Siapa dia BOS kita?
Siapa lebih hebat?
Sekarang pekerjaan memang perkara utama. Pendapatan yang diperolehi itu lebih diutamakan dan dicari-cari. Maklum saja lah taraf hidup sekarang memang berbeza dengan zaman dahulu. Semua harga makin naik, makin naik dan makin naik. Tapi gaji masih ditakat itu saja bukan?
Aku bukan nak menyentuh bab gaji kali ini. Tapi bab kelakuan kita dengan bos di tempat kerja. Biasa la kerja di dalam organisasi mesti ada BOS nye. Mesti ade pemimpinnya!
Apa yang kita perlu buat pada pemimpin-pemimpin ini. Takut atau Hormat?
Sudah tentu la jawapan nya adalah Hormat, dan bukan Takut pada dia. Kerana yang kita perlu takut hanya pada BOS yang paling besar di alam ini iaitu ALLAH! Itu yang kita perlu takutkan. Bukan Bos didunia ini yang hanya tahu beri arahan pada kita.
Cuba lihat apa kita buat bila berhadapan dengan Bos di tempat kerja. Hormat dan Takut terlebih betul? Untuk menunjukkan tanda Hormat, kita ucapkan 'Selamat Pagi', kadang-kadang tu tolong buatkan air untuk dia, segala apa yang dia bagi tahu kita dengar dengan teliti,
Takut?
Kita jadi takut dan tak berani nak tegur bila Bos kita buat kesalahan. Contohnya macam dia tidak menunaikan Solat, ada kita berani nak pergi tegur? Sedangkan sepatutnya kita ajak beramai-ramai untuk bersolat. Dengan pekerja lain kita berani, tapi dengan Bos tak berani. Seterusnya bila Bos memberi arahan supaya kita menipu sesuatu perkara. Adakah kita akan tegur Bos atau terus senyap dan melakukannya? Mesti yang ramai jawab akan terus senyap. Sebabnya takut dengan Bos.
Kita takut dengan Bos di dunia, tapi tak takot pulak dengan BOS yang SATU! BOS pada langit dan bumi dan sekalian alam. BOS yang mencipta segala-galanya. Kepandaian yang ada pada Bos kita ditempat kerja itu pun BOS yang lebih besar yang bagi. Jadi pada siapa kita perlu takut sebenarnya?
Allah itu lah BOS besar kita di alam ini. Allah Maha Pencipta, Maha Besar. Maha Mengetahui, Pemberi Rezki. Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah itu Maha Pelindung.
Buatlah apa yang di perintah Allah dan Rasulullah. Tak perlu takut dibuang kerja, dimarahi, di potong gaji dan tidak dapat pekerjaan, kerana Allah sentiasa akan aturkan yang terbaik untuk manusia yang mencintaiNya. Kita hanya perlu yakin dan percaya yang Allah akan bantu. Allah akan tunjukkan jalan. Kalau kita menegakkan sesuatu perkara hanya kerana Allah, sesungguhnya akan banyak lagi perkara yang lebih baik akan berlaku.
Siapa la nak tegur pemimpin yang buat salah kalau bukan kita? Tapi teguran itu mestilah cara berhemah. Ialah sebab mereka nie Bos, yang mempunyai ego yang besar. Serius! Kadang-kadang ada setengah Bos pandai menasihatkan pekerjanya supaya jangan melanggar peraturan itu dan ini, tetapi dia sendiri tak ikut, macam mana anak buat nak ikut? Renung-renungkan lah pemimpin macam tu.
Kalau betul kita sayangkan Allah, kita tak akan risau kehilangan kerja disebabkan perkara betul yang kita lakukan, kita tidak akan risau jika pekerjaan yang gajinya lumayan kita tolak sebabnya pekerjaan itu lebih menambahkan dosa kita, kita tidak perlu takut untuk hidup susah jika gaji yang dapat tidak seberapa tetapi halal dan berkat, dan yang paling penting kita tidak perlu risaukan sangat tentang hal duniawi ini, kerana itu hanya sementara.
Kita kaya, jawatan tinggi, beristeri, rumah besar, kereta besar, keluarga besar, semuanya serba sempurna di dunia. Tetapi jika bekal untuk akhirat kita tidak ada, apa gunanya semua itu? Sebab setiap kekayaan yang engkau ada didunia semuanya akan di soal di akhirat kelak. Tau kan apa tanggungjawab kita sebagai orang yang banyak harta? Banyak tanggungjawabnya. Fikir-fikirkanlah.
Lebih baik hidup sederhana, gaji tidak seberapa, pendapatan itu halal dan berkat, dan yang paling penting diri kita sentiasa dekat dengan Allah. Tanda kita sentiasa dekat dengan Allah ialah bila dengar saje seruan Ilahi (azan),kita akan berhenti melakukan sesuatu dan terus pergi menyambut seruanNya.
Ada sesiapa boleh buat macam itu sekarang? Ramai yang hanya beri alasan "Sibuk lagi" kan? Itu tandanya korang masih cintakan Dunia, walaupun korang solat jugak di akhirnya. Tapi cinta pada Allah korang tak kuat lagi.
Jadi ingatlah kawan-kawan, sesungguhnya Allah adalah segalanya. Kita terlalu banyak takut untuk hidup susah di dunia, terlalu banyak fikirkan hal dunia, kejarkan sangat hal dunia. Tapi kita leka dan lupa untuk hidup senang di akhirat kelak. Bukan tak boleh berjaya di dunia, tapi takut kita leka dan terus hanyut. Naudzubillah..
Sentiasalah kita beringat. Maut itu tidak tertangguh.
p/s : jika Malaikat Maut datang jumpa kita selepas baca entry ni, korang rasa sempat tak nak bertaubat?
"CAKAP BIAR TERASA"
post yang mat menarik minat saya..
ReplyDelete