Wednesday, November 17

Selamat Hari Raya Qurban

Salam aidiladha buat semua umat islam.
Hari Raya Qurban @ Raya Haji,  yang selalu dikaitkan dengan umat islam menunaikan haji di Mekah or haiwan-haiwan yang dikorbankan.  Bab-bab haiwan yang kena korban nie,  bebudak memang suka sangat la.  Aku kecik-kecik dulu pun gini gak.  Pepagi lagi dah bersiap nak pegi bersolat Raye,  keluar rumah awal pagi tapi 'tak dan' sampai pintu pagar masjid member aku dah ajak main baling selipaq. 

Memang agak iman tu lemah jugak la,  so aku pun terjebak pi main.  Last-last telinge aku kena piat, bapak aku dah sampai masjid daaa. Naseb baek tak capang sebelah macam 'bang bil',  kalau tidak nampak macam kelakar jek piring Astro ade sebelah jek.  Korang kalau nak buat 'nakai' sikit,  silalah jauh2 dari rumah yea.

Memang dulu pemikiran aku nie tau asal Raya Haji jek,  lembu kena sembelih, kambing la dan sebagainya.  Tertanya-tanya gak nape nak kena sembelih?  Kenapa Raya Aidilfitri tak buat sekali? haha.  Berbudak lagi masa tu,  tak tahu ape pun.  Yang tau pegi tengok lembu kena sembelih pastu sebok-sebok marah lembu tu suruh lembu tu bangun.  Naseb baek la tak kena lagi 'flying kick' dari lembu,  kalau tidak mau ke laot gak aku pegi.


sumber dari google.

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Zulhijjah ini ialah :

  • Kisah Nabi Ibrahim yang di uji oleh Allah S.W.T.  Baginda mendapat mimpi yang Allah memerintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.  Nabi Ibrahim sangat sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.  Namun baginda tetap bersabar dan pergi berjumpa dengan anaknya Ismail. Dan diceritakan kepada Ismail tentang mimpinya itu,  lalu Ismail pun berkata "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".  Melihat keredhaan anaknya itu,  baginda pun bersiap-siap untuk menyembelih Nabi Ismail. 
  • Setelah pisau ditajamkan,  Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah tersebut.  Digerak-gerakkan pisau tersebut di leher Nabi Ismail,  tetapi pisau itu tiba-tiba telah menjadi tumpul.  Nabi Ibrahim menjadi hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berkata   "Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."  Nabi Ismail terselamat daripada di sembelih lalu tempatnye digantikan dengan seekor kibas.
 Setelah aku tau cerita ni,  baru la aku tau nape ada qurban pada Hari Raya Aidiladha.  Sebenarnye banyak lagi kan kisah pada bulan Zulhijjah nie.  Tapi lebih tumpu pada cerita yang ini,  kerana pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya.  Walaupun sayang mana Nabi Ibrahim pada anaknya itu,  tetapi bila di perintahkan dia sanggup untuk melakukan demi Allah.

Rase-rase korang sanggup tak lakukan?  Mesti meraung-raung 7 hari 7 malam kan?  Minta supaya Allah tarik balik arahan itu.  Betul tak?.  Jadi untuk menghayati lagi Hari Raya Aidiladha ini,  apekah pengorbanan yang besar korang buat hari ni atau yang sebelumnya?

Sambutan Raya dekat tempat korang macam mane? Menarik tak?  Selalunya kalau raya-raya haji nie lebih meriah di pantai timur.  Teringin gak nak sambut kat sane.

Salam aidiladha buat semua kengkawan bloggers - nabiel

p/s : rase nak makan daging unta la..ada sape-sape pernah rase?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

23 comments:

  1. tahun ni mcm meriah sikit dr sebelum2nya sbb buat korban kat kampung =)

    ReplyDelete
  2. camat ari raya nabil sombong! hahahahhaa..cian dia, semenjak kes comolot *ops* ang pun mghilang ea?? hahahahahah

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya bang bil..haha :P

    ReplyDelete
  4. entry yg bagus biel....
    tu la, skg ni bila ckp je raya haji, rata2 ckp raya x bape nk raya jgk la. sbb mcm biasa2 je rase. pada aku la, tu ckp2 org yg pk raya tu tau nk meriah jek. Bukan nk menghayati btol erti raye tu ape. Geghaaaammm jek aku. huhu

    ReplyDelete
  5. SALAM AIDILADHA...

    latest entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/dh-siap.html

    ReplyDelete
  6. camat hari raya aidiladha..
    daging unta xpenah lagi mam..
    hurmm..mra x duk rwg, tu umah pakcik..
    mra org jb :) dan nyet2 bukan sape2 tau.. hehe.t jumaat biel tau la kot sape nyet2.. ahax.. =) (shoutmix xleh nk komen.wuwu)

    ReplyDelete
  7. aini : bestnye kan?kg kt mne tuh?

    ReplyDelete
  8. oren : hehehe~biase la tuh!nti ang bkn bleh..nk gosipkn ak jek

    ReplyDelete
  9. sumi : slamat hari raye jgak~

    leb : slamat hari raye dik leb~hahaha

    ReplyDelete
  10. ryn : btui2~tau nk meriah jek..ape sbbnye dorang pn xtau..huhuu

    ReplyDelete
  11. adie : slamat jgak~

    tikus : slamat hari raya jgak bro~

    ReplyDelete
  12. qilah : bleh mkn la~nape tk buleh lak?hehehe

    ReplyDelete
  13. pening ah mkn daging jerk

    leh darah tinggi pasni..

    ReplyDelete

BeSt 4 me: