Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, September 16

Siapakah Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kesihatan dan rezki yang melimpah ruah. Serta keupayaan untuk kita menaip dan berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad. Majlis berlangsung di 3 Masjid iaitu Masjid Baitul Aman Ampang, Masjid Negeri Shah Alam dan Masjid Al Falah Usj. Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berada di Majlis yang penuh keberkatan ini. Ramai ulama dari merata negara hadir bagi memeriahkan dan menyampaikan mutiara-mutiara kata mereka.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Imam Abdullah ini? Di sini saya boleh berkongsi serba sedikit tentang beliau.

Nama : Al-Imam Al-'Allahmah Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

- Lahir di Subair, salah satu Kota Tarim di Hadramaut Yaman.

- Dilahirkan pada 5 Safar tahun 1044H dan dibesarkan di Kota Tarim.

- Beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan kedua matanya tidak dapat melihat(buta). Tetapi Allah telah membuka pintu hati beliau lebih daripada orang yang diberi penglihatan.

- Di masa kecilnya, beliau mengerjakan solat sunat Dhuha sebanyak 100 rakaat pada setiap hari. Oleh kerana itu Allah memberinya kedudukan 'Wali Al-Quthub' sejak usia remajanya.

- Pada waktu kecil lagi beliau sudah dapat menghayati surah Yaasin, dan bila membacanya beliau sangat terpengaruh dan menangis semahu-mahunya.

- Sering melawat kubur pada hari Jumaat petang selepas Asar dan juga Selasa petang.

- Beliau sering berwirid dengan kalimah "Laa Ilaaha Illallah" sebanyak 1000 kali. Pada bukan Ramadhan pula sebanyak 2000 kali setiap hari. Dan menyempurnakan sebanyak 70 000 pada enam hari di Bulan Syawal. Dan mengucapkan juga "Laa Ilaaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubiin" sebanyak 100 kali lepas Zohor.

- Beliau sering berpuasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.

- Beliau sangat istiqamah dalam mengikuti semua jejak datuknya Rasulullah S.A.W.

- Antara guru-guru beliau ialah Sayyiduna Al-Quthub Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas, Al-Habib Al-'Allahmah Agil bin Abdurrahman As-Segaf, Al-Habib Al-'Allamah Abdurrahman bin Syeikh Aidid, Al-Habib Al-'Allamah Sahl bin Ahmad Bahsin Al-Hudayli Ba'alawi dan ramai lagi.

- Karya-karya beliau ialah Ar-Risalah Adab As-Suluk Al-Murid, Ar-Risalatul Al-Mu'awanah, An-Nafaais Al-'Ulwiyah Fi Al-Masailis As-Sufiyah, Sabiilul Iddikar, Al-Ithaaf As-Saail, At-Tatsbiitul Fuaad, Ad-Da'wah At-Taamaah, An-Nasaih Ad-Diiniyah dan sebagainya.

- Wirid yang sangat terkenal iaitu Ratib Al-Haddad yang beliau susun pada malam LailatulQadar.

- Beliau wafat pada hari Isnin malam Selasa tanggal 7 Dzulqa'dah 1132H.

Semoga Allah merahmati beliau dan meredhainya serta memberi kita manfaat dan barakah beliau. Amiin Allahumma Amin.

Itulah dia serba sedikit pengenalan tentang Imam yang mulia ini. Semoga bermanfaat buat kita semua dan semoga kita dapat lebih mengenali beliau. Banyak keberkatan dan kelebihan jika kita mencintai orang-orang yang soleh nie. Selagi kita masih ada nyawa dan kudrat, dekati lah mereka. Ambillah ilmu dari orang-orang yang soleh. Ulama-ulama. Ilmu yang mereka ada sungguh bermakna! Ilmu supaya kita nampak jalan dunia dan akhirat.

Wallahualam.

p/s : jika ada kesilapan sila perbetulkan yea. InsyaAllah sama-sama kita belajar.

Monday, March 11

Iman Kita Sering Di Uji.

Alhamdulillah. Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Masih lagi aku di beri peluang untuk mengupdate blog. Bukan mudah untuk ada masa-masa emas seperti ini. Kecuali di izinkan Allah sahaja. Apa pun kita lakukan mesti ingat, ia berlaku dengan keizinanNya. Bukan dari kita sendiri. Jadi jangan bangga diri. Kalau Allah tidak izinkan, maka tidak akan terjadi.


sumber : google.

Kita sebagai hamba tidak akan lari dari ujian. Benar? Nama pun hamba Allah. Hamba pada yang Maha Kuasa, Maha Kuat. Tidak lari kita dari ujian. Bermacam-macam ujian yang kita boleh terima samada dari segi kesihatan,kesenangan,kesusahan,kegagalan dan bermacam-macam lagi. Semua adalah ujian.

Ada antara kita boleh bersabar dan sedar akan diri dia adalah seorang hamba. Jadi memang layak untuk diuji dan kena redha. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Namun ada juga yang lupa dan alpa. Sering memarahi Allah kerana ujian-ujian yang menimpa. Ye, memang ada. Iman yang senipis kulit bawang jika di uji memang akan tergugat imannya jika tidak kuat. Sepatutnya kita tidak layak untuk merungut-rungut dan mengeluh dengan ujian yang diberikan. Kan Allah ada ajar kita, apa perlu kita ucapkan ketika di timpa musibah?

Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

Lihat. Ada bukan? Memberi kesedaran kepada kita bahawa kita sebenarnya memang milik Dia. Allah memang layak menguji kita. Pernah kita mengeluarkan kata-kata begini? :

" Allah dah tak sayang aku ke? "

" Kenapa lah Allah buat macam ini.."

" Apalah dosa aku sampai begini sekali ujian Allah bagi "

" Allah tidak adil, adakah aku patut di uji sebegini "

Mesti ada terdetik kan di ketika kita tidak sanggup untuk hadapi dan kita lupa pada Allah. Hentikan lah wahai sahabat. Sedarlah siapa diri kita sebenarnya. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Kan Allah ada memberitahu kita dalam Al-Quran? Tak percaya? Jom lihat. :

"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-baqarah : 216)

Boleh jadi sesuatu perkara itu terjadi ada yang baik dan buruknya. kepada kita. Jadi jika perkara itu tidak baik untuk kita dan agama kita maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. (sentiasa kita berpegang pada ini). 

Setiap ujian juga merupakan didikan Allah pada kita. Allah nak didik kita menjadi seorang hambanya yang banyak bersabar. Betul.. Bersabarlah. Allah berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba- hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (az-zumar :10)

Di sempurnakan pahala mereka. Ganjarannya besar bukan bagi orang yang banyak bersabar?

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (surah al-baqarah : 155~157 )

Lihatlah kasih sayang Allah pada hambanya. Cukup Allah sayang kan kita. Betul tak? Setiap ujian Allah berikan itu merupakan kasih sayang yang Allah tunjukkan. Kalau Allah tidak sayang, Dia akan biarkan kita hanyut dan akhirnya kita mati dalam keadaan kufur. Naudzubillah.

Tapi biasalah manusia, akan lupa dan alpa. Ada yang sedar dan ada yang buat-buat tak tahu. Terus dengan kemarahannya pada Allah. Allahurobbi. Masih lagi tidak bersyukur dengan segala nikmat Allah berikan.

Jom kita lihat 3 langkah ini apabila kita di uji :

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Sumber : genta-rasa.com

Semoga bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita terus dapat bersabar dalam mengharungi ujian-ujian Allah berikan. Sentiasa bersangka baik dan lihat dari segi positif pada setiap ujian yang menimpa kita. InsyaAllah ada hikmahnya yang kita akan nampak. Dan selalu dekatkan diri kita dengan Allah yea.
p/s : semoga kita bertemu lagi. =) (2nd entry dari yang dulu "Mesej dari Musibah")

Tuesday, October 16

Kelebihan 10 hari awal Dzulhijjah.




Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.

Ramai yang tahu kelebihan hari-hari pada bulan Ramadhan, Rejab dan Syaaban. Tetapi ramai yang terlepas pandang pada bulan ini, Dzulhijjah. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Apa yang kita tau pada bulan ini hanyalah hari raya. Pergi surau atau masjid, solat sunat raya dan kemudian tengok pakcik-pakcik sembelih lembu, kerbau atau kambing. Kemudian kita beratur untuk ambil bahagian daging masing-masing.

Selain itu yang kita tahu adalah pada waktu ini jutaan umah manusia berkumpul di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Itu sahaja lah pengetahuan kita tentang bulan Dzulhijjah.

Jadi entry kali ini nak menceritakan kelebihan sebenarnya pada 10 hari awal bulan Dzulhijjah yang kita tak berapa nak perasan atau tidak tahu. Jadi bila dah tahu ni, kenalah amalkan dan sampai-sampaikan, jika tidak. Besok di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan.

Jom kita lihat kelebihan yang ada pada bulan Dzulhijjah ini :
Telah di nyatakan di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fajr ( ayat 1 hingga 3 ).
Allah berfirman :
1 - Demi waktu fajar. 
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) 
3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil 

Daripada Jabir r.a, dari Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda :


" Sesungguhnya yang sepuluh itu ialah sepuluh hari-hari haji, dan yang ganjil itu hari arafah 
(9 Dzulhijjah), dari yang genap itu hari raya korban (10 Dzulhijjah)" 
(Riwayat Ahmad)

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

" Tiada suatu hari yang lebih utama di sisi Allah melebihi hari-hari sepuluh (awal) Dzulhijjah"
(Riwayat Ibnu Hibban)


Kemuliaan pada 10 hari awal Dzulhijjah ialah :

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda :

"Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tertentu yang paling disukai oleh Allah melebihi amal soleh pada hari-hari ini" (iaitu 10 hari awal Dzulhijjah).

Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Ia melebihi (semua amalan) walaupun dibandingkan dengan berjihad pada jalan Allah?"

Jawab Rasulullah : "Walaupun dengan amalan jihad pada jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, lalu dia tidak pulang dengan apa-apa.
(mati syahid dan hartanya habis)". 
(Riwayat Abu Daud).
Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak pula ada amalan yang lebih baik dicintaiNya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan Dzulhijjah, maka perbanyakkanlah padanya tahlil,takbir dan tahmid." 
(Riwayat Ahmad)
Hari arafah adalah sebahagian dari 10 hari awal Dzulhijjah. Ia merupakan hari kebanggaan Islam, hari pengampunan, hari terbebeas dari siksaan neraka dan hari yang mempunyai kemuliaan tersendiri. Pada malam hari arafah, Rasulullah akan berdoa untuk umatnya sehingga menangis-nangis. 

Kita yang tidak mampu untuk menunaikan haji ada jugak amalan yang boleh kita lakukan. Jangan bagi alasan kita tidak melakukan haji, jadi tak perlu buat apa-apa. Setiap amalan akan dihitungkan dengan Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 

Antara amalan yang kita boleh lakukan ialah :

  1. Bertaubat dan memperbanyakkan istighfar. -Sekurang-kurangnya 70~100x sehari. Tak dapat buat banyak macam itu, kita baca penghulu segala istighfar. Sekurang-kurangnya pagi sekali dan malam sekali. 
Daripada Abdullah bin Bisr bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
" Beruntunglah orang yang mendapati (di akhirat kelak) pada suratan amalnya istighfar yang banyak"
( Riwayat Ibnu Majah )
  
      2. Memperbanyakkan zikrullah. (Tasbih,tahmid dan takbir. Bertahlil dan berdoa.) 
Doa yang paling afdal ialah pada hari arafah.

Rasulullah s.a.w bersabda
"Sebaik-baik do'a adalah do'a pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para Nabi sebelumku katakan adalah :
(Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha menguasai atas segala sesuatu) "
(Riwayat al-Tirmidzi).
        3. Menjaga Ibadah Solat yang Fardhu dengan berjemaah dan memperbanyakkan solat-solat 
            sunat.
        4. Berpuasa. (Berpuasa dari 1~9 Dzulhijjah)
            Hari-hari yang disukai Allah semua ada kelebihan, jadi 10 hari awal Dzulhijjah juga ada  
            kelebihan. (pada hari arafah (bagi yang menunaikan haji) dan hari raya haji tidak 
            digalakkan berpuasa.) 
        5. Membaca Al-Quran.
        6. Melakukan ibadah korban. (ibadah korban adalah seafdal-afdal sedekah)
        7. Bersedekah.
        8. Qiyamullail. (memperbanyakkan solat sunat malam).

Daripada Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Hendaklah kamu melaksanakan qiyamullail. Sesungguhnya ia adalah amalan para salihin sebelum kamu, sesungguhnya qiyamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad "
(Riwayat al-Tirmidzi)
Itu sahajalah perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat untuk semua dan dapat diamalkan. Rebutlah peluang yang ada, selagi kita masih hidup. Sebelum kita mati dan hidup semula untuk memulakan hidup yang kekal. Syurga atau Neraka?

Sekiranya kita tidak mampu untuk memperbanyakkan amalan pada hari-hari yang disukai Allah, jangan lah pula kita melakukan maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Sedar dan malulah bahawa kita ini hanya hamba dan banyak nikmat yang telah Allah berikan. Wallahualam.

dipetik dari kitab "Al-Anwar" karangan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany.

p/s : esok dah 1 Dzulhijjah yea kengkawan. Selamat berpuasa.
     

Friday, October 12

Adab Kita Dengan Guru.


sumber : facebook

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.

Sekarang ini ramai yang sudah dekat dengan agama. Ramai yang sudah kunjungi masjid,surau untuk mendengar ceramah, kuliah atau belajar agama dengan guru-guru seperti di atas. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berguru dengan mereka semua.

Kita semua memang saya pada para guru. Sayang sangat. Ada yang kita sekarang suka bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Bersalaman untuk keberkatan. Tapi ada yang diantara kita lupa adab kita pada guru. Sebab terlalu seronok dan sayang pada guru sampaikan kita lupa untuk menjaga hati guru kita. Jangan sesekali bagi guru kita berkecil hati, takut keberkatan ilmu kita dapat tu hilang nanti.

Jadi apa kata kita menjaga adab kita dengan guru. Jangan kerana terlalu 'sayang' itu sampai kita lupa akan adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu kita jaga bila dengan guru ialah :

  • Apabila bertemu dengan guru maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
  • Jangan memperbanyakkan percakapan di hadapan guru.
  • Jangan bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan bertanya kepada guru sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui dari gurunya.
  • Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  • Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  • Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa A.S bagi Nabi Khindir A.S seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia
 membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar". ( surah al-Khafi ayat 71)

  • Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu. Kerana  ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Jadi itulah antara adab-adab kita dengan guru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dan supaya kita semua dapat menjaga adab kita dengan guru. Jangan buat macam kawan-kawan, cakap tak berlapik. Bergambar kita pun sampai letak tangan atas bahu guru. Kan tak beradab tu. Walaupun guru kita itu mesra dan nampak macam tidak kisah, tetapi kita tidak tahu hatinya macam mana. Guru ni akhlak dia mulia, takkan dia nak tolak saja-saja permintaan anak murid dia. Mesti dia akan tunaikan.

Tapi bila dia dah tunaikan, jangan pula kita ambil kesempatan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dalam mencari ilmu. Dan semoga semua istiqomah dan dapat beramal dengan ilmu yang kita perolehi yea. InsyaAllah.

Sumber : Kitab Bidayatul Hidayah.

p/s : Bila pergi menutup ilmu tu, tinggalkan lah dunia ni kejap. Tutup atau silentkan handphone anda tu.

"CAKAP BIAR TERASA"

Wednesday, August 29

Meraih Cinta Allah.

Semua makhluk menginginkan Cinta dari Pencipta kita. Cinta yang teragung. Sebab bila kita dapat meraih cinta dari Dia, semuanya akan dipermudahkan. Dan kita sendiri akan dapat menempuh segala dugaan dengan tenang, hati bahagia. Tiada rasa gundah gulana dengan hal duniawi.

Dari setiap sudut Allah tunjukkan jalan kepada kita. Berbahagialah pada orang yang mendapat cinta dan kasih sayang dari Allah.

Alhamdulillah, diberi juga daya dari Allah untuk membuat entry. Maaflah yea membiarkan blog ini tidak berupdate. Kadang-kadang nak menulis nie memerlukan idea juga, bila mencurah-curah datang dah tak tahu plak nak taip yang mana satu, jadi semua dalam draft je.

Jadi saya nak update yang ini dulu lah, sebab dah lama sangat.

Antara faktor-faktor bagi kita meraih cinta Allah S.W.T ialah :

  1. Dengan Al-Quran Al Karim.
  •  Antara faktor yang besar manfaatnya dan disukai Allah. Ialah kita berpegang pada Al-Quran. Kitab yang sangat agung dan yang di wasiatkan oleh kekasih kita Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam kepada umatnya. Kita tidak akan berjaya dan beruntung kecuali dengan membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
  • Kita akan hidup dalam kemerosotan nilai dan kehancuran prinsip dan pendidikan, jika kita berpaling daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Bila kita berpaling dari Al-Quran, hati kita akan mati dan kita akan kehilangan cahaya yang berkilauan, kehilangan sinar yang gemerlapan dan kehilangan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, kecuali orang yang dirahmati Allah.
  • Bila kita membaca Al-Quran sebenarnya seolah-olah kita membaca sejarah kehidupan Rasulullah.
  • Rasulullah seolah-olah Al-Quran yang berjalan di permukaan bumi ini.
  • Rasulullah sentiasa memposisikan darjat manusia sesuai dengan kadar kedekatan dan interaksi mereka dengan Al-Quran, dan baginda juga memuliakan dan menghargai mereka sesuai dengan kadar hafazan mereka terhadap Al-Quran.
         Anas bin Malik R.A berkata " Suatu ketika Rasulullah S.A.W mengirimkan pasukan tentera untuk berperang di jalan Allah.

         Maka Rasulullah bertanya kepada mereka, 
      "Siapakah di antara kalian yang telah menghafaz Al-Quran (seluruhnya)?"

Mereka semua diam. Baginda bertanya lagi
" Adakah diantara kalian yang telah menghafaz beberapa surah daripada Al-Quran?"

Salah seorang daripada mereka menjawab
"Saya wahai Rasulullah." 

Baginda bertanya lagi.
"Apa yang sudah kamu hafaz?"

Dia menjawab,
"Saya sudah menghafaz surah Al-Baqarah"

Maka Rasulullah berkata kepadanya.
"Kalau begitu, berangkatlah dan kamulah pemimpin mereka."

(At-Tirmidzi, no 2876; Ibnu Khuzaimah,no.2524,Ibn Hibban,no 2007,2553; An-Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra,no.8656 dan Al-Hakim,no.1657. Lihat Dha'if At-Tirmidzi,no.1036)

Beginilah kriteria pemimpin yang diajarkan oleh Islam. Orang mendekati dirinya dengan Allah, Al-Quran dan Al-Sunnah. Baginda sendiri solat membaca sehingga 3-4 surah 1 rakaat. Sahabat-sahabat dulu semua berinteraksi dengan Al-Quran. Jika masuk ke rumah mereka, pasti akan dapat melihat Al-Quran tergantung.

Jadi faktor yang pertama ialah mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, membaca, hidup sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran, mentadabburinya dan mengulang-ulanginya serta mengamalkannya.

        2.  Melepaskan Dunia (Tajarud'Aniddunya) dan Zuhud Terhadapnya.
  • Tidak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan dia sentiasa bersikap zuhud.(meninggalkan kesenangan duniawi).
  • Salah 1 peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada Allah Ta'ala adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia daripada dalam hatinya.
  • Ketika kita keluarkan kecintaan kita terhadap dunia dari hati kita dan gantikan dengan kecintaan kepada Allah semata, nescaya Allah akan mencintainya.
  • Janganlah kita menjadi hamba kepada kemewahan dan kesenangan di dunia.
Rasulullah bersabda :
" Celakalah orang yang menjadi penghamba dinar, celakalah orang yang menjadi penghamba dirham, celakalah orang yang menjadi penghamba kemewahan dan celakalah orang yang menjadi hamba kemegahan, celaka dan binasalah mereka semua, kalau dia sudah jatuh tersungkur, maka dia tidak akan boleh untuk bangkit kembali"
(Al-Bukhari,no 2887).

Mengapa mereka celaka? Kerana dia telah menjadi hamba hawa nafsunya. Allah berfirman :

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "  (surah al-jatsiyah ayat 23)

  • Janganlah kita menjadi hamba dunia sehingga tidak boleh menghadiri majlis-majlis ilmu dan dakwah Islamiyyah dan tidak sempat lagi untuk berzikir dan membaca Al-Quran kerana kecintaan kita kepada dunia.
  • Dalam kita sahih Al-bukhari, Abdullah bin Umar R.A berkata, Rasulullah memegangi kedua bahuku seraya berkata :
" Jadilah kamu seolah-olah seorang yang asing atau seorang musafir di dunia ini " 
(Al-Bukhari,no6416 dan Ahmad,no 4750,4982)

  • Maksud meninggalkan kemewahan dunia di sini adalah kamu mengambil sesuatu yang bermanfaat bagimu daripada dunia ini, sehingga tidak terlalu menyibukkan dan melalaikanmu, tetapi menjadi penolong bagimu dalam berbuat ketaatan kepada Allah.
        3.  Qiyamullail (Solat Malam).
  • Faktor ketiga untuk meraih cinta Allah ialah dengan solat di malam hari. Solat-solat sunat seperti tahajjud dan solat witir. Mengadukan keadaan kita yang sesungguhnya kepada Allah.
Allah menyebutkan salah satu karakteristik hambaNya yang bertaqwa adalah gemar melakukan qiamullail. Seperti dalam firmanNya :

" Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar" (Surah Adz-Dzariyat 17-18)

  • Rasulullah sangat mengalakkan umatnya untuk sentiasa melakukan qiamullail. Qiamullail boleh di laksanakan walaupun kita hanya menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh tiba. sekitar setengah atau sepertiga jam sebelum subuh. Agar kita tergolong didalam golongan yang sentiasa mengingati Allah pada saat-saat indah itu.
Daripada Abu Hurairah R.A berkata ; Rasulullah S.A.W bersabda :
" Allah S.W.T turun ke langit dunia, tatkala sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru. "Adakah di antara hambaKu yang berdo'a kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Untuk mudah bangkit qiamullail ialah dengan tiada melakukan dosa di siang hari, perbanyakkan bertasbih,bertahmid dan bertakbir sebelum tidur itu. Tidur di siang hari, dan juga kita kena tekad untuk bangun malam untuk melakukan solat.
  • Qiamullail ini adalah sunnah Rasulullah dan sebagai lambang kejayaan Islam.
  • Peluang ini kita ambil, untuk luahkan segalanya kepada Allah, kerana pada waktu ini Allah sangat-sangat dekat pada kita.
       4.  Merenungkan ayat-ayat Allah.
  • Merenung seketika ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran Allah.
  • Setiap kali kita melihat sesuatu ciptaan Allah, maka hal itu akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan kita akan selalu mengingatiNya.
  • Lihat dan renung bagaimana kita diciptakan, langit bagaimana ia ditinggikan. Dan macam-macam lagi kebesaran Allah S.W.T.
  • Ini adalah salah satu faktor terpenting yang dapat menolong kita untuk mencintai Pencipta, Allah telah menciptakan segala sesuatu dan menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya kepada kita semua, sehingga kita dapat merenunginya dan menambah kedekatan denganNya.
Cukup sekadar 4 itu, InsyaAllah kita akan dapat meraih cinta Allah. Pentingkah cinta dari Allah? Ia memang penting, sebab ia dapat menyelamatkan kita didunia dan di akhirat. Tak perlulah kita hanya mengejarkan cinta-cinta yang dusta didunia sedangkan kita tidak pernah tenang dan tenteram dengannya.

Bila kita mencintai Allah dan Allah mencintai kita, nescaya segala makhluk ciptaanNya akan mencintai kita. Percayalah. Usaha dan gapai dulu cinta dari Allah, baru kemudian akan datang cinta lain kepada kita. Jangan terlalu terpedaya dengan kehidupan dunia. Ingat itu wahai sahabat semua.

p/s : mana lebih penting? Cinta Allah atau Cinta Manusia?

sumber : buku "Jagalah Allah, Allah menjagamu.." karangan Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni.

Monday, May 28

Ya Rasulullah..Kami Lalai.

"Ummatii...ummatii....ummatii...."

Kata-kata terakhir kekasih hati Rasulullah S.A.W.




Ya Rasulullah..Sayangnya Rasulullah pada kami..

Ya Rasulullah..kamilah umatmu yang terbaik itu, Rasulullah..umat mu..tapi..

Tapi kami lalai..leka..lupa Ya Rasulullah..

Ya Rasulullah..kami tahu Rasulullah adalah pesuruh Allah..
Tapi kami tak pernah mengucapkannya dengan sepenuh hati..jarang untuk perbaharui syahadah kami..

Ya Rasulullah..kami mengaku beriman kepadaMu..
Tapi kami hanya ucapkan di mulut..bukannya pada hati dan akhlak kami...

Ya Rasulullah..kami menginginkan syafaat Mu di hari kiamat nanti..
Tapi kami jarang untuk berselawat ke atas Mu, Ya Rasulullah...sombongnya kami ini..

Ya Rasulullah..Rasulullah tinggalkan mukjizat paling hebat iaitu Al-Quran pada kami untuk kami selamat..
Tapi kami tidak pernah membaca kitab itu Ya Rasulullah..kami biarkan ia berhabuk...

Ya Rasulullah..kamu sanggup berkorban demi Islam hingga tersebar sehingga sekarang..
Tapi kami sekarang mempermain-mainkan agama Islam ini Ya Rasulullah...

Ya Rasulullah..kamu tinggalkan kami dengan Sunnah Mu..supaya kami dikasihi Allah..
Tapi kami ada rasa tidak yakin dengan Sunnah mu Ya Rasulullah..kami sombong lagi..

Hayati kisah ini :

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ya Rasulullah..kamu tidak kenal pada kami..siapa kami..
Tapi kamu sangat merindui kami Ya Rasulullah..sangat sayang pada kami..

Ya Rasulullah..
Kami di sini lalai..
Kami di sini cintakan Dunia berbanding Akhirat..
Kami di sini lebih sukakan hiburan berbanding dengan majlis ilmu..
Kami di sini suka melakukan dosa..
Kami di sini leka..
Kami di sini jarang untuk mengingati Mu..
Kami di sini tidak pernah rasa untuk mengenali Mu..
Kami di sini lebih mencintai orang lain dari Mu..

Tapi Ya Rasulullah..
Bukan semua di antara kami seperti di atas. Ada antara kami juga yang sangat merindui Mu. Ingin sekali bertemu dengan Mu Ya Rasulullah. Ada juga yang selalu memuji-muji dan berselawat ke atas kamu.

Terima kasih Ya Rasulullah..
Di atas segala pengorbanan Mu.
Di atas segala pesanan Mu.
Di atas segala akhlak yang di tunjukkan oleh Mu.

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
(Bukhari dan Muslim)
 p/s : semoga kita tidak lupa pada pemimpin yang agung ini, Rasulullah. jangan sesekali lupa, supaya nanti kita akan dapat bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, May 12

Jangan Terlalu Tergesa-Gesa!

Zaman teknologi sekarang. Zaman dunia di hujung jari. Maksudnya sangat mudah kita mendapat maklumat sekarang. Hanya dengan sekali klik, semua kisah keluar.  Dari macam-macam sumber. Antara benar atau tidak maklumat itu,tidaklah kita tahu. Tidaklah kita nak selidik sedalam-dalamnya.

Apa yang kita buat? baca dan terus nilai.

Ada yang tak baca,tapi terus bagi penilaian,bagi pendapat dan hujah2 yang konon-kononnya anda tahu segala kebenarannya! Hebat kan anda?

Ada yang tak baca langsung, dan tak nilai langsung, tapi sampaikan. Tapi bila di tanya kesahihannya, jawab dengan ikut kata hati. Membuatkan orang lebih keliru.

Tahu tak kalau perkara anda sampaikan itu tidak benar, ia boleh jatuh jadi fitnah! Tahu kan dosa memfitnah?

Dan sekalipun perkara itu benar, dan tuan punya badan pun tak suka perkara itu disebarkan. Ia akan jatuh mengumpat.! Tahu kan dosa mengumpat?

Tak perlu rasanya dijelaskan lagi dosa-dosa itu. Yelah, anda serba serbi tahu semuanya. Ilmu yang dicedok dari internet. Semuanya benar! Anda hebat sebab dapat sampaikan!

Tahu tak syaitan gelak tengok hangpa?

Jom kita hayati cerita ini :

Seorang pemuda dari Mesir bertanya kepada Ibnu Umar r.a tentang Khalifah Uthman bin Affan r.a. Penduduk Mesir pada masa itu kebanyakannya sangat membenci khalifah dan berancang untuk memberontak kepada kerajaan.

Lelaki itu berkata "Benarkah Uthman melarikan diri dalam Perang Uhud?"

Ibnu Umar menjawab "Ya"

Dia bertanya lagi "Benarkah Uthman juga tidak hadir dalam Peperangan Badar?"

Ibnu Umar  menjawab "Ya"

Dia bertanya lagi "Benarkah Uthman juga tidak hadir dalam peristiwa Bai'atul Ridwan?"

Sekali lagi Ibnu Umar menjawab "Ya"

Orang itu segera bangkit sambil bertakbir "Allahuakbar!". Dia menyangka bahawa persepsi buruk dan kebenciannya kepada Sayidina Uthman selama ini memang beralasan. Ia semakin yakin bahawa Khalifah Uthman adalah seseorang yang sangat buruk kerana perbuatan-perbuatan keji yang telah disahihkan oleh Ibnu Umar tadi.

Menyedari kesalahfahaman ini, Ibnu Umar segera berkata "Ke sinilah kamu agar aku jelaskan (perkara sebenarnya). Adapun Uthman lari dari Perang Uhud, maka aku bersaksi bahawa Allah telah memaafkannya (sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran (3) : 155).

Adapun ketidakhadirannya dalam Perang Badar disebabkan isterinya, Ruqayyah binti Rasulullah SAW, sedang sakit. Rasulullah memerintahkan Uthman merawat isterinya. dan bersabda :
" Kamu akan mendapatkan pahala dan ghanimah perang seperti orang yang menghadiri Perang Badar."

Adapun ketidakhadirannya pada Bai'atul-Ridwan, disebabkan Rasulullah telah mengutusnya pergi ke Makkah. Andai ada orang lain yang lebih terhormat di kota Makkah daripada Uthman, nescaya Baginda akan mengutus orang itu. Baiah (sumpah setia) itu terjadi setelah kepergian Uthman,

Rasulullah bersabda "Ini tangan Uthman," lalu Baginda menepukkan tangan itu ke tangannya (sebagai tanda baiah Uthman)"

Persepsi tentang Khalifah Uthman bin Affan berbalik 180 darjah apabila berita tentang beliau dijelaskan dengan sempurna, bukan terpecah-pecah. Beliau ternyata seorang tokoh yang sangat mulia di sisi Rasulullah SAW, tidak seperti sangkaan lelaki sebentar tadi.

Lalu Ibnu Umar berkata "Sekarang, pergilah kamu sambil membawa maklumat ini "

Sering kali kita bersikap seperti lelaki Mesir ini. Kita melihat sesuatu masalah menerusi satu sudut yang tidak sempurna,akhirnya kesimpulan yang kita buat turut tidak sempurna.

Dari sikap kita yang tergesa-gesa menyampaikan maklumat dan sesuatu perkara itu lah yang menimbulkan perpecahan umat sekarang. Terjadi lah isu tuduh menuduh, fitnah juga makin berleluasa.  Jangan kerana kita tidak suka akan seseorang itu, terus-menerus kita hendak sampaikan perkara yang bukan-bukan tentang dirinya, sedangkan itu adalah tidak benar.  Kalau pun ia adalah benar, kita tiada hak untuk memberitahu pada semua orang, melainkan ia adalah sesuatu perkara yang zalim dilakukan.

Jadi sahabat, selidik dulu berita yang hendak disampaikan tu. Jangan disebabkan anda seorang, berpecah belah umatnya jadinya. Renung-renungkan. Rajin-rajinkan diri untuk mengali maklumat.

Wallahualam.

p/s : bagi sesiapa yang suka sebar fitnah tu, bawa-bawa lah bertaubat.

"CAKAP BIAR TERASA"

Friday, May 4

Wanita dengan Perfume!





Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.

Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.

Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:
“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

sumber : MyIbrah

Harap kaum wanita jelas tentang perkara ini. Jika anda ada masalah bau badan, ada cara untuk menghilangkan nya, atau mengurangkan baunya. Sila cari.  Bukan alasan anda boleh sembur seberapa banyak yang mungkin pada badan, kerana ingin mengelakkan bau.

p/s : kalau sebelum kawin,pakai wangi2 sebab nak pikat hati lelaki. besok kalau dah kawin, cuba tengok apa respon suami anda bila bau badan anda yang original? fikir-fikirkan lah. Islam itu melarang adalah untuk kebaikan bersama.

Tuesday, May 1

Allah akan tolong kita.

Kita semua sudah tahu, di akhirat kelak bagaimana keadaan huru-hara nya kan? Masing-masing memikirkan nasib yang bakal akan kekal diterima. Samada Syurga balasannya ataupun Neraka Jahanam.

Di padang mashyar nanti, semua akan keseorangan. Takut! Mengigil! Menyesal!

Kenapa aku di dunia dulu terlalu leka?

Kenapa aku terlalu mencintai dunia sehingga lupa pada akhirat?

Kenapa aku tidak sedar?

Kenapa aku masih berdegil?

Pertanyaan demi pertanyaan. Tapi masihkah kita sempat waktu itu? Tidak sempat sahabat-sahabat. Tawakal jelah bila kita menerima buku amalan kita. Samada dari tangan kanan atau tangan kiri. Perbanyakkan lah selawat ke atas Nabi supaya kita boleh perolehi syafaatnya nanti. Jalankan lah Sunnahnya jika kita betul-betul memerlukan pertolongan Rasulullah.

Allah jugak boleh membantu kita. Dan kita juga memang memerlukan bantuan Allah disaat-saat getir itu. Pertolongan dari segi apa? Pertolongan yang merupakan melepaskan kita dari bala semasa di akhirat.

Kita semua mesti inginkan bantuan dari Allah untuk kita lepas semua bala bukan? Jadi ini adalah cara-cara untuk kita terlepas dari bala Allah. InsyaAllah.


  • Kita menolong orang islam yang dalam kesusahan di dunia. Seperti kesusahan ketika dia sakit, kita datang melawat dan memberi sedekah bantuan untuk meringankan dia. Dan selain itu, orang muslim yang dalam kelaparan.
  •  Mencari ubat untuk orang yang sakit kita lawati. Jangan kita pergi rumah dia promote suruh dia beli ubat pula, tapi kita dermakan ubat pada dia. Itu adalah lebih baik. Kita berusaha mencari ubat itu.
  • Kemudian, menolong orang yang dilanda musibah. Seperti banjir, tsunami dan sebagainya. Kita hulurkan bantuan seperti pakaian,makanan dan sebagainya. Ini juga antara cara untuk kita dapat lepas dari bala di akhirat kelak.
  • Dan akhir sekali, membantu orang yang difitnah. Contohnya kita menegakkan kebenaran, dan menidakkan apa yang tersebar mengenai dia. Dan kita juga menutup aibnya. 
Allah berfiman :
  Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, 
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. 
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. 
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
  
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
surah al-insan, ayat 5~9
 InsyaAllah sahabat-sahabat semua, inilah cara-cara untuk kita mendapat bantuan dari Allah untuk melepaskan kita dari bala-bala di akhirat. Selain itu juga, sebenarnya dengan perbanyakkan sedekah ini pun dapat membersihkan hati kita. Wallahualam.

Dan sebagai perkongsian bersama, ada 3 cara mudah untuk kita semua mudah menuju ke Jannah. Iaitu pertama ialah tunaikan perintah Allah (solat,puasa,berzikir dan sebagainya). Dan yang ke-2 ialah takut pada hari kiamat. Dengan adanya perasaan ini kita akan lebih mudah untuk mengikut perintah Allah. Dan yang terakhir ialah bagi makan 3 golongan ini. (miskin, anak yatim, dan orang yang terkepung).

Orang yang terkepung ini misalnya seperti orang-orang di Palestin, yang sememangnya susah untuk keluar dari tempat mereka. Jadi kita hulurkan bantuan dari sini dan hantar ke sana.

Ingat semua, kita kena bantu orang lain, permudahkan urusan mereka. InsyaAllah kita akan dipermudahkan di akhirat kelak. Derma di dunia, rasanya di akhirat. Kita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk perkara lain yang hanya sementara, tapi bila mana untuk sedekah kita jadi kedekut dan takut duit habis. Sedangkan dengan pelaburan inilah yang hasilnya terus berkekalan nanti. Nikmat yang tak terhingga.

Jadi, perbanyakkan sedekah anda!

p/s : ingat..dunia hanya sementara..akhirat yang kekal akan kita rasa sampai bila-bila.

"CAKAP BIAR TERASA"

Sunday, April 22

Jagalah Hubungan mu dengan Allah.

Allahuakhbar!Allahuakhbar!

Allahuakhbar!Allahuakhbar!

Asyhadu allaa ilaaha illallaah!

Azan berkumandang. Menandakan masuknya waktu solat bagi orang yang beragama Islam. Seruan Ilahi yang menyeru kita untuk pergi bertemu dengan DIA, menyembah DIA, merendahkan diri di hadapan DIA. Supaya kita tidak leka dan terus lalai dengan hal duniawi. Itu tandanya Dia sayang pada kita. Dia nak bertemu dengan kita, mendengar rintihan kita. Supaya kita pun bertambah sayangnya pada Dia!.

Antara perkara yang sangat sukar nak dilakukan pada akhir zaman ini, adalah pergi menyambut seruan Ilahi. Betul tak? Memang kita hormat azan, senyap semasa azan dilaungkan, ataupun jawab azan itu. Tapi adakah kita faham maksud azan itu sendiri? Kita umat Muhammad, mesti tau kenapa azan itu dilaungkan! Bukan sekadar diam seketika atau berhenti membuat sesuatu, tapi pergilah sahut! Allah panggil kita, tapi kenapa kita masih berani lagi untuk tinggalkan? atau lengah-lengahkan? Takde rasa takut ke dengar laungan azan?

Itu bermakna hati kita masih ada cinta pada dunia. Masih ada lagi kekotoran yang belum kita bersihkan. Orang yang hatinya bersih dan beriman pada Allah, dia adalah orang yang paling pantang dengar azan. Bilamana azan itu berkumandang,dengan segera dia akan terus pergi menunaikan sholat. Walau apa yang terjadi sekalipun.

Dari situlah kita dapat menilai bagaimana relationship kita dengan Allah. Kekuatan iman kita, keteguhan pendirian kita dan kasih sayang kita pada Allah. Cintai Allah, dan Allah akan mencintai kita.

Dan pada ketika Allah telah mencintai kita, kita sangat-sangat beruntung. Allahurobbi.

Rasulullah bersabda :

"Jika Allah mencintai seorang hamba, Jibrail menyeru di langit, sesungguhnya Allah telah mencintai si polan, maka cintailah dia. Lalu semua penghuni langit segera mencintainya. Kemudian diletakkan baginya penerimaan (qabul) di atas bumi" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jadi tidak rugi bukan kita mencintai Allah? menjaga hubungan baik dengan Allah. Jika kita mencintai Allah, maka Allah akan buat orang sekeliling menyayangi kita. Walau dengan siapa pun kita bertemu. Kerana kasih sayang Allah itu sangat luas.


Mari kita lihat bagaimana caranya itu kita menjaga hubungan dengan Allah :

  • Sentiasa bertaubat.
  • Sentiasa bersyukur atas nikmat
  • Bersabar.
  • Redha
  • Bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah.
  • Perbanyakkan solat-solat sunat atau bangun malam.
  • Memperbanyakkan selawat.
Jika kita benar-benar mengaku beriman pada Allah, kita sayangkan Allah. Maka buktikan kasih sayang itu. Buktikan ketakutan kita pada kekuasaan Allah, kebesaran Allah!. Apa yang kita lakukan itu mestilah niat kerana Allah, insyaAllah apa yang kita cuba buat itu atau nak sampaikan sesuatu mesti mudah. Dan semuanya berjalan dengan lancar.

Sentiasa kita mengutamakan Allah dalam segala hal. Kerana apa yang berlaku semua adalah kehendakNya. Setiap apa yang kita lakukan, fikirkan pandangan Allah terlebih dahulu dan bukannya pandangan manusia!. Jangan membelakangkkan Allah dan berpaling dari Dia.

Ingat, apabila kita menjaga hubungan baik kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita. Ingatilah Allah itu selalu. Wallahualam.

 "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka "
- Ali Imran: 190-191

p/s : minta maaf,agak lama tak mengupdate blog.

"CAKAP BIAR TERASA"


Saturday, April 7

6 Perkara yang Allah sembunyikan.

 
 
 
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata :

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 
 
'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 
 
"Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. 
Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: 
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : 
 
'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:  
 
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 
 
sumber : facebook.
 
 Lakukan lah apa jua kebaikan, walaupun kecil. Tapi ia besar di sisi Allah. DIA terima atau tidak, itu bukan urusan kita. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kerana DIA yang menciptakan segalanya. DIA yang menentukan segalanya. Yang penting niat kita kena betul, dan lakukan amalan itu sebaik mungkin. Wallahualam.

"CAKAP BIAR TERASA"

Tuesday, March 20

Who Am I ? Hamba Allah..

Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua.
 
Syukurlah kita hari ini dilahirkan sebagai seorang ISLAM. Keluar saja dari perut ibu, dah terang-terang agama kita adalah ISLAM. Besar bukan nikmat sebegitu? Dari bayi kita telah di azankan dan di iqamahkan oleh ayah. Sesuatu nikmat yang sangat besar di berikan Allah pada kita iaitu ISLAM.

Tapi kita sedarkah apa peranan kita sebagai seorang ISLAM di muka bumi ini. Tahukah kita peranan kita bila berada di muka bumi Allah ini. Bukankah kita ini sebenarnya dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini? Bukannya perosak.

************

Jika ditanya pada semua orang Islam, siapakah diri mereka. Pasti semua boleh menjawab 
" Aku adalah hamba Allah "

Memang betul kita adalah semua hamba Allah. Tapi bukan semua faham apa sebenarnye peranan kita sebagai hamba Allah. Tau bercakap, tapi taknak buat. Ada ilmu, tapi tidak diamalkan. Bila sebut pasal hamba, jadi mesti lah ikut arahan tuannya. Betul tak? Segala perintah dan larangannya mesti dipatuhi, itu barulah betul apa yang dikatakan hamba. Bukannya seorang hamba melawan tuannya, itu boleh jadi derhaka.

Jadi setelah kita mengaku bahawa kita adalah hamba Allah, kita kena perilaku seperti hambaNya yang taat, dan menuruti segala perintahNya dan laranganNya.  Kita bangun tidur, berjalan, makan, minum, mandi, nak pakai pakaian, tengok cermin, berlari, nak tidur dan apa saja yang kita lakukan mesti lah ingat pada Allah dan niat kerana Allah.  Segala apa yang kita lakukan semuanya kerana Dia.

Jika kita sentiasa ingat pada Allah, jangan takut. Allah akan sentiasa melindungi kita.  Hati kita akan menjadi tenang dan selamat.  Sebab perkara-perkara yang kita lakukan kerana Allah, mesti ke arah kebaikan dan mendapat keberkatan kerana di mulai dengan 'Bismillah'. Kita mesti selalu merendah diri, sujud kepada Allah. Menunjukkan kita ini hamba Dia, Dia yang menciptakan langit dan bumi. Tiada yang lebih hebat melainkan Allah.

Siapa kita untuk melawan Dia? Siapa kita untuk takbur dan sombong di muka bumi ini? Tak malu kah kita mengaku hamba Allah, tetapi sombong pada pencipta kita? Berjalan di atas muka bumi Dia, bernafas udara yang diberi oleh Dia! 

Allah berfirman :

"Wahai, hamba-hamba-Ku! Tiada kekhuatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati " (Surah az-Zukhruf 43:48)

Lihat Allah panggil kaum mukminin kesayangan-Nya dengan sebutan hamba-hamba-Ku. Sayangkan Allah pada kita?

Ingatlah sahabat peranan kita sebagai khalifah di bumi ini. Sebagai hamba Allah, apa sebenarnya kita patut buat.  Apa yang sepatutnya kita pertahankan.Islam itu adalah 1 nikmat yang tidak boleh ditandingi. Al-Quran adalah kitab yang terbaik dari segala isi di muka bumi ini. Allah telah berpesan, memberitahu kepada kita yang leka ini. Bacalah dan fahami apa yang terkandung dalam itu.  Jika kebahagiaan yang kita inginkan, dan ia kekal abadi adalah dengan ikut Al-Quran serta Sunnah.

Ingatlah sahabat, sebagai hamba kita mesti ikut perintahNya. Jauhi laranganNya.

Bila kita tidur, siapa yang jaga kita? Kalau bukan DIA. 
Bila kita sedih, siapa yang mengembirakan kita? Kalau bukan DIA.
Bila kita susah hati, siapa yang menyenangkan kita? Kalau bukan DIA.
Bila kita makan,minum. siapa yang beri rezeki pada kita? Kalau bukan DIA.
Bila kita terjatuh,luka. siapa yang sembuhkan kita? Kalau bukan DIA.
Bila kita gembira, siapa yang lebih gembira tengok kita? Kalau bukan DIA.
 
Sayangkan Allah pada kita? Walaupun kadang-kadang kita ini leka,lupa pada DIA. tapi DIA tetap akan jaga dan ingatkan kita pada DIA. Takut kita terus lupa dan terus lupa sehingga tiada DIA dalam hati kita. Tapi kita diberi peluang lagi sehingga ke hari ini untuk bertaubat dan berubah menjadi TRUE Hamba Allah!.

Beringat sebelum terlambat. Ingat apa tujuan kita hidup. Dunia hanyalah sementara, tempat persinggahan saja untuk kita. Akhirat kelak yang kekal abadi.

Sekian dari Hamba Allah. Assalamualaikum

p/s : mengaku hamba, mesti ikut perintah tuannya.

"CAKAP BIAR TERASA"

Sunday, March 11

Cabaran Hidup Di Akhir Zaman.




Akhir Zaman.

Seperti yang semua tahu, bahawa kita sekarang berada di umat akhir zaman. Zaman di mana banyak berlaku kemungkaran. Dari semua sudut kita boleh nampak maksiat itu berlaku. Zaman teknologi. Zaman dunia di hujung jari. Disebabkan ia dihujung jari la maka Iman kita juga hanya pada hujung-hujung tanduk. Hanya tunggu untuk jatuh.  Jika tidak dapat dijaga dengan betul, maka kita akan hanyut dalam kegelapan.

Bagi mereka yang beriman, hidup di zaman ini adalah sangat mencabar keimanan mereka. Di zaman ini, islam adalah sangat asing. Perkara-perkara yang sunnah kita lakukan akan di pandang pelik, malah kita di katakan ketinggalan zaman.  Contohnya bersugi,berserban,memberi salam pada semua orang dan sebagainya.  Bagi orang yang tidak faham ilmu agama, mereka akan memandang pelik perkara-perkara ini.

Banyak perkara yang berlaku pada akhir zaman ini, sepertimana yang dinyatakan dalam hadis :
  • DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUNSNAH.
  • SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM.
  • ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG.
  • UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI.
  • GOLONGAN ANTI HADITH
  • GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
  • PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU.
  • ISLAM KEMBALI DAGANG.
  • BAHAYA KEMEWAHAN.
  • UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI.
  • SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
  • ORANG YANG BAIK AKAN BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH.
  • HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT.
  • ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR.
  • SEDIKIT LELAKI DAN BANYAKNYA PEREMPUAN.
  • BANGUNAN TINGGI MENCAKAR LANGIT.
  • ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
  • ISLAM HANYA PADA NAMA.
Islam hanya pada nama. Itu ternyata banyak sekali hari ini.  Hanya ISLAM pada kad pengenalan, tapi langsung tidak berbangga,bersyukur dan menunjukkan yang anda itu ISLAM. Berbanggalah dan bersyukurlah wahai sahabat bila kita ini dilahirkan sebagai seorang Islam. Itu adalah nikmat paling besar Allah beri pada kita. Kenapa kita tidak mahu bersyukur? malah membenci pula hidup sebagai orang Islam. Kerana semua tak boleh, tidak bebas. Dengan kebebasan yang korang nak tu, dapat membawa kebaikan ke? Lihat pada diri itu. Hati jadi tak tenang, selalu gelisah, selalu merungut, mengeluh, semua yang kita buat tak kena.

Zaman sekarang memang mencabar kerana terlalu banyak hiburan melanda kaum islam. Baik di dalam radio mahupun di televisyen, kebanyakkanya menjadikan kita lalai dan leka. Aurat tidak lagi dijaga, malah yang menutup pun belum tentu dia menutup aurat sepenuhnya. Makin ramai yang terpengaruh dengan cara-cara hidup orang Yahudi dan Nasrani.

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Banyak sudah terbukti sekarang bukan? Apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar. Begitu juga dengan perkara-perkara lain. Kenapa kita masih lagi tak sedar dengan kebenaran ini?

Allah telah berfirman :

[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


( surah Al-Mukminun ayat 1 ~ 11 ).

Jadi bagi orang yang beriman dan percaya,yakin pada Allah Subhanahu Wa Taala jangan kamu berputus asa. Teruskan perjuangan, dakwah dan sebagainya dalam mengajak manusia ke arah kebenaran. InsyaAllah Allah akan tolong. Segala musibah yang berlaku itu adalah ujian dari Allah itu lihat jauh mana keimanan kita. Sedangkan Rasulullah yang dikasihi jugak di uji dengan begitu banyak sehingga di baling batu. Apa lagi kita umatnya yang lemah ini?

Biarlah kita menangis di dunia, di hina, dikutuk, dipinggirkan. Tapi di akhirat yang kekal kelak, kita adalah manusia yang paling bahagia untuk bertemu dengan Allah.  Indah bukan? Kenapa kita perlu rasa rugi di dunia? Sedangkan dunia ini adalah sementara dan banyak penipuan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka sama sekali." - Sahih Ibnu Majah: 0172


Semoga kita semua tergolong di antara orang-orang yang beriman dan mukmin. Wallahualam.


p/s : dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin. 

"CAKAP BIAR TERASA"