Thursday, June 28

Menjual nama 'Muslimah'.

Rasa begitu lama tidak menaip. Maklum la sekarang sibuk sangat, sibuk dengan apa pun tak tau sebenarnye.
Tak tau mana nak mula, yela sebab dah jarang menaip. Idea pun dah kurang, jadi dah lupa nak mukadimah yang best-best. Best ke sebelum ni?
Lihat pada tajuk entry saya tu, rasa masing-masing dah faham bukan apa maksudnya Muslimah itu. Sebut saja Muslimah, semua dah tau itu memang panggilan atau gelaran untuk perempuan yang beragama islam. Dan lebih baik lagi mengambarkan ciri-ciri akhlak yang baik, sopan dan sentiasa taat perintah Allah.

Faham dah maksud muslimah tu?

Yes, kebanyakkan memang dah tahu maksudnya, faham dah. Sebab korang pun sekolah agama, belajar semua tentang aurat dan sebagainya. Ye, memang korang cerdik. Belajar tinggi-tinggi semua sebab sekolah korang memang tinggi. Tapi kurang cerdik lagi, faham kan? Kurang cerdik.

Antara kesalahan kebanyakkan Muslimah sekarang :





Boleh tekan kalau nak lebih jelas lagi!

Tak kisah la kamu tu nak jadi model atas nama Muslimah tu. Nak terkenal, minat kan? Jawapan yang sama selalu dapat. Takpelah, dah awak minat. Tapi Allah dah bagi pilihan kita dekat dunia ni, nak syurga atau neraka.

Rasulullah pernah bersabda :

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman :

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."  Surah Al-Ahzab :59

Islam sebenarnya melindungi kaum wanita ini. Allah memerintahkan agar kita berpakaian menutup aurat yang sempurna. Supaya orang akan kenal ini adalah wanita Muslimah yang sebenar.  Kalau korang perasan lah kan, lebih-lebih lagi kaum wanita.  Bila kamu berjalan dengan menutup aurat yang sempurna, ada ke gangguan dari lelaki-lelaki yang memang pantang nampak 'ikan'? Ada yang berani nak mendekati kamu? Ada memang ada, tapi sangat-sangat sedikit.

Cuba lihat pula yang tidak menutup aurat? Yang terdedah sana dan sini, pakaian ketat sampai nampak susuk badan. Ada gangguan? Jangan cakap lah kan, yang bukan warganegara Malaysia pun minat dekat korang. Berani pegang-pegang. Terganggu bukan?

Kembali kepada model tadi. Mesti kamu dah faham apa yang dimaksudkan dengan aurat. Kebanyakkan yang ada model atas nama 'Muslimah' ni, menampakkan leher, bersanggul tinggi, lengan terdedah. Ada juga yang nampak susuk badan.

Itu maksud saya menjual nama 'Muslimah'. Dengan perbuatan kamu tu, orang lain boleh memandang rendah pada gelaran Muslimah ini tau? Sebab kamu ikon, ramai orang kenal. Jadi beringat lah. Jadilah orang yang bersyukur dengan kurniaan Islam ini. Orang yang bersyukur bukan hanya dengan ucapan Alhamdulillah. Tapi bersyukur dengan menambahkan amal ibadat. Bukan tambah maksiat.

Jangan salahkan orang yang menjual pakaian itu pada kamu, tapi salahkan pada diri sendiri kenapa membeli? boleh beli, tapi pastikan kamu menutup aurat dengan SEMPURNA!

Bertaubatlah selagi masih terbuka pintu taubat ni. Selagi Allah masih bagi kita peluang. Jangan besok nanti kita celik mata, matahari terbit sebelah barat. Dan pada masa itu kita masih lagi melakukan kemungkaran. Nauzubillah. Jangan memalukan sahabat-sahabat mu yang lain, yang menutup auratnya dengan sempurna, kerana mereka faham apa maksudnya Muslimah itu.

Biarlah kita tidak cantik dimata manusia, janji kita nampak cantik di hadapan Allah nanti.  

Maaflah jika ada yang terasa, tapi itu lah hakikatnya. Selagi kamu tidak terasa, selagi itu kamu tidak akan sedar. Wallahualam. INGAT, MATI ITU PASTI!.

p/s : semua orang ada minat masing-masing, tapi takdelah sampai mengundang kemurkaan Allah.

"CAKAP BIAR TERASA"

Friday, June 15

Tazkirah Jumaat : Kerana Sebiji Bual Epal.






Pada zaman dahulu terdapat seorang pemuda yang sangat soleh dan warak. Dia terkenal dengan seorang yang sangat jujur dalam percakapan dan perbuatannya.

Nama pemuda itu ialah Abu Salih, tinggal di sebuah kota kecil berhampiran kota Jilan di negeri Parsi. Khabarnya Abu Salih adalah keturunan Saiyidina Hasan Bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Pada suatu hari, ketika Abu Salih sedang duduk ditepi sebuah sungai, tiba-tiba ia ternampak sebiji buah epal sedang hanyut dibawa arus. Abu Salih belum lagi makan apa-apa pada hari itu dan dia benar-benar merasa lapar. Hendak pulang kerumah tetapi agak jauh. Dia pun mengambil buah epal tersebut lalu dimakan.  Baru saja Abu Salih makan buah epal itu sikit, lalu dia sedar akan kesalahannya.  Dia telah berbuat dosa kerana makan makanan yang bukan kepunyaannya. Buah itu jatuh dari pokok kepunyaan orang lain.

Oleh kerana Abu Salih seorang yang beragama, dia tidak merasa senang makan barang yang bukan miliknya, lantas dia pun bangun untuk mencari tuan punya pokok buah epal itu. Maksudnya tidak lain untuk memberitahu akan ketelanjuran perbuatannya serta memohon dihalalkan buah yang dimakannya itu.

Maka Abu Salih pun berjalanlah mudik ke hulu sungai. Sedang dia berjalan itu nampaklah olehnya dahan pokok-pokok epal berjuntai di atas air sungai itu. Banyak pula buah-buah epal yang jatuh serta dibawa arus sungai itu. Maka dia pun berjalan terus mencari tuan punya pokok-pokok epal itu.

Tidak lama kemudian sampailah Abu Salih ke sebuah rumah yang sederhana besarnya. Katanya dalam hati, tuan rumah ini tentulah yang empunya pokok-pokok epal itu. Tuan punya rumah yang di masuki Abu Salih itu bernama Abdullah Sawmai, seorang wali yang terkenal dikota Jilan itu.




Setelah masuk berjumpa dengan orang tua itu maka Abu Salih pun memberitahu apa yang telah terjadi lalu minta maaf kepada orang tua itu. Tetapi Abdullah Sawmai memberi syarat bahawa dia sedia memaafkannya sekirannya Abu Salih sanggup tinggal bersama-sama dengannya selama 12 tahun.  Dalam hati wali itu berkata :

" Baik sungguh pemuda ini hinggakan termakan buah epal pun dia merasa perlu untuk meminta maaf kepadaku! "

Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan. Sejak itu, tinggallah dia bersama-sama wali itu.  Semasa tinggal dirumah itu, Abu Salih tolong meringankan hidupnya dengan membuat berbagai kerja rumah. Setelah 12 tahun, dia tinggal bersama wali itu, maka 1 hari itu dia pun pergi menemui orang tua itu. Maksudnya tidak lain ialah meminta maaf sekali lagi. 

Abdullah pun berkata " Aku sedia memaafkan engkau dengan syarat kau bersetuju berkahwin dengan anak gadisku yang buta, pekak dan cacat. "

Dia berfikir dalam hatinya mungkin itu adalah 1 cobaan dari Allah terhadap dirinya.  Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin membersihkan dosa-dosanya yang telah lalu. Maka Abu Salih pun dengan rela hati bersetuju dengan syarat itu.

Kini Abu Salih sudah berumahtangga. Dia begitu terkejut bila didapati bahawa isterinya itu tidak buta, pekak atau cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya.  Sebaliknya isterinya itu adalah gadis yang teramat jelita yang tidak pernah ditemui gadis secantik itu dalam hidupnya. Dalam hatinya berkata :

" Mungkin inilah balasan Allah terhadapku kerana sanggup menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dulu?"




Maka pada 1 hari, sedang ayahnya duduk dipintu rumahnya memandang alam sekitarnya, Abu Salih pun pergi menghampirinya lalu bertanya :

" Wahai ayahku, kenapakah ayah katakan anak ayah itu buta, pekak dan cacat dulunya itu? "

Maka Abdullah Sawmai pun menjawab :

" Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain ayahnya. Dia itu aku katakan pekak kerana dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia itu cacat kerana dia belum pernah berbuat dosa "

Maka semenjak hari itu berbahagialah pemuda Salin yang memang soleh hidupnya bersama-sama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

Allah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” 
 
( Surah ali ‘Imraan :200 )
 
p/s : semoga kita tegolong di kalangan orang yang banyak bersabar.

"CAKAP BIAR TERASA"

Thursday, June 14

Halwa Telinga : Qasidah Ya Ha Na Na

Rasa tenang bila mendengar kan Qasidah Yahanana ( Betapa beruntungnya kami ) ini. Jadi saya nak share pada readers-readers blog ini, untuk kita sama-sama mendengar dan fahamkan. Cukup indah.

Jom sama-sama kita dengar yea :




Zhoharoddinul mu'ayyad bizuhurin Nabi Ahmad... 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah...
Yahanana... 8x


Khusso bissab'il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma'aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa 'alaihi anzalallah

Yahanana..

Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa 'iru walhamdulillah

Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi 'alaa kullil anam

Yahanana...

Shollu 'ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu 'alaihi wasallimmu
Yasy fa' lana yaumazziham

Yahanana...

*************************************
Maksud dalam Bahasa Melayu :

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab'ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.

Indah bukan? Jom tengok kanak-kanak yang bijak ini pula dengan qasidahnya :

Qasidah by Adik Zara :


p/s : sesiapa yang rasa ada kelapangan untuk pergi majlis seperti ini, datanglah ke Masjid Muadz B Jabal di Setiawangsa setiap hari jumaat. Bermula dalam pukul 9mlm. 

Friday, June 8

Tazkirah Jumaat : Buah Terung Haram.

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati. Di permudahkan segala urusan.

Pada hari ini, saya nak kongsikan 1 cerita menarik. Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai yang belum tahu juga. Takpe, itu gunanya blog ini. Untuk kita kongsi / share sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Kerana berblogging ini juga 1 kelebihan yang Allah beri pada kita. Idea dan inspirasi semua datang dari Allah, ada hikmahnya.

Jadi kepada yang bersyukur dengan nikmat Allah. Pasti dia akan memberi manfaat kepada orang lain. Itu tanda hambaNya bersyukur. Ingat tu, yang bermanfaat!

Buah Terung Haram.
 
 

Di kota Damsyik Syria, ada sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid At-Taubah. Pada 70 tahun yang lalu, masjid ini pernah didiami oleh seorang pemuda penuntut ilmu yang bernama Sulaim as-Suyuthi. Dia terkenal dengan kepandaian dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi sangat fakir. Ada sebuah bilik di masjid itulah jadi tempat teduhannya.

Pada suatu hari, Sulaim berasa sangat lapar. Sudah 2 hari dia tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ke-3, dia berasa hampir mati.

Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

Dalam pemikirannya sudah sampai kepada keadaan darurat yang membolehkannya makan bangkai atau mencuri sekadar memenuhi keperluannya.

Apa yang dia lakukan? Lalu dia memilih untuk mencuri.

Masjid yang diduduki nya berada di tengah-tengah kota. Pada masa itu, rumah-rumah saling berdekatan dan atapnya saling bersentuhan. Jika seseorang mahu, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Pemuda ini segera memanjat dinding masjid, lalu terus melangkah ke atap rumah penduduk.

Dia terus melangkah mencari rumah mana yang boleh dimasuki untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perutnya yang kosong.

Sesekali dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, namun beliau segera menutup matanya dan menjauh.





Tiba di 1 rumah, bau harum keluar dari sesuatu makanan yang sedang dimasak. Lalu dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Ketika mengangkat penutup kuali, pemuda yang sedang kelaparan ini melihat terung-terung yang sedang di masak.

Tangannya segera mengambil salah satu daripada terung tersebut lalu mengigitnya.

Namun, sebelum sempat dia menelan gigitan itu, akal sihat dan pelajaran agamanya kembali. Hatinya berkata

"A'uzubillah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak sepatutnya saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya".

Sulaim menyesal, lalu dia mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Lalu dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Oleh kerana terlalu lapar, dia tidak mengerti apa yang sedang dia dengari. Setelah majlis ilmu itu selesai, semua sudah kembali ke rumah kecuali yang tinggal ialah Sulaim dan syeikhnya.

Tiba-tiba seorang wanita berniqab datang dan berbicara kepada si syeikh dengan suara yang sangat halus.




Syeikh itu kemudian memanggil Sulaim lalu berkata kepadanya :

" Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada orang yang menjaganya selain pakciknya yang sudah sangat tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Justeru, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya daripada orang jahat. Mahukah engkau menikahinya? "

Sulaim berkata " Ya "

Lalu syeikh itu bertanya kepada perempuan itu : " Mahukah engkau menerimanya sebagai suami? "

Dia menjawab " Ya ".

Lalu syeikh memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua orang saksi. Tidak lama kemudian, akad nikah pun terlaksana dengan sempurna.

Syeikh berkata " Bawalah suamimi ini ".

Lalu perempuan itu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya.  Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Dalam hati, Sulaim seolah-olah mengenali rumah yang menjadi tempat kediaman isterinya ini.

Ketika Sulaim kehairanan melihat rumah itu, isterinya bertanya " Mahukah engkau makan?"

Jawab Sulaim, "Ya".

Isterinya terus pergi ke dapur, dan membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya yang sedang di masak. Lalu berkata :

" Hairan sekali, siapakah yang telah masuk dan memakan terung-ku? "

Tatkala mendengar kata-kata itu, Sulaim menangis lalu menceritakan kisahnya.

Dengan senyum penuh makna, isterinya berkata :

" Inilah hasil daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, lalu Allah memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh isinya ".


Inilah 1 contoh yang baik, patut dicontohi oleh semua orang pada zaman sekarang ini.

Allah berfirman : 

" Tidak ada seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang., sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan " (surah as-Sajdah 32:17)
 
* cerita ini di tulis oleh Umar Muhammad Noor dalam bukunya ( Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia).
 
Kengkawan boleh cari buku ini, banyak cerita yang boleh di jadikan teladan untuk kita.
 
p/s : tinggalkan perkara yang haram, insyaAllah kita akan dapat masa halal.

"CAKAP BIAR TERASA"


Friday, June 1

Diari Seorang Isteri.

Kisah ini saya copy paste dari facebook. InsyaAllah dapat menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Diary seorang isteri (sedih)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"

rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar...

"Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.

 "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.

Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan.

Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa.

"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.

"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"  ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.

Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya.

Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,

"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan " kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa

"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker!!" marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.

Nisa tak dapat buat apa-apa.

YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian, terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.

 "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.

Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. ..

"Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"  Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.

 "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain.

Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit"  Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.

"Hello Zakri speaking" jawab Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?"  tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya..

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya"  kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.

Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa.

Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

"YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa." Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis

"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA"

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.

Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya.

Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. 
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.
 "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa.


 p/s : hargai lah kurniaan yang Allah berikan pada kita. Kadang-kadang kita bila ada sesuatu didepan mata tidak mahu dihargai, tapi bila hilang di mata. Ketika itu baru sedar.