Friday, October 15

AKU DAN FOLLOWERS ( 11 ) : BLOG DUNIA TANPA HENTI

Salam.
Nampaknya kita kembali lagi dengan terjahan aku nie. Baru 11, takpe benda nie masih berjalan. Korang jangan risau, aku akan pegi sorang demi sorang nanti yea. Terajin la sangat.
Dan untuk followers kali nie ialah pemilik Blog Dunia Tanpa Henti! Mesti korang tak kenal kan?


Ini adalah header blogger tersebut.

Dunia Tanpa Henti diberi nama,  tuannya pllak bernama Anuar.  Tapi name glamor dia Cgu Nuai,  sebab dia nie adalah seorang Cikgu!.  Asal dari Sabah dan memang mengajar pun di Sabah,  dekat kan dengan kampung?  So, senang la.  Cari jodoh pun senang.

Dia nie kira dah lama juga berblogging. since 2008.  Lame dah kan?  Tapi sekarang suda tidak aktif,  tak tahu la kalau blog nye sudah bertukar.  Aku kenal jugak Mamat nie,  kenal dari Tagged.  Umor dirahsiakan,  nanti berebut pulak nak ngorat.  Kira selalu juga contact masa aku berada di Tagged, di Facebook dah kurang.  Untuk pengetahun korang,  dia nie kalau bab game kat FB tuh memang champ la,  aku tak penah menang dengan dia nie.
Korang ingat tak patung yang aku dapat dulu?



Haa..Ni kan dari dia dan seorang lagi kawan aku Vivienita.  Dorang anta patung nie dari Sabah tau!  Betul-betul rasa terharu,  kawan yang tak pernah berjumpa  sampai macam nie sekali kan?

Pada sesiapa yang nak pegi jenguk blog dia, boleh klik SINI.

p/s : nak tau tak sape selepas nie?tunggu!!..nak iphone 3g free tak? SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Rahsia Sebenar Coklat!

Salam..
Bila emo rase tak stabil, gini la caranye. Nak update blog pun takde mood, blogwalking jelah. Kadang-kadang naek menyampah tengok blog sendiri (kidding). Tuh tipu, mane bleh nyampah. Aku sayang gila dengan blog nie. Tak caye? Tanye jiran sebelah aku.

Selain ngadap blog nie, banyak lagi benda aku buat nak release tension nie. Salah satu dari cara korang nak release ialah dengan memakan cokelat! COKELAT! COKELAT!.. Memang sebenarnye dapat mengurangkan stress korang tuh. Meh aku nak kongsi sikit pasal Cokelat nie dengan korang yea.


Untuk pengetahuan korang,  Coklat sebenarnya :
  • Dapat mengurangkan stress.
  • Membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
  • Menguatkan sistem pertahanan badan.
  • Meningkatkan keinginan seks anda! (budak2 jangan mkn lebih2)
  • Elok untuk kulit muka anda..selalu lah makan coklat dan anda akan nampak muda!
Banyak juga kan kelebihan coklat nie?  Dan sebenarnya coklat nie tak menyebabkan kegemukan pun tau.  Segala kegemukan tuh sebenarnya berasal dari pengambilan kalori yang banyak.  So, korang buleh makan cokelat banyak-banyak lepas nie!
So, bagi peminat-peminat coklat..Ini untuk anda :


15 to 17 October 2010

Malaysia Cocoa & Chocolate Day 2010


Time: 10am – 8pm

Location
Hall 2 Mid Valley Exhibition Centre
Mid Valley Megamall
Kuala Lumpur
Malaysia


Apa lagi korang tunggu?  Semua jenis coklat ada di sana rasenya.  Mari kita sama-sama hilangkan STRESS!!..  Ada sapa-sapa sudi temankan aku?

p/s : korang nak iphone 3g free tak? Klik SINI.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"