Kita semua sudah tahu, di akhirat kelak bagaimana keadaan huru-hara nya kan? Masing-masing memikirkan nasib yang bakal akan kekal diterima. Samada Syurga balasannya ataupun Neraka Jahanam.
Di padang mashyar nanti, semua akan keseorangan. Takut! Mengigil! Menyesal!
Kenapa aku di dunia dulu terlalu leka?
Kenapa aku terlalu mencintai dunia sehingga lupa pada akhirat?
Kenapa aku tidak sedar?
Kenapa aku masih berdegil?
Pertanyaan demi pertanyaan. Tapi masihkah kita sempat waktu itu? Tidak sempat sahabat-sahabat. Tawakal jelah bila kita menerima buku amalan kita. Samada dari tangan kanan atau tangan kiri. Perbanyakkan lah selawat ke atas Nabi supaya kita boleh perolehi syafaatnya nanti. Jalankan lah Sunnahnya jika kita betul-betul memerlukan pertolongan Rasulullah.
Allah jugak boleh membantu kita. Dan kita juga memang memerlukan bantuan Allah disaat-saat getir itu. Pertolongan dari segi apa? Pertolongan yang merupakan melepaskan kita dari bala semasa di akhirat.
Kita semua mesti inginkan bantuan dari Allah untuk kita lepas semua bala bukan? Jadi ini adalah cara-cara untuk kita terlepas dari bala Allah. InsyaAllah.

- Kita menolong orang islam yang dalam kesusahan di dunia. Seperti kesusahan ketika dia sakit, kita datang melawat dan memberi sedekah bantuan untuk meringankan dia. Dan selain itu, orang muslim yang dalam kelaparan.
- Mencari ubat untuk orang yang sakit kita lawati. Jangan kita pergi rumah dia promote suruh dia beli ubat pula, tapi kita dermakan ubat pada dia. Itu adalah lebih baik. Kita berusaha mencari ubat itu.
- Kemudian, menolong orang yang dilanda musibah. Seperti banjir, tsunami dan sebagainya. Kita hulurkan bantuan seperti pakaian,makanan dan sebagainya. Ini juga antara cara untuk kita dapat lepas dari bala di akhirat kelak.
- Dan akhir sekali, membantu orang yang difitnah. Contohnya kita menegakkan kebenaran, dan menidakkan apa yang tersebar mengenai dia. Dan kita juga menutup aibnya.
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan
kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur
dengan “Kafur”,
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh
hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di
tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan
menurut kemahuannya.
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka
takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan
disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami
memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak
berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
surah al-insan, ayat 5~9
InsyaAllah sahabat-sahabat semua, inilah cara-cara untuk kita mendapat bantuan dari Allah untuk melepaskan kita dari bala-bala di akhirat. Selain itu juga, sebenarnya dengan perbanyakkan sedekah ini pun dapat membersihkan hati kita. Wallahualam.
Dan sebagai perkongsian bersama, ada 3 cara mudah untuk kita semua mudah menuju ke Jannah. Iaitu pertama ialah tunaikan perintah Allah (solat,puasa,berzikir dan sebagainya). Dan yang ke-2 ialah takut pada hari kiamat. Dengan adanya perasaan ini kita akan lebih mudah untuk mengikut perintah Allah. Dan yang terakhir ialah bagi makan 3 golongan ini. (miskin, anak yatim, dan orang yang terkepung).
Orang yang terkepung ini misalnya seperti orang-orang di Palestin, yang sememangnya susah untuk keluar dari tempat mereka. Jadi kita hulurkan bantuan dari sini dan hantar ke sana.
Ingat semua, kita kena bantu orang lain, permudahkan urusan mereka. InsyaAllah kita akan dipermudahkan di akhirat kelak. Derma di dunia, rasanya di akhirat. Kita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk perkara lain yang hanya sementara, tapi bila mana untuk sedekah kita jadi kedekut dan takut duit habis. Sedangkan dengan pelaburan inilah yang hasilnya terus berkekalan nanti. Nikmat yang tak terhingga.
Jadi, perbanyakkan sedekah anda!
p/s : ingat..dunia hanya sementara..akhirat yang kekal akan kita rasa sampai bila-bila.
"CAKAP BIAR TERASA"
sesungguhnya sedekah itu menolak bala...
ReplyDelete