Monday, June 27

BILA KAUM HAWA DATANG 'BULAN'...LELAKI?

Bulan yang mengambang jangan sangka takde serigala jadian. Ini pepatah merepek,  korang jangan ikut.  Sebenarnya yang aku nak sampaikan ialah pada musim kaum perempuan ni datang bulan,  ada setengahnya macam serigala.  Betul tak?  Nak terkam orang saje.  Angin tak berapa nak baik,  kalah ribut taufan yang ada.

Jadi apabila tiba keadaan yang sebegini,  kaum-kaum adam la yang akan menjadi mangsa.  Lelaki yang paling rapat dan terdekatlah yang akan dicari.  Beruntung la bagi perempuan yang mendapat lelaki yang penyabar dan memahami,  kalau dapat yang tidak penyabar dan panas baran.  Mau meletup dua-dua sekali. Bagai watermelon yang dicampak ke bawah dari tempat tinggi.  Bersepai bukan?  Ibarat macam tulah kalau dah dua-dua hati panas.


Dahsyat tak perumpamaan aku?  Tapi macam terok sangat nampak gayanye bersepai tu.  Ape yang aku nak sampaikan ialah tak boleh sebenarnya kalau pasangan tuh dua-dua nye panas baran.  Mesti kena ada yang panas dan ada yang menyejukkan,  kalau tidak memang memanjang bergaduh je.

Memang dah fitrah yang perempuan akan di datangi haid/nifas.  Jadi kaum lelaki kenalah akui bila datang waktu macam tuh angin depa nie lain macam sikit kan.  Kena jadi understanding person la,  bukan pi melawan angin depa pulak.  Nanti ribut jadinya.

Okeh,  ini aku share sikit dekat korang.  Macam mana nak hadapi kaum perempuan nie bila tiba waktu 'bulang mengambang' ni.  Jom tengok,  korang pun boleh share-share sama.  Mana tau ada tips lain yang aku tak tahu kan?

  • Kaum lelaki cuba rajin belikan coklat feberet girl korang tu.  Tapi kadang-kadang tak semestinya coklat yang mahal-mahal or tetap kena cari coklat feberet dorang.  Asalkan nama pun coklat dan sedap di makan pun sudah memuaskan hati.  Cuba beli tengok.

  • Bila tengok muka dorang macam tension nak marah tuh,  korang pandai-pandai la tegur.  Jangan tanya soalan-soalan yang pelik sudalah.  Nanti mengamuk pulak.  Depa ni tak suka sangat kalau kita tanya soalan yang tak kena pada waktunya.  Korang cuba lah ajak-ajak sembang,  pastu dengar saja apa yang dia nak sampaikan.  Dorang nie suka meluahkan.
  • Korang mainkan cd kegemaran dia.  Kalau boleh korang burn sendiri lagu tuh sebelum waktu dorang datang bulan.  Kalau korang sendiri yang burn lagu tuh,  dorang akan terharu bhaai!  Masa naik kereta tu,  cuba mainkan cd nya.  Then, biaq lah lagu tuh yang slow-slow,   jangan pi bantai bubuh lagu techno ke or lagu yang menjerit-menjerit sangat.  Nanti tak pasai korang kena sepak laju-laju.
  • Selain coklat tadi tuh,  korang bawak la dorang pi makan aiskrim ke?  takpun abc dan sewaktu dengannya la.  Benda-benda yang sejuk.  Api kan lawannya air?  so kenalah bawak pi minum-minum ke?  Insyallah boleh. 
  • Then, yang lelaki pun sebenarnya kena kurang bercakap.  Sebenarnya bagi dorang bila tiba waktu-waktu macam nie, lagi banyak korang bercakap sebenarnye keadaan become more worst.  So better kurangkan bercakap.  Jangan sampai tak bercakap langsung,  dan bila kaum perempuan ni dia saje dan tak bagi respon,  korang jangan nak tanya soalan-soalan yang memerli depa nie.  Makin terok nanti!
Ehmm.  Aku rasa setakat itu saja lah tips kalau korang nak selamat dari angin yang ada.  Jangan terlalu ego sampai taknak memahami apa yang perempuan tu rasa,  sebabnya nanti korang yang rugi.  Kalau korang boleh faham dan boleh bertolak ansur.  Insyallah kemanisan tuh ada.  (maniskah kurma ini!).

Kalau korang ada tips lain,  boleh jugak share kan. Sekian.

p/s : perempuan memang take time untuk difahami..betul kan?
"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

10 comments:

  1. hahaha..lebih kurang la qilah~

    ReplyDelete
  2. hek terasaaa. kite sndiri pn kalau agak2 nk datang bulan je mst TER marah2 si boyfriend walaupn benda kecik. tatau la, mmg tak le elak bnda ni, sbb perubahan hormon kan. hmm susa kawal lor. *sad

    ReplyDelete
  3. fyra : hehehe..biase la tuh kn prmpn?dah masak sgt dh..msti tibe2 angin~mule2 dlu ssh nk fhm..tpi skrng ready jelah..hehehe

    ReplyDelete
  4. kadang2 perempuan blh pasan perubahan emosi tu..dan kdg2 kesian kat lelaki jadi mangsa..tak pasal2 kena marah..hehe

    ReplyDelete
  5. tanpa sedar kekadang tu...entah laaaa..emosi tak stabil..hihihi

    ReplyDelete
  6. Kalau Kak Jie, coke dgn cokelat
    suami dan anak2 dah tau..hihi

    tak yah nk suruh pegi beli, dia org pandai dah tolong belikan...


    maksudnya lelaki2 dlm hidup kak jie dgtlah take care tentang pompuan..hihi

    ReplyDelete
  7. haha sume tips salah.. jangan ikut tips dia oiiiii hahaha boikoit nabiel boikot!

    ReplyDelete
  8. olo....tips yang makan benda2 sejuk tak betulla bro...huk3...mau terkujat awek tu...time2 mcm tu...kalau makan benda sejuk...memang akan menyakitkan diri dia..kang tak pasal2 lagi meradang...heheheh

    ReplyDelete

BeSt 4 me: