Saturday, February 18

Jangan Kerana Kerja KITA LUPA. (part 2)

Assalamualaikum semua sahabat.

Jom kita sambung sembang pasal KERJA.



Seperti entry sebelum ini, cerita tentang kesibukan kita dengan hal dunia. Sehingga kan kita terlupa akan hal akhirat.

" Kita boleh sibuk dengan hal dunia..tapi jangan TERLALU sibuk.." -Ustaz Ismail Kamus-

Sibuk berpada-pada orang kata.  Jangan kita terlalu sibuk sampaikan kita tidak nampak surau/masjid, tidak nampak majlis ilmu dan begitu susah nak bangun malam beribadat. Zaman sekarang memang semuanya kejar ke arah duniawi, kebanyakkan yang aku jumpa Seruan BOS lebih penting dari seruan ALLAH. Kita lebih terkejar-kejar untuk sampai cepat ke pejabat, meeting dan berjumpa dengan sesiapa pun tentang kerja. Tetapi bila mana sampai seruan ILAHI untuk bersolat, kita seperti boleh melengah-lengahkan.  Mana yang lebih penting?

Kerja tidak salah, sebab ia 1 ibadat juga. Tapi berpada-pada lah, jangan sampai kita terleka. Kebanyakkan orang, bukan semua tapi kebanyakkannya kata masa muda inilah untuk kita bekerja keras untuk dinikmati masa tua nanti.

Bayangkan, kita bekerja keras. Hari-hari kerja sampai tak jumpa hari cuti, solat fardhu pun tertangguh-tangguh, kadang-kadang sampai tertinggal. Majlis ilmu langsung takde masa nak pergi apa lagi kalau nak buat solat-solat sunat? Lagi susah. Baca Quran? Rasanya Quran pun dah lupa letak mana. Kita buat macam ni sehinggalah umur kita mencecah 50an. Masa tu, badan dah sakit-sakit. Nak berehat, anak semua dah besar-besar dan berjaya. Sibuk jugak macam kita sampai takde masa nak melawat kita di kampung. Sunyi. Masa tu datang niat nak belajar agama. Pergi ke surau, dan baru tersedar yang dia telah banyak menghabiskan masa hanya dengan duniawi.

Mula rasa sedih dan bertaubat. Alhamdulillah jika sempat buat macam ini. Korang nak tunggu umur cecah 50 baru nak belajar agama ke? Mana korang tau yang korang akan sempat cecah 50? cecah umur tua? Maut bila-bila masa akan datang.

Tak takut ke bila besok nanti akan disoal jawab? Kita nak jawab apa depan Allah besok? Ada Allah nak tanya 

"Berapa gaji kamo sebulan?" 
"Berapa banyak kereta kamu dapat kumpul?"
 "Bulan-bulan simpan berapa dekat bank?".

Bukan itu yang akan disoal. Yang akan disoal amalan kita. Kebanyakkan orang hanya menunggu waktu tua untuk belajar agama. "Takpelah, nanti dah tua kita pegilah belajar agama". Sepatutnya semasa muda inilah kita kena banyak belajar dan buat persiapan. Kenapa?

Sebab masa muda banyak tenaga lagi untuk kemana-mana majlis ilmu, solat pun boleh buat yang terbaik. Boleh lagi bangun malam untuk beribadat. Baca Quran pun lancar lagi. Dan persiapan untuk kita sebelum melangkah ke alam perkhawinan. Sebab bila dah berkhawin, tanggungjawab kita lagi banyak. Isteri dan anak-anak yang perlu kita didik. Sebab semua atas tangunggan pemimpim keluarga, ketua keluarga iaitu SUAMI.

Fikir-fikirkan tentang anak anda, zaman akan datang rasanya lebih mencabar. Belum tentu subjek agama islam menjadi keutamaan lagi di sekolah-sekolah. Subjek-subjek lain yang akan lebih ditekankan. Subjek agama sekadar biasa-biasa jek.  Bila keluar keputusan peperiksaan, ada ibu bapa nak tanya "Agama Islam dapat berapa nakk?"

Ada ke? Takde kan? Yang kita nampak hanya Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Agama Islam?? Mana? Cuba tengok slip UPSR adik-adik kita. Ada tercatat pencapaian agama islam?

Korang fikir-fikirkan.  Takkan kita nak terapkan juga pada anak-anak kita, supaya waktu muda adalah untuk bekerja sahaja dan waktu tua adalah untuk agama? Bukan saya kata tak boleh kerja langsung, tapi cuba mencari rezki tu hanya pada waktu siang dan malam kita kejar akhirat. Hari minggu pun sama, kita kejarkan akhirat.

Kalau nak diikutkan sibuk, Rasulullah lebih sibuk dari kita, tapi dia boleh beribadat sehingga bengkak-bengka kaki. Kita? Nak bagi mata lebam sikit bangun lewat malam pun susah. Jom kita tengok apa yang di sibukkan Rasulullah :
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Kita? Renung-renungkan. Kita jangan tunggu ilmu datang, kita yang kena pergi mencari ilmu tu.

Kerja-kerja jugak, ingat dunia ini hanya persinggahan. Jadi tidak perlu merugikan masa kita dengan hanya bekerja,tidur dan lain-lain. Masa inilah digunakan untuk kita mengumpulkan amal sebanyak mungkin supaya boleh dibawa bekal untuk ke akhirat yang kekal abadi.

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali


Sumber : iluvislam

p/s : korang tak rasa kosong ke dalam hati bila takde ilmu tentang agama?

"CAKAP BIAR TERASA"

2 comments:

  1. xramai org mendapat kesedaran seperti ini..bg mereka ia sgt complicated...kalau x, masakan msh ramai mengejar haloba dunia semata2..

    ReplyDelete
  2. insyalla'allah CK tak lupa kewajipn masa kerja ;)

    ReplyDelete

BeSt 4 me: