Tuesday, June 28

15 TOMBOL GEAR YANG MENARIK!

Jom semua kita cuci mata,  rasa dah lama sangat aku tak buat entry bergambar macam nie.  Sekarang rajin nak mencari.  Ini aku jumpa tombol gear yang agak menarik dan pelik kot.


- ini bom betul ke bom olok-olok? -



- Gile cool tombol macam nie!haha -

- Nie aku macam konpius sikit..macam banyak sangat jek gear nya -

- ini aku suka!..memang best tombol yang nie -





- Ini ape punya pemalas laaa -





- Menarik bukan? taknak try dekat tombol gear kereta korang? -

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, June 27

BILA KAUM HAWA DATANG 'BULAN'...LELAKI?

Bulan yang mengambang jangan sangka takde serigala jadian. Ini pepatah merepek,  korang jangan ikut.  Sebenarnya yang aku nak sampaikan ialah pada musim kaum perempuan ni datang bulan,  ada setengahnya macam serigala.  Betul tak?  Nak terkam orang saje.  Angin tak berapa nak baik,  kalah ribut taufan yang ada.

Jadi apabila tiba keadaan yang sebegini,  kaum-kaum adam la yang akan menjadi mangsa.  Lelaki yang paling rapat dan terdekatlah yang akan dicari.  Beruntung la bagi perempuan yang mendapat lelaki yang penyabar dan memahami,  kalau dapat yang tidak penyabar dan panas baran.  Mau meletup dua-dua sekali. Bagai watermelon yang dicampak ke bawah dari tempat tinggi.  Bersepai bukan?  Ibarat macam tulah kalau dah dua-dua hati panas.


Dahsyat tak perumpamaan aku?  Tapi macam terok sangat nampak gayanye bersepai tu.  Ape yang aku nak sampaikan ialah tak boleh sebenarnya kalau pasangan tuh dua-dua nye panas baran.  Mesti kena ada yang panas dan ada yang menyejukkan,  kalau tidak memang memanjang bergaduh je.

Memang dah fitrah yang perempuan akan di datangi haid/nifas.  Jadi kaum lelaki kenalah akui bila datang waktu macam tuh angin depa nie lain macam sikit kan.  Kena jadi understanding person la,  bukan pi melawan angin depa pulak.  Nanti ribut jadinya.

Okeh,  ini aku share sikit dekat korang.  Macam mana nak hadapi kaum perempuan nie bila tiba waktu 'bulang mengambang' ni.  Jom tengok,  korang pun boleh share-share sama.  Mana tau ada tips lain yang aku tak tahu kan?

  • Kaum lelaki cuba rajin belikan coklat feberet girl korang tu.  Tapi kadang-kadang tak semestinya coklat yang mahal-mahal or tetap kena cari coklat feberet dorang.  Asalkan nama pun coklat dan sedap di makan pun sudah memuaskan hati.  Cuba beli tengok.

  • Bila tengok muka dorang macam tension nak marah tuh,  korang pandai-pandai la tegur.  Jangan tanya soalan-soalan yang pelik sudalah.  Nanti mengamuk pulak.  Depa ni tak suka sangat kalau kita tanya soalan yang tak kena pada waktunya.  Korang cuba lah ajak-ajak sembang,  pastu dengar saja apa yang dia nak sampaikan.  Dorang nie suka meluahkan.
  • Korang mainkan cd kegemaran dia.  Kalau boleh korang burn sendiri lagu tuh sebelum waktu dorang datang bulan.  Kalau korang sendiri yang burn lagu tuh,  dorang akan terharu bhaai!  Masa naik kereta tu,  cuba mainkan cd nya.  Then, biaq lah lagu tuh yang slow-slow,   jangan pi bantai bubuh lagu techno ke or lagu yang menjerit-menjerit sangat.  Nanti tak pasai korang kena sepak laju-laju.
  • Selain coklat tadi tuh,  korang bawak la dorang pi makan aiskrim ke?  takpun abc dan sewaktu dengannya la.  Benda-benda yang sejuk.  Api kan lawannya air?  so kenalah bawak pi minum-minum ke?  Insyallah boleh. 
  • Then, yang lelaki pun sebenarnya kena kurang bercakap.  Sebenarnya bagi dorang bila tiba waktu-waktu macam nie, lagi banyak korang bercakap sebenarnye keadaan become more worst.  So better kurangkan bercakap.  Jangan sampai tak bercakap langsung,  dan bila kaum perempuan ni dia saje dan tak bagi respon,  korang jangan nak tanya soalan-soalan yang memerli depa nie.  Makin terok nanti!
Ehmm.  Aku rasa setakat itu saja lah tips kalau korang nak selamat dari angin yang ada.  Jangan terlalu ego sampai taknak memahami apa yang perempuan tu rasa,  sebabnya nanti korang yang rugi.  Kalau korang boleh faham dan boleh bertolak ansur.  Insyallah kemanisan tuh ada.  (maniskah kurma ini!).

Kalau korang ada tips lain,  boleh jugak share kan. Sekian.

p/s : perempuan memang take time untuk difahami..betul kan?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, June 25

JUARA MAHARAJA LAWAK. TAHNIAH SEPAH!

Akhirnya Maharaja Lawak yang diminati tiba pada penghujungnya dan juara telah pun di nobatkan iaitu Kumpulan Sepah. Korang punya lawak memang baek punyaaa.


Ini aku selitkan sikit video masa pengumuman siapakah pemenang-pemenang bagi Maharaja Lawak.



Tahniah kepada Kumpulan Sepah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 350,000!  Kaya korang yea.  Korang memang buat lawak tahap maharaja la! Superb.

Bagi tempat kedua ialah Jozan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 250,000!  Tahniah kepada Jozan.  Ramai yang sangka jugak Jozan boleh jadi juara,  sebab dari mula sampai ke akhir memang ramai yang minat.  


Tempat ke-3 ialah Nabil.  Satu-satunya peserta solo yang maintain sampai ke final.  Bukan senang bhai nak buat lawak secara solo.  Memang respect la dekat mamat nie walaupun lawak dia tak berapa ummpph sekarang,  tapi boleh sampai ke final dan dapat tempat ke-3 lagi!  Tempat ke-3 dapat wang tunai berjumlah RM150,000.  Tahniah di ucapkan yea.


Dan untuk tempat ke-4 jatuh kepada Kumpulan Jambu.  Tahniah jugak di ucapkan kepada Jambu.  Korang punya lawak pun boleh tahan jugak.  Pemenang bagi tempat ke-4 membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.



Tamat sudah Maharaja Lawak.  Lepas ni bosan lah hari jumaat korang.  Rasa-rasanya siapa yang paling kaya antara semua?  sudah semestinya Nabil kan.  Sebab dia bolot semua sorang dia jek.  Nway,  bagi aku semua best.  Sebab it's not easy nak buat lawak depan orang ramai.  Tak caya?  korang cuba buat kawan-kawan korang tergelak sampai pecah perot dulu.  Kalau boleh buat la.

Tamat..

p/s : agak-agak sapa boleh lawan SEPAH lepas nie yea?

"BAEKKK PUNYAAA"

Sunday, June 19

Al-fatihah buat Zami Ismail ( Pak Uda )





Sebutir lagi bintang negara yang telah pergi meninggalkan kita iaitu Zami Ismail a.k.a Pak Uda.  Beliau yang berusia 67 tahun menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau terkenal dengan lakonannya sebagai Pak Uda dalam komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan jugak lakonannya dalam Hantu Kak Limah.

Lepas nie kalau tengok Hantu Kak Limah, mesti ade korum tak cukup.  Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah.  Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.
 
Al-Fatihah...

sumber lain :


p/s : korang jangan ingat dah berusia baru kena penyakit jantung yea. sekarang masa muda pun boleh kena.. Jaga kesihatan tu dengan baik.

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, June 11

WAYANG : DYLAN DOG ( DEAD OF NIGHT )

Fuhh.. Hari minggu baru dapat nak update blog.  Time kerja gua curi-curi jugak masa nak update blog,  tapi tak kesampaian.  Ada je yang datang menganggu!  Rasa dah 3 bulan berturut-turut entry gua berjumlah 6 jek. 666 kan?  Setiap bulan 6 entry jek,  tak boleh jadi macam nie.  Dah kurang view dah. Ish.  Rasa macam dah kekurangan idea nak update sejak moral tak berapa nak ok nie.

Walau macam mane pun hari nie,  gua gagahkan diri jugak nak update blog.  Nie nak habaq mai dekat hangpa,  dah tengok cerita DYLAN DOG nie?  Kalau belum nak pi tengok pun boleh.  Filemnya boleh tahan la.  Hari tu,  cheq nak pi tengok lah cerita X-Men tapi full sepangjang masa!  Dalam hari yang sama jugak keluar cerita KL Gangster, Dylan Dog, Henry Crime, Super 8 dan macam-macam cerita lagi la yang pernah nak habis.  KL Gangster aku rasa paling laju jualan tiketnye. SOLD OUT!

Lastly,  tengok trailer Dylan Dog nie macam menarik.  Kitorang pun layan jelah cerita nie.  Meh aku nak cerita sikit dekat korang pasal filem nie yea.



Antara pelakonya ialah :
Brandon Routh a.k.a Dylan Dog


- " Dulu gua SUPERMAN boleh terbang, sekarang badan dah berat..so, boleh berlari-lari saja kejar Vampire,ngeh2. "..-

Sam Hunghinton a.k.a Marcus Adams.


- " Gua ingat dapat lah jadi hero dalam cita nie, tapi dah nasib badan. bcoz Superman tuh badannya lagi besaq dari gua..Dapat jadi Assisetan pun jadilah" -

Anita Briem a.k.a Elizabeth Ryan


- " Cheq harap takdalah gadis-gadis di luaq sana yang jeles dengan adegan cheq tium-tium dengan abe superman ya..bukan senang nak dapat tuh dikkk.. " -

Taye Diggs a.k.a Vargas

- " Gua rasa gua paling kuat sekali dalam filem nie...memang teruja rasa bila jadi kuntilanak!"-

Dan yang lain :

Peter Stormare a.k.a Gabriel
Brian Steele a.k.a Tatoo Zombies, Belial
Kurt Angle a.k.a Wolfgang

Filem yang bertemakan genre Seram Komedi ini mengisahkan Dylan Dog yang terpaksa kembali ke kerja dia yang sudah lama dia tinggalkan untuk mencari bilah yang dipanggil "The Heart of Belial".  Dalam bilah tuh ada darah setan mane ntah, kira macam darah kuntilanak la.  So, Dylan nie kena setelkan hal nie, kalau tidak akan mulalah perang antara Serigala Jadian dan Vampire.

Macam mana dia setelkan? dan dapat ke dia menghentikan niat Vargas untuk menguasai dunia?  Jom kita saksikan kesudahanya nanti yea. Jom!

Better korang booking la tiket sekarang kalau nak pegi tengok wayang,  sebab cerita best-best sekarang nie. Sekian..Nie Trailer untuk korang :

p/s : Tak lama lagi cerita Transformers pulak!

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, June 5

AKU DAN FOLLOWERS : NEW EDITION!!

Selamat Hari Ahad semua.  Macam mane cuti korang?  Best tak?  Jangan lepaskan peluang bila hari cuti ni untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik.  Sebab besok dah hari ISNIN,  hari yang cukup membosankan sebab dah mula bekerja.  Tapi nak buat macam mane kan?  kalau tak bekerja nak makan apa.

Oke, tinggalkan hal kerja tuh.  Sekarang terus dengan agenda aku dengan 3 lagi followers untuk minggu ini.  Terima kasih la pada korang yang meramaikan lagi followers aku nie kan.  Thank you so much!

Jadi followers yang 1 :




 
- blog yang agak lama aku follow dari dia bujang sampai la dah ade anak sorang -
- sekarang entry dia dah banyak tentang anaknya tu Sophea Medina -
- nampak dekat banner tu kan? memang cute! -
- rasanya dia mula berblogging around 2009..dah 3 tahun dia berblogging -
- so sape-sape yang nak tengok anak eazy yang comel tuh..leh klik ke link ini -

Followers ke-2 :


- simple saje blog dia..tak perlu banner tepek2 muka kan? -
- "Beginning my lessons in the world full of surprises..anything is possible if you make it happen..just believe in yourself and be the person you want to be " -
- sungguh bermakna kata-kata tu kan?..belum korang baca lagi entry-entry dia -
- dia pun aku rasa dah 3 tahun berblogging..lama bukan? -
- most of entry dia adalah dalam english -
- kalau tak silap aku dia nie kawan kepada Najmie ( blogger yang aku review dulu ) -
- bagi sapa-sapa yang nak tau sapa Farlisya nie..jum klik link di bawah nie -


Followers ke-3 :


- tajam betul renungan mata budak nie.hehe -
- blogger ini sudah berblogging since 2008! -
- entry dia simple-simpe saje tapi rajin update blog -
- rasa dari entry-entry yang dia buat boleh bagi idea dekat korang kalau nak buat entry -
- korang nak idea? jum klik sini -

Sekian sudahh..

p/s : korang dah gosok baju ke belum besok nak keja nie?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"