Sunday, December 4

Jadi Bangang Kerana Ibu Bapa!

Suasana pagi memang cukup indah.  Di tambah pula dengan angin yang bertiup perlahan, sejuk.  Waktu itu pula baru saja lepas hujan dan semestinya akan keluar kabus menyelubungi seluruh kawasan rumah.  Rasa bersyukur masih lagi mampu untuk bangun dan meneruskan kehidupan.

Baru saja bersemangat untuk memulakan hari sekolah, bekerja dan sebagainya.  Biasalah kan, bangun pagi mestilah kena bersemangat selalu,  baru lah hari yang kita lalui tu penuh dengan ceria dan gembira.  Stress tu tetap ada, tapi mungkin kurang atau stress yang positif.

Tapi entry kali ini aku nak menceritakan apa yang aku lalui bila tiba waktu pagi.  Kebiasaannya hari-hari bekerja la aku dapat dengar caci maki ni. Seperti biasa, pukul 6.30 pagi aku dah bersiap-siap nak pegi ke tempat kerja.

Sedang-sedang aku bersiap ni, tiba-tiba terdengar 1 jeritan "Hoi!!!!",  "Tak Paham Bahasa ke??"!.

Memang lantang suara makcik tu sampaikan terjatuh sikat rambut yang aku pegang.  Punyalah terkejut!.  Aku pun apa lagi, pergi lah menyibukkan diri.  Berlari-lari anak ke dapur dan jengah di tingkap.  Kot-kot lah motor aku parking ada blok motor orang lain ke kan? ( alasan tu nak busy body sebenarnya ).

Biasalah duduk rumah flat, memang akan temui adegan dramatik gini waktu pagi-pagi.  Setelah puas aku berdiri tepi tingkap dan menyelidik dari mana datang nya suara seperti Jin mengamuk itu adalah dari jiran sebelah menyebelah dan sebelah lagi.  Senang cite memang jauh lah dari rumah aku, tapi 1 blok dan aku rasa memang semua orang boleh dengar suara makcik ni!

Aku pun membesarkan telinge untuk mendengar, rupa-rupanya dia sedang memarahi anak dia.  Tak tahu lah apa kesalahan anak dia sampai begitu sekali jeritan dia.  Aku rasa kalau aku di tempat budak tu, maybe meninggal sesak nafas kot.  Sebab suara mak dia memang kuat!


Pada hari pertama, it's oklah. Maybe anak dia ada buat kesilapan yang sangat-sangat besar sampai dimarahi sebegitu rupa.  Aku pun macam tak ambik endah jek.  Tetapi tak aku sangka perkara ini berlanjutan sehingga hari ke-5,  dan boleh sambung lagi minggu depan.

Aku rasa dah hari-hari kot, dan budak tuh pun dah lali, lalu makin menjadi-jadi perangai dia.  Korang nampak tak situasi ni?  Apa kesan pada budak tu apabila dimarahi sebegitu rupa pada awal pagi yang indah, pada pagi yang sepatutnya otak budak tu dirangsang dengan perkara-perkara yang baik?  Korang sendiri boleh judge kan.

Situasi kedua :
Seorang kanak-kanak hanya terlanggar barang kepunyaan bapanya di dalam bilik secara tidak sengaja.  Perkara yang sering berlaku jika anak-anak anda tu baru saja berusia 4-5 tahun.  Biasalah kan budak-budak.  Mungkin barang yang berharga itu tak patut diletakkan bersepah-sepah.

Tapi apa yang aku dengar bapa itu memarahi anaknya seperti anak dia tu dah berusia belasan tahun. " Banggang punya budak!!" " Bodoh, tak dengar ke apa aku cakap? ".  Sekali lagi suara bapanya memecahkan keheningan rumah flat aku.  1 blok dengar.!  Malu dan anaknya lagi bertambah malu.

Kalau korang nak tau, Banggang dan Bodoh tu bukan diucapkan hanya sekali tapi beberapa kali sampai lah dia puas. Dan aku rasa ibu bapa yang matang mesti tau setiap kali apa yang diucapkan oleh mereka kepada anak-anak sendiri adalah 1 doa.  Jika dimakbulkan?

************

Korang nampak kan situasi 1 dan ke-2 tu?  Apa yang aku cuba untuk kaitkan dengan tajuk entry.  Peringatan untuk ibu bapa di luar sana, dan yang bakal menimang cahaya mata.  Perkataan yang selalu diungkapkan adalah 1 doa, anda ingin melihat anak anda berjaya 1 hari nanti tapi janganlah di tengking dan dimarahi mereka ni dengan kata-kata yang kesat.  Ajarlah dengan baik, supaya baik akhlaknya nanti.

Renung-renungkan.  Nanti di suatu hari bila anak anda tu jadi orang yang betul-betul banggang dan menyusahkan seluruh umat, janganlah tuding jari ke orang lain.  Tapi lihat pada diri sendiri, bagaimana korang mendidik depa nie. Reti tak?  Gwa yang dah besar manjang nie pun rasa sakit hati bila orang cakap kita Bodoh atau Banggang.

p/s : untuk ibu bapa, apa perasaan korang bila langkah je kaki ke ofis tiba-tiba bos panggil " Oiii Bangang! " ?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"


WAYANG : HAPPY FEET 2

Selamat datang bulan Disember. Bulan terakhir bagi tahun 2011. Tinggal lagi beberapa hari lagi kita akan berjumpa pula dengan tahun 2012. Masa sekarang memang terlalu cepat, dan makin lama semua orang makin sibuk dengan hal dunia je.  Dalam setahun tu rasanya tak cukup nak kejar semua. Nak buat semua, sebab masa yang singkat.  Walaupun setahun.

Kembali ke tajuk entry aku. Cerita-cerita kartun yang memaparkan karektor yang comel-comel ni memang suka sangat tengok. Bukan apa, sweet je dapat tengok binatang yang comel bercakap.  Tak tau lah nape aku suka sangat.  Maybe sebab suka dengan haiwan yang comel-comel kot macam kucing, arnab, sugar glider ke dan lain-lain lagi la.

Tapi..aku pets pun takde.huh!  Bukan taknak bela, tapi ada sebab kenapa aku tak buleh bela. Geram jugak kekadang tu.

'Happy feet 2'. Memang cerita aku sangat suka, sebab penguin dalam cerita ni sangat comel. Lepas tu boleh nyanyi2 dan menari2 lagi.  Itu rasa geram sangat. Jom tengok apa yang menarik tentang cerita ini.


Ingat dulu cerita masa part 1? Masa tu Mumble masih kecik lagi, dan dia cuba buktikan kaki dia mempunyai keistimewaan walaupun dia tidak mempunyai suara yang sedap.  Jadi pada part 2 nie, dia dah ada anak. Dan anak dia Erik tuh pun mempunyai masalah, sebab sering di ejek sebab tak reti hentak kaki macam Mumble.

Filem ini diarahkan oleh George Miller, pengarah yang sama untuk Happy Feet 1. Antara pelakon yang terlibat Elijah Wood ( Mumble ), Pink (Gloria), Ava acres ( Erik ), Robin Williams ( Ramon & Lovelace ), Meibh Campbell ( Boadicia ), Lil P-Nut ( Atticus ), Brad Pitt ( Will the krill ), Matt Damon ( Bill the krill ) dan ramai lagi lah.

Kisah bermula bila Erik anak kepada Mumble melarikan diri ke Adelie-Land diikuti kawan dia Boadicia dan Atticus.  Dia nak melarikan diri supaya dia tidak lagi berjumpa dengan kaum-kaum dia yang lain di Emperor-Land. Diorang mengikut Ramon sampai ke Adelie-Land, dan bila tiba disana dorang telah menjumpai The Mighty Sven, seekor penguin yang boleh terbang.

Erik dengan kengkawan dia nie teruja lah jumpa Sven dengan harapan dorang nak belajar untuk terbang.  Tapi pada akhirnya, Sven mengaku yang dia bukanlah seekor penguin. Tetapi seekor burung.

Lepas itu, menyedari kehilangan anaknya Erik, Mumble keluar mencari mereka sehinggalah ke Adelie-Land, dan bila dah dapat berjumpa dengan mereka semua dalam perjalanan balik. Sesuatu yang tidak diingini sudah berlaku di Emperor-Land!.

Nak tau apa yang terjadi? Korang kenalah tengok sendiri. Sebenarnya cerita Happy Feet Two nie kureng kick dari yang 1st.  Sebab yang kali ini lebih kepada serius, cuma keseronokan tu datang dari penguin2 yang serius memang comel!.



Ini trailer untuk korang tengok yea. Memang comel semuanya!hehe.  The moral of the story sebenarnya memang menyentuh hati kalau korang perasan.  Sebenarnya pengarah nak bagitau keadaan di Kutub Utara dan Kutub Selatan yang berlaku di atas kemusnahan yang dilakukan manusia sendiri.

Sekian sudah.

p/s: dengor-dengor cerita ombak rindu best yea?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"