Monday, September 26

VIDEO KUCING DIBUNUH....PATUT KE?


Rase sejuk hati bila tengok muka kucing macam ni.  Selain korang tengok muka baby,  tengok kucing pun dapat legakan hati jugak.  Lebih-lebih lagi kalau dapat kucing yang sangat manja dan pandai buat orang tertawan hati mesti korang rasa sayang dekat kucing tu kan.

Kalau korang nak tahu,  orang yang suka bela binatang ni mesti seorang yang penyayang.  Espeacially bagi orang yang bela kucing.  Macam-macam keistimewaan yang Allah ciptakan pada seekor kucing.  Kucing ni boleh jadi peneman ketika korang sunyi or dalam kesedihan.

Ada setengah orang tak boleh dekat jugak dengan kucing,  allergic.  Contohnya macam aku, tapi jumpa kucing mesti gomol jugak!  Lepas tu statlah aku tergaru sana tergaru sini.  Ada jugak yang takut, geli dan macam-macam lagi la.  Pelik kadang sampai ada orang sanggup nak sepak-sepak kucing,  nak pukul.  Binatang tu tak salah apa pun.

Jom tengok keistimewaan kucing ni :

  • Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi,khususnya untuk warga tua dan warga cacat.
  • Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.
  • Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
  • Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darahseperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
  • Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
  • Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
  • Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
  • Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.
  • Pemilik kucing selalunya mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada yang tidak memiliki kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain. 

Istimewa kan kucing?

Ni aku nak selitkan video untuk tatapan korang.  Rasa benda nie terjadi masa bulan puasa,  dah keluar dekat berita.  Tapi saja aku tunjukkan semula untuk korang renungkan sikap makhluk yang bergelar 'manusia'?



Apa korang rasa bila tonton video ni?  Tapi perlakunya sudah pun meminta maaf secara terbuka di televisyen.  Iye, memang rakyat Malaysia boleh memaafkan,  tapi kucing tu?

Serius aku tak sanggup sebenarnya untuk lihat video nie kali ke-2.

p/s : korang ada cadangan tempat nak beli kucing comel-comel tak?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


Gambar Menarik Di Sebalik X-Ray!

Jari jemari agak kaku nak menaip kerana sudah meninggalkan blog agak lama.  Padahal baru 3 minggu, kaku la sangat kan.  Jadi oleh kerana jariku iniiii masih kaku dan tak biasa nak menaip,  maka ku kirimkan gambar saja untuk entry kali ini. 

Kira ini untuk 'warming up' jari jemariku yang kaku ini.  Nanti kalau terus taip panjang-panjang, kejang pulok kan.  Siapa yang susah? aku jugak,  bukannya korang.

Sedang aku belek-belek goggle tadi..terjumpa pulok gambar-gambar ini.  Agak pelik tapi benda ini terjadi!!  Jom kita tengok yea.

GAMBAR 1

- Orang yang kena ni siap boleh pegi hospital dan mengadu yang dia sakit kepala.  Dia sendiri tak perasan ada paku dekat dahi dia!! -

GAMBAR 2


- Kes yang ni jatuh dekat kerusi-kerusi stadium.  Macam mana paku tu boleh ada dalam kerongkong dia pun aku tak tau.  Tertelan mungkin -

GAMBAR 3

- Yang ini kes kena bunuh.  Kena tembak dengan pistol paku tu,  macam dalam cerita Final Destination.  Kejam betul! -

GAMBAR 4

-  Yang ini pulok kes dari pembedahan.  Gunting tertinggal!!  Gua syak ni doktor yang rabun buat kerja nie.  Nak cepat siap,  last-last gunting tertinggal! -

GAMBAR 5

-  Ini nak selamatkan orang punya pasal, dia pulok yang kena tikam dekat kepala.  Kuat jugak sampai boleh tembus! -

GAMBAR 6

-  Ini sanggup sampai telan cincin sebab curi punya pasal.  Bukan sebab putus cinta yea. -

GAMBAR 7

-  Ini pun kes bunuh jugak.  Polis jumpa mayatnya memang dah macam nie, sungguh kejam!  Lagi banyak dari yang tadi.  Mungkin yang ini kepala nya keras sikit. -

GAMBAR 8

- Yang ini kalau korang perasan yang bulat-bulat itu adalah bebola magnet.  Korang mesti pernah main benda tu kan?  Benda ni sekarang berada dalam perot budak 8thun.  Lapar sangat gamaknye -

GAMBAR 9

-  Pakcik nie tengah berpeluh-peluh berkebun belakang rumah,  sekali hilang kawalan macam mane ntah boleh jatuh.  Dan tertusuk la matanya dengan benda tu! -

GAMBAR 10

-  Ini kes banduan telan telefon.  Aku rasa maybe dia bosan duduk penjara tu,  so sambil-sambil tu boleh sms ke, mms ke, kan... -

GAMBAR 11

- Ni tak dapat dikenal pasti sebab apa,  tapi kalau korang nak tau jarum dalam badannye ade 23!huhu -

Sekian. Terima kasih. Sesiapa yang nak mencuba peraduan di bawah.  Jom la!



p/s : apa pendapat korang??

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, September 3

GARA-GARA RINDUKAN CHATBOX GB!

Salam aidilfitri buat semua..
 
Harap korang still dapat duit raya.haha..  Bagi yang tak dapat tu,  boleh cuba lagi tahun depan.  Insyallah kalau korang boleh kekalkan kemudaan korang.  Boleh la dapat lagi duit raye yea.

Ini kisah raya ke-4.
Menjadi kebiasaan la,  bila time cuti-cuti nie waktu malam mesti nak menghadap Facebook!..




Tapi malam-malam raya ni siapa yang nak online facebook kan?  Konfem ramai yang pi beraya lagi.  Tengah aku melayan-layan facebook nie sambil jadi stalker-stalker dekat fb kengkawan yang ada,  tiba-tiba aku di sapa oleh beberapa blogger yang memang lama sangat kenai..

Aku rasa korang kenal blogger-blogger nie. Zack Entry, Azureen, Gadis Terbilang, Fadzli, dan Emora Valeria.  Kenal tak?  tak kenal maka tak cinta.  Kalau korang nak kenal sapa,  rajin-rajin la klik link diatas yea.

Dorang nie antara blogger yang terawal la aku kenal masa di Geng Blogger dulu.  Banyak jugak bagi tunjuk ajar nie.  Kalau korang nak tanya pape boleh jugak tanye pada depa nie.  Depa tak kedekut ilmu ehh,  tapi ada yang garang jugak antara dorang tu.  Pandai-pandai la korang yea.

Sebenarnya masa kemunculan Gengblogger dulu, ada Chatbox di Gengblogger.  Dan penghuni-penghuni tetap dan setiap malam ialah depa-depa nie la.  Memang muka dorang jek yang ada.  (Gurau jek).  Dari situ ktorang kenal each other dan boleh dikatakan berkawan sampai sekarang.  Gengblogger actually is a good platform la untuk merapatkan silaturahim.

Tapi lama-kelamaan Chatbox tu dihilangkan, gara-gara ada yang salah gunakan chatbox tuh.  So,ktorang macam lost tempat jugak la nak berborak malam-malam kan.  Macam-macam cara jugak digunakan,  pakai website lain la, sembang dekat YM la dan macam-macam lagi lah.

Banyak sangat dah aku nak bebel ni.  Nak cite semua tak larat korang nak baca nanti.

Al-kisahnya malam ni semua orang dapat berborak setelah sekian lama masing-masing menyepi.  Semua pakat sembang di Facebook.!  Gara-gara rindu nak chatting dekat Gengblogger.  Ini lah akibatnya :


- Klik untuk tumbesaran -

Rasa nak dekat 500 komen dari blogger yang sama.  Berborak la katakan.  Serius tak pernah aku punye wall dapat komen sebanyak macam nie.  Sorang je bukak mulut,  semua sambung.  Begitu la seterusnya sampai masing-masing dah ngantok. 

Kalau ada chatbox Gengblogger tu,  mau sampai ke besok pagi pun tak habis sembang semua.  
 
Anyway,  thanks to GB la sebab dapat kenal-kenal dengan blogger-blogger yang lain dan friendly macam depa nie.

Sekian..dapat jugak modal nak update blog.haha

p/s : korang ada kenalan dari GB yang rapat sampai sekarang?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"