Saturday, July 27

Kekuatan Umat Islam Pada Solat Subuh.



" Quran Fajar = Solat Subuh "

Alhamdulillah. Syukur masih lagi diberi nikmat oleh Allah. Mampu untuk lakukan kerja harian kita, semua itu berlaku hanya dengan izinNya.

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk kalian semua. InsyaAllah.

Bagaimana dengan iman kita hari ini? Di saat umat islam di seluruh dunia di uji. Di Palestin, Syria, Mesir dan juga tempat-tempat lain. Umat islam diseksa,dibunuh,dirogol dan di uji imannya. Semua itu ujian dari Allah untuk hambanya. Nak tengok sejauh mana keimanan kita. Rasa syukur kita bagaimana.

Ini kisah Solat Subuh. Kenapa Solat Subuh?

Semua orang tahu bahawa jika solat subuh jemaahnya penuh seperti solat jumaat maka musuh Islam akan gentar dan ketakutan. Kenapa? Sebab mereka tahu waktu itu umat islam sudah kuat. Solat subuh dan kekuatan islam? Apa kena mengena?

Solat subuh ni adalah solat yang paling berat kita nak buat secara berjemaah. Betul tak? Lebih lagi di zaman sekarang ni, kerja lewat, makan lewat, keluar lewat malam, tidur lewat. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Dan menyebabkan kita terlajak subuh atau kita solat sendirian kerana tak sempat ke masjid/ surau untuk berjemaah.

Tiada siapa sedar bahawasanya siapa yang solat subuh berjemaah ini berada dalam jaminan Allah. Seharian itulah kita berada dalam jaminan Allah. Rasulullah bersabda :

 “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah tahu bahawa solat subuh adalah yang berat bagi umatnya. Sebab itu banyak kelebihan dan fadhilatnya bila kita mampu untuk solat subuh berjemaah. Nak bangun pagi dan mandi itu pun ujian bukan untuk kita?

Allah berfirman :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” – (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Kebanyakkan peperangan umat islam terdahulu menang kerana mereka menjaga solat. Khalifah-khalifah hebat semuanya menjaga solat. Baik solat sepertiga malamnya atau solat subuhnya. Sebab mereka yakin dengan janji Allah. Jaminan tu!

Dan jangan kita hairan kenapa sekarang umat islam seperti dicarik-carik, dirobek-robek dengan musuh-musuh islam. Sebabnya solat kita. Hubungan kita dengan Allah taknak jaga. Pandang ringan pada solat. Dan dalam hadis Nabi juga ada mengatakan bahawa solat paling berat bagi orang munafiq ialah isya dan subuh!

Semua orang tak suka bila digelar munafiq bukan? Tapi cuba kita audit diri kita. Tanya. Jangan nafikan. Mengakulah kesalahan kita tu dan cuba berubah. Bukannya biarkkan. Kita sekarang banyak sangat memanjakan diri kita. Biarkan saja kesalahan itu berterusan, tiada perubahan nak dilakukan. Kau inginkan syurga, tetapi tidak pernah ada usaha ke arahnya. Mana boleh macam itu. Lihat sahabat Nabi, berapa banyak pengorbanan mereka untuk mendapat jaminan syurga?

Jadi jom kita buat anjakan paradigma sikit. Bukan untuk kita saja, tetapi untuk anak-anak dan cucu-cucu kita dan seluruh umat islam. Biasakan diri untuk bangun solat subuh, latih diri kita, isteri dan anak-anak. InsyaAllah kekuatan itu akan datang. Bukan cerita bohong ni. Semoga kita terus dapat istiqomah dalam menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Jom kita dengar sedikit kelebihan dan fadhilat solat subuh dari Ustaz Uda Kassim ni. Tak rugi pun mendengar tazkirah. Free je. Siap boleh dapat pahala lagi berada dalam majlis ilmu. Pelik orang sekarang suka nak mengumpul duit yang selalu habis dari pahala yang tak pernah putus dan takkan habis.




Semoga menjadi amalan untuk kita semua yea.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, July 18

Wall makeover by Na With Nadia Farahida the Official Blogger Manager



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberi.

Rasa begitu lama tak blogwalking. Tak berkunjung ke blog blogger-blogger lain. Sedang berblogwalking, tertarik dengan 1 contest ni. Rasa lama sangat tak join contest. So sempena kembalinya saya berblogging semula, nak juga mencuba.

Contest ini dibuat oleh Nadia Farida. Official blogger untuk Wall makeover by Na ni. Jadi kebetulan duduk di rumah baru sekarang yang sememangnya tunggu masa untuk di hiaskan je, saya ambil keputusan untuk mencuba. Mana tau ada rezki kan?

Jom kita lihat syarat-syarat untuk contest ni. Biasalah sekarang ni sibuk sangat dengan kerja, nak uruskan rumah lagi. Buat entry untuk contest ini pun last-last minute.

Syarat-syaratnya :

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

2. Like facebook fanpage nadiafarahida tekan sini. 

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."


Itu antara syarat-syarat yang ditetapkan. Kalau korang nak join pun sempat lagi. Korang lagi laju menaip dan update entry masing-masing dari saya kan? So, just give a try!

Tanpa buang masa, boleh la saya sambungkan ayat seperti yang Nadia Farahida tetapkan.

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana untuk menceriakan puan isteri yang sememangnya menjadi kesukaan para wanita bab-bab menghias rumah ni kan. Sebagai hadiah untuk dia, jadi bila dia pulang ke rumah akan lebih tersenyum lebar sehingga ke telinga bila tengok dinding rumah ada serinya. "

Jadi design yang saya mahukan ialah seperti gambar yang pertama tadi tu. Harap terpilih sebagai pemenang dan dapat beraya dengan wall makeover yang terbaik dari Na. Bukan senang nak ada wall rumah korang berseri secara percuma ni. Nak buat sendiri memang makan masa lah, asyik tertangguh je kan.

Jadi korang readers, doakan saya menang yea. Terima kasih.

p/s : Janggal pula rasa join contest ni, yela sebab dah lama sangat tak join.

Hanya Lapar dan Dahaga.

Alhamdulillah. Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Masih lagi saya di beri peluang untuk mengupdate blog. Bukan mudah untuk ada masa-masa emas seperti ini. Kecuali di izinkan Allah sahaja. Apa pun kita lakukan mesti ingat, ia berlaku dengan keizinanNya. Bukan dari kita sendiri. Jadi jangan bangga diri. Kalau Allah tidak izinkan, maka tidak akan terjadi.


Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a , beliau berkata bahawa Rasulullah telah bersabda :
" Betapa ramai di kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribada malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"

Terdapat 3 golongan yang termasuk di atas.

Golongan pertama ialah golongan yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Memakan makanan yang haram lebih besar dosanya daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa.

Golongan kedua ialah golongan yang terlibat dengan perbuatan mengumpat.

Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Ramai bukan yang sebegitu? Semoga kita dan ahli keluarga kita semua dijauhi dari golongan-golongan yang sebegini. Puasa menjadi sia-sia selama sebulan. Rasa seperti dah melakukan pahala tetapi tidak mendapat apa.

Sebenarnya minded orang sekarang dah berubah sangat. Hati dah makin jauh dengan Allah. Lagha sangat. Terlalu banyak kemaksiatan yang kita lakukan dan sekeliling kita. Tanpa kita sedar atau tidak. Perbanyakkanlah beristighfar.

Sini saya nak ulas sedikit tentang makanan yang haram. Sumber harta yang haram. Kebanyakkan dari kita mesti tahu yang sumber yang haram mesti datang dari hasil mencuri,menipu,rasuah,minum arak. Tapi ramai yang tidak sedar sumber itu boleh jadi haram dengan kerja yang halal.

Faham betul-betul maksud tu. Jadi haram dengan kerja yang halal. CONTOH :

"Pekerja kilang (tak kisah kilang mana pun), yang pergi kerja pagi balik petang. Duduk je dalam kilang. Dan selalu juga claim overtime. Kerja lebih masa. (nampak macam tiada apa-apa,bukan?). Ok, dalam pada masa yang sama dia tak bagitau sesiapa pun yang dia datang lewat. Sebab ada company akan tanya jika lewat atau tidak, jika dia lewat maka akan potong elaun. Dan waktu kerja lebih masa tu, claim 2 jam tapi sebenarnya kerja boleh siap dalam masa sejam. Lagi sejam? Dia ambil masa menyembang, berehat, minum dan sebagainya lah. (Dan nampakkan sumbernya ada haram disitu?) Paling ketara kerja waktu hujung-hujung minggu. Punch card datang lepas itu pulang ke rumah dan petang datang semula untuk punch card dan kemudian kita claim ot berjam-jam."

Ok, rasanya semua dah faham bab sumber yang haram itu kan? Jadi jaga-jaga dalam pekerjaan kita. Buatlah sesuatu itu kerana Allah. Sebab apa hasil kerja kita tu semua akan menjadi darah daging kita. Wallahualam.

Bab mengumpat toksah cakaplah. Waktu tengahari itulah paling sesuai sebab kita rehat dan takde apa nak buat. Jadi bila bersembang mulalah terselit macam-macam. Nampak remeh ngumpat nie, tapi besar kesannya pada ibadat kita. Kesan dari umpatan ini juga akan memberi kesan kepada mereka yang kononnya bangun malam untuk beribadat.

Orang yang beribadat malam ini menjadi sia-sia bila dia melakukan perkara yang bodoh,lagha,bersuka ria di waktu siangnya dan dia juga membiarkan solat Subuhnya berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga malam kerana riak dan kemasyhuran.

Dua anggota kita yang paling susah nak jaga waktu puasa ni ialah mata dan mulut. Jika kita tidak mengumpat, kita mesti akan melihat perkara-perkara maksiat. Ingat sahabat, ketika kita di tempat kerja, pergi ke bazaar Ramadhan atau menonton televisyen. Bila melihat aurat atau perkara maksiat lain, maka pahala puasa kita akan berkurangan. Tak rugi rasa? Takut hilang sebegitu je pahala seharian berpuasa. Jadi jaga mata, tundukkan pandangan.

Jangan biarkan puasa kita menjadi sia-sia. Nanti bila di hari timbang amalan, kita lah orang yang amat rugi di waktu amalan puasa ditimbangkan. Kerana pahala kita lesap begitu saja dek kerana kita tidak menjaga 2 anggota badan kita ni.

Puasalah dengan sebaik mungkin.  Biarlah puasa kita itu dapat mendidik kita menjadi hamba yang bertaqwa. InsyaAllah.

p/s : jangan kita abaikan 10 malam terakhir yea. Ada 1 malam yang mana baik dari 1000 bulan.

Sunday, July 14

Roomates Baru Saya.



Alhamdulillah. Lama nak update blog pasal ni sebenarnya, tapi takde masa. Tak sempat plus idea tak mai. Dah masuk ramadhan ke-5 dah, semoga korang semua dapat berpuasa dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Bertambah amalan dan iman.

Nak habaq dekat korang ni. Dah dekat sebulan sebenarnya, saya telah melangsungkan perkahwinan saya. Tanggal 25 Mei 2013. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Kebanyakkan yang tau ni sahabat-sahabat di facebook saja. Jadi bagi readers-readers blog yang taktau,sekarang dah tau bukan? :)

Ini majlis kenduri sebelah perempuan, insyaAllah mungkin selepas raya akan saya adakan kenduri sebelah lelaki. Doakan kami yea. Maaf jika ada salah dan silap.

Hidup sebagai seorang suami baru saja bermula. Setakat sebulan ini, Alhamdulillah banyak juga ujian yang diterima. Tapi semua dipermudahkan oleh Allah. Biasalah kan, hidup suami isteri mesti banyak dugaan. Dugaan itu menjadikan kita kuat. Jika kita rasa susah, sentiasa lah fikir yang ada orang lain lebih susah dari kita.

Selalulah ingat pada firman Allah :

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

Yang penting semakin susah hidup kita itu semakin dekat kita pada Allah. Allah suka dengar rayuan hambanya. Kasih sayang Allah sangat luas.

Dan sebelum tamat entry ini, saya nak bagitau yang roomates kami paling baru. Baru je tiba tadi. Dipisahkan sebentar dari adiknya (OLIE). 


Let me introduce to you all - ABOI!

p/s : saya ada lelah sebenarnya, tapi cuba jugak untuk bela kucing sebab suka sangat pada kucing. Sunnah bukan? =)

Salam Ramadhan buat semua readers. Jangan lupa tambahkan amalan yang sunat yea. 

Wednesday, July 3

Kembali.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Agak kekok rasa menaip entry sekarang ini. Tak berapa nak ada idea untuk menaip. InsyaAllah akan cuba untuk kembali aktif berblogging semula. Banyak sangat perkara sudah lupa. Dan banyak juga perkara yang nak diceritakan di blog.


Maaf jika ada kesilapan yang lalu. Maaf juga jika selepas ini ada perkara yang tidak senang dibuat saya tika berblogging. Maklum lah dah lama tinggal, dah lupa 'syarat-syarat' berblogging secara ilmiah gitu.

Sejak bila aku jadi skema gaban menaip ni lah.

Ok. Now back to basic. Nak kena cari semula kepercayaan readers-readers blog aku nie. Semoga korang dapat menerima aku semula dalam dunia blogging yea. Jumpa lagi di next entry. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan ku singgah di blog-blog yang aku follow.

p/s : takde idea. Baru nak cari aura balik. Bukan aurawhite yea.