Sunday, March 27

Lirik : Grenade by BrunoMars




Easy come, easy go
That’s just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give

Should of known you was trouble from the first kiss,
Had your eyes wide open -
Why were they open?

Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did

To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don’t understand is

I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I’m numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you’re from
Mad woman, bad woman,
That’s just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car

Gave you all I had

And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did

To give me all your love is all I ever asked Cause what you don’t understand is

I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you’re a liar Cause you never, ever, ever did baby…

But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same.

No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no

Best kan lagu nie? Hangpa hayati la baik-baik na.  Actually bila hayati about this song,  boleh mengubah anggapan korang pada lelaki kot..  Kalau jumpa laki yang macam nie,  jaga baik-baik naa,.

p/s : " l'amour prend beaucoup de sacrifices "  nie korang translate la sendiri untuk Malay yea.

p/s lagi : hangpa nak ipod touch 8gb tak?aku nak jual nie..cepat2..selagi stok masih ada!hehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, March 21

AKU DAN FOLLOWERS ( 16 ) : UNKHOWN

Salam..
 
We meet again!  Rase perot kurang memberangsangkan hari ini,  tak tahu nape tiba-tiba incik perot nie meragam.  Memang buat aku tak senang nak duduk jek.  Mesti ade makanan aku tersalah sumbat dalam perot semalam nie.  Semalam lepak putrajaya bhai,  sesampai jek dekat sana tinggal 3 belon panas jek.  Tuh pun dah nak diturunkan.  Terlepas nak tengok belon Darth Vader dengan Doreomon.  Xpe,  nantilah tunggu aku beli sendiri,  hari-hari boleh tengok.   Banyak jugak jualan murah semalam,  ada jugak game2 lain.  Dah cukup la setakat tu,  nak update gambaq-gambaq dekat sana pun rasa no need kot.  Dah ramai sangat update pasai belon panas dekat Putrajaya tu.

Seperti biasa giliran followers aku untuk di terjah pada hari ini ialah UNKHOWN.  Macam misteri jek nama blogger nie kan?  Memang misteri,  sebab aku sendiri pun tak tahu apa nama dia.  Nama pun unkhown kan?





" I will walk alone " itu la nama blog dia.  Yang pasti dia bukan peminat Liverpools,  dia nie peminat Red Devils bhai.  Kalau korang masuk jek page dia dah tau kelab yang di minati dia.  Dah berblogging since 2008,  lama jugak.  Entry-entry pun boleh tahan.

Dulu dia rajin-rajin jugak komen blog aku,  tapi secara tetiba dia berhenti berblogging since tahun lepas.  Tak dapat di kenal pasti kenapa.  Tapi kalau dari entry dia yang terakhir mungkin korang akan dapat agak sebab apa dia berhenti.

Biasa la kan,  bila dalam dunia blog nie ramai orang yang akan baca,kutuk,mengata,memuji dan sebagainya.  Kena kuat semangat jek.  Kadang-kadang aku pun rasa down jugak bila berblogging nie,  tapi nak delete sayang.  Sebab dari blogging nie kita belajar macam-macam kan?  Kenal ramai orang.

Jadi pada korang yang dah ada blog tuh,  jangan la berhenti yea sebab ada lagi orang diluar sana yang masih ingin membaca entry anda.

Siapa-siapa nak terjah blog unkhown nie,  boleh klik SINI.

p/s : kalau kaki kanan gatal jek,  tuh tandanya apa yea?
 
*gua update blog hari ini sambil dengor lagu " Beautiful Maria of My Soul ".  cuba korang try dengar!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, March 17

Virus Kencing Tikus ( LEPTOSPIROSIS )

Sekarang nie bila tengah sedap-sedap tido waktu malam di buai pulak mimpi-mimpi yang indah kan,  mesti akan terjaga tak pun bangun mengejot.  Bila dah bangiun mengejot tu,  mulalah mood tuh kelaot.  Tengok orang lain nampak halus-halus jek,  jangan la cari pasal time tu.  Pagi tadi agak terkejot jugak la bila bangun,  dikejotkan plak dengan sms dari mak aku.

Tengah mamai-mamai tuh mula lah tangan merayap-rayap cari hp tak jumpa,  korang pun mesti biasa kan letak hp tepi telinga? haha. Raba-raba tak jugak jumpa,  aku dah stat give up.  Terpakse angkat kepala jugak nak bangun cari nie,  angkat jek kepala nak mencari.  La,  rupanya bawah bantal jek.  Pelik gak, tadi tangan aku merayap ke mana?haha.

Tengok hp tertera nampak mak aku, tak pernah hantar sms pepagi macam nie.  Risau jugak kan.  Rupanya ada anak kepada kawan mak aku nie baru meninggal pagi tadi.  Tak sure la pukul berapa,  tapi sms tu sampai dalam pukul 5 pagi.  Inalillah.  Terkejut jugak,  sebab anak makcik tu baru jek aku jumpa tahun lepas masa tu kenduri kawin anak lelaki dia tulah.  Rasanya tak sampai setahun lagi dia kawin,  dah meninggal dunia.  

Dia meninggal disebabkan terkena Virus Kencing Tikus nie.  Bahaya kan kencing tikus nie?  Meh sini aku nak share sikit info dengan korang pasal Virus Kencing Tikus nie.  ( Kenapalah CIK TI ni suka kencing merata ).

 
-  " Ur pee is very dangerous la mr rat! " -

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil,
Demam Canicola, Demam Ladang Tebu, demam 7-hari ) - agak pelik jugak nama demam-demam nie.-
 
Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara kebetulan. 
 
Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit.
 
Petanda dijangkiti Virus ini

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut

 
 
Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
 
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

 
Bahaya kan kencing tikus ni?  Boleh bawa maut.  So,  aku harap info nie dapat menyedarkan korang dan mengingati korang sedikit.  Berjaga-jaga bila melakukan aktiviti luar.  Dan yang selalu rasanya korang kena jaga  kebersihan rumah,  bila beli tin-tin minuman dekat kedai tu basuh dulu ( selalunya dah beli mesti terus bukak jek penutup then minum kan? )  lepas tu tengok-tengok sikit tempat korang nak pegi makan dekat luar tu.  Ada setengah kedai makan aku tengok tikusnya sihat-sihat mengalahakn kucing yang ada dekat kedai tu.

Bersama-samalah kita mencegahnya dan menjaga kebersihan.

Segala info lebih lanjut korang boleh tengok dekat sinie :

 
p/s : korang sendiri pernah tengok tak tikus kencing berdiri?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, March 16

JANGAN PANDANG RENDAH ORANG LAIN!

Apa pandang-pandang?  Tak pernah tak tengok orang ke?  Saya nie artis ke awak nak tengok-tengok macam tu?  Aish!

Itulah kata hati kita pada orang yang duk tengok-tengok kita semacam kan?  Nak marah lebih-lebih pun tak boleh, sebab mata dorang sukati dorang la kan?  Kalau korang perasan kekadang ada setengah orang nie tengok kita macam kita ada hutang dengan dia,  or kita sememannya pada hari tu lebih hensem or cantik dari dia!  Macam dah nak tersembul dah mata tu tengok orang kan.  Kita pulak rasa geram ada,  serba salah pun ada.  Takut la ada pape yang tak betul pada penampilan kita kan.

Apa yang korang perlu buat bila jumpe orang macam nie,  korang tengok balik dia.  Tengok jek mata dia,  mesti dia akan toleh tempat lain.  Kalau lebih teruk lagi,  kalau korang ramai-ramai kan ajak member-member sekali pegi ke tempat dia dan tengok ramai-ramai.  Baru dia tau apa rasanya.  Kan? haha.

Bukan pasal orang pandang-pandang yang aku nak ceritakan pada korang,  tapi disebalik pandangan dorang sebenarnya pada diri kita.  Setiap pandangan orang tuh mesti ade memberi beberapa maksud kan?  mesti dia ada tafsiran sendiri dalam hati dia.  Mungkin dia sedang berkata-kata sesuatu tentang diri kita,  betul tak?  Kita sendiri pun ada jugak buat macam tu.

Tapi kebanyakkan tafsiran itu adalah dengan merendah-rendahkan orang lain.  Maybe?  Setiap orang itu ada kekurangan dan kelebihan dari korang. Yes!  Sebab setiap manusia yang Allah ciptakan mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sick of people yang berlagak macam dia hebat sangat.  Orang macam nie memang ada dikalangan korang nie. Heh!  tak semestinya kau tu engineeeer,  kau boleh amik kesempatan pada orang bawahan ko sebabnya jawatan kau tinggi.  Jangan ingat kau tu guru besau,  cekgu-cekgu lain punye cadangan langsung ko taknak terima.  Dan yang seangkatan dengannya la,  lemau aku nak sebut semua.

Bukan aku nak 'kondemkan' orang-orang yang pangkat tinggi,  tapi kebanyakkannya perangai macam tu dari orang di golongan atasan macam tu.  Ego terlalu tinggi.  It seems like yang bawahan dia nie macam takleh fikir sangat pakai otak.  Please la korang eh.  Dun be like this laa.  Kalau tak macam mane niat korang nak bangunkan bangsa sendri nak jadi kenyataan?  Kalau korang sendiri pandang rendah pada orang lain.  Remember,  semua ada kelebihan masing-masing.  Termasuk makcik-makcik yang jual pisang goreng tepi jalan tuh,  jangan ingat dia jual kueh-kueh tak boleh kaya macam korang.

Tak semestinya kelebihan seseorang tuh mesti nak kena kaya, pangkat tinggi, pakai keta besar, pakai pakaian branded2, muka hensem/cantik.  Mungkin kelebihan tu datang dari budi pekerti dia yang tinggi lagi dari korang.  Right?  Think about that.  Kita nie dijadikan ada kelebihan dan bakat masing-masing,  cuma ada setengah nie korang tak 'korek' dalam-dalam lagi.  So, memang tak nampak la.  Cuba selami diri masing-masing tu,  bak kata kak Ogy ' Gali-gali '!!

Bila rasa dah jumpa kelebihan yang ada pada diri tu,  cuba-cuba la untuk tonjolkan.  Sebab itu akan melonjakkan diri korang untuk lebih berjaya.  Dan jangan sesekali korang menyesal dengan hidup korang atau kelemahan yang ada pada diri kita.  Takdenya Allah tuh ciptakan manusia hidup di dunia untuk menyesal seumur hidup dengan apa yang ada pada diri dia.  Semua ada kelebihan dan keistimewaan.  Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.

Dan selalu muhasabah diri tu.  Jangan sampai ke sabah plak korang pegi,  cukup la setakat di rumah ke.  Cukup la guwa bebel-bebel nie,  lebih-lebih kang ada pulak yang makan hati berulam jantung pisang.  Sedar sikit,  bukan semua orang di dunia nie 'RENDAH' macam pandangan mata korang tu.

p/s : korang pernah tak rasa dihina-hina depan orang ramai?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, March 14

AKU DAN FOLLOWERS ( 15 ) : CIK YANA

Hari ini memang korang sendiri pun tahu.. Hari isnin,  such a bored day.  Kebanyakkan orang tak suke,  serius aku tak tipu.  Tanya pada orang yang bekerja,  hari isnin adalah hari paling boring dan hari jumaat hari yang best!  Ah!  Hari best ke tak best ke korang kena kerja jugak kan?  Kena laluinya jugak..  Makan gaji,  macam tulah.  Takpe, rezeki masing-masing tu.

Sekarang untuk followers aku yang seterusnya ialah CIK YANA,  ala yang gitu-gitu tu ( buat gaya ala2 apek ). Comel-comel gitu orangnya.  Kalau korang tak caya, pi lah terjah page dia tengok.  Klik SINI.




Penuh banner dengan muka dia. AKUDIADANCHENTA itulah nama blog dia.  Orang Kuala Terengganu nie dan telah berblogging sejak dari 2008!!  Lama kan?  Dulu rajin jugak dia nie mengupdatekan blog dia,  tapi sekarang dah jarang.  Busy la tu ( pandai aku buat andaian ).

Siapa-siapa yang nak kenal dia?  Meh baca entry dia yang pertama masa dia baru berblogging.  Klik sini SIMPLE STORY ABOUT ME.

Another blogger yang sudah agak lama berblogging.  Respek ar dorang nie!

p/s : korang nak tau tak sapa lepas nie?jeng..jeng..jeng..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Wednesday, March 9

HARI INI HARI ANDA!

Rindu rasanya jari-jari gatal gua nak menaip nie.  Sampai tahap mengaru-garu jari dah,  kawan aku siap tanye tangan kanan ke kiri yang gatal.  Dia cakap kalau kanan nak dapat duit,  tapi kalau kiri aku kena belanja dia.  

Hampeh!

Pandai jek dia punya terjemahan.  Then aku jawab lah kalau dah dua2 tangan yang gatal,  ape maksudnya?  Dia cakap maknanye aku kena belanja ramai orang.  Terus jek dapat back-hand dari aku.  Baru aku perasan tangan aku ade sedikit kuat bila back-hand,  ala-ala Datuk Chong Wei gitu.

Oleh sebab dah seminggu menahan gatal jari nie,  akhirnya dapat juga aku jumpa ubatnya hari nie.  Yelah, update blog la ubatnye.  Korang jangan jadi macam aku sampai gatal-gatal jari.

Cerita pasal entry aku hari ni,  tajuk pun dah memang hari ini kan.  Jadi memang nak cerita pasal hari ini ajelah.  Bukan semalam, besok or lusa,  tetapi HARI INI!!
Semenjak dua nie aku sekarang dah rajin-rajin nak baca buku motivasi,  maybe moral ade down kot sikit-sikit.  Biasa la tuh kan,  dah memang lumrah.   Mesti sekali sekala tuh korang akan rasa tertekan jek.  Dan mula la nak tekan perasaan sendiri dan perasaan orang lain.  Semua nak ditekannye,  sampai orang lain pun rasa tekanan korang tu.  Beware sikit,  jangan sampai ade pulak yang membenci nanti yea.

Kita nie manusia biasalah akan melakukan kesilapan,  agak pelik bin ajaib la kalau ade manusia yang tak pernah buat SILAP!  Sempurna sangat ke korang?  mesti ade kelemahan dan kelebihan masing-masing.  Tapi manusia yang bijak akan belajar dari kesilapan yang di buat dan bukannya mengulangi benda yang sama jek sampai mati.  Bodoh namanya tu!

So, korang kena study kelebihan yang ada pada diri korang tuh dan perbaiki kelemahan yang ada.  Muhasabah diri selalu dan ingat jangan selalu bersedih dengan perkara yang lalu.  Itu point aku nak sampaikan sebenarnya tentang HARI INI HARI ANDA.  Jadikan hari-hari yang akan mendatang sebagai hari yang bermakna dalam hidup korang.  Buatlah perkara yang baru dan learn sumthing new,  bukan dengan mengenangkan saja perkara yang dah lepas.  Sebab bila korang selalu bersedih mengenangkan perkara yang lepas ia sebenarnya 'membunuh' semangat korang pelan-pelan.

Itu sebab ada yang sampai bunuh diri dan sebagainya la,  sebab terlalu bersedih benda yang dah lepas dan telah pun terjadi.  Dah menjadi ketentuan-Nya,  jadi kenalah belajar untuk redha dan tawakal.  Mungkin ada hikmah disebaliknya,  jangan la menyeksa diri dan semangat korang tu.  Dan jangan juga,  terlalu berfikir untuk perkara yang akan datang.  Perkara yang belum pasti akan terjadi.  Membuat persiapan takde hal,  tapi sampai terlalu takut sangat untuk menghadapi perkara yang akan tiba pun susah jugak.  

Ingat,  hidup ini macam roda sekejap di atas dan sekejap lagi korang di bawah.  Ia banyak mengajar sebenarnya,  bila dah jatuh tu cuba untuk bangkit semula dan bila dan berada di atas cuba bertahan untuk tidak jatuh terduduk.  Itu sebabnya penting untuk tidak mengenang2kan benda yang dah jadi sebab perkara itu yang menyukarkan korang untuk bangkit.

" Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam."


p/s :  korang selalu ker mengenangkan perkara-perkara yang dah lepas? sampai nangis2 dan menyesal?

p/s lagi : rasanya macam dah malas nak buh gambaq dekat entry..hehe

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"