Assalamualaikum.
Nak share cerita ni dekat hangpa, nak kupas isu bebel ni rasanya macam aku dah pernah buat entry sebelum ini pasai membebel.
Tersebut la kisah sepasang suami isteri di sebuah perkampungan. Suaminya bekerja di kota, dan agak jauh perjalanan pergi dan balik ke rumah, manakala si isteri pula adalah full time suri rumah. Si suami ini mempunyai ciri-ciri lelaki yang baik. Soleh, penyabar, tidak suka marah-marah, romantik dan sebagainya la. Si isteri pun sama. Tapi 1 yang kelemahan isterinya ialah kuat sangat membebel. Sekali buka mulut mau berjam-jam tanpa henti. Si suami ini memang sangat-sangat penyabar.
Nak dijadikan suatu cerita.
Pada hari itu si suami agak keletihan, terlalu banyak kerja di pejabat. Bila terlewat sikit saje balik, bukak-bukak pintu si isteri akan terus membebel. Membebel dan terus membebel. Di sebabkan keletihan si suami pun dah tak larat nak dengar isterinya membebel. Jadi setelah hilang kesabaran, dia nekad itu balik bila isterinya sudah tidur.
Pada keesokannya dia pulang ke rumah memang agak lewat. Sampai saja dirumah, dah gelap, semua lampu sudah ditutup. Berasa amat lega sekali si suami dengan tidak kedengaran suara isterinya membebel.
"Alhamdulillah..lega rasanya malam ni!" kata suaminya.
Dia pun bersiap-siap untuk tidur, setelah siap mandi. Si suami pun ingin meneruskan hajat dia untuk beradu. Masa tu, bilik agak gelap. Taknak kejutkan si isteri dia pun berjalan perlahan-lahan menuju ke katil.
Entah mana silapnya dia terlanggar barang, lalu isterinya tersedar! Dari malam itu nak tidur nyenyak, tak dapat kerana isterinya tadi bangun saja terus membebel.
Suaminya hilang sabar. " Tak boleh jadi macam ni..tak tahan aku dengaq hang duk berleter jek. "
Pada keesokannya, si suami pulang awal. Sampai saja, macam biasa la. Isterinya akan mula membebel. Tapi pada hari itu, dia nekad untuk mencampakkan isterinya ke dalam perigi buta di kawasan rumahnya. Di dukung isterinya, lalu dia bawa ke perigi tersebut dan campakkan dia ke dalam.
" Duduklah awak dalam tu. Nak membebel sangatkan? "
Si suami pun pulang ke rumah dengan hati yang amat senang sekali. Lega rasa hati. Tak terkata rasanya bila balik ke rumah tidak mendengar lagi bebelan isterinya.
Mula-mula dia rasa macam lega, tapi 2 ke 3 hari kemudian dia rasa macam sunyi la pulak. Rasa macam tak lengkap pulak kalau tak dengar si isteri membebel. Rasa macam 1 kehilangan. Si suami pun bingung, lalu membuat keputusan untuk ambil balik isterinya dari perigi itu.
Dia pun pergi ke perigi tersebut. Sampai saja di sana, dia pun melontarkan tali untuk si isteri naik.
" Cepatlah naik..Saya nak dengar awak membebel. Tak sampai hati pulak nak biarkan lama-lama di bawah "
Tali tak bersahut.
" Hoiii! Cepatlah naik.." suami menjerit.
Akhirnya dia rasakan seperti ada sesuatu yang menarik tali tersebut.
Tiba-tiba keluar 1 lembaga hitam berbulu. Besar sangat keluar dari perigi menggunakan tali si suami tadi. Si suami bingung dan bertanya :
Suami : Eh, sapa kau ni? Besar dan berbulu. Isteri aku mana??
Jin : Aku Jin yang duduk di dalam perigi ini.
Suami : Kenapa kau keluar? Aku suruh isteri aku yang keluar la. Pulangkan balik isteri aku.
Jin : Isteri kau ada di bawah sana, aku naik sebab aku tak tahan dengar isteri kau MEMBEBEL di bawah sana. Semenjak kau campak dia ke dalam, aku lah yang jadi mangsa keadaan. Tiap-tiap hari aku berdoa supaya ada orang dapat membawa aku keluar.
Suami : ...............
Jin pun boleh tak tahan dengar perempuan itu membebel. Cerita ini hanya rekaan. Tiada kena mengena dengan jin atau sesiapa.
The moral is, kawal-kawal sikit bebel tu. Silap-silap pasni tidur perigi buta.
p/s : jin tuh awal-awal lagi dah boleh terbang rasanya kan?hehe
Erk..sungguh kijam itu suami. kot yea pun marah..jgn la dicampak si isteri dalam perigi..si isteri pun..nak membebel agak-agak la kan..sian si suami..
ReplyDeleteP/s : terima kasih atas pesanan.. :D
Fitrah perempuan byk membebel. Pengajaran dia mmg la smpai jin pun tak tahan dgr pmpuan membebel. tp dari sudut lain, cuba hang tgk, suami y cmpak bini dia, last2 dye cari balik sbb apa? sbb disebalik membebel tu ada jgk terselit hiburan @ halwa telinga buat suami. haaaa... kihkihkih :P
ReplyDeletehehehe sekali jin plak yang naik hehehe
ReplyDeletebebelan isteri dan ibulah yang akan buat satu family ceria n terse disygi...kalo xde, ce tgk si suami...mesti carik balik...
ReplyDeletepsstt2... bebelan wanita lg sedap dari bukak radio tau...hehehe
Lumrah...tp kalo laki yg membebel cmne eak? hhehehe
ReplyDelete