Alhamdulillah.
Rasanya sudah lama saya tak buat entry bab-bab aktiviti harian ni. Tergerak pula hati nak buat hari ini. Seperti yang korang semua tau, sudah dekat sebulan saya memakai braces (pendakap gigi). Bukan saja-saja nak pakai,tapi memandangkan selalu ada jek makanan-makanan terselit celah gigi. Jadi lebih baik saya luruskan saje semuanya. Senang sikit lepas ni kan.
Ini adalah nama-nama bagi benda yang ada pada gigi saya ni. Dan baru-baru ini pergi berjumpa dengan dentist. Dalam kepala hanya ingat gigi akan dicabut, sebab dah 4 minggu, dan setiap kali temujanji lepas ini adalah 4 minggu berturut-turut sampai lah waktunya braces ini dibuka.
Jadi semalam semasa di klinik, ramai jugak orang. Biasa lah hujung minggu, tak sangka pulak pada hari semalam ada patient klinik ini akan membuka braces nya setelah 3 tahun memakainya! Budak perempuan, muda lagi. Serius lama, dan setelah dibuka braces nya. Memang dia senyum tak berhenti dan susah nak tutup mulut. Gembira sangat rasanya sampai nak senyum sampai ke telinga. Memang tersusun rapi.
Pertemuan saya dengan dentist kali ini, adalah untuk menukar Arcwire tu. Sebelum datang tu, dalam kepala duk ingat nak kena cabut gigi hari ini. Rupanya belum lagi! Tapi gigi semua dah bertembung-tembung, dah sengal-sengal. Kalau korang nak tau tiap-tiap pagi bangun mesti akan rasa kebas teramat sangat. Rasa mulut cam bengkak-bengkak.
Tapi lama-lama jadi kebiasaan lah. Kena tahan lah sikit. Rupanya setiap kali berjumpa lepas ini doc akan tukar Arcwire tu kepada lebih besar dan besar lagu supaya akan tarik gigi dengan lebih kuat lagi. Ouchh.
Serius, semalam masa doc tu menukarkan wire ni memang teramat sakit sangat masa dia nak pasang semula tu. Sebab bila wire tu dah besar, then dia nak paksa masuk dekat bracket tu so doc kena tekan kuat sikit. Gigi bawah saya ni memang dah sakit sangat sebab dah berlaga dengan bracket yang lain, jadi bila doc tu tekan lagi kuat. Uhhh. Terangkat kaki. Sakit!
Biasa la kan, memula je sakit tapi lama-kelamaan ok dah. Bila dah selesai menukar wire baru, so lebih kuat dan mulut ni lebih senang bergerak. Tapi macam biasa lah, seminggu mesti akan sakit-sakit mulut dan sekarang pun dah rasa macam bengkak dekat gusi. Sebab tarikan wire ni agak kuat.
Dah selesai, jadi lepas ini 4 minggu berikutnya akan bertemu doc lagi. Dan disaat itu memang konfem, saya akan diberitahu mana gigi yang akan dicabut. Sekali lagi terseksa.
Rasanya itu jelah. Sekian terima kasih. Bagi yang ada kemusykilan samada braces ini boleh pakai ke atau tidak. Boleh klik SINI.
p/s : semalam terserempak dengan naib juara imam muda musim 1.
"CAKAP BIAR TERASA"
SESIAPA YANG INGIN MEMENANGI VOUCHER RM5300? Cepat tinggal beberapa hari saja!
Klik SINI
oo ko pon pakai braces gak. boleh jadik geng dah ni. blogger nama sama cam ko nabil fahmi pon pakai braces gak. hhehe.
ReplyDeletetime ketatkan braces tu mmg sakit gile. tak dapat disangkal lagi. sebab tu aku malas nk g follow up sbb lps follow up mesti sakit gigi. huhuhu
aku dah dekat 2 tahun 3 bulan pakai. tah bile nk cabut. rasa cam dah rata dah gigi ni..
aih... nampak sakit je org yg pakai gigi besi ni.
ReplyDeletemacam tak selesa je aku tgk..siap ada spring2 bagai. dah mcm tilam vono plak :D
ReplyDeletemakan naksik ke daging ke x lekat ke culah2 menda tu?
ReplyDelete