Sunday, May 29

WAYANG : KARAK

Sambil menjilat-jilat sudu sundae straberi aku nie dengan penuh kenikmatan,  tiba-tiba dapat idea nak buat entry pasai movie yang baru-baru ni aku pegi tengok.  Masa tu movie nie baru hangat-hangat keluar di pawagam.  Jumaat malam yang lepas la,  atas gara-gara terpengaruh dengan rakan tak sebaya, aku tergerak jugak nak pi tengok cerita ni.  

Rugi jugak rasa kalau tak tengok,  sebab KRU punye filem sekarang gambaq nya cantik2.  Lain dari yang lain.  Beradik nie memang kreatif la,  masing-masing dah jutawan. Gud-gud.  Tingkatkan lagi kualiti perfileman Malaysia nie.  Ingat rakyat Malaysia takde yang kreatif ke?  Jadi sebelum Sundae aku nie cair,  baik aku cepat ceritakan.  Nanti dah takde idea dah.

Jum tengok pasai cerita KARAK nie yea :





KARAK? Korang mesti pernah dengar kisah Highway Karak kan?  Highway paling femes nak ke pantai timur tu, tau kan?  Kalau ada yang tak tau, hangpa ajar depa pi guggle yea.  Nak bawak pi sana terus pun takpe.  Waktu paling mujarab ialah tengah-tengah malam.  Korang buleh rasa sendiri seperti dalam filem ni.

(  Ohhh..tidak..sundae aku dah tinggal suku..cepat-cepat )

Rasanya nie filem pertama arahan KRU berunsurkan genre seram ni,  betul tak?  kalau aku salah, sila betulkan yea.  Filem yang memang ramai tunggu-tunggu selepas melihat kualiti cerita Merong Mahawangsa arahan depa jugak.  KARAK ni mengisahkan benda-benda pelik yang pernah berlaku di Highway Karak tu sendiri.  Antaranya yang scene mula-mula yang lelaki tuh mati atas kereta. ( cerita nie aku memang pernah dengar dulu..memang scary.)  Lepas tu, cerita volkwagen kuning.  ( cerita nie siap keluar dekat mastika kalau tak silap aku.)  Dan cerita yang pasai perempuan dengan anaknya tu, aku tak pernah dengar lagi berlaku.

Cerita lakonan Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin memang menyeramkan.  Penuh dengan kejutan dan sound efek nye memang memuaskan ati aku la.  Kalau untuk yang penakut-penakut tuh aku rasa akan menjerit sedikit, takdelah banyak sangat.  Meh aku selitkan sedikit Trailer untuk korang yang belum tengok lagi yea. 



Amacam?seram tak?hehehe..  Pada sesiapa yang belum pergi tengok tuh,  elok lah rajin-rajin kan diri pegi tengok yea.  Enjoy the film yea!

( Ok...sundae aku dah habis...bubye )

p/s : Ada sesiapa dah pi tengok cerita KONGSI?  tak payah tengok kot..ikot nasihat aku..macam ade tak kena jek filem tuh..huhu

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, May 16

TERIMA KASIH CIKGU!

Rupenya hari guru dah hari ni. 16 Mei hari untuk menyambut dah menhargai guru anda.  Korang masih ingat lagi dekat cikgu-cikgu yang dulu mengajar kome masa kecik dulu.  Selalunya mesti akan ingat pada cikgu-cikgu yang garang dan selalu marah-marah korang sebab tak buat kerja yang dia bagi.  Cikgu tu memang selalu ingat kan?  Sebab dulu geram jek dengan cikgu tu,  mesti rasa balik sekolah nak tunggu depan pagar or bila jumpa dekat luar. ( siap ang nanti! ).

Tapi bila korang dah dewasa mesti sedar apa hikmahnya bila cikgu tu selalu marah-marah or nasihat korang.  Mesti ada yang betulnya.  Betul tak? Bagi sesiapa yang ambil nasihat yang cikgu bagi, alhamdulillah,  dan bagi sesiapa yang tak mengendahkan tu mesti ada rasa menyesal sikit lah.  Terasa napelah aku tak ikut cakap cikgu dulu kan?


Seronok rasanya bagi guru-guru yang diraikan hari ini.  Macam-macam hadiah dapat dari anak murid. Kenangan kan.  Hadiah yang diberikan tu pun rasanya tak boleh balas jasa guru mendidik kita.  Sebab ilmu yang kita gunakan tuh digunakan sampai ke akhir hayat nanti tu,  kalau betul coraknya alhamdulillah sampai ke anak cucu pun ikut sekali,  kalau menyimpang tuh. Tak tau nak habaq mai laa.

Teringat jugak waktu jadi cikgu sementara dulu.. dan kalau korang nak tau dari situlah tercetusnya nak buat link blog aku macam tu ( sensei ).  Macam tak percaya sebenarnya yang aku pernah mendidik budak-budak.  Masa tu berbudak sekolah rendah ( darjah 1 & 4 ),  gua ajar Maths, Kajian Tempatan dengan Muzik!. ( serius gua memang pening sikit time ajar Maths tu, yelah otak dah berkarat. )  Mencabar jugak la,  sebab budak-budak sekarang kan bijak.  Banyak benda dorang nak tanya,  bukan korang boleh tipu-tipu ilmu nak bagi nie.

Rasanya masa aku bergelar cikgu dulu,  belum kenal blog lagi.  Rasanya kalau dah kenal,  mau hari-hari gua cite pasai budak-budak nie punya ragam.  Serius yang susah nak control budak-budak darjah 1.  Sebab dorang nie dah kenal dengan aku, sebelum gua jadi cikgu dulu gua jual air dekat kantin sekolah sama, s0 dorang agak terkejut budaya dekat situ sebab aku jadi cikgu depa! ( muka masing-masing tak puas hati ngan gua ).

Tapi dalam nakal-nakal dorang pun masa Hari Guru macam-macam hadiah aku dapat,  memang tak sangka lah akan dapat macam-macam.  Especially hadiah dari murid perempuan,  banyak betui!  Korang dulu kecik-kecik mesti gatai jek nak bagi hadiah dekat cikgu laki kan? ngeh2..  Ada lagi hadiah yang aku simpan sampai sekarang.  Terima kasih la banyak-banyak yea.  Sekarang bila jumpa dorang mesti segan-segan dengan aku,  ada yang badan lagi besar dari aku pun ada.

Cukup la tuh,  kalau aku nak cerita kisah masa aku jadi cikgu dulu.  1 entry pun tak cukup.  Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu dari sekolah :

SEK. REN. WANGSA JAYA, SEK 4 WANGSA MAJU ( darjah 1-3 )
SEK REN WANGSA MAJU SEK 2 ( darjah 4 )
SEK REN SRI RAMPAI ( darjah 5 & 6 )
SEK MEN KEB SYED MANSOR, ULU YAM ( tingkatan 1 )
SEK MEN KEB WANGSA MAJU SEK 2 ( tingkatan 2,3 & 4 )
SEK MEN KEB BUKIT SENTOSA, RAWANG ( tingkatan 5 )

Banyak jugak sekolah aku duk lompat-lompat nie.  Banyak kawan bhaii.  Nway,  terima kasih pada cikgu-cikgu di sekolah yang aku sebutkan di atas ni.  Kalau cikgu-cikgu semua terbaca blog ni,  saya nak minta maaf kalau ada salah dan silap.  Halalkan semua yea.  Doakan anak-anak murid cikgu semua berjaya!

Akhir kata,  buat cikgu-cikgu di zaman sekarang ni didiklah anak murid korang tuh dengan betul sebab sekarang ni agak mencabar sikit,  sebab budak-budak sekarang manja tak boleh disentuh.  Jadi kena gunakan cara lain.  Didik betul-betul bukan sekadar makan gaji je duduk dekat kelas tu yea.  Dan pada berbudak yang di sekolah tuh,  hargai cikgu tu sikit.  Jangan nak sepak terajang pulak.  Tak berkat!  Macam gud-gud pulak korang nak belasah cikgu kan?

Sekian...Terima kasih..

p/s : nak tau lagu apa aku ajar dorang masa kelas muzik dulu? ngeh2...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, May 15

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Aku datang lagi! ( bukan Tora Datang Lagi yea ). Seperti biasa aku akan view 3 followers sekaligus dah sekarang.  Nak habiskan semua cepat sikit.  Kalau review 1 blog jek nanti makan masa pulok,  maklum la sekarang ni busy macam Perdana Menteri, walaupun gaji aku tak sebesar dia. ( Damn ).

Jadi bersama followers kali ini ialah :



- sudah berblogging since 2009 -
- peminat motor-motor besar aku rasa dia nie -
- so bagi sesapa yang berminat nak tau pape pasal moto or pelaburan ke boleh singgah ke blog dia -

Blog kedua ialah :



- blogger nie pun berblogging since 2009 -
- mempunyai 1 lagi blog,  korang nak tahu blog apa?ngeh2..pegi la singgah -
- sesiapa nak tempah header pun boleh,  dia boleh buatkan -
- So, jum ramai-ramai singgah blog dia yea -

Blog ke-3 ialah :



- blogger yang aku rasa ramai kenal kan? -
- dah berblogging since 2008, lama bukan? -
- Jum ramai-ramai terjah blog dia-

who's next?? tunggu yea kawan-kawan.

p/s : korang rasa ok tak aku view? or nak aku cerita detail lagi? ngeh2..

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, May 14

Blogspot kembali pulih!

Yes! at last, setelah seharian menunggu akhirnya blog dah pulih.  Risau la jugak kot yea 'down' sampai berminggu-minggu.  Gatal la jari masing-masing kan nak menaip?  Mesti kalau yang rajin update tuh dah taip siap-siap dekat word ke.  Nanti copy paste jek,  ye dak?

Waktu-waktu keemasan macam nie jelah pun aku dapat nak update selalu,  kalau dah balik Malaysia tu memang agak susah sikit.  Busy memanjang.  Kalau la lepas nie 'down' lagi blogspot nie,  mau ramai yang bertukar angin pakai wordpress.

Sekarang semua boleh la tersenyum riang sampai ke telinga yea sebab blogspot dah ok!  Apa lagi blogger-blogger yang ada,  moh kita update blog. Dah, aku rasa cukup la setakat ini,  sekarang nie entry aku pendek-pendek jek,  sebabnya busy dah panjang so entry pendek la.  Kalau busy tuh pendek maybe entry aku panjang!

Ok. merapu sudah.

p/s : korang rase blogspot nak tutup kedai ke?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Thursday, May 12

Selamat Tinggal Malaysia!

Huh. Rase macam biol-biol sikit kepala nie sebab dah lama tak naik flight.  Maklum la sekali dalam setahun pun belum tentu naik kapal terbang kan?  Dulu nak sangat naik, tapi bila dah naik rasa tak nak turun pulok.  Pramugari cumel-cumel bhaii..

So, sekarang aku dah selamat mendarat ke Lapangan Terbang Hong Kong,  hajat nak ke Taiwan tapi singgah Hong Kong jap, tengok Disneyland. ( tak pegi pun sebenarnya, aku transit sini jek ).  Kenalah duduk diam-diam dalam Terminal nie,  nak merayap kang takot aku tak balik Malaysia jek dah.  Agak risau sebenarnya nie,  sebab pergi sorang-sorang.  Dulu ramai-ramai,  nie kes kena tinggal la nie.  Tak tenang rasanya selagi aku tak jejakkan kaki ke hotel dekat Taiwan tu.

Jadi tak ade ape yang aku nak sembangkan,  aku nak pi cari makan sat lagi.  Korang doakan aku selamat sampai yea.  Lain macam sikit bila keseorangan nie, adehhh.  Ni aku bagi gambar Terminal sikit dekat korang.




Nah, cukup la setakat tu yea.  Cuaca dekat sini best der,  sejuk dan berangin jek.  Gua dapat lari dari Malaysia yang jerebu tuh.  Bukit tinggi-tinggi wey keliling Airport nie, best!

p/s : 1st thing aku cari bila sampai sinie is Toilet!haha...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, May 9

PESANAN PENDEK BUAT FOLLOWERS!

Salam semua
Harap sihat sejahtera

Gua terlalu busy nie
Ini jek yang sempat di taip
Sempat jugak la taip dari takde pape kan?

Gua dah rindu sangat dengan blog nie
Tunggu yea...mungkin jari aku kebas-kebas jek sekarang nie
So, nak menaip pun agak malas.

Jumpa lagi yea.
Terima kasih singgah sinie.
Korang memang hensem!
Korang memang lawa!
Dah..
Sekian...Bos gua dah jeling-jeling tu

p/s : rasa-rasa korang nak komen tak entri macam nie? cube laah kome semua komen...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"