temankan aku tengok cite nie yea.  Dia pun sama naek!

p/s : sekarang bulu rome korang berdiri tak?  ada tak rasa sumthing belakang korang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, October 18

LAWAK : Mimik Muka Bila Waktu Kerja

Salam..
Kita bertemu lagi di Pagi Isnin yang membosankan,  macam mane nak buat bila tak suka isnin yea?  Kena redha, tak buleh hangpa nak lari dah.  Sebab apa tak suka? sebabnya yang paling sibuk mesti hari isnin, semua nk buat hari yang sama. Lepas tuh isnin adalah hari selepas 2 hari bercuti Sabtu & Ahad.  Jadi penyakit 'M' tuh mesti akan datang.

Kalau dibuat 7 hari tuh bahagi 2, contoh 3hari untuk bekerja dan balance tuh untuk cuti. Ok tak cadangan aku?  Jadi takdelah cuti 2 hari jek, kadang-kadang hari cuti tu pun kena kerja.  Silap-silap sampai rumah sebelah korang dah tukar owner sampai 5x pun korang tak sedar rasenye.  KLCC tuh tiba-tiba jadi 3 tower pun korang tak tahu kot,  sebab kerja saje kan.  Dah cukup aku membebel.

Jadi ade funny pics untuk korang aku nak bagi tonton,  dapat dari email.  Memang sesuai untuk korang yang sudah bekerja!!  Jom layan :



- Muka bila tiba hari ISNIN... rase nak marah-marah jek..muka tekanan -
- " Apa lu tengok-tengok? " -



- Dah mula rasa ngantok-ngantok..dah jadi boring..menunggu hari JUMAAT plak -
- " Aaaaaa...kalau dapat bantal kan best " -



- Mula buat muka-muka pelik..Rase macam cepat plak dah hari RABU -
- " Baru hari RABU? takpe2..sikit lagi nak JUMAAT" -



- Dah mula keluar senyuman 'jahat' tuh..Petanda baek tuh..kalau hari KHAMIS mintak balik awal..Mesti bos bagi! -
- " Ngeh2...dah hari KHAMIS..tinggal sehari lagi jek. Malam Jumaat plak tu,..terbaek!" -



- Gembira tak terkata!!..senyum sampai ke telinga..Memang kalau hari JUMAAT minta belanja makan mcd, mesti dapat! -
- " Yes!! akhirnya sudah tiba hari JUMAAT dan SABTU..malam minggu buleh pegi karoke!" -


- Di petang AHAD, muka sedikit berubah kerisauan..Rase terlalu cepat masa berlalu..keja ade yang tertangguh tuh -
- " Cepatnye dah hari AHAD...betui ke nie?  Alaaaaaaaaaaaa..." -



- Bila tiba malam AHAD...muka agak sedikit menakutkan di selangi dengan jeritan-jeritan yang tak sepatutnya -
- " Argggh!!!!...tidakkkkkk..besok dah hari ISNIN!!!...tak mau..tak mau..." -



Aku syak korang semua pernah buat macam nie kan?  Betul tak?  Kalau ada yang semangat pun maybe seminggu dua saje.  Lepas tuh akan jadi macam kat atas nie.  Tapi nak buat macam mane,  takde kerja takde la duet.  Nak masuk toilet pun takde duit nanti.  Jadi,  think positif yea! 

Have a nice day everyone!

p/s : aku pun sedang cuba untuk berfikiran positif bila ahad malam tuh..korang macam mane?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, October 17

Cerita Sebuah Perkhawinan...

Salam..
 Macam mane yea nak minat pada benda yang kita tak suka nak buat?  Korang ada cara tak?  Contoh macam korang punya kerja tu, korang tak minat nak buat...tapi kena buat jugak..Mesti macam-macam cara nak buat bagi sampai minat kan?  Itu saje tentang minat.

Korang minat tak pasal kawen-kawen nie? Mesti kan..Dulu masa kecik-kecik korang mesti selalu maen pondok-pondok, pastu maen kawin-kawin.  Mesti nak pilih antara gadis-gadis yang comel korang nak kawin.  Betui kan?  Lepas tu mula la ade anak dan sebagainya la.  Bila budak-budak, kawen olok2.. Sekarang dah besau nak kawin betui-betui..Tapi kawin bukan perkara yang mudah. Kan?

Banyak betui persoalan dekat mukadimah aku nie.  Agak-agak macam mane korang nak jawab.  Cerita aku nak sampaikan ni,  tentang perkhawinan jugak la.  Dapat dari email baru-baru ni,  nak share dengan korang pasal cerita nie.  At the end, korang tau la the moral of this story yea.
 
 

Ceritanya berbunyi begini..........

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.  Sungguh meriah!!

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia"
kata isterinya lagi yang cukup bersemangat ingin melakukan...

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya....
 
"Saya akan mulai dulu ya", kata isteri yang ingin memulakan dengan penuh semangat...
 
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat!!

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir..  Tak sangka begitu banyak sekali...

"Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.
 
"Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senarai abang"....

 
 Dengan suara perlahan suaminya berkata...
 
 
"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Dia tertunduk malu dan menangis..dan terus menangis...


p/s : the moral is jangan nak cerita pasal keburukan orang lain, sedangkan anda sendiri tuh belum perfect lagi..so cermin-cermin kan diri tuh,  sebelom mengate orang!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Friday, October 15

AKU DAN FOLLOWERS ( 11 ) : BLOG DUNIA TANPA HENTI

Salam.
Nampaknya kita kembali lagi dengan terjahan aku nie. Baru 11, takpe benda nie masih berjalan. Korang jangan risau, aku akan pegi sorang demi sorang nanti yea. Terajin la sangat.
Dan untuk followers kali nie ialah pemilik Blog Dunia Tanpa Henti! Mesti korang tak kenal kan?


Ini adalah header blogger tersebut.

Dunia Tanpa Henti diberi nama,  tuannya pllak bernama Anuar.  Tapi name glamor dia Cgu Nuai,  sebab dia nie adalah seorang Cikgu!.  Asal dari Sabah dan memang mengajar pun di Sabah,  dekat kan dengan kampung?  So, senang la.  Cari jodoh pun senang.

Dia nie kira dah lama juga berblogging. since 2008.  Lame dah kan?  Tapi sekarang suda tidak aktif,  tak tahu la kalau blog nye sudah bertukar.  Aku kenal jugak Mamat nie,  kenal dari Tagged.  Umor dirahsiakan,  nanti berebut pulak nak ngorat.  Kira selalu juga contact masa aku berada di Tagged, di Facebook dah kurang.  Untuk pengetahun korang,  dia nie kalau bab game kat FB tuh memang champ la,  aku tak penah menang dengan dia nie.
Korang ingat tak patung yang aku dapat dulu?



Haa..Ni kan dari dia dan seorang lagi kawan aku Vivienita.  Dorang anta patung nie dari Sabah tau!  Betul-betul rasa terharu,  kawan yang tak pernah berjumpa  sampai macam nie sekali kan?

Pada sesiapa yang nak pegi jenguk blog dia, boleh klik SINI.

p/s : nak tau tak sape selepas nie?tunggu!!..nak iphone 3g free tak? SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Rahsia Sebenar Coklat!

Salam..
Bila emo rase tak stabil, gini la caranye. Nak update blog pun takde mood, blogwalking jelah. Kadang-kadang naek menyampah tengok blog sendiri (kidding). Tuh tipu, mane bleh nyampah. Aku sayang gila dengan blog nie. Tak caye? Tanye jiran sebelah aku.

Selain ngadap blog nie, banyak lagi benda aku buat nak release tension nie. Salah satu dari cara korang nak release ialah dengan memakan cokelat! COKELAT! COKELAT!.. Memang sebenarnye dapat mengurangkan stress korang tuh. Meh aku nak kongsi sikit pasal Cokelat nie dengan korang yea.


Untuk pengetahuan korang,  Coklat sebenarnya :
  • Dapat mengurangkan stress.
  • Membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
  • Menguatkan sistem pertahanan badan.
  • Meningkatkan keinginan seks anda! (budak2 jangan mkn lebih2)
  • Elok untuk kulit muka anda..selalu lah makan coklat dan anda akan nampak muda!
Banyak juga kan kelebihan coklat nie?  Dan sebenarnya coklat nie tak menyebabkan kegemukan pun tau.  Segala kegemukan tuh sebenarnya berasal dari pengambilan kalori yang banyak.  So, korang buleh makan cokelat banyak-banyak lepas nie!
So, bagi peminat-peminat coklat..Ini untuk anda :


15 to 17 October 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010


Time: 10am – 8pm

Location
Hall 2 Mid Valley Exhibition Centre
Mid Valley Megamall
Kuala Lumpur
Malaysia


Apa lagi korang tunggu?  Semua jenis coklat ada di sana rasenya.  Mari kita sama-sama hilangkan STRESS!!..  Ada sapa-sapa sudi temankan aku?

p/s : korang nak iphone 3g free tak? Klik SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, October 13

Awak...Ingat Tak Dulu? ( part 3 )



Awak...Ingat tak dulu?
Bila nak dekat peperiksaan,  awak selalu tunjuk ajar kat saya.  Walaupun saya tanya banyak kali,  awak tetap ajar tanpa rasa jemu...

Awak...Ingat tak dulu?
Masa saya demam panas dulu..Terlantar jek kat rumah,  hari-hari awak datang lawat saya.  Siap buatkan bubur lagi..Terima kasih awak..

Awak...Ingat tak dulu?
Kita janji nak belajar di menara gading yang sama..Dan akhirnya memang rezki kita dapat sambung belajar di tempat yang sama...Memang tak buleh jauh dengan awak..

Awak...Ingat tak dulu?
Saya pernah nangis-nangis masa mula-mula duk asrama dulu?  Nak sangat balik ke kampung jumpe mak abah..Tapi tak buleh..Lepas tuh awak telefon, dan tenangkan saya...Awak tau2 jek saya tengah susah hati..

Awak...Ingat tak dulu?
Masa tu birthday saya...awak bawa saya ke 1 tasik yang tak pernah saya pegi, tengok-tengok dekat situ dah siap meja dan makanan yang ada, siap ada lilin lagi..Kita makan bersama, habis jek makan..Tiba-tiba awak nyanyikan lagu untuk saya, sambil petik gitar!..Romantiknya!...

Awak...Ingat tak dulu?
Awak selalu pesan kat saya jaga makan dan minum,  jaga kesihatan..Sebab awak nak saya teruskan hidup dengan sihat..Kalau boleh awak kata nak tengok saya hari-hari sampai awak tutup mata nanti...

Awak...Ingat tak dulu?
Saya selalu ajak awak tengok wayang cerita katun-katun..Saya tau awak tak suke,  tapi awak tetap akan temankan saya..Buatkan saya rasa bahagia pada hari tu..

Awak...Ingat tak dulu?
Awak janji akan sayang dan jaga saya walau ape pun terjadi..Walau apepun halangan..awak janji akan tetap bersama..Sayang sangat awak kat saya yea?

Awak...Ingat tak dulu?
Masa awak kena pegi oversea, saya sedih sangat masa tuh..Terkedu..Tak sangka..Takot..Takot kehilangan awak..Takot bila awak berjauhan dengan saya..Tapi awak memberikan saya harapan yang awak akan balik dengan senyuman dari awak sebelum pergi..

Awak...Ingat tak dulu?
Tiap-tiap hari mesti ada email saya send dekat awak kan..Hari-hari berbalas email..tanpa rasa jemu, rasa macam kita berdua dekat sangat..Jauh di mata, tapi dekat dihati la..

Awak...Ingat tak dulu?
2 hari awak tak reply email..saya sangkakan awak terlalu busy,  tapi bila saya tanya family2 awak..Dorang kata awak busy sangat...Tak sempat kot..Takpe,  saya faham..

Awak...Ingat tak dulu?
Masuk hari ke-5 saya dah tak senang duduk..Tak penah awak macam nie,  saya cuba contact kawan-kawan awak..Tanye dan tanye,....dan baru lah saya dapat tau awak masuk hospital...sakit..bersungguh-sungguh saya paksa kawan awak supaya bagitau..Sebenarnya awak nak rahsiakan apa yea?

Awak...Ingat tak dulu?
Awak kan dah janji akan balik jumpa saya..Awak dah janji kan..Tapi saya tak sangka, rupa-rupanya itulah senyuman terakhir saya dapat tengok dari awak....Selama ini awak rahsiakan penyakit kanser awak tu dari saya..Awak pegi ke sana pun atas sebab nak operation, tapi tak sangka operation tu gagal...

Awak...Ingat tak dulu?
Janji awak..Kenangan awak..Senyuman awak...Dan semua tentang awak, akan saya simpan dan semat dalam hati nie,  walaupun rindu rasa nak berjumpa...Saya redha dengan pemergian awak ni...Temani hidup saya sehingga saya berjaya..Terima kasih awak..Terima kasih.....

p/s : asal tacing lebih-lebih nie..harap-harap tak melalut..hehehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"