Tuesday, January 24

Mutiara Hikmah


Antara kata-kata hikmah dan nasihatnya Al-Qutub Al-Arif billah Al-Habib Ali bin Muhammad bin Hussein bin Abdullah bin Syeikh Al-Habsyi
Pelajarilah cara mematikan hawa nafsu. Pelajarilah adab. Tuntutlah ilmu, baik dari orang dewasa maupun kanak-kanak. Jauhilah dengki dan irihati. Ketahuilah kedua sifat ini dapat mencabut keberkatan ilmu. Allah tidak mensyariatkan shalat berjemaah atau shalat Jum’at atau shalat eid, kecuali kerana ada rahsia yang Allah letakkan dalam kumpulan manusia. Allah telah menjadikan untuk umat Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم saat-saat untuk berkumpul setiap tahun, setiap minggu dan setiap hari. Allah tidak mensyariatkan pertemuan-pertemuan itu dengan sia-sia. Allah mensyariatkannya tidak lain kerana keistimewaan yang terdapat dalam setiap pertemuan.
Penghuni zaman ini hanya berlumba-lumba mencari dunia. Mereka hanya menyukai orang yang memiliki banyak harta, kedudukan yang tinggi dan kemasyhuran. Jika seseorang mempunyai anak yang pandai dalam urusan dunia dan seorang lagi anak yang pandai dalam ilmu agama, maka ia lebih menyayangi anak yang pandai dalam urusan dunia. Manusia di zaman ini hendaknya menjaga cahaya imannya, kerana pergaulan dengan orang-orang yang diliputi kegelapan hanya akan menularkan kegelapannya.
Alangkah seringnya hati berbolak-balik. Jika kau berusaha hudhur didalam shalat, dzikir atau tilawah, maka hatimu mengajakmu berkelana ketempat-tempat lain. Di zaman ini tidak ada seorang pun yang mencari tabib bagi penyakit hatinya. Jika ada orang sakit kepala, ia akan segera berkata,: “Ambilkan ubat sakit kepala!” Jika ada yang sakit gigi, ia akan berkata,: Ambilkan ubat sakit gigi! Namun jika terkena penyakit hati, tidak ada yang berusaha mencari tabibnya [yakni syaikh mursyid yang dapat merawat penyakit-penyakit hati].
Hadirilah majlis-majlis ilmu dengan hati dan telinga yang mau mendengar. Keluarlah dari majlis itu dengan membawa faedah dan faedah majlis yang sebenarnya adalah mengamalkan apa yang telah kalian dengar. Setiap orang hendaknya menujukan nasihat yang ia dengar untuk dirinya sendiri. Terimalah nasihat dengan senang dan hati yang lapang. Wahai saudara-saudaraku, hati-hati manusia telah menjadi kaku dan beku, tidak ada lagi bekas dan pengaruh dari Al-Quran maupun nasihat para ulama yang selalu didengarnya. Sedang kita tidak tahu apa gerangan penyebab kekerasan hati itu.
Ketahuilah bahwa penyebab terbesar dan yang paling dominan adalah kerana makanan yang kotor (syubhat atau haram) yang masuk ke perut kita, ketika ini banyak orang tidak memperdulikan dan bahkan tidak takut untuk jatuh pada keharaman. Mereka meremehkan masalah ini. Bagaimana mungkin nasihat dan peringatan yang disampaikan akan memberikan atsar (pengaruh) dan membekas di hati, sedangkan makanan yang dimakan adalah syubhat atau haram?
Berusahalah mencari pekerjaan dan makanan yang halal dan jauhilah keharaman. Dan ketahuilah bahwa kewara’an ini tidak hanya pada makanan sahaja tetapi mencakupi semua aspek pekerjaan kita. Berbuat apapun, tetapi harus dilandasi dengan keberhati-hatian dan kewaspadaan. Jika masih ragu maka tinggalkanlah kerana dikhawatir akan terjerumus pada keharaman dan akibatnya pasti celaka.
Jika riwayat hidup kaum ‘arifin dibacakan kepada orang yang beriman, maka imanya kepada Allah akan semakin kukuh. Sebab, kehidupan mereka merupakan cerminan dari kitabullah yang didalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu dan yang datang kemudian atau refleksi dari hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم atau dari pengetahuan yang ia terima langusng dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tanpa perantara.

sumber : DARUL MUJTABA

Thursday, January 19

Tahun Baru 2017.

Bismillahirahmanirohim


Tahun baru. Azam baru. InshaAllah blog juga akan bertukar baru. Nampaknya nak kena bertatih tatih dari bawah semula. Idea banyak nak menaip tapi semuanya ke facebook. Maklumlah orang sekarang lebih suka membaca status di facebook. Cepat, mudah dan pendek.

Tapi masih ada lagi blogger blogger yang dulu aktif seperti biasa. Memang tegar jari jemari korang kan. Menaip tanpa rasa jemu.


Tahun ni orang kata lebih mencabar dari pelbagai aspek. Lebih lebih lagi ekonomi. Yes. Dan itu yang saya rasai sekarang. Bukan mudah. Ujian datang dari pelbagai sudut.

Jadi tahun ni kena usaha lebih dan lebih lagi. Lebih lagi untuk hidupkan blog ni semula. Sayang nak tutup sebab dah bertahun dan banyak kenangan dan ilmu yang dapat masa memulaaaa nak buat blog.

Semenjak dah ada keluarga ni. Kena fokus banyak benda. Semoga kita lebih tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan pada tahun ini.

Kita semua nak berjaya dunia dan akhirat bukan? Dunia dapat, dan akhirat pun dapat jika boleh. Jumpa lagi korang next entry yea.

Ada lagi ke readers blog sawang ni? :D