Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi apa saja di blog yang tak seberapa ini. Sebelum ini ada saya ceritakan tentang 18 sumber keberkatan. Harap dapat membantu serba sedikit dari entry tersebut. Semoga korang semua dapat amalkan.
Apa yang kita buat mesti kena ada keberkatan. Jika tidak ada, mesti akan sesuatu berlaku. Contohnya jika gaji anda tiap-tiap bulan bekerja itu tidak pernah cukup, cuba renung dan fikir. Adakah semua aku lakukan dengan baik? Betul ke niat dan cara aku bekerja? Jika anda inginkan 18 sumber keberkatan itu. Sila ke link ini :
Jadi pada entry kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang 11 perkara yang menghilangkan keberkatan. Ilmu ini saya kongsikan dari Seminar Productive Muslim yang pernah saya hadir dulu.
Baik. Ini antara 11 perkara itu :
- Banyak melakukan dosa dan mengamalkan perkara-perkara yang tidak baik.
- Tidak memulakan sesuatu perkara itu dengan Bismillah.
- Bersumpah atau mengangkat sumpah pada perkara yang tidak sepatutnya.
- Menipu dan Berbohong.
- Sangat berkira dalam bersedekah. (dalam wallet ada berpuluh-puluh ribu..tapi sedekahnye RM1).
- Memakan duit Haram.
- Bakhil dan Tamak.
- Tidak membayar zakat.
- Menukar-menukar unit timbangan untuk alat timbang. (supaya untung lebih)
- Tidak pernah nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri seadanya.
- Menjual harta.
Itulah antaranya perkara-perkara yang mengakibatkan hilangnya keberkatan dari sesuatu perkara yang kita lakukan. InsyaAllah sahabat-sahabat, jika kita dapat elakkan dari melakukan perkara-perkara di atas, mesti akan ada keberkatan di setiap perkara yang kita lakukan.
Lihat sumber yang kita perolehi, rezki yang kita cari. Jangan ingat sesuatu pekerjaan yang kita buat, contohnya dengan mendedahkan aurat itu Allah redha, Allah yang bagi rezki itu. Kadang-kadang itu Allah beri ujian untuk lihat sejauh mana keimanan kita. Apakah kita lebih sayangkan harta dunia atau mengikut perintahNya? Dan jangan ingat bila duit anda banyak dengan hasil pekerjaan begitu, Allah redha dengan rezeki yang DIA beri.
Allah sengaja beri kekayaan dan kuasa pada kita untuk memusnahkan hambaNya itu. Contoh seperti firaun atau Qarun. Allah beri kekayaan yang melimpah ruah, sehingga mereka lupa diri dan mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah sahabat, keberkatan itu amat penting sekali. Cari dan renung bersama, betul ke apa yang kita lakukan selama ini? Kenapa masih ada yang tidak pernah cukup? Jangan terlalu cepat salahkan perkara lain, salahkan takdir. Sedangkan anda sendiri tidak melihat kesilapan sendiri yang anda lakukan.
Semoga entry ini dapat memberi kesedaran pada sahabat semua.
p/s : rasa-rasa apa yang kita buat tu, Allah suka tak?

"CAKAP BIAR TERASA"
bila bersedekah tu kan, walaupun rm1 tapi besar pahalanya :) walau nampak berkepuk2 duit dlm dompet, kita tak tau duit tu sebenar utk apa.mungkin duit orang, nak jelaskan hutang ataupun duit tu utk kos rawatan org tuanya.tak kisah la berapa.. tapi yg pasti tgn di atas lebih baik dari tgn di bawah :) itu dah sebesar2 nikmat :)
ReplyDelete