Sekarang nie bila tengah sedap-sedap tido waktu malam di buai pulak mimpi-mimpi yang indah kan, mesti akan terjaga tak pun bangun mengejot. Bila dah bangiun mengejot tu, mulalah mood tuh kelaot. Tengok orang lain nampak halus-halus jek, jangan la cari pasal time tu. Pagi tadi agak terkejot jugak la bila bangun, dikejotkan plak dengan sms dari mak aku.
Tengah mamai-mamai tuh mula lah tangan merayap-rayap cari hp tak jumpa, korang pun mesti biasa kan letak hp tepi telinga? haha. Raba-raba tak jugak jumpa, aku dah stat give up. Terpakse angkat kepala jugak nak bangun cari nie, angkat jek kepala nak mencari. La, rupanya bawah bantal jek. Pelik gak, tadi tangan aku merayap ke mana?haha.
Tengok hp tertera nampak mak aku, tak pernah hantar sms pepagi macam nie. Risau jugak kan. Rupanya ada anak kepada kawan mak aku nie baru meninggal pagi tadi. Tak sure la pukul berapa, tapi sms tu sampai dalam pukul 5 pagi. Inalillah. Terkejut jugak, sebab anak makcik tu baru jek aku jumpa tahun lepas masa tu kenduri kawin anak lelaki dia tulah. Rasanya tak sampai setahun lagi dia kawin, dah meninggal dunia.
Dia meninggal disebabkan terkena Virus Kencing Tikus nie. Bahaya kan kencing tikus nie? Meh sini aku nak share sikit info dengan korang pasal Virus Kencing Tikus nie. ( Kenapalah CIK TI ni suka kencing merata ).
- " Ur pee is very dangerous la mr rat! " -
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil,
Demam Canicola, Demam Ladang Tebu, demam 7-hari ) - agak pelik jugak nama demam-demam nie.-
Demam Canicola, Demam Ladang Tebu, demam 7-hari ) - agak pelik jugak nama demam-demam nie.-
Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara kebetulan.
Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit.
Petanda dijangkiti Virus ini
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.
Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.
Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.
Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?
Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini
Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.
Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun
Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.
Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan
Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus
Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

Bersama-samalah kita mencegahnya dan menjaga kebersihan.
Segala info lebih lanjut korang boleh tengok dekat sinie :
p/s : korang sendiri pernah tengok tak tikus kencing berdiri?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
sangat2 bahaya..
ReplyDeletetikus kencing berdiri ? ada ke ? HAHAHAH, sebenarnya kita boleh rawat penyakit ini, sng sahaja, kita masukkan dia ke dalam mesen cetak dan start hasilkan ubat gigi, then ubat gigi tuh kita namakan ubat gigi tikusi, skarang telah berada di pasaran ! jgn lupa mmbelinya, hahahaha
ReplyDeletebahaya tul....
ReplyDelete*takziah tuk beliau...
guwa ade blajo dlm subjek eko populasi .. masuk exam kot hehe
ReplyDelete