Tuesday, February 7

4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk NERAKA!

Assalamualaikum. 
Seperti yang anda semua tahu, kaum wanita adalah yang paling ramai akan menghuni api neraka.  Bukan untuk memperkecilkan, tapi inilah kebenarannya. Oleh sebab itu semua mesti memainkan peranan, bukan saja kaum wanita sendiri malah kaum lelaki yang sebagai pemimpin juga harus menunjukkan tauladan yang baik, kena tegas dalam mendidik wanita sekarang yang memang keras kepala.  Kaum lelaki memang besar tanggungjawabnya, janganlah wanita menganggap kaum lelaki hanya tau cari nafkah untuk diberi makan dan minum,pakaian dan sebagainya.  Wanita kena faham apa tanggungjawab yang dipikul bila menjadi pemimpin.
Jika ayah, suami, anak, abang, adik menegur kamu wahai wanita, janganlah berdegil atau melawan. Perkara itu untuk kebaikan bersama.  Seorang lelaki yang soleh dan sememangnya hati dia hanya untuk Allah dan Rasulnya, dia akan membuat perkara yang diperintahkan.  Akan menjaga maruah keluarga serta anak-anaknya.  Jika seorang lelaki itu cemburu bila awak keluar tidak menutup aurat, itu bukan cemburu buta, faham tak.  Itu cemburunya kerana Allah, kerana tuntutan, kerana ingin menyelamatkan "AWAK SEMUA WAHAI WANITA" dari menghuni api neraka.
Baik lelaki atau perempuan, semua kena faham tuntutan Islam, dan kenapa kita disuruh dan dilarang.  Dan lelaki, jangan ingat kaum wanita adalah yang paling ramai menghuni neraka anda akan TERLEPAS!. Tidak sama sekali, sebab anda pun akan terlibat sama wahai kaum adam.  Nak tahu macam mana kamu semua boleh terlibat?  Jom kita tengok artikel ini :
4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai.
Sumber : Facebook UAI.
Lihat kaum adam, besar kan tanggungjawab anda?  Jangan jadi lelaki yang DAYUS, yang membiarkan saja kaum-kaum hawa ini.  Banyak cara untuk kita menegur mereka, lakukan secara perlahan-perlahan.  Jangan kasar-kasar, nanti depa lari.  Kita lakukan sambil berdoa, insyaAllah Allah akan bukakan hati mereka.
Untuk kaum wanita, jangan nak tunggu bakal suami didik awak, ayah atau abang / adik menegur.  Kaum wanita juga harus selalu muhasabah diri, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Hidayah dan Taufik kita kena mencari, dia takkan datang kalau kita tunggu saja.  Sebenarnya bila korang baca entry nie pun dah kira macam mendapat petunjuk, terpulang pada korang sendiri nak terima dan berubah atau baca sahaja dan buat tak tahu.  
Kalau terima dan berazam untuk berubah, Alhamdulillah. Itu tandanya korang terima hidayah, dan taufik itu adalah pertolongan dari Allah. (korang kena berdoa).  Kalau korang baca sahaja dan buat tak tahu, tandanya itu korang sendiri menolak hidayah.
" Apabila kita sesat di jalan raya, kita akan bertanya kepada seseorang yang mengetahui bagi menunjukkan jalan. Orang itu akan menunjukkan jalan dari tempat kita berada hinggalah ke destinasi. Segala yang ditunjukkan oleh orang tadi adalah petunjuk. Kita tidak akan sampai ke destinasi sekiranya kita tidak mendapat petunjuk.  Inilah contoh kedudukan hidayah Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah. Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.  Bila lengkap petunjuk, kita pun bergerak.  Kita tidak akan sampai ke destinasi jika hanya duduk diam dan tidak berbuat apa-apa. Apabila bergerak dan langkah itu selari seperti yang ditunjukkan, maka keupayaan untuk melangkah, bertepatan dan berbetulan dengan apa yang ditunjukkan kepada kita itulah taufik. Itulah taufik daripada Allah ( at-taufiq minallah) "
-Petikan dari Majalah Q&A, dari Ustaz Zul Ramli M. Razali.-
Faham sudah peranan masing-masing?  Wahai ibu-ibu, isteri-isteri, anak-anak, jika anda betul-betul sayangkan ayah,suami, dan anak lelaki anda.  Ikutlah perintahNya.  Bersama-sama lah kita sekeluarga memelihara maruah masing-masing untuk kita semua hidup bersama di Syurga nanti. Wallahualam.
Sekian. Assalamualaikum.
p/s : cermin diri anda selalu. betul ker kita mengikut Al-quran dan sunnah selama ini? 
"CAKAP BIAR TERASA"

2 comments:

  1. "Cakap Biar Terasa "

    Gile tak terasa, sentap dah ni... sebab kau bagi nasihat yg baik Nabiel. Alhamdulillah.... Yes, lelaki kene banyak nasihatkn wanita, sebab wanita akn rasa malu kalau teguran tu dari lelaki. Believe me, lelaki dn wanita tu fitrah, sbb tu wanita akn cpt tersentuh hatinya kalau teguran ikhlas tu dari lelaki. tp teguran mesti lembut. Okay? keep it up :)

    ReplyDelete
  2. ada baca artikel. memag bagus di share. :)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: