Friday, October 12

Adab Kita Dengan Guru.


sumber : facebook

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan keizinanNya untuk mengupdate blog lagi. Ingatlah segala idea yang kita dapat itu semua dari Allah. Dan segala apa yang kita taip samada kebaikan atau kemungkaran, lagha dan sebagainya ada pencatitnya dikiri dan kanan kita. Jika baik, cantiklah buku amalan kita nanti. Jika kemungkaran, fikir-fikirkan lah sendiri.

Sekarang ini ramai yang sudah dekat dengan agama. Ramai yang sudah kunjungi masjid,surau untuk mendengar ceramah, kuliah atau belajar agama dengan guru-guru seperti di atas. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berguru dengan mereka semua.

Kita semua memang saya pada para guru. Sayang sangat. Ada yang kita sekarang suka bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan. Bersalaman untuk keberkatan. Tapi ada yang diantara kita lupa adab kita pada guru. Sebab terlalu seronok dan sayang pada guru sampaikan kita lupa untuk menjaga hati guru kita. Jangan sesekali bagi guru kita berkecil hati, takut keberkatan ilmu kita dapat tu hilang nanti.

Jadi apa kata kita menjaga adab kita dengan guru. Jangan kerana terlalu 'sayang' itu sampai kita lupa akan adab-adabnya. Antara adab-adab yang perlu kita jaga bila dengan guru ialah :

  • Apabila bertemu dengan guru maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
  • Jangan memperbanyakkan percakapan di hadapan guru.
  • Jangan bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  • Jangan bertanya kepada guru sebelum ia meminta izin.
  • Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  • Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui dari gurunya.
  • Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  • Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  • Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  • Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  • Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  • Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  • Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa A.S bagi Nabi Khindir A.S seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia
 membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar". ( surah al-Khafi ayat 71)

  • Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu. Kerana  ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Jadi itulah antara adab-adab kita dengan guru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dan supaya kita semua dapat menjaga adab kita dengan guru. Jangan buat macam kawan-kawan, cakap tak berlapik. Bergambar kita pun sampai letak tangan atas bahu guru. Kan tak beradab tu. Walaupun guru kita itu mesra dan nampak macam tidak kisah, tetapi kita tidak tahu hatinya macam mana. Guru ni akhlak dia mulia, takkan dia nak tolak saja-saja permintaan anak murid dia. Mesti dia akan tunaikan.

Tapi bila dia dah tunaikan, jangan pula kita ambil kesempatan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dalam mencari ilmu. Dan semoga semua istiqomah dan dapat beramal dengan ilmu yang kita perolehi yea. InsyaAllah.

Sumber : Kitab Bidayatul Hidayah.

p/s : Bila pergi menutup ilmu tu, tinggalkan lah dunia ni kejap. Tutup atau silentkan handphone anda tu.

"CAKAP BIAR TERASA"

8 comments:

  1. insyaallah akn diamalkan,..heeee

    ReplyDelete
  2. Awal bulan hari tu ajar tajuk Adab Dengan Guru tahun 5. Kemain siap buat lakonan bagai lagi. Esok nya sorang budak laki tahun 5 tu jugak tengking depan muka betei-betei. Rasa nak tumbuk je. T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.sabar.berbudak.biasa la tu.kena garang lagi kot. =P

      Delete
  3. terima kasih untuk perkongsian ni ye :)

    ReplyDelete
  4. dl pon aku rs mcm aku ada kurang ajar ngan cekgu. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Mohon utk copy. :)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: