Sambil menjilat-jilat sudu sundae straberi aku nie dengan penuh kenikmatan, tiba-tiba dapat idea nak buat entry pasai movie yang baru-baru ni aku pegi tengok. Masa tu movie nie baru hangat-hangat keluar di pawagam. Jumaat malam yang lepas la, atas gara-gara terpengaruh dengan rakan tak sebaya, aku tergerak jugak nak pi tengok cerita ni.
Rugi jugak rasa kalau tak tengok, sebab KRU punye filem sekarang gambaq nya cantik2. Lain dari yang lain. Beradik nie memang kreatif la, masing-masing dah jutawan. Gud-gud. Tingkatkan lagi kualiti perfileman Malaysia nie. Ingat rakyat Malaysia takde yang kreatif ke? Jadi sebelum Sundae aku nie cair, baik aku cepat ceritakan. Nanti dah takde idea dah.
Jum tengok pasai cerita KARAK nie yea :
KARAK? Korang mesti pernah dengar kisah Highway Karak kan? Highway paling femes nak ke pantai timur tu, tau kan? Kalau ada yang tak tau, hangpa ajar depa pi guggle yea. Nak bawak pi sana terus pun takpe. Waktu paling mujarab ialah tengah-tengah malam. Korang buleh rasa sendiri seperti dalam filem ni.
( Ohhh..tidak..sundae aku dah tinggal suku..cepat-cepat )
Rasanya nie filem pertama arahan KRU berunsurkan genre seram ni, betul tak? kalau aku salah, sila betulkan yea. Filem yang memang ramai tunggu-tunggu selepas melihat kualiti cerita Merong Mahawangsa arahan depa jugak. KARAK ni mengisahkan benda-benda pelik yang pernah berlaku di Highway Karak tu sendiri. Antaranya yang scene mula-mula yang lelaki tuh mati atas kereta. ( cerita nie aku memang pernah dengar dulu..memang scary.) Lepas tu, cerita volkwagen kuning. ( cerita nie siap keluar dekat mastika kalau tak silap aku.) Dan cerita yang pasai perempuan dengan anaknya tu, aku tak pernah dengar lagi berlaku.
Cerita lakonan Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin memang menyeramkan. Penuh dengan kejutan dan sound efek nye memang memuaskan ati aku la. Kalau untuk yang penakut-penakut tuh aku rasa akan menjerit sedikit, takdelah banyak sangat. Meh aku selitkan sedikit Trailer untuk korang yang belum tengok lagi yea.
Amacam?seram tak?hehehe.. Pada sesiapa yang belum pergi tengok tuh, elok lah rajin-rajin kan diri pegi tengok yea. Enjoy the film yea!
( Ok...sundae aku dah habis...bubye )
p/s : Ada sesiapa dah pi tengok cerita KONGSI? tak payah tengok kot..ikot nasihat aku..macam ade tak kena jek filem tuh..huhu
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"
mcm best jerr.... alahh rugi tgk nur kaseh hari tuhh....wuuuwuuu
ReplyDeletekarak tak best! nyesal tgkk.. -_-" RM11 tak berbaloi..
ReplyDeletesemalam nak pi tengok cite karak ni kat bigcinema kat teluk intan.
ReplyDeletetapi takde plakk..gggrrrr
x best la kARAK!
ReplyDeletekarak da tgk da, eeee ! takot terkenangkan kereta tada driver, iskk
ReplyDelete