Saturday, April 30

WAYANG : PENUNGGU ISTANA

Salam.
Sekarang cerita-cerita Melayu dah banyak keluar genre seram.  Kita kan memang suka tengok benda-benda yang menakutkan ni.  Iye dak?  Selepas cerita Jangan Pandang Belakang dulu, macam-macam la cerita seram keluar lepas cerita ni.  Memang menjadi kegemaran orang kita la cerita seram-seram ni.
Dulu masa kecik-kecik, pantang dengar malam jumaat.  Mesti masing-masing gatal mulut nak cerita pasal hantu.  Malam jumaat katanya paling seram,  bila dah dewasa baru tau apa sebenarnya di sebalik Malam Jumaat tu. Ngeh2...

Tapi baru-baru ni ada cerita seram yang agak baru di negara kita, iaitu PENUNGGU ISTANA. ( Paranormal Film ). Baru 1st tyme rasanya cerita berkisahkan rakaman betul di tayangkan di Malaysia.  Dengar cerita kisahnya memang benar. Baek hangpa pi tengok sat, kalau rasa-rasa macam nak tau kan?


Seram tak? seram tak?  Seram lah sangat.

Rakaman video ni berlaku di Istana Bilah, Perak.  Memang ada dengar cerita yang Istana nie banyak kejadian pelik.  Biasalah kan, bangunan dulu-dulu nie banyak 'penjaga' nya.  Depa takkan kaco hangpa kalau hangpa semua tak kuang ajaq dekat tempat depa.  Betui kan?

Cerita nie merupakan dokumentari dari 5 orang budak U yang ingin menjejaki misteri di sebalik Istana tersebut. Masa mula-mula cerita nie, starting saja dah ada Salam Takziah dan Al-fatihah pada keluarga dalam dokumentari nie la.  Sebab dari sumber memberitahu bahawa apa yang berlaku dalam dokumentari ni adalah benar.  Semua akan mati kecuali sorang sahaja.  ( Amar rasanye nama dia, kalau gua tak silap ).  Tuh pun dorang semua tak jumpa Amar selepas kejadian tu.

Pada permulaan cerita nie agak bosan,  bagi yang boleh bersabar. Takpelah.  Sebab hantu takkan senang-senang nak kuar tunjukkan muka dekat kamera.  Betul tak?  So, apa dorang buat ialah paksa benda tu keluar.  Sehingga hari ke-15, barulah macam-macam terjadi setelah mereka memaksa juga 'penunggu' tu keluar.  Semua terima padah.

Bagi aku dokumentari nie tak nampak real.  Rasanya benda nie macam dibuat-buat.  Maaflah kalau ada yang tersinggung yea, bukan aku jek yang cakap.  Ramai lagi dan orang yg tengok pada waktu yang sama dengan aku pun cakap benda yang sama.

Kenapa aku susah nak percaya? sebabnya masa dorang nie masuk ke surau dan istana nie memang tak logik dorang takkan hormat tempat-tempat macam tu.  Siap boleh main-main lagi,  dorang nie semua budak U kan?  Takkan tak bleh pikir bila masuk tempat-tempat macam tu?  Buat real sikit la bro.

Then, ada 1 scene tuh nampak kepala orang.  Tapi scene tuh dekat nak habis, masa tu Amar dah hilang, then tinggal berdua jek.  Masa tuh dekat tingkat bawah istana tersebut,  masa tengah kelam kabut tu nampak ada kepala manusia terkeluar dekat tepi, macam menyorok la. ( Amar main sorok-sorok kot? ).  Dekat situ macam dah dapat agak dokumentari ni betul atau tidak.  Ingat orang tak perasan ke bila dalam gelap tu?

Dah, aku malas nak bebel panjang-panjang pasal dokumentari nie.  Nak tau kisahnya benar atau tidak, korang boleh tengok dan nilai sendiri.  Neh aku tunjuk sikit dekat hangpa trailer nye.


Sebenarnye ceritanye boleh tahan seram.  Tapi jangan la bagitau benda yang tak benar, spoil la..

p/s : korang rasa hantu boleh membunuh ke?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, April 24

Pemikiran LELAKI kebanyakkanya KELAUT?

Baru dapat lepaking dekat rumah nie.  Nikmatnya korang jangan cakap la yea,  cuma spoil nye hari aku balik nie,  mak aku tak masak.  Tak dapat la nak makan masakan ibu tersayang kan,  kena tunggu minggu depan la jawabnye.  Makan mamak ke, kedai sifud ke dan macam-macam kedai lagi,  tapi masakan ibu jugak yang akan dicari yea?  Bagi yang ada isteri pandai masak tu,  alhamdulillah.  Makin buncit perot hangpa.


Lelaki?  1 kaum yang agak sukar di fahami. ( kata perempuan ).  Yelah sukar,  sebab dorang perempuan.  Ade setengah lelaki pun kadang-kadang sukar untuk faham kaum dia sendiri punya perangai.  Macam-macam sebenarnya anggapan tentang kaum lelaki ni. 

Dan antara banyak-banyak anggapan yang korang bagi terhadap lelaki ni,  aku nak petik 1 lah.  Anggapan korang yang lelaki ni " Otaknya KUNING! ".  Eeeeuwwww...  Dorang ni nampak ke otak kaum lelaki ni?  Sebenarnya anggapan dorang tu adalah dari words yang keluar sendiri dari mulut lelaki dan pemikiran dorang tu.

Girls always said that :

" Lelaki ni kalau sehari tak sembang pasai benda tu, tak boleh ke? "
" Lelaki memang otak kuning! "
" Lelaki kalau bab2 lucah nie memang laju jek. "
" Dalam kepala otak lelaki nie memang takde ingat benda lain...nak tuttt jek "

Cukupla setakat itu,  nanti takot aku terkeluar kan plak setence yang mencarut-carut bagai.  Ini lah aku sering dengar dan ditanya.  Tapi bukan semua girl akan tanya pada semua lelaki,  dorang akan tanya pada kekanda-kekanda dorang jek or sedara mara rapat.  Sebab kalau depa tanya pada kawan-kawan biasa,  jawapan yang diberi mesti akan menjerumus ke arah KUNING tu. Betul tak?  kalau dapat yang jujur nak beri jawapan,  itu rezki korang la perempuan...

Dan sememangnya ada fakta yang memberitahu bahawa lelaki 71% lelaki mengaku selalu memikirkan tentang seks dan 85% lelaki yang berusia antara 20-30 tahun akan memikirkan tentang seks setiap jam.  SETIAP JAM!..  Menakutkan jek korang dengar kan?  Tapi itulah fitrahnya sebab lelaki ada 1 nafsu sahaja.  Memanglah lelaki akan tertumpu pada 1 nafsunya sahaja.  Perempuan ada 9 kan?  that's why perempuan kadang-kadang tu takde lah nak memikirkan pasal seks sebabnya dorang ada lagi 8 nafsu nak kena tumpu.

Memang kalau korang tengah seronok sembang dengan lelaki,  dorang akan selit kelucahan tu dalam keadaan korang sendiri pun tak sedar,  dan dorang semua akan gelak kaw-kaw ( gelak jahat la ).  Mana girls yang cepat tangkap tu,  diam jelah.  Dan mana yang blur-blur tu,  menjadi mangsa keadaan la kan.

Bukan semua lelaki la macam tu,  ada jugak yang gud.  Tapi kebanyakkannya macam tu,  mesti akan selit sikit.  Walaupun kaum perempuan nampak setence tu macam biasa jek,  tapi lain bagi kaum lelaki yang suka fikir ke arah itu.  Kalau korang tak faham dinasihatkan jangan lah tanya time tuh,  nanti berlanjutan sampai korang sendiri yang malu.  Caranya tanya pada orang yang korang percaya,  sudah.

That's a fact girl...so lepas nie jangan pelik yea.

p/s : korang pernah baca buku tajuknya Man from Mars, Girls from Venus? korang patut baca..

" FRIENDSHIP IS PRICELESS"

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Salam..
Alhamdulillah,  rasanya followers ni makin bertambah,  walaupun dah jarang nak update.  Tapi view tu makin menurun.  Biasa la kalau tak berupdate memang akan menurun,  lain lah kalau tiap jam korang update blog.  Memang banyak orang view la dalam 1 hari tu.
Oleh kerana ramai dah sekarang,  dan aku pun dah terabai masa nak mengupdatekan blog nie.  Jadi,  sekarang aku nak view sekali 3 'followers' aku.  Boleh?  Cepat sikit kan sampai giliran korang kan?

So, jum tengok sapa yang bertuah untuk kali ini. :

BLOG KEYONE : I LOVE MY FAMILY


  • keyone tuh nickname dia.
  • suda berblogging since 2009
  • so sesapa yang berkenan nak singgah boleh la klik snie yea : KEYONE90

BLOG ASSILAJOHARI.


  • suda berblogging jugak since 2009
  • jum sesapa yang nak singgah klik sinie yea . ASSILAJOHARI

BLOG THE IENA.
  • jugak berblogging since 2009.
  • tulisan dekat blog dia nice..gua suka..hehe
  • rajin jugak la mengupdate..dari aku..
  • so sesapa yang nak singgah meh klik snie : THE IENA

Sekian untuk 3 followers sekaligus.  Lepas ini,  followers 3 orang jugak yea.  Tak dapat dah den nak buat 1 by 1.  Tersangat la tak sempat nak belek satu persatu.  See u soon yea geng.

p/s : gua nak pi makan durian nie..nak join?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, April 20

WAYANG : SCREAM 4

Korang suka jerit-jerit? or suka di kejotkan?  Meh tengok cerita nie,  memang rasa nak melompat-lompat jek,  tak pun korang boleh kena heart attack!  Dah pi wayang belum tengok? cepat pegi sebelum kehabisan.

Nie aku nak story sikit pasal cerita SCREAM 4!  Tajuk cerita pun dah JERIT kan?  ape ntah lagi kalau tengok movie.  Confirm la ada yang menjerit.





Korang mesti pernah tengok topeng hantu belakang tu kan?  Dalam cerita scary movie kan?  Tapi nie cerita serius la, bukan lawak-lawak macam scary movie tu.  Cerita nie pasal pembunuhan yang aku rasa memang serius nak tunjuk dekat penonton aksi-aksi pembunuhan tu.  Depa ni kalau buat cerita orang kena cucuk dengan pisau memang REAL!  rasa macam kita plak yang kena tikam.

Sapa yang follow cerita nie dari part 1 memang patut tengok la,  dan korang mesti akan lebih faham kan?  Aku kena download dari part 1 nie,  sebab tak berapa nak tangkap cerita nie.  Jadi bagi siapa yang suka tengok cerita suspen-suspen nie, aku cadangkan korang pergi la tengok cerita SCREAM 4 nie yea.  Memang terbaek untuk bulan ini!

Tak berani gua nak cakap terbaek untuk tahun nie,  takut kang ada cerita yang lebih suspen akan keluar!

Ini aku tunjuk sikit TRAILER  untuk kome yea.  Meh teman tunjukkan.


Amacam?  Ade berani nak pi tengok?

Jangan lepas ni,  korang angkat-angkat telefon ada orang tanya " What's your favourite scary movieee? "

p/s : tengok dengan orang yang penakut..best tak?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, April 14

BILA ISTERI TIADA DI SISI...SUAMI?

Orang kata kalau duk cerita pasai kawin saje,  dah diharuskan kawin kot.  Kalau cukup nafkah dan mampu memang wajib la.  Toksah duk tunggu lagi kan?  Sekarang aku dah jadi macam pengumpul kad kawin dah,  berderet-deret kad jemputan sampai.  Rasanya kalau yang hantar jemputan tuh selit 10 ringgit sekali, cukup dah duit aku untuk hantaran. (*kidding).

Bagi yang nak mendirikan masjid tak lama lagi tu,  taniah dan semoga berkekalan yea.  Dah kenal sangat dengan pasangan korang tu?  Bagus,  harap boleh terima dia seadanya bila dah duduk sebumbung nanti yea.  Jangan kentut busuk sikit pun dah nak mengamuk,  dulu bercinta bukan main lagi kentut pun wangi walaupun baunye macam telor busuk kan?

Nak cerita pasai kawin? Jum..



Kebiasaan la bila hangpa di tempat kerja mesti di kelilingi oleh orang-orang yang berkhawin kan.  Bukan apa kadang-kadang seronok jugak menyembang dengan depa nie.  Ada sedikit benda yang boleh belajaq,  mana yang positif jelah amik.  Yang negatif tuh buat gelak-gelak gusi buleh la.

Sekarang nie musim melahirkan zuriat,  tahun lepas musim mengawan.  Jadi apa yang berlaku bila si isteri sudah melahirkan anak?  Mestilah ada yang menghantar ke rumah mertua kan.  Minta tolong jaga. Si suami jadi 'bujang' la selama beberapa minggu.  Betul ke?  Rasa-rasa lelaki suka ke bila dia 'membujang'.  Maybe sekejap jek kot..  Apa akan jadi dekat suami bila isteri takde dekat rumah?


  • Si suami akan datang ofis keesokan harinya dengan rambut kusut.  Jumpe member cakap " Gua bujang minggu ni ".  ( Yes, memang boleh nampak sebab ko serabai sangat ).
  • Baju dah tak bergosok.  Sejak berumahtangga nie bagi si isteri gosokkan baju,  so bila bini takdak.  Mula la lupa nak gosok baju.  ( nak coverline datang opis pakai sweater dll ).
  • Misai tak sempat nak cukur.  Salah 1 kekusutan yang nampak,  macam orang mati bini.  Padahal bini balik kampung jek.
  • Makan dekat luar jek.  Ajak member-member yang bujang temankan makan sekali.  Ini kes dah tak sempat sangat nak masak.  Hadap nasi bungkus jelah hari-hari.
  • Tunjuk dekat member-member opis yang awak tu bujang,  nampak happy jek jadi orang bujang.  Tapi sebenarnya bila balik rumah.  Peluk bantal.  Rindu bini katenya.  ( sape tak sayang bini kan? ).
  • Baju pun hantar ke dobi untuk basuh.  Bukan setakat basuh jek,  siap dengan gosok sekali.  ( cubalah buat sendiri bang oii ).
Banyak tak?  Rasa cukup la tu,  aku cakap lebih-lebih kang.  Nanti dah kawin besok, aku pun jadi macam gini kot.  Sapa kata suami boleh hidup tanpa isteri? Kucar-kacir der.
So suami-suami yang ada diluar sana, hargai la isteri anda yea.  Kalau boleh belajar-belajar la buat kerja rumah tu sikit.  Tolong isteri hang tu ha.  Baru la bahagia,  jangan dibiarkan isteri korang je yang buat kerja rumah.

Sekian.

p/s : rasa-rasa betui tak ape yang aku cakap?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, April 7

Sawang dan Labah-labah!

Grrr.  Boleh tahan jugak sejuk lab opis aku nie.  Nak menaip pun mengigil dah nie,  takpe blog pun pasai aku gagahkan jugak jari jemari nie menaari.  Agak tidak terjaga dah blog kesayangan aku nie termasuk lah tuannya sendiri.  Rambut dah makin panjang,  kepala berat dah nie.  Rugilah sapa tak dapat tengok rambut gua time-time macam nie. Haha.

Aku ingat bila dah ade laptop depan mata nie,  boleh lah nak mengupdatekan blog hari-hari.  Tapi takdan jugak.  Gara-gara kerja yang melampau.  Gaji kasi up sikit takpe jugak.  Boleh gak buat modal beli Hand-phone baru,  sekarang pakai nokia cikai jek.  Lepak kedai mamak hari tu,  tengok budak sebelah gua rase dalam umoq 9 tahun kot dah pakai smartphone!  Siap jari tu lagi laju dari korang wey.  Advance betui budak sekarang nie.  Jangan HP kemana,  buku kemana..sudah la.

Bila tengok berbudak sekarang nie,  membuat gua teringat masa kanak-kanak dulu la. ( sekarang muda lagi).  Dulu masa kanak-kanak hingusan macam tu mane nak kenai handphone kan,  masa tuh just kenal dengan telefon pondok kuning tuh.  Berderet-deret brader yang sangap nak call awek-awek depa,  kita tengok jelah dari jauh sambil makan aiskrim 20sen.  Aiskrim Malaysia rasenye di panggil masa tu.

Masa tulah popular dengan spider ( labah-labah ),  berentap dengan labah-labah masing-masing.  Sanggup la redah semak semata nak cari depa nie.  Bukan senang wey,  dah lah binatang tuh lompat jauh-jauh.  Kalau dapat tangkap stok yang berkilau-kilau,  cantik sikit mesti simpan  buat pameran untuk kawan-kawan yang lain.  Simpan dalam balang, siap sekali dengan daun makanannye semua.  Bela labah-labah!

 Rindukan sangat zaman tu,  sekarang susah nak cari berbudak yang ade buat 'projek' macam tuh lagi.  Sekarang penuh gadget jek dekat tangan dorang,  tak handphone mesti psp.  Bagi aku dorang sebenarnya rugi tak layan benda-benda macam tuh.  Sebab 'projek' macam tuh buatkan korang ramai kawan baru dan lebih femes jugak lah.  Kalau ade psp tuh dah tentu duduk rumah jek ngadap benda tuh kan?

Dah la, setakat nie jek entry aku.  Nak ceritakan pasai zaman kanak-kanak nanti lain kali yea.  Gua nak cepat nie,  bila time sejuk nie korang paham-paham jelah....  'Tangki' penuh.  Pesanan aku pada sesiapa yang sudi membaca blog aku berulang-ulang kali tuh time kaseh yea,  walaupun aku tak update.  Insyallah pasni akan cuba untuk update selalu.  Rasa nak tukar selera blog nie pulak la.  Ehem..

Sekian..Untuk awal bulan April...

p/s : eh, aku punye ipod touch nie takde sapa nak beli ke? gua turun lagi harga jadi 700. ade bran?

p/s lagi : semalam gua dengar-dengar result Man Utd 1 - 0 Chelsea?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"