Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah, yang mengeratkan hubungan ukhwah yang terjalin. Bersangka baik adalah 1 sifat yang bukan semua hamba Allah mampu untuk lakukan 100 peratus. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kesahlah sesama manusia ataupun dengan Allah.
Mesti ada sedikit, kerana kita ini insan yang lemah. Tak kuat. Tapi kita cuba jangan terlalu lama bersangka buruk. Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah kita beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikkan dengan perasaaan yang baik.
Bersangka buruk hanya akan membawa kita berfikiran negatif, hati tidak menjadi tenang malah akan hitam, seterusnya kita mula berasa dengki dan tidak puas hati pada orang lain. Dan kemungkinan kita akan menyampaikan fitnah. Banyak bukan boleh berlaku hanya dengan bersangka buruk?
Allah berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah bersabda :
"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).
Imam asy-Syafi'i berkata :
" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "
Kita ini sememangnya digalakkan untuk bersangka baik dengan semua manusia. Walau apa pun perkara berlaku, yang penting bersangka baik dan fikir positif! Sebab ia membuatkan hati kita selalu dalam keadaan tenang, nak marah pun susah. Dan menjauhkan kita dari sifat dengki serta mengumpat.
Contoh situasi :
Jika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebiji kereta yang laju dan pemanduannya agak bahaya. Jika sangkaan yang buruk, mungkin kita sudah pun memaki hamun pemandu itu di dalam hati walaupun hakikatnya dia tidak dengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata dia ada perkara kecemasan tu, nak cepat mungkin. Hati jadi tenang bukan? Tidak menambahkn dosa lagi.
Kita lebih cepat dan lebih banyak bersangka buruk dari bersangka baik. Jauhilah sikap sebegitu yea sahabat, kerana ia akan memakan diri anda sedikit demi sedikit.
Bersangka baik juga bukan hanya pada sesama manusia, tetapi juga pada Allah! Jangan kita cepat bersangka buruk pada Allah, disaat mana doakan kita tidak dimakbulkan. Atau pun apa yang kita mahukan itu, lambat di beri Allah.
Bersangka baik!
"Mungkin Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita"
"Allah sayangkan aku, sebab itu aku di uji sebegini rupa"
"Walau dimana jua aku berada, Allah mesti akan sentiasa menjagaku"
Lihatlah, kata-kata yang positif ini. Ia membuatkan hati anda rasa tenang, tidak lagi gelisah. InsyaAllah. Tidak rugi sesen pun jika kita bersangka baik. Betul! Anda semua mesti cuba. Dan akan rasa ketenangan yang amat sangat, bila semua perkara yang berlaku anda bersangka baik. Anda mampu tersenyum dikala orang lain dilanda masalah. Anda mampu menjadi penyeri bagi yang gundah.
Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan punkerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
Ingat sahabat-sahabat, bersangka baik lah kita pada setiap perkara yang berlaku. Setiap yang sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Inilah satu-satunya cabaran untuk anda, bersangka baik! Kerana bukan semua orang boleh lakukan. Jika anda berjaya lakukan bermakna anda sudah sanggup untuk menempuhi segala ujian dariNya. Apapun yang datang, anda tetap tenang dan senyum.
Istighfar dan berselawat la selalu. Teguhkan iman anda. Mantapkan hati anda atas agama Allah. Wallahualam.
p/s : rasenye hari ini berapa kali anda bersangka baik?
"CAKAP BIAR TERASA"
Bersangka baek tu lebih baek dari kita bersangka buruk pada seseorang sebab kadang2 apa yg kita sangka tu tak betul..maybe org tu nmpk jew macam jahat..tapi sebenarnya x..^^
ReplyDeletesemoga saya sentiasa bersangka baik :)
ReplyDeleteyea..bersangka baik..
ReplyDeletekadang2 terlepas wat..huhuh
moga hati sentiasa terlindung dari sangkaan buruk...positip dan sangka baik saja :)
ReplyDeletesy juga cpt bersngka buruk....tp main2 jew...adoiiii...
ReplyDelete