Saturday, December 10

Best ke jadi Blogger?

Rasenya macam ramai yang menanti-nanti akan malam ini. Sebab akan ada fenomena gerhana bulan. Sungguh besar kekuasaan Allah. Subhanallah.

Orang cakap around pukul 7.40 ke pukul 10.00 malam gerhana ini berlaku, tapi aku nak dekat beberapa kali keluar masuk rumah sebab nak tengok gerhana bulan nie. Dah lama sangat tak tengok, aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu beria2 nak tengok fenomena nie. Lagi-lagi gerhana matahari, sebab akan gelap sekejap kan?

Ingat lagi, kalau nak tengok gerhana matahari tu kena guna film untuk kamera kodak zaman kuno dulu kan? Kita kecik-kecik dulu pangilnye negatip kot.  Lepas tu cekgu pesan letak besen berisi air depan rumah, then tengok dari besen tu jek. Jangan tengok direct nanti boleh buta.

Semangat kan?  Sampai makcik sebelah rumah pelik tengok apa budak ni duk tenang jek air tu.  Makcik tu tak tau yang kita nie ada cita-cita nak jadi angkasawan tau.

Oke. Cukup cerita tentang bulan.

Best ke Jadi Blogger?


Kebanyakkan yang berblogging nie mesti suka menulis.  Setelah beberapa tahun aku berblogging nie, macam-macam jenis penulisan dapat jumpa!  Ada yang menulis tentang diri sendiri, tentang politik, tentang kehidupan, agama, syair, puisi dan macam-macam lagi lah! Tak terkira. Luas sebenarnya dunia blog nie, bezanya korang boleh cari hanya dengan klik button search dekat google jek.  Tak perlu nak pegi library selalu.

Itulah kelebihan blogging sebenarnya, dunia di hujung jari anda. Boleh tau apa yang berlaku di negara orang lain, apa yang orang lain buat. Banyak kelebihan berblogging nie antaranya :
  • Boleh dapat ramai kenalan yang jauh-jauh. Tapi berkawan tu biarlah ikhlas.
  • Boleh berkongsi pendapat dengan orang lain.
  • Dapat maklumat dengan pantas. Tapi jangan cepat percaya, kadang-kadang kena selidik dulu.
  • Boleh tengok ragam orang lain.
  • Boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan korang tentang blog nie.
Mesti korang dah rasa kelebihan-kelebihan yang ada di atas bukan? Kalau belum, jangan tipu.  Salah satu mesti ada.  Kalau tak caya cuba korang tengok penulisan korang masa mula-mula berblogging dengan sekarang? mesti ada beza bukan? Itulah contohnya. Perubahan dalam berblogging.

Kalau betul kita memang suka berblogging, kita takkan rasa nak tinggalkan atau deletekan blog semata-mata sebab takde orang komen, dan takde followers.  Berblogging nie sebenarnya sama macam korang buat karangan. Cuma ini di panggil menaip.  So kalau kita betul-betul suka menaip,menulis.  Kita akan terus tingkatkan hasil penulisan kita betul.

Jangan anggap followers tak ramai, maknanye blog korang tak bagus. Taip saje, taip dan taip. Perbaiki dan perbaiki.   Kadang-kadang silent reader kita ramai.  Yang penting hati tu ikhlas nak menulis.

Serius, berblogging memang best.  Sebab setakat ini dari blog lah aku tahu macam-macam, dapat kawan yang jauh-jauh. Dapat berjumpa dengan ramai orang dan dapat berkongsi pendapat.


- Kucing sekarang pun pandai berblogging..apa kes? -

Sekian..

p/s: amacam korang, best tak jadi blogger?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, December 4

Jadi Bangang Kerana Ibu Bapa!

Suasana pagi memang cukup indah.  Di tambah pula dengan angin yang bertiup perlahan, sejuk.  Waktu itu pula baru saja lepas hujan dan semestinya akan keluar kabus menyelubungi seluruh kawasan rumah.  Rasa bersyukur masih lagi mampu untuk bangun dan meneruskan kehidupan.

Baru saja bersemangat untuk memulakan hari sekolah, bekerja dan sebagainya.  Biasalah kan, bangun pagi mestilah kena bersemangat selalu,  baru lah hari yang kita lalui tu penuh dengan ceria dan gembira.  Stress tu tetap ada, tapi mungkin kurang atau stress yang positif.

Tapi entry kali ini aku nak menceritakan apa yang aku lalui bila tiba waktu pagi.  Kebiasaannya hari-hari bekerja la aku dapat dengar caci maki ni. Seperti biasa, pukul 6.30 pagi aku dah bersiap-siap nak pegi ke tempat kerja.

Sedang-sedang aku bersiap ni, tiba-tiba terdengar 1 jeritan "Hoi!!!!",  "Tak Paham Bahasa ke??"!.

Memang lantang suara makcik tu sampaikan terjatuh sikat rambut yang aku pegang.  Punyalah terkejut!.  Aku pun apa lagi, pergi lah menyibukkan diri.  Berlari-lari anak ke dapur dan jengah di tingkap.  Kot-kot lah motor aku parking ada blok motor orang lain ke kan? ( alasan tu nak busy body sebenarnya ).

Biasalah duduk rumah flat, memang akan temui adegan dramatik gini waktu pagi-pagi.  Setelah puas aku berdiri tepi tingkap dan menyelidik dari mana datang nya suara seperti Jin mengamuk itu adalah dari jiran sebelah menyebelah dan sebelah lagi.  Senang cite memang jauh lah dari rumah aku, tapi 1 blok dan aku rasa memang semua orang boleh dengar suara makcik ni!

Aku pun membesarkan telinge untuk mendengar, rupa-rupanya dia sedang memarahi anak dia.  Tak tahu lah apa kesalahan anak dia sampai begitu sekali jeritan dia.  Aku rasa kalau aku di tempat budak tu, maybe meninggal sesak nafas kot.  Sebab suara mak dia memang kuat!


Pada hari pertama, it's oklah. Maybe anak dia ada buat kesilapan yang sangat-sangat besar sampai dimarahi sebegitu rupa.  Aku pun macam tak ambik endah jek.  Tetapi tak aku sangka perkara ini berlanjutan sehingga hari ke-5,  dan boleh sambung lagi minggu depan.

Aku rasa dah hari-hari kot, dan budak tuh pun dah lali, lalu makin menjadi-jadi perangai dia.  Korang nampak tak situasi ni?  Apa kesan pada budak tu apabila dimarahi sebegitu rupa pada awal pagi yang indah, pada pagi yang sepatutnya otak budak tu dirangsang dengan perkara-perkara yang baik?  Korang sendiri boleh judge kan.

Situasi kedua :
Seorang kanak-kanak hanya terlanggar barang kepunyaan bapanya di dalam bilik secara tidak sengaja.  Perkara yang sering berlaku jika anak-anak anda tu baru saja berusia 4-5 tahun.  Biasalah kan budak-budak.  Mungkin barang yang berharga itu tak patut diletakkan bersepah-sepah.

Tapi apa yang aku dengar bapa itu memarahi anaknya seperti anak dia tu dah berusia belasan tahun. " Banggang punya budak!!" " Bodoh, tak dengar ke apa aku cakap? ".  Sekali lagi suara bapanya memecahkan keheningan rumah flat aku.  1 blok dengar.!  Malu dan anaknya lagi bertambah malu.

Kalau korang nak tau, Banggang dan Bodoh tu bukan diucapkan hanya sekali tapi beberapa kali sampai lah dia puas. Dan aku rasa ibu bapa yang matang mesti tau setiap kali apa yang diucapkan oleh mereka kepada anak-anak sendiri adalah 1 doa.  Jika dimakbulkan?

************

Korang nampak kan situasi 1 dan ke-2 tu?  Apa yang aku cuba untuk kaitkan dengan tajuk entry.  Peringatan untuk ibu bapa di luar sana, dan yang bakal menimang cahaya mata.  Perkataan yang selalu diungkapkan adalah 1 doa, anda ingin melihat anak anda berjaya 1 hari nanti tapi janganlah di tengking dan dimarahi mereka ni dengan kata-kata yang kesat.  Ajarlah dengan baik, supaya baik akhlaknya nanti.

Renung-renungkan.  Nanti di suatu hari bila anak anda tu jadi orang yang betul-betul banggang dan menyusahkan seluruh umat, janganlah tuding jari ke orang lain.  Tapi lihat pada diri sendiri, bagaimana korang mendidik depa nie. Reti tak?  Gwa yang dah besar manjang nie pun rasa sakit hati bila orang cakap kita Bodoh atau Banggang.

p/s : untuk ibu bapa, apa perasaan korang bila langkah je kaki ke ofis tiba-tiba bos panggil " Oiii Bangang! " ?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"