Tuesday, March 12

Malam Cinta Rasul 2013.

Assalamualaikum.

Semoga semua dalam keadaan sihat. Entry kali ini bukan seperti biasa, tetapi hanya ingin memberitahu sekalian readers-readers semua tentang Malam Cinta Rasul. Semua yang disini menyayangi Rasulullah bukan? Jadi tanamkan niat untuk pergi majlis sebegini. Tidak rugi pun. Masuk pun percuma je.

Ok jom kita lihat posternya.


Di jemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama hadirkan diri. Tak rugi pun kalau kita pergi, rugi bila tak pergi je. Sebab belum tentu kita dapat berjumpa lagi majlis sebegini di masa akan datang, dan mungkin bila kita berada di Majlis seperti ini, akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah dan hidup kita lebih berkat, InsyaAllah.

Dan semoga kita mendapat syafaat baginda nanti di akhirat. Aminn Allahuma Aminn.

Jom kita tengok video dari sahabat yang merakamkannya pada Malam Cinta Rasul yang lepas.




Semoga kita mendapat manfaat dari majlis ini nanti. Jumpa di sana.

p/s : sudahkah kita berselawat ke atas baginda hari ini?

Monday, March 11

Iman Kita Sering Di Uji.

Alhamdulillah. Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Masih lagi aku di beri peluang untuk mengupdate blog. Bukan mudah untuk ada masa-masa emas seperti ini. Kecuali di izinkan Allah sahaja. Apa pun kita lakukan mesti ingat, ia berlaku dengan keizinanNya. Bukan dari kita sendiri. Jadi jangan bangga diri. Kalau Allah tidak izinkan, maka tidak akan terjadi.


sumber : google.

Kita sebagai hamba tidak akan lari dari ujian. Benar? Nama pun hamba Allah. Hamba pada yang Maha Kuasa, Maha Kuat. Tidak lari kita dari ujian. Bermacam-macam ujian yang kita boleh terima samada dari segi kesihatan,kesenangan,kesusahan,kegagalan dan bermacam-macam lagi. Semua adalah ujian.

Ada antara kita boleh bersabar dan sedar akan diri dia adalah seorang hamba. Jadi memang layak untuk diuji dan kena redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Namun ada juga yang lupa dan alpa. Sering memarahi Allah kerana ujian-ujian yang menimpa. Ye, memang ada. Iman yang senipis kulit bawang jika di uji memang akan tergugat imannya jika tidak kuat. Sepatutnya kita tidak layak untuk merungut-rungut dan mengeluh dengan ujian yang diberikan. Kan Allah ada ajar kita, apa perlu kita ucapkan ketika di timpa musibah?

Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

Lihat. Ada bukan? Memberi kesedaran kepada kita bahawa kita sebenarnya memang milik Dia. Allah memang layak menguji kita. Pernah kita mengeluarkan kata-kata begini? :

" Allah dah tak sayang aku ke? "

" Kenapa lah Allah buat macam ini.."

" Apalah dosa aku sampai begini sekali ujian Allah bagi "

" Allah tidak adil, adakah aku patut di uji sebegini "

Mesti ada terdetik kan di ketika kita tidak sanggup untuk hadapi dan kita lupa pada Allah. Hentikan lah wahai sahabat. Sedarlah siapa diri kita sebenarnya. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Kan Allah ada memberitahu kita dalam Al-Quran? Tak percaya? Jom lihat. :

"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-baqarah : 216)

Boleh jadi sesuatu perkara itu terjadi ada yang baik dan buruknya. kepada kita. Jadi jika perkara itu tidak baik untuk kita dan agama kita maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. (sentiasa kita berpegang pada ini). 

Setiap ujian juga merupakan didikan Allah pada kita. Allah nak didik kita menjadi seorang hambanya yang banyak bersabar. Betul.. Bersabarlah. Allah berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba- hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (az-zumar :10)

Di sempurnakan pahala mereka. Ganjarannya besar bukan bagi orang yang banyak bersabar?

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (surah al-baqarah : 155~157 )

Lihatlah kasih sayang Allah pada hambanya. Cukup Allah sayang kan kita. Betul tak? Setiap ujian Allah berikan itu merupakan kasih sayang yang Allah tunjukkan. Kalau Allah tidak sayang, Dia akan biarkan kita hanyut dan akhirnya kita mati dalam keadaan kufur. Naudzubillah.

Tapi biasalah manusia, akan lupa dan alpa. Ada yang sedar dan ada yang buat-buat tak tahu. Terus dengan kemarahannya pada Allah. Allahurobbi. Masih lagi tidak bersyukur dengan segala nikmat Allah berikan.

Jom kita lihat 3 langkah ini apabila kita di uji :

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Sumber : genta-rasa.com

Semoga bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita terus dapat bersabar dalam mengharungi ujian-ujian Allah berikan. Sentiasa bersangka baik dan lihat dari segi positif pada setiap ujian yang menimpa kita. InsyaAllah ada hikmahnya yang kita akan nampak. Dan selalu dekatkan diri kita dengan Allah yea.
p/s : semoga kita bertemu lagi. =) (2nd entry dari yang dulu "Mesej dari Musibah")