Sudah menjelang puasa yang ke-27, rasa sekejap sangat masa berlalu sekarang ni. Rasa macam baru je bermula puasa, tapi sekarang sudah sampai ke penghujungnya. Tak lama lagi akan menyambut bulan Syawal. Raya lah gamaknye!
Kalau tak silap, raya jatuh pada hari selasa. Kalau nampak anak bulan tu yea, kalau anak bulan tak timbul-timbul, maknenya tak beraya lah korang. ( kidding je ok ).
Bulan Ramadhan nie sebenarnya banyak kebaikan kita boleh buat dan banyak pahala boleh dapat. Doa pun dimakbulkan. Insyallah kalau kena pada caranya. Tapi kebanyakkan kita hanya berdoa sahaja tanpa ada usaha, macam mane nak dimakbulkan. Betul tak?
Sama macam kalau korang nakkan buah kelapa yang berada dipuncak pokok kelapa tu jatuh. Korang hanya tunggu je dekat bawah dan minta pada Allah agar buah itu jatuh tanpa korang usaha untuk menjatuhkan buah kelapa tu, rasa-rasanya doa tu dimakbulkan tak?
Kalau kita dah usaha tapi tak jatuh jugak, maknanye itu bukan rezeki kita. Mungkin ada yang lebih baik Allah nak bagi.
Kadang-kadang kita kena fikir kenapa doa itu tidak dimakbulkan, bukan terus berputus asa. Allah akan banyak memberi kita ujian. Nak tengok tahap mana ketakwaan kita nie pada dia. Kalau baru 1 or 2 ujian yang ditempuh, kita dah berputus asa. Macam mane nak dapat hasilnya kan?
Jangan terlalu banyak merungut dalam hidup ini, sebab kita tak mungkin akan dapat capai matlamat hanya dengan merungut apa yang kita ada dalam hidup ini. Yang lebih penting usaha untuk mencapai yang lebih baik, berdoa dan tawakal serta bersyukur dengan pemberian-Nya.
Belum tentu orang lain akan dapat seperti apa yang kita dapat. Kalau kita rasa diri ini susah sangat, diluar sana ada lagi yang lebih susah. Hidup dengan bersederhana lebih menyenangkan hati sebenarnya.
Ingat..tak ada gunanya kalau kita hanya berdoa 5x sehari kalau tiada usaha dari diri sendiri untuk berjaya dan mendapatkannya. Kalau berdoa dan diringi dengan usaha, insyallah Allah akan tunjukkan jalan untuk kita. Dan pape pun itu yang terbaik untuk kita.
Beringat-ingatlah yea...
Selamat berbuka kengkawan semua!
p/s : usaha tangga kejayaan!!
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: