Monday, May 16

TERIMA KASIH CIKGU!

Rupenya hari guru dah hari ni. 16 Mei hari untuk menyambut dah menhargai guru anda.  Korang masih ingat lagi dekat cikgu-cikgu yang dulu mengajar kome masa kecik dulu.  Selalunya mesti akan ingat pada cikgu-cikgu yang garang dan selalu marah-marah korang sebab tak buat kerja yang dia bagi.  Cikgu tu memang selalu ingat kan?  Sebab dulu geram jek dengan cikgu tu,  mesti rasa balik sekolah nak tunggu depan pagar or bila jumpa dekat luar. ( siap ang nanti! ).

Tapi bila korang dah dewasa mesti sedar apa hikmahnya bila cikgu tu selalu marah-marah or nasihat korang.  Mesti ada yang betulnya.  Betul tak? Bagi sesiapa yang ambil nasihat yang cikgu bagi, alhamdulillah,  dan bagi sesiapa yang tak mengendahkan tu mesti ada rasa menyesal sikit lah.  Terasa napelah aku tak ikut cakap cikgu dulu kan?


Seronok rasanya bagi guru-guru yang diraikan hari ini.  Macam-macam hadiah dapat dari anak murid. Kenangan kan.  Hadiah yang diberikan tu pun rasanya tak boleh balas jasa guru mendidik kita.  Sebab ilmu yang kita gunakan tuh digunakan sampai ke akhir hayat nanti tu,  kalau betul coraknya alhamdulillah sampai ke anak cucu pun ikut sekali,  kalau menyimpang tuh. Tak tau nak habaq mai laa.

Teringat jugak waktu jadi cikgu sementara dulu.. dan kalau korang nak tau dari situlah tercetusnya nak buat link blog aku macam tu ( sensei ).  Macam tak percaya sebenarnya yang aku pernah mendidik budak-budak.  Masa tu berbudak sekolah rendah ( darjah 1 & 4 ),  gua ajar Maths, Kajian Tempatan dengan Muzik!. ( serius gua memang pening sikit time ajar Maths tu, yelah otak dah berkarat. )  Mencabar jugak la,  sebab budak-budak sekarang kan bijak.  Banyak benda dorang nak tanya,  bukan korang boleh tipu-tipu ilmu nak bagi nie.

Rasanya masa aku bergelar cikgu dulu,  belum kenal blog lagi.  Rasanya kalau dah kenal,  mau hari-hari gua cite pasai budak-budak nie punya ragam.  Serius yang susah nak control budak-budak darjah 1.  Sebab dorang nie dah kenal dengan aku, sebelum gua jadi cikgu dulu gua jual air dekat kantin sekolah sama, s0 dorang agak terkejut budaya dekat situ sebab aku jadi cikgu depa! ( muka masing-masing tak puas hati ngan gua ).

Tapi dalam nakal-nakal dorang pun masa Hari Guru macam-macam hadiah aku dapat,  memang tak sangka lah akan dapat macam-macam.  Especially hadiah dari murid perempuan,  banyak betui!  Korang dulu kecik-kecik mesti gatai jek nak bagi hadiah dekat cikgu laki kan? ngeh2..  Ada lagi hadiah yang aku simpan sampai sekarang.  Terima kasih la banyak-banyak yea.  Sekarang bila jumpa dorang mesti segan-segan dengan aku,  ada yang badan lagi besar dari aku pun ada.

Cukup la tuh,  kalau aku nak cerita kisah masa aku jadi cikgu dulu.  1 entry pun tak cukup.  Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu dari sekolah :

SEK. REN. WANGSA JAYA, SEK 4 WANGSA MAJU ( darjah 1-3 )
SEK REN WANGSA MAJU SEK 2 ( darjah 4 )
SEK REN SRI RAMPAI ( darjah 5 & 6 )
SEK MEN KEB SYED MANSOR, ULU YAM ( tingkatan 1 )
SEK MEN KEB WANGSA MAJU SEK 2 ( tingkatan 2,3 & 4 )
SEK MEN KEB BUKIT SENTOSA, RAWANG ( tingkatan 5 )

Banyak jugak sekolah aku duk lompat-lompat nie.  Banyak kawan bhaii.  Nway,  terima kasih pada cikgu-cikgu di sekolah yang aku sebutkan di atas ni.  Kalau cikgu-cikgu semua terbaca blog ni,  saya nak minta maaf kalau ada salah dan silap.  Halalkan semua yea.  Doakan anak-anak murid cikgu semua berjaya!

Akhir kata,  buat cikgu-cikgu di zaman sekarang ni didiklah anak murid korang tuh dengan betul sebab sekarang ni agak mencabar sikit,  sebab budak-budak sekarang manja tak boleh disentuh.  Jadi kena gunakan cara lain.  Didik betul-betul bukan sekadar makan gaji je duduk dekat kelas tu yea.  Dan pada berbudak yang di sekolah tuh,  hargai cikgu tu sikit.  Jangan nak sepak terajang pulak.  Tak berkat!  Macam gud-gud pulak korang nak belasah cikgu kan?

Sekian...Terima kasih..

p/s : nak tau lagu apa aku ajar dorang masa kelas muzik dulu? ngeh2...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

8 comments:

  1. wahh biel perbah jadi cikgu yer..best2..hikhik

    ReplyDelete
  2. cikgu nabiel..saya nak o-ok' ni..kah kah..

    ReplyDelete
  3. eh,,eh,,i skrg ngajar kt syed mashorlah,,bru posting,,hihi,,,nway,i dok srndah,,n pnh sek kt bkt sntosa,,

    ReplyDelete
  4. last sek kt bkt sentosa thn 2002,,mse 2 PMR,,pas2 trs msk tknik sg.blh,,erm,,budak2 sek 2 stndrdlah klnye,,hehe,,so, skrg u ckgu lg ke?

    ReplyDelete
  5. lama tak singgah blog kite, tak nak kawan dah ke? huhu...

    cikgu, antara cita-cita sy yg blum tercapai

    ReplyDelete

BeSt 4 me: