Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Thursday, April 5

Bersangka Baik ( Husnuzon ).

Bersangka baik adalah sifat yang cukup indah, yang mengeratkan hubungan ukhwah yang terjalin. Bersangka baik adalah 1 sifat yang bukan semua hamba Allah mampu untuk lakukan 100 peratus. Sekuat mana pun kita mampu bersangka baik, mesti ada ketika kita akan bersangka buruk. Tak kesahlah sesama manusia ataupun dengan Allah.

Mesti ada sedikit, kerana kita ini insan yang lemah. Tak kuat. Tapi kita cuba jangan terlalu lama bersangka buruk.  Bila ada perasaan begitu, cepat-cepatlah kita beristighfar. Semoga perasaan itu cepat hilang dan digantikkan dengan perasaaan yang baik.

Bersangka buruk hanya akan membawa kita berfikiran negatif, hati tidak menjadi tenang malah akan hitam, seterusnya kita mula berasa dengki dan tidak puas hati pada orang lain. Dan kemungkinan kita akan menyampaikan fitnah.  Banyak bukan boleh berlaku hanya dengan bersangka buruk?

Allah berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”  

Al-Hujuraat ayat 12 

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).


Imam asy-Syafi'i berkata :

" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "


Kita ini sememangnya digalakkan untuk bersangka baik dengan semua manusia. Walau apa pun perkara berlaku, yang penting bersangka baik dan fikir positif!  Sebab ia membuatkan hati kita selalu dalam keadaan tenang, nak marah pun susah. Dan menjauhkan kita dari sifat dengki serta mengumpat.

Contoh situasi :

Jika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba ada sebiji kereta yang laju dan pemanduannya agak bahaya. Jika sangkaan yang buruk, mungkin kita sudah pun memaki hamun pemandu itu di dalam hati walaupun hakikatnya dia tidak dengar. Jika kita bersangka baik, mungkin dalam hati kita berkata dia ada perkara kecemasan tu, nak cepat mungkin. Hati jadi tenang bukan? Tidak menambahkn dosa lagi.

Kita lebih cepat dan lebih banyak bersangka buruk dari bersangka baik. Jauhilah sikap sebegitu yea sahabat, kerana ia akan memakan diri anda sedikit demi sedikit.

Bersangka baik juga bukan hanya pada sesama manusia, tetapi juga pada Allah! Jangan kita cepat bersangka buruk pada Allah, disaat mana doakan kita tidak dimakbulkan.  Atau pun apa yang kita mahukan itu, lambat di beri Allah.

Bersangka baik!


"Mungkin Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita"

"Allah sayangkan aku, sebab itu aku di uji sebegini rupa"

"Walau dimana jua aku berada, Allah mesti akan sentiasa menjagaku"

Lihatlah, kata-kata yang positif ini. Ia membuatkan hati anda rasa tenang, tidak lagi gelisah. InsyaAllah. Tidak rugi sesen pun jika kita bersangka baik. Betul! Anda semua mesti cuba. Dan akan rasa ketenangan yang amat sangat, bila semua perkara yang berlaku anda bersangka baik.  Anda mampu tersenyum dikala orang lain dilanda masalah. Anda mampu menjadi penyeri bagi yang gundah.

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Ingat sahabat-sahabat, bersangka baik lah kita pada setiap perkara yang berlaku.  Setiap yang sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Inilah satu-satunya cabaran untuk anda, bersangka baik! Kerana bukan semua orang boleh lakukan. Jika anda berjaya lakukan bermakna anda sudah sanggup untuk menempuhi segala ujian dariNya.  Apapun yang datang, anda tetap tenang dan senyum.

Istighfar dan berselawat la selalu. Teguhkan iman anda. Mantapkan hati anda atas agama Allah. Wallahualam.

p/s : rasenye hari ini berapa kali anda bersangka baik?

"CAKAP BIAR TERASA"

Tuesday, February 7

4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk NERAKA!

Assalamualaikum. 
Seperti yang anda semua tahu, kaum wanita adalah yang paling ramai akan menghuni api neraka.  Bukan untuk memperkecilkan, tapi inilah kebenarannya. Oleh sebab itu semua mesti memainkan peranan, bukan saja kaum wanita sendiri malah kaum lelaki yang sebagai pemimpin juga harus menunjukkan tauladan yang baik, kena tegas dalam mendidik wanita sekarang yang memang keras kepala.  Kaum lelaki memang besar tanggungjawabnya, janganlah wanita menganggap kaum lelaki hanya tau cari nafkah untuk diberi makan dan minum,pakaian dan sebagainya.  Wanita kena faham apa tanggungjawab yang dipikul bila menjadi pemimpin.
Jika ayah, suami, anak, abang, adik menegur kamu wahai wanita, janganlah berdegil atau melawan. Perkara itu untuk kebaikan bersama.  Seorang lelaki yang soleh dan sememangnya hati dia hanya untuk Allah dan Rasulnya, dia akan membuat perkara yang diperintahkan.  Akan menjaga maruah keluarga serta anak-anaknya.  Jika seorang lelaki itu cemburu bila awak keluar tidak menutup aurat, itu bukan cemburu buta, faham tak.  Itu cemburunya kerana Allah, kerana tuntutan, kerana ingin menyelamatkan "AWAK SEMUA WAHAI WANITA" dari menghuni api neraka.
Baik lelaki atau perempuan, semua kena faham tuntutan Islam, dan kenapa kita disuruh dan dilarang.  Dan lelaki, jangan ingat kaum wanita adalah yang paling ramai menghuni neraka anda akan TERLEPAS!. Tidak sama sekali, sebab anda pun akan terlibat sama wahai kaum adam.  Nak tahu macam mana kamu semua boleh terlibat?  Jom kita tengok artikel ini :
4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai.
Sumber : Facebook UAI.
Lihat kaum adam, besar kan tanggungjawab anda?  Jangan jadi lelaki yang DAYUS, yang membiarkan saja kaum-kaum hawa ini.  Banyak cara untuk kita menegur mereka, lakukan secara perlahan-perlahan.  Jangan kasar-kasar, nanti depa lari.  Kita lakukan sambil berdoa, insyaAllah Allah akan bukakan hati mereka.
Untuk kaum wanita, jangan nak tunggu bakal suami didik awak, ayah atau abang / adik menegur.  Kaum wanita juga harus selalu muhasabah diri, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Hidayah dan Taufik kita kena mencari, dia takkan datang kalau kita tunggu saja.  Sebenarnya bila korang baca entry nie pun dah kira macam mendapat petunjuk, terpulang pada korang sendiri nak terima dan berubah atau baca sahaja dan buat tak tahu.  
Kalau terima dan berazam untuk berubah, Alhamdulillah. Itu tandanya korang terima hidayah, dan taufik itu adalah pertolongan dari Allah. (korang kena berdoa).  Kalau korang baca sahaja dan buat tak tahu, tandanya itu korang sendiri menolak hidayah.
" Apabila kita sesat di jalan raya, kita akan bertanya kepada seseorang yang mengetahui bagi menunjukkan jalan. Orang itu akan menunjukkan jalan dari tempat kita berada hinggalah ke destinasi. Segala yang ditunjukkan oleh orang tadi adalah petunjuk. Kita tidak akan sampai ke destinasi sekiranya kita tidak mendapat petunjuk.  Inilah contoh kedudukan hidayah Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah. Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.  Bila lengkap petunjuk, kita pun bergerak.  Kita tidak akan sampai ke destinasi jika hanya duduk diam dan tidak berbuat apa-apa. Apabila bergerak dan langkah itu selari seperti yang ditunjukkan, maka keupayaan untuk melangkah, bertepatan dan berbetulan dengan apa yang ditunjukkan kepada kita itulah taufik. Itulah taufik daripada Allah ( at-taufiq minallah) "
-Petikan dari Majalah Q&A, dari Ustaz Zul Ramli M. Razali.-
Faham sudah peranan masing-masing?  Wahai ibu-ibu, isteri-isteri, anak-anak, jika anda betul-betul sayangkan ayah,suami, dan anak lelaki anda.  Ikutlah perintahNya.  Bersama-sama lah kita sekeluarga memelihara maruah masing-masing untuk kita semua hidup bersama di Syurga nanti. Wallahualam.
Sekian. Assalamualaikum.
p/s : cermin diri anda selalu. betul ker kita mengikut Al-quran dan sunnah selama ini? 
"CAKAP BIAR TERASA"

Saturday, January 28

MALU LA NAK BUKA DEPAN-DEPAN!

Al kisahnya di sebuah bandar yang penuh dengan kesibukan manusia mengejar hal duniawi, terselit di celahan-celahan bandar itu seorang pemuda yang sentiasa berani melakukan sesuatu.  Pemuda yang berasal dari kampung pinang sebatang ini pertama kali turun ke bandar yang sibuk begini.  Di kampung beliau terasa aman dan damai, tiada bunyi bising dari kenderaan atau asap berkepul-kepul keluar dari cerobong kenderaan yang besar-besar.

Ok. Stop at there. Rasanya macam terlalu ke arah sasterawan negara ayat-ayat aku susun ni.

Kita sembang secara tak formal sangat la ok?

Sampai saje di bandar, pemuda ini pun berjalan ke sana dan ke sini.  Semua tempat dia redah. Shopping complex, kedai runcit, restoran, parking kereta, tepi lorong, belakang lorong dan tempat-tempat lain lagi.  Pemuda itu sungguh tidak sangka perbezaan cara hidup orang bandar dan orang kampung.  Di tempat beliau, orang semua hidup aman dan sentosa.  Sentiasa senyum, tolong-menolong, bersabar antara 1 sama lain dan yang paling penting keislaman di tempat dia dan di bandar sangat berbeza.

Di tempat beliau, bila masuknya waktu solat. Berlumba-lumba orang ke surau untuk solat berjemaah.  Tetapi disini sangat berbeza, bila azan berkumandang.  Masih ada lagi yang leka dan melengah-lengahkan solat.  Tidak hiraukan seruan Ilahi! sentak pemuda itu dalam hati.  

"Kenapa mereka bebas bergaul? Kenapa mereka hanya mengenakan pakaian yang tidak cukup kain?..mengaku islam.. tapi.."  

Perkara yang bermain-main di fikiran pemuda tersebut.

Setelah puas dia berjalan-jalan, akhirnya dia berenti minum di 1 kedai mamak yang open 24 hours macam 7 eleven.

"Kasi saya Teh'O' suam 1"....

Sedang dia menghirup air, tiba-tiba terlihat akan dia sekumpulan gadis di restoran tersebut.  Gelak mengilai dan hampir membuat kan pemuda itu terdesak airnya itu.  Terkedu seketika pemuda itu melihatkan kerenah gadis yang agak 'sopan' pemakaiannya itu.

Pemuda itu peratikan saja mereka bertiga dari jauh. 2 orang bertudung dan sorang lagi free hair.  Tapi baju yang mereka semua pakai adalah sama. T-shirt yang menampakkan susuk badan mereka.

"Seronoknya mereka ketawa..tidak tahu kah mereka jika ketawa terlalu banyak, akan memberi kesan pada hati? " pemuda itu membebel keseorangan.

Setelah lama pemuda itu perhatikan, akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi menegur mereka.

Pemuda itu pun melangkah dengan beraninya ke arah mereka.

Pemuda : Assalamualaikum.

Gadis-gadis : Waalaikumussalam. Cari sapa bang?

Pemuda : Buleh saya duduk sini sebentar? Ada perkara nak tanya la.

Gadis-gadis : Boleh, duduk la...(muka pelik) Nak tanya pasal ape?

Pemuda : Kamu semua ni umor berapa yea?

Gadis A : Saya 23 tahun..

Gadis B : Saya 20 tahun..

Gadis C : Samalah dengan saya, sweet 20..hikhik..(gelak lagi).

Pemuda : Ohhh. muda-muda lagi yea. Cantik awak-awak nie semua yea.

Gadis-gadis : Terima kasih..hikhik..( gelak kuasa dua )

Pemuda : Saya nak tanya awak semua ni Islam yea?

Gadis-gadis : Eh, ofkos la bang oiii..Tak nampak ke ada yang bertudung nie?  Kitorang pulak sembang pun berbahasa Melayu kan?  Ish, apelah mamat nie...

Pemuda : Takde, saya saje bertanya..Jangan marah.  Sebab saya tak pernah jumpa orang Islam macam nie di tempat saya..

Gadis-gadis : Tak pernah jumpa? (hahahahahahahaha..semua gelak besar!)  Kitorang nie cun sangat ke?

Pemuda : Yup, memang saya tak pernah jumpa yang mengaku Islam mempunyai perangai seperti kamu.

Gadis-gadis : Ape maksud ko yea? (dah mula panas).  Cakap canteq sikit.  Buruk sangat ke perangai kitorang nie?

Pemuda itu sudah mula tersengih-sengih dengan soalan depa ni.

Pemuda : Jika awak semua mengaku Islam, bagitau saya salah 1 kewajipan yang perlu dilakukan perempuan yang beragama Islam.

Gadis A : Solat!

Gadis B : Bersopan-santun!

Gadis C : Tutup aurat!

Pemuda : Pandai pulak cakap tutup aurat?

Gadis C : Memang lah pandai.  Dah belajar dari kecik kot.

Gadis B : Tau lah saya tak tutup aurat. Free hair.  Tapi saya tak kaco orang pun.

Pemuda : Yang bertudung ni, betul ke tutup aurat?

Gadis-gadis : Eh, tutup aurat la nie.  Apa masalah kau nie?

Pemuda : Jika saya suruh awak bukak baju awak depan-depan saya, boleh tak? sekarang?

Gadis-gadis : Woi!!  Agak-agak la mamat nie.  Gila seks ke hape?  Malulah weh nak buka depan-depan.  Aurat untuk bakal suami jek ok..

Pemuda : Pandainye cakap?  Tau pulak malu?  Bukan ke tiada perbezaan pun jika awak bukak baju tu dengan awak pakai baju tu sekarang?  Saya masih nampak susuk badan awak yang ******..

Gadis-gadis :  Yang kau pegi tengok watpe??

Pemuda : Bukan ke niat awak pakai macam nie adalah perkara yang sama? untuk menunjuk-nunjuk aset awak?  Saya tanya, TAK MALU KE AWAK DENGAN ALLAH?

Gadis-gadis : Terdiam......Erk. Glup.

Pemuda : Kenapa diam?  Tadi awak kata malu nak bukak kan?  Tapi awak sendiri tayang sekarang?  Awak pernah dengar " Berpakaian tetapi berbogel? "

Gadis-gadis : Pernah.. Tapi kami still pakai tudung?

Pemuda : Pernah ke Nabi berpesan "Wahai wanita pakai lah tudung "?  Yang Nabi pesan ialah Tutup aurat dengan sempurna.!  Aurat yang sempurna bukan bertudung jek cik kak oiii..

Gadis-gadis : tertunduk malu.....(muka merah).

Pemuda : Aurat hanya untuk bakal suami konon. Belum berkhawin, tapi dah bagi jantan lain tengok aurat korang. Tak malu? Tak malu?  Kalau tau malu, mesti boleh tutup semua..

************

Sekian sudah cerita tentang pemuda yang berani ini.

Bila orang menegur, kita janganlah terus melenting.  Sebaliknya lihat dulu apa kelemahan yang ada pada diri kita.  Sedar atau tidak yang selama kita hidup ni, tak pernah nak tutup aurat dengan sempurna.  Kalau aurat tak tutup dengan sempurna, rasa anda berapa markah untuk solat korang yang Allah berikan?

Renung-renungkan.

p/s : pemuda itu akhirnya berkhawin dengan ketiga-tiga gadis itu. (oke, nie rekaan semata-mata).

Wednesday, March 9

HARI INI HARI ANDA!

Rindu rasanya jari-jari gatal gua nak menaip nie.  Sampai tahap mengaru-garu jari dah,  kawan aku siap tanye tangan kanan ke kiri yang gatal.  Dia cakap kalau kanan nak dapat duit,  tapi kalau kiri aku kena belanja dia.  

Hampeh!

Pandai jek dia punya terjemahan.  Then aku jawab lah kalau dah dua2 tangan yang gatal,  ape maksudnya?  Dia cakap maknanye aku kena belanja ramai orang.  Terus jek dapat back-hand dari aku.  Baru aku perasan tangan aku ade sedikit kuat bila back-hand,  ala-ala Datuk Chong Wei gitu.

Oleh sebab dah seminggu menahan gatal jari nie,  akhirnya dapat juga aku jumpa ubatnya hari nie.  Yelah, update blog la ubatnye.  Korang jangan jadi macam aku sampai gatal-gatal jari.

Cerita pasal entry aku hari ni,  tajuk pun dah memang hari ini kan.  Jadi memang nak cerita pasal hari ini ajelah.  Bukan semalam, besok or lusa,  tetapi HARI INI!!
Semenjak dua nie aku sekarang dah rajin-rajin nak baca buku motivasi,  maybe moral ade down kot sikit-sikit.  Biasa la tuh kan,  dah memang lumrah.   Mesti sekali sekala tuh korang akan rasa tertekan jek.  Dan mula la nak tekan perasaan sendiri dan perasaan orang lain.  Semua nak ditekannye,  sampai orang lain pun rasa tekanan korang tu.  Beware sikit,  jangan sampai ade pulak yang membenci nanti yea.

Kita nie manusia biasalah akan melakukan kesilapan,  agak pelik bin ajaib la kalau ade manusia yang tak pernah buat SILAP!  Sempurna sangat ke korang?  mesti ade kelemahan dan kelebihan masing-masing.  Tapi manusia yang bijak akan belajar dari kesilapan yang di buat dan bukannya mengulangi benda yang sama jek sampai mati.  Bodoh namanya tu!

So, korang kena study kelebihan yang ada pada diri korang tuh dan perbaiki kelemahan yang ada.  Muhasabah diri selalu dan ingat jangan selalu bersedih dengan perkara yang lalu.  Itu point aku nak sampaikan sebenarnya tentang HARI INI HARI ANDA.  Jadikan hari-hari yang akan mendatang sebagai hari yang bermakna dalam hidup korang.  Buatlah perkara yang baru dan learn sumthing new,  bukan dengan mengenangkan saja perkara yang dah lepas.  Sebab bila korang selalu bersedih mengenangkan perkara yang lepas ia sebenarnya 'membunuh' semangat korang pelan-pelan.

Itu sebab ada yang sampai bunuh diri dan sebagainya la,  sebab terlalu bersedih benda yang dah lepas dan telah pun terjadi.  Dah menjadi ketentuan-Nya,  jadi kenalah belajar untuk redha dan tawakal.  Mungkin ada hikmah disebaliknya,  jangan la menyeksa diri dan semangat korang tu.  Dan jangan juga,  terlalu berfikir untuk perkara yang akan datang.  Perkara yang belum pasti akan terjadi.  Membuat persiapan takde hal,  tapi sampai terlalu takut sangat untuk menghadapi perkara yang akan tiba pun susah jugak.  

Ingat,  hidup ini macam roda sekejap di atas dan sekejap lagi korang di bawah.  Ia banyak mengajar sebenarnya,  bila dah jatuh tu cuba untuk bangkit semula dan bila dan berada di atas cuba bertahan untuk tidak jatuh terduduk.  Itu sebabnya penting untuk tidak mengenang2kan benda yang dah jadi sebab perkara itu yang menyukarkan korang untuk bangkit.

" Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam."


p/s :  korang selalu ker mengenangkan perkara-perkara yang dah lepas? sampai nangis2 dan menyesal?

p/s lagi : rasanya macam dah malas nak buh gambaq dekat entry..hehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, February 20

PESANAN DR.FADILAH KAMSAH

Sejak akhir2 nie aku rajin lak nak tengok email..dari sape dan kenapa.sO,dalam banyak-banyak email yang kawan2 aku hantar, ini yang menarik aku pilih dan nak kongsi dengan korang di luar dan di dalam sane!.Korang baca dan renung2 kan yea (ade olahan cikit) :


Apa yang diperkatakan oleh Dr.Fadilah Kamsah :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena " 

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. 

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,  hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja.(kuat ngulor la umpamanye).
 
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' (cube bwk bertenang lain kali)


3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.(kerja sendri tak siap,tapi sbuk kerja orang lain). 

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.(pong..pang..pong..pang..tapi ape pun takda) 
 

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS . 
 

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .( cam gedik lebey kot )
 

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 


8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
 

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
 

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita withdraw kat akhirat nanti.Tapi kalau kita asyik dengki mendengki.Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. 

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

Thanks for the Sharing~

That's all. 
 

Friday, January 22

Gambaran Alam Mahsyar!!(part 3)

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.



15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang .Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Sunday, January 17

Gambaran Alam Mahsyar!!(part 2)

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



Nantikan sambungan nye lagi ye....:)

Gambaran Alam Mahsyar!!

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Wednesday, December 16

Pilih yang Terbaik~

Pada suatu hari di sebuah sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai Persahabatan


Pelajar : Cikgu,mcm mane kita nak pilih seorang kawan yg terbaik sebagai org yg paling kita sayang?Mcm mane jg persahabatan itu nk berkekalan?

Cikgu : Ok,kamu ikut ape yg saya suruh.Kamu pergi berjalan ke pdg,kamu berjalan d ats rumput sambil
memandang rumput di depan kamu.Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.Dan petik rumput yg PALING cantik,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yg di pilih?

Pelajar : Tadi msa sy berjalan,sy carilah.Memang byk yg cantik tapi cikgu mintak yg PALING cantik,maka
saya pun trus berjalan ke depan mencari yg PALING cantik tanpa menoleh ke blkg.Tapi sampai di penhujung padang,sy tak jumpa pun.Mungkin ada diantara yg blkg sy td rumput yg PALING cantik tapi cikgu ckp tak blh menoleh ke blkg,jadi tiada la rumput yg dipetik.

Cikgu : Ya,itulah jawapannya.Maknanya apabila kta telah berjumpa dgn seseorang yang kita sayang ataupun
minat,JANGAN lah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yg berada di depan kta sebaik-baiknya.JANGAN kta menoleh ke blkg lagi kerana yg berlaku tetap akn berlaku.Semoga yg berlalu tidak berulang lagi.DAN ingatla org yang plg kita syg atau minat itulah yg paling CANTIK dan paling BAIK wlaupun nak ikutkan byk lagi yang cantik dan baik sprti rumput tadi.

Sunday, August 16

~9 seBab haTi tiDak BahAgia~

So..pada hari ahd yg mulia dan nyaman nie..hehehe..(sbb tmpt aku ujan ari nie!)bestnyee tidoooo..hehehe..Hari nie aku nk cite sket..npe kdg2 tuh..ati kte rse cm xbeSt jerk kn..

Msti krg penah rase gak kn?btui x?aku byk kali dah..dn bnda2 cmnie..ade gak tkena kat aku..hehehe
S0..klu krg rase2 ada pada krg..ape kata ubh cket..ngeee~jdi idup nie lebih enjoy!!...
Nie nak kongsi sket ngan krg...

AnTara nye ialah...(cm nk bagi anugerah pn ade ayt nie)hahaha.. :

1) Pemarah...
- Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam dri manusia. Orang seperti
ini jrg mendapat kwn dan hatinya tentu tidak tenang..(btui..ape krg rse bler ngah mrh?msti
xtng kn?)-

2) Pendendam...
- Dendam tersembunyi. Orang yang selalu mencari peluang utk membalas dendam hatta scra
kecil2 sekalipun seperti sakitkan ati org atau tempelak pda org yg dia dendam tuhh.(org
cmnie mudah skit jantung tau!!)

3) Hasad Dengki...
- Amalannye hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan..(nie lagi
laaaa..huh!)

4) Bakhil...
- Sentiasa mrasakan org lain menginginkan harta dan lain2 dari
dirinya..huhuhu..cnth,sentiasa berdalih mengatakan tiada duit..ngee~(Allah lbh syg org
fasiq tetapi pemurah tetapi benci pada org yg abid tapi bakhil..)

5) Tamak...
- Org yg tidak puas dgn yang sedikit nescaya tidak akn puas dgn yg banyak!(Biarlah rezki itu
sedikit tapi mendapat keberkatan iaitu dpt dimanfaatkan..

6) Tidak Sabar...
- Org yg tak boleh nk bersabar dlm ape hal sekalipun..walaupun mslh yg kecil2..huhu..(dari
xsabar nie la leh menyebabkn kemarahan..kn?)

7) Ego...
- Ibu segala mazmummah!..Jadi ia membuatkan seseorg paling tidak tenang.Org yg pntg
tercabar sket..huhu..(kawal2 la ego anda tuh ea)

8) Riak...
- Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang utk dipuji.(nie lbh pada org yg hipokrit
la)huhuhu...pastu jenis suka ckp besar..tapi apa pn xda!..hehehe

9) Cinta Dunia...
- Tidak dpt menderita,dapat pun menderita kerana bila suda dpt,ssh pula nk
menjaganya..Nak berharta takpe,tapi kawal hati tuh..Jgn letakkan hati kita pada harta
tuh...sbb harta dunia juz sementara..lame2 reput jgak kn?hehehe..

Tuh la dia..ckup 9 dah..hehehe,nak dkt2 pose nie..kne la beringat2 cket..
Jadi klu korang de rse2 xtenang tuhh..cube selidik blik..ape sbbnye..klu xdpt gak,g amik wuduk..pastu solat..xtenang gak?xtau dah nk ckp ape..hehehe.
Assalamualaikum..(^_^)

Saturday, April 18

ChanTeq nye dier!!..

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti..

Saturday, January 10

Biler kita sayang kan seseoranG tuhh!!

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tapi bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe, manusia tak sempurna

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita?? dia marah2
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu

Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun tak pe layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan
Ada dia layan kita?
Hati kate tak pe, dia busy kot!

Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata tak pe, dia tension tuu

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan orang lain
Bila jadi camtu
Hati kata tak pe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia

Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia, rasenye cerita dengan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar, semua kite ingat
Hati kata tak pe, sayang katakan…

Bila kita sayang orang tu
Kita dengan dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian dia….

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia
Hati kata, bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap kuar dengan kawan2 dia,
Hati kata, ala tak pe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata tak pe, dia memang macam tu kena lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia buat selama2nya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita, sakit biasa2 je, jangan nak mengada-ngada
Hati kata, macam manalah dia bila kita tak ada, mesti dia gembira...