Assalamualaikum. Bismillah.
Sudah menjadi kebiasaan bukan bila kita ada duit yang banyak akan dibelanjakan seboros yang mungkin. Lebih-lebih lagi kalau ada keluar perkataan yang menghantui ramai orang iaitu SALE, DISCOUNT, HARGA RUNTUH dan bermacam-macam lagi. Kemungkinan yang lebih naik 'hantu' ialah kaum hawa. Bukan untuk menjatuhkan atau memperkecilkan, tapi dah memang wanita macam itu. Suka nak menghabiskan duit. Lelaki memang kerjanya cari duit untuk wanita habiskan ( UAI ). Tapi kita kena saling ingat-mengingati. Dan diri sendiri pun kena beringat, sebelum terlambat.
Pembaziran itu kan amalan syaitan?
Macam mana kalau syaitan yang berada dengan korang segemuk ini? Apa maksudnya? Maksudnya korang adalah sahabat kepada syaitan!Mari kita baca kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W (jangan lupa berselawat) iaitu Umar al-Khattab.
Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya "Mengapakah ada daging di sini?"
Abdullah menjawab. "Aku teringin hendak makan daging,jadi aku membelinya"
Umar berkata "Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali menginginkan sesuatu, lalu ia memakannya".
****************
Keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang mengenai batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Dan terakhir sekali akan jadilah pembaziran. Nampak tak?
Kalau ia adalah sesuatu keperluan asas, kita mesti menggunakan akal untuk membuat keputusan dan bukannya nafsu. Dan beruntunglah pada sesiapa yang mempunyai pemikiran seperti Umar, kerana boleh membahagikan dimana keperluan dan dimana keinginan. Yang mana patut dituruti untuk mengawal perbelanjaan.
Keadaan yang selalu kita alami atau lihat, bila barang yang dibeli itu sebenarnya sudah ada dirumah, dan masih boleh lagi di pakai. Ini adalah pembaziran yang jelas sangat. Kenapa perlu beli lagi 1, sedangkan dirumah belum habis digunakan? Perkara yang selalu terjadi begini ialah pada kaum wanita, betul tak? Alasan yang selalu diberikan ialah "Nak buat spare atau simpanan".
Lepas itu, nanti dipertengahan bulan mula ikat perot sebab tak cukup duit. Barang yang dibeli itu pun tak guna lagi, dan boleh digunakan pula untuk bulan seterusnya, dan pada bulan seterusnya akan beli lagi barang yang sama. Ini semua hanya mengikut nafsu semata-mata. Kenalah bijak berbelanja, bukan ikut nafsu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ni taraf hidup makin tinggi. Kenalah berjimat. Bukan kedekut. Kena faham jimat dan kedekut adalah sesuatu perkara yang sangat berlainan.
Rasullulah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sepasang pakaian padahal dia mampu memakainya (kerana dorongan) tawadduk kerana Allah Tabaraka Taala maka Allah di Hari Kiamat akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki."
Ingatlah sahabat-sahabat, pembaziran itu amalan syaitan, ikutkan nafsu memang akan jahanam. Beringat sebelum membeli sesuatu, kita beli barang itu atas niat keperluan atau keinginan? Jika keinginan baik kita tinggalkan. Biasakan diri dengan membeli mengikut keperluan sahaja. Selalu kita lihat orang beli pakaian bukan sebab pakaian dia dah koyak-koyak atau dia memang takde pakaian tetapi dia beli kerana ikut fesyen, suka-suka nak beli, tambah koleksi pakaian, ini namanya mengikut nafsu.
Jika kita dapat menundukkan nafsu, ada ganjaran dari Allah. Ada perkara yang baik kita akan dapat dari Allah sebab kita tinggalkan perkara yang membazir dan mengikut nafsu semata-mata. Setiap kali teringin..nak beli..Setiap kali teringin nak makan, pergi makan. Ikut kemampuan, bukan nafsu.
Ingat lah sahabat-sahabat semua. Lebih baik wang yang banyak itu digunakan untuk kej jalan Allah. Harta yang banyak mana sekali pun, bukan boleh bawak ke dalam kubur. Harta-harta itu akan musnah jugak akhirnya nanti.
Untuk kita jadi orang yang lebih beriman, kita kena belajar mengawal nafsu. Hidup bersederhana itu lebih terhormat dan mulia.
Sekian Terima Kasih.
p/s : korang selalu buat pembaziran tak?
"CAKAP BIAR TERASA"
Membazir mmg dikait rapat dengan nafsu. sebab tu dikatakan membazir amalan syaitan.
ReplyDeletetipu kalau saya kata saya tak pernah membazir. tapi semakin umur meningkat naik, kita belajar dari kesilapan.. :)
bape ari nie nafsu mkn susah nk di kawal..
ReplyDeletehurmm lepas bace entry rase nye esok nk puase je la :(
saya taknak dia gemuk. dari dulu saya pastikan dia se-keding yang mungkin.
ReplyDeleteMemang.. memang kaum Hawa mcm tu. Sbb kaum Hawa ada 9 nafsu. so salah satu drpd nafsu tu ialah nafsu shopping.
ReplyDeleteBtw, nice entry ndot. =]
bila xde duit,baru nak jadi insap
ReplyDeletehuhu
kadang2 cik tikah pun boros la. adoi!
ReplyDelete