Monday, August 29

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..Raya!!

Salam aidilfitri kepada semua umat islam.
Tadi baru 1st tyme tengok orang yang baru memberi pengumuman raya.  Well, aku rasa yang baru ni mesti akan sampai ke anak cucu aku pula nanti.  Sebab yang dulu tu dari kita kecik2 lagi kan?  Punyalah lama duduk atas kerusi tu. Oldtimer tuh.

Sedangkan aku mengunyah kueh-kueh raya yang ada ( belum raya lagi, tapi kueh tu aku sentap dulu! ), tibalah pengumuman raya yang dinantikan.  Kalau dulu pakat berebut dengan sepupu-sepupu yang lain nak duduk depan tb,  tapi sekarang takde dah..Langkah tu tenang je pegi depan tv dan duduk atas sofa.

Dulu ramai-ramai,  sekarang paling ramai pun berdua jek depan tv.  Takpun ber-3.  Maklumlah anak takde lagi. Ok. sambung cite lain....

Mula saja berita bagi ruang untuk pengumuman.  Ketebaboomm!! Ini buat gwa menyirap nie.  Belum sempat pengumuman nak dibuat,  mercun dah bunyi dulu! (Nak marah tak boleh,  dulu waktu kecik-kecik same jugak kan.  Siap pakai mercun buluh lagi.)

Potong stim betul...Nampak gayanye tak payah pengumuman dah lepas nie,  pakai mercun jek.  Kalau agak-agak malam tu bunyi dum..dam..dum..dam..

Besok raya la tu tipah oii...

Jadi sejurus je lepas pengumuman nie, aha berduyun-duyun la sms dan mms bagai masuk ke handphone korang.  Buatnya kalau raya tu lusa? (Rabu),  confirm tak dapat sms malam nie.  Tunda besok malam.  Hampeh..

Sukati lah hangpa nak buat apa pun..  Yang pasti di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers,readers,followers  dan anonymous.  Minta maaf jika ada salah dan silap sepanjang berblogging ni.  Manusia biasa takkan lari dari membuat kesilapan kan?  Hari nie minta maaf,  besok lusa mesti ada buat silap lagi.

Biasa la tuh..  Tapi kalau kesalahan tu berulang-ulang,  orang pun naik menyampah wey.
Harap semua dapat maafkan aku yea.  Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya,  ape ntah lagi kita ni sebagai manusia biasa.  Dan pada sesiapa yang akan memandu tuh,  hati-hati di jalan raya.  Ingat sikit orang lain.  Laju-laju pun tak lari kampung yang korang kejor-kejorkan sangat tu.
Dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.  Jangan merungut yang kita susah,  sebenarnya ada orang lagi susah diluar sana.  Ingat!!

Selamat Hari Raya...

Nie aku selitkan sikit pengumuman raya tadi oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad :



Sekian Terima kasih..Jom main mercun!

p/s : korang rasa kalau penyimpan mohor besar ni tukar ke orang muda..best tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, August 27

Kumpulan Sepah berpecah?

Perot gwa dah kekenyangan nie selepas berbuka tapi jadi lapaq balik bila terbaca berita ini!  Benarkah kumpulan Sepah akan berpecah? Bersepah? Come on Sepah..Korang punye lawak best ok!..Nape sampai nak berpecah nie...




Untuk bacaan lanjut klik SINI

Gwa rasa ramai rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan perpecahan ini.  Memang ramai yang akan kecewa.  Ingat,  korang pegang title Juara Maharaja Lawak tau!...Maharaja Lawak.  Janganlah mengecewakan hati-hati peminat yang selalu menyokong korang.

Janganlah disebabkan perkara-perkara peribadi or konflik antara korang pastu sampai nak berpecah.  Serius wey tak boleh terima!  Gwa harap korang pikir semula keputusan untuk berpecah nie.  Jangan buat keputusan terburu-buru.  Sepah takkan jadi perseorangan..Sepah akan menjadi bila berkumpulan okeh...

Baru nak mencipta nama...tapi ini kesudahannya.

p/s : korang rasa ada yang boleh ganti Sepah tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Berdoa..Tawakal...Di iringi Dengan Usaha!

Sudah menjelang puasa yang ke-27,  rasa sekejap sangat masa berlalu sekarang ni.  Rasa macam baru je bermula puasa,  tapi sekarang sudah sampai ke penghujungnya.  Tak lama lagi akan menyambut bulan Syawal.  Raya lah gamaknye!

Kalau tak silap, raya jatuh pada hari selasa.  Kalau nampak anak bulan tu yea,  kalau anak bulan tak timbul-timbul,  maknenya tak beraya lah korang. ( kidding je ok ).

Bulan Ramadhan nie sebenarnya banyak kebaikan kita boleh buat dan banyak pahala boleh dapat.  Doa pun dimakbulkan. Insyallah kalau kena pada caranya.  Tapi kebanyakkan kita hanya berdoa sahaja tanpa ada usaha,  macam mane nak dimakbulkan.  Betul tak?

Sama macam kalau korang nakkan buah kelapa yang berada dipuncak pokok kelapa tu jatuh.  Korang hanya tunggu je dekat bawah dan minta pada Allah agar buah itu jatuh tanpa korang usaha untuk menjatuhkan buah kelapa tu,  rasa-rasanya doa tu dimakbulkan tak?

Kalau kita dah usaha tapi tak jatuh jugak,  maknanye itu bukan rezeki kita.  Mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi.




Kadang-kadang kita kena fikir kenapa doa itu tidak dimakbulkan,  bukan terus berputus asa.  Allah akan banyak memberi kita ujian.  Nak tengok tahap mana ketakwaan kita nie pada dia.  Kalau baru 1 or 2 ujian yang ditempuh,  kita dah berputus asa.  Macam mane nak dapat hasilnya kan?

Jangan terlalu banyak merungut dalam hidup ini,  sebab kita tak mungkin akan dapat capai matlamat hanya dengan merungut apa yang kita ada dalam hidup ini.  Yang lebih penting usaha untuk mencapai yang lebih baik,  berdoa dan tawakal serta bersyukur dengan pemberian-Nya.

Belum tentu orang lain akan dapat seperti apa yang kita dapat.  Kalau kita rasa diri ini susah sangat,  diluar sana ada lagi yang lebih susah.  Hidup dengan bersederhana lebih menyenangkan hati sebenarnya.

Ingat..tak ada gunanya kalau kita hanya berdoa 5x sehari kalau tiada usaha dari diri sendiri untuk berjaya dan mendapatkannya.  Kalau berdoa dan diringi dengan usaha, insyallah Allah akan tunjukkan jalan untuk kita.  Dan pape pun itu yang terbaik untuk kita.

Beringat-ingatlah yea...

Selamat berbuka kengkawan semua!

p/s : usaha tangga kejayaan!!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, August 7

Al-Kisahnya DNA BABI!

Uhuk! pagi-pagi lagi aku dah bukak cerita pasal binatang 'comel' bernama babi nie.  Setengah orang anggap sebut saje babi,  ko nie dah kira macam mencarut.  Padahal babi tuh sejenis binatang jugak.  Cuma namanye nampak jijik sebab benda-benda yang dimakan oleh babi.  Dan babi tuh sendiri dianggap mencarut bila disebut sebab korang tujukan pada orang lain. *Fullstop!

Sot! Ade pulak aku nak terangkan panjang lebar pasal babi nie.  Cukup-cukuplah tuh.

Babi dalam erti kata lain ialah Khinzir.  Dulu masa kecik-kecik dekat sekolah,  kalau ada budak perempuan nama Shikin yang memang dipangkah oleh lelaki-lelaki yang ada memang akan berubah la nama minah tuh.  Korang pandai-pandai lah sambungkan Shikin tu yea? Karang kalau aku sebut dekat sinie, ada yang terasa kang.  Kesian budak yang nama Shikin nie.

" Babi betul la babi nie "...mesti suka sebut kan?  Memang betul la babi tu babi..mane boleh tukar jadi lain..ishh

Dah banyak sangat aku bubuh nama babi dalam entry nie.  Macam nie aku nak sampaikan yelah cerita dua tiga hari lepas,  masa tu baru 3 hari umat islam menjalankan ibadah puasa.  Sedang-sedang aku membelek mukabuku,  tiba-tiba terlihat 1 status di wall seseorang.  Mengenai DNA babi di dalam makanan!

"Eeeeeeuuuuwwwww! " (cube korang buat sambil muncungkan bibir tu).

Menjijikan jek aku dengar,  naseb baik puasa.  Takdelah rasa makanan tuh nak terkeluar balik.  Kejadian yang dikenalpasti ini berlaku di Kangar, Perlis.  Terdapat sosej pulut dan kepingan ayam(chicken cake) yang mempunyai DNA babi ( asid deoksiribonukleik ).  Dan untuk pengetahuan korang,  produk ini dibawa secara haram dari Thailand.

Untuk berita penuh korang boleh klik link ini DNA BABI.

Lepas jek kes ini,  meletup pulak lagi 1 kes.  Iaitu Mentega berjenama Golden Churn Creamy Butter.




Kebanyakkan butter ini digunakan untuk membuat kek lapis dan roti.  Amacam?  Agak-agak sudah berapa banyak kek lapis korang makan?  Roti dan Kek ?.  Rasanya butter nie dah lama orang gunakan dan kenapa yea baru sekarang baru dapat detect yang butter nie mempunyai DNA babi?

Sekarang nie sebenarnya banyak lagi makanan-makanan dan minuman yang diragui status 'halal' nye.  Tapi nape masih lagi berada di pasaran dan kenapa tiada tindakan yang diambil.  Bagi aku bukan kerajaan saja yang patut ambil tindakan,  kita sendiri saudara sesama islam pun sepatutnya ambil tahu pasal ini dan jika timbul keraguaan patut laporkan saja.  Jangan tinggal begitu saja,  sebab nanti mane tau darah daging kita sendiri jugak yang makan.

Jangan nak tunggu kerajaan saja,  dalam Malaysia ini ada berapa banyak produk yang nak dijaga?  Memang akan ada yang terlepas,  so kita sendiri sebagai pengguna pun harus bijak.  Dan para peniaga pun begitu,  jangan nak fikirkan untung saja tanpa memikirkan kesan pada orang yang makan dan paling utama sumber yang korang dapat tu dan bagi anak bini korang makan.  Jadi darah daging.

Berkat ke?  Dan kesannya,  korang sendiri boleh fikirlah.

Lagi 1 aku nak pesan,  bila korang pegi makan mana-mana kedai especially kopitiam.  Tengok-tengok sikit sijil halalnya.  Confirmkan dulu,  jangan main bedal jek.  Banyak lagi kedai yang halal.  Makan benda yang tak elok nie memberi banyak kesan pada hati dan otak kita.  Ingat!

Dalam sedar tak sedar,  sekarang ramai yang ambil kesempatan hanya kerana ingin untung.

p/s : korang bayangkan dalam darah daging korang ada....ada....

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, August 6

MY RAPID TRANSIT CONTEST!...Please vote!

Selamat berpuasa semua.. Sekarang dah masuk puasa ke-6.  Alhamdulillah, setakat nie masih dapat menyempurnakan puasa.  Korang macam mana?  ada yang dah tertewas ke?  Harap-harap dapat puasa penuh la tahun ni yea.  Insyallah.

Jadi bulan-bulan puasa nie makin kurang la aktiviti nak update blog,  sebab masa terluang hanya hujung minggu je.  Nampaknye sekarang Sale dah meletup-letup di merata-rata tempat,  minggu lepas sebelum puasa aku turun kl dah sesak jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) tu.  Itu sebelum puasa,  belum sekarang lagi.  Orang dah sibuk shopping raya.  Nasihat aku beli awal-awal is better la dari korang beli nak dekat-dekat raya nanti,  sebab sekarang still banyak choice takut nanti dah dekat raya dah tak banyak choice sangat.

Ini aktiviti aku minggu lepas,  mencipta logo untuk MRT!  Korang mesti dah tau kan yang MRT bakal dibina di sekitar Lembah Klang nanti.  Jadi sempena pembinaan MRT tuh,  diadakan pertandigan mencipta logo untuk MRT.  Rasanye dah lama contest ini berlangsung,  tapi aku baru tau minggu lepas.  Dan cuba lah nasib,  mana tau dapat Grand Prize ( RM10,000) kan?  Boleh tunaikan hajat.

Tak silap aku pemenang akan dipilih berdasarkan undian paling tinggi.  Dan aku nak minta jasa baik readers-readers semua untuk vote logo aku nie.  Jom ramai-ramai vote untuk logo aku.
Biasa-biasa je kan?  Mana la tau nanti boleh menang.  Cara untuk vote :
  • Korang klik link ini MRT.
  • Tapi sebelum vote korang kena Login ke Facebook dulu yea.
  • Then baru boleh vote.
Mudah jek kan?  Jom ramai-ramai vote!!  Tarikh tutup untuk contest ini ialah besok ( 7.8.2011 ) harap-harap korang semua boleh vote untuk aku yea. 

  
p/s : sapa-sapa yang nak join sempat lagi nie.  tapi memang agak sengit la.  sebab sekarang logo yang dihantar pun dah cecah 5646!! banyak bukan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"