Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a , beliau berkata bahawa Rasulullah telah bersabda :
" Betapa ramai di kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribada malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"
Terdapat 3 golongan yang termasuk di atas.
Golongan pertama ialah golongan yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber harta yang haram. Memakan makanan yang haram lebih besar dosanya daripada pahala yang diperolehnya daripada puasa.
Golongan kedua ialah golongan yang terlibat dengan perbuatan mengumpat.
Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.
Ramai bukan yang sebegitu? Semoga kita dan ahli keluarga kita semua dijauhi dari golongan-golongan yang sebegini. Puasa menjadi sia-sia selama sebulan. Rasa seperti dah melakukan pahala tetapi tidak mendapat apa.
Sebenarnya minded orang sekarang dah berubah sangat. Hati dah makin jauh dengan Allah. Lagha sangat. Terlalu banyak kemaksiatan yang kita lakukan dan sekeliling kita. Tanpa kita sedar atau tidak. Perbanyakkanlah beristighfar.
Sini saya nak ulas sedikit tentang makanan yang haram. Sumber harta yang haram. Kebanyakkan dari kita mesti tahu yang sumber yang haram mesti datang dari hasil mencuri,menipu,rasuah,minum arak. Tapi ramai yang tidak sedar sumber itu boleh jadi haram dengan kerja yang halal.
Faham betul-betul maksud tu. Jadi haram dengan kerja yang halal. CONTOH :
"Pekerja kilang (tak kisah kilang mana pun), yang pergi kerja pagi balik petang. Duduk je dalam kilang. Dan selalu juga claim overtime. Kerja lebih masa. (nampak macam tiada apa-apa,bukan?). Ok, dalam pada masa yang sama dia tak bagitau sesiapa pun yang dia datang lewat. Sebab ada company akan tanya jika lewat atau tidak, jika dia lewat maka akan potong elaun. Dan waktu kerja lebih masa tu, claim 2 jam tapi sebenarnya kerja boleh siap dalam masa sejam. Lagi sejam? Dia ambil masa menyembang, berehat, minum dan sebagainya lah. (Dan nampakkan sumbernya ada haram disitu?) Paling ketara kerja waktu hujung-hujung minggu. Punch card datang lepas itu pulang ke rumah dan petang datang semula untuk punch card dan kemudian kita claim ot berjam-jam."
Ok, rasanya semua dah faham bab sumber yang haram itu kan? Jadi jaga-jaga dalam pekerjaan kita. Buatlah sesuatu itu kerana Allah. Sebab apa hasil kerja kita tu semua akan menjadi darah daging kita. Wallahualam.
Bab mengumpat toksah cakaplah. Waktu tengahari itulah paling sesuai sebab kita rehat dan takde apa nak buat. Jadi bila bersembang mulalah terselit macam-macam. Nampak remeh ngumpat nie, tapi besar kesannya pada ibadat kita. Kesan dari umpatan ini juga akan memberi kesan kepada mereka yang kononnya bangun malam untuk beribadat.
Orang yang beribadat malam ini menjadi sia-sia bila dia melakukan perkara yang bodoh,lagha,bersuka ria di waktu siangnya dan dia juga membiarkan solat Subuhnya berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun berjaga malam kerana riak dan kemasyhuran.
Dua anggota kita yang paling susah nak jaga waktu puasa ni ialah mata dan mulut. Jika kita tidak mengumpat, kita mesti akan melihat perkara-perkara maksiat. Ingat sahabat, ketika kita di tempat kerja, pergi ke bazaar Ramadhan atau menonton televisyen. Bila melihat aurat atau perkara maksiat lain, maka pahala puasa kita akan berkurangan. Tak rugi rasa? Takut hilang sebegitu je pahala seharian berpuasa. Jadi jaga mata, tundukkan pandangan.
Jangan biarkan puasa kita menjadi sia-sia. Nanti bila di hari timbang amalan, kita lah orang yang amat rugi di waktu amalan puasa ditimbangkan. Kerana pahala kita lesap begitu saja dek kerana kita tidak menjaga 2 anggota badan kita ni.
Puasalah dengan sebaik mungkin. Biarlah puasa kita itu dapat mendidik kita menjadi hamba yang bertaqwa. InsyaAllah.
p/s : jangan kita abaikan 10 malam terakhir yea. Ada 1 malam yang mana baik dari 1000 bulan.
p/s : jangan kita abaikan 10 malam terakhir yea. Ada 1 malam yang mana baik dari 1000 bulan.
No comments:
Post a Comment
BeSt 4 me: