Sunday, July 31

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2011!

Salam semua..

Selamat menyambut bulan Ramadhan aku ucapkan pada korang yang beragama islam.  Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi pada tahun ini untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.  Bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman dan selalu merindui bulan ini.  Sebab bulan ini korang boleh buat macam-macam amalan,  kerana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.  Ape amalan yang mulia korang buat akan mendapat pahala yang berganda-ganda.  Jadi rebutlah peluang ini ( 30 hari ) untuk berubah dan tambahkan amalan, sebab belum tentu tahun depan kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.


Jadi besok bermula lah hari pertama kita puasa,  harap semua umat islam dapat berkatnya pada hari yang pertama dan semua dapat berpuasa dengan baek.  Bukan setakat menahan makan dan minum saja yea.

Korang jangan lupa malam ni dah stat solat tarawih.  Mari lah kita beramai-ramai solat berjemaah di Masjid ataupun Surau yea.  Nie aku nak bagi fadhilat Malam Pertama solat Tarawih :


Untung kan?  Jadi lakukannye dengan penuh khusyuk dan ikhlas.  Insyallah.

Di kesempatan ini aku nak mohom maaf jika ada salah dan silap selama berkawan dan berblogging dengan korang nie.  Kalau ada yang aku buat sampai korang terasa,  minta maaf yea.  Takde manusia yang tidak pernah melalukakn kesilapan.

Sekian...Selamat berpuasa semua!

p/s : jangan tengahari buka periuk yea? tuh puasa yang-yuk...haha..korang mesti pernah buat kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Monday, July 25

Welcome To The Family!

Ohh Isnin,  rasa seperti 1 nikmat bila dapat cuti isnin nie.  Serius aku tak tipu,  sebab hari isnin kebanyakkan nya permulaan yang agak serabut.  Macam-macam kerja kena buat,  sedangkan kita baru saja bercuti 2 hari ( ada jugak sabtu kena kerja, ahad pun ada ),  tapi lambakan kerja itu seperti kita sudah bercuti 2 minggu.  Takpelah kan,  yang penting ikhlas dan redha.  Itu punca rezeki kita tu.

Seperti yang dijanjikan, aku nak perkenalkan 'keluarga' baru nie.  Welcome2!. ( macam baru dapat anak jek kan? ).  Aku letakkan gambar saje, korang mesti kenal punye la 'family' gua yang baru nie.





Sekian..Terima kasih..

p/s : lagi best memang best la..tapi lagi best kalau dapat yang SE punyeee...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, July 17

Lirik : Karma by Faizal Tahir



Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Korus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Korus

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali

Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku

Another best song by Faizal Tahir.  Memang best.  Kisahkan pasal anak yang bunuh ayahnya yang tak guna.  Sebabnya dia melacurkan anaknya tu hanya untuk kepentingan dia. Damn..
p/s : kalau lepas ni aku rasa mesti ada yang ikut jejak perempuan dalam video nie..kan?

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Saturday, July 16

Malaysia VS Liverpool di Stadium Anfield!

Hari ini membuat hati aku terusik sedikit bila melihat 'kereta' itu tiba di rumah. Teringat-ingat hari-hari yang dilalui bersama rakan-rakan lain apabila melihat 'kereta' itu di depan rumah gua!.  Lu orang nak tau 'kereta' apa yang aku maksudkan tu?  Tunggu nanti next entry yea.

So, hari nie takde dengar cerita pasal perhimpunan haram lagi yea?  Cuma hari ini akan ada ramai yang berkumpul di Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang pasukan kebanggaan kita semua Malaysia!.  Aku ulang sekali lagi perlawanan di Stadium Bukit Jalil, Malaysia yea dan bukan di Stadium Anfield!...bukan di Stadium Anfield..bukan.


- Ini adalah Stadium Anfield yang tertulis 'LFC' ( Liverpool F.C ) -


- Ini Stadium kebanggaan rakyat Malaysia ( Stadium Bukit Jalil ) -

Nampak kan perbezaan antara 2 stadium ini?  Saje aku nak bagitau perbezaan 2 stadium ini sebabnya nanti takot-takot ada rakyat Malaysia yang tak sedar diri dorang ni duduk di Malaysia tapi lebih menyokong kepada Liverpool.  Sebab pada perlawanan yang lepas antara Malaysia vs Arsenal,  ramai yang memberitahu seperti berada di Stadium Emirates.  Semua merah je sebab menyokong kelab yang diminati berbanding menyokong negara sendiri.  Beza tak kelab dengan negara tu?

Korang tukar la kewarganegaraan korang tu senang cite.  Buat sakit hati je,  sebab tak dapat bezakan antara kelab dan negara sendiri.  Aku pun ada pilihan kelab EPL yang diminati,  tapi takde lah sampai lupa asal usul,  cukup la sekadar menyokong mereka dari kedai mamak or tengok live dekat astro di rumah je,  tak perlu la sampai depa datang ke Malaysia pun nak sokong lagi wey.  Bangga lah dengan team Malaysia kita, support sikit.  Sedar yang kita jugak ada pemain-pemain yang berkualiti!

Jangan di sebabkan team Malaysia kita kurang menyengat,  korang dah berpaling tadah.  Cuba korang bayangkan sendiri keadaan korang bila jadi pemain dan bermain di tempat sendiri.  Tapi penyokong semua menyokong pasukan lain?  Ape rasa?  Rasa hilang semangat tau.

Semoga Harimau Malaya dapat membuka mata rakyat Malaysia sendiri pada hari ini!  Semoga berjaya.  Dan aku nak korang bezakan sikit jersi nak pakai hari ini yea. 


- ini adalah jersi Malaysia yea -


- ini bukan jersi Malaysia -

So, rakyat Malaysia dah dapat bezakan? Antara jersi Malaysia dan Liverpool?  Jadi penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan warna kuning yea!.  Jangan ada lagi yang terasa seperti berada di Stadium Anfield,  sebab semuanya memakai jersi Liverpool.



Semoga berjaya Malaysia! Good luck!~

p/s : harap sangat Malaysia dapat tumpaskan Liverfools...ngeh2...

"FRIENDSHIP IS PRICELESS"

Sunday, July 10

Antara weekend dan BERSIH 2.0 ( 9 Julai 2011 )

Rasa-rasanya mesti ramai yang mengeluh kan semalam?Banyak program-program yang hangpa nak atur semua tak menjadi, mesti ada yang lambat ke kenduri kahwin, lambat ke tempat kerja, lambat nak berdating.  Semua jadi haru la sebab sekatan jalan raya memang banyak,  dan jalan nak ke Kuala Lumpur pun banyak yang tutup.

Semalam aku pun boleh sangkut dekat highway,  padahal jauh lagi dari KL.  Tapi sekatan dah bermula dari Tol Batu 3.  Fed up jugak rasanye,  tak boleh nak kemana.  Last-last pergi ke putrajaya lagi elok,  takde sekatan.

Rasanya semua orang tau kisah perhimpunan BERSIH yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur semalam kan?  Ingatkan perhimpunan itu diadakan di stadium,  tapi setelah tidak dibenarkan maka di jalanan lah perhimpunan itu diadakan.  Antara 'hot spot' dorang nie ialah di sekitar Puduraya,  Jalan Bukit Bintang,  Jalan Tunku Abdul Rahman dan KL Sentral.

Aku taknak ulas kenapa perhimpunan BERSIH ini diadakan,  takut-takut nanti ada pihak yang salah faham.  Lebih baik mendiamkan diri saja,  korang sendiri tengok video-video yang dirakamkan semalam dan korang sendiri buat lah penilaian yea.






Cukup lah aku rasa setakat itu.  Dan untuk pengetahuan korang antara pemimpin-pemimpin yang ditangkap ialah :

  • Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( KL Sentral ).
  • Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu ( Jalan Mahameru ).
  • Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayu ( KL Sentral ).
  • Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) .
  • Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral)
  • Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral)
  • Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang)
  • Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (Jalan Bukit Bintang)
  • Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid.
  • Exco Pemuda Umno, Lokman Adam.     
 
Korang tak rasa sedih ke bila tengok keadaan macam dalam video tu?  Siapa sebenarnya dalang semua nie?  Takde siapa pun tahu kan.  Tapi yang pasti keadaan sebegini akan jadi lebih teruk lagi di masa akan datang.  Wait and see.  Bukan cerita tipu,  tapi kalau korang tengok yang libatkan diri dalam perhimpunan BERSIH ni ramai jugak yang muda-muda dan kanak-kanak pun ada.  So?  kemungkinan di masa akan datang nanti akan terjadi yang lebih besar dan semakin ramai yang akan libatkan diri.
 
Mungkin sekarang dapat dikawal dan polis dapat elakkan dari berlaku perkara-perkara yang boleh mengugat keamanan negara,  tapi di masa akan datang?  Bila pelapis-pelapis BERSIH yang muda-muda ini bangkit 1 hari nanti, macam mane?  Bayangkan apa yang akan berlaku...
 
Walau macam mane pun sebahagian lagi rakyat Malaysia semalam masih ada lagi yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara ini.  Mesti bersebab perkara ini berlaku..Renung-renungkan lah yea.

p/s :  korang rasa akan lebih ramai tak libatkan diri di masa akan datang nanti?

p/s lagi : aku tak nampak pun ada parang melayang dan sesiapa pun diantara mereka yang pegang parang?  kadang-kadang berita dekat tv pun tak boleh percaya sangat...