Pada zaman dahulu terdapat seorang pemuda yang sangat soleh dan warak. Dia terkenal dengan seorang yang sangat jujur dalam percakapan dan perbuatannya.
Nama pemuda itu ialah Abu Salih, tinggal di sebuah kota kecil berhampiran kota Jilan di negeri Parsi. Khabarnya Abu Salih adalah keturunan Saiyidina Hasan Bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Pada suatu hari, ketika Abu Salih sedang duduk ditepi sebuah sungai, tiba-tiba ia ternampak sebiji buah epal sedang hanyut dibawa arus. Abu Salih belum lagi makan apa-apa pada hari itu dan dia benar-benar merasa lapar. Hendak pulang kerumah tetapi agak jauh. Dia pun mengambil buah epal tersebut lalu dimakan. Baru saja Abu Salih makan buah epal itu sikit, lalu dia sedar akan kesalahannya. Dia telah berbuat dosa kerana makan makanan yang bukan kepunyaannya. Buah itu jatuh dari pokok kepunyaan orang lain.
Oleh kerana Abu Salih seorang yang beragama, dia tidak merasa senang makan barang yang bukan miliknya, lantas dia pun bangun untuk mencari tuan punya pokok buah epal itu. Maksudnya tidak lain untuk memberitahu akan ketelanjuran perbuatannya serta memohon dihalalkan buah yang dimakannya itu.
Maka Abu Salih pun berjalanlah mudik ke hulu sungai. Sedang dia berjalan itu nampaklah olehnya dahan pokok-pokok epal berjuntai di atas air sungai itu. Banyak pula buah-buah epal yang jatuh serta dibawa arus sungai itu. Maka dia pun berjalan terus mencari tuan punya pokok-pokok epal itu.
Tidak lama kemudian sampailah Abu Salih ke sebuah rumah yang sederhana besarnya. Katanya dalam hati, tuan rumah ini tentulah yang empunya pokok-pokok epal itu. Tuan punya rumah yang di masuki Abu Salih itu bernama Abdullah Sawmai, seorang wali yang terkenal dikota Jilan itu.
Setelah masuk berjumpa dengan orang tua itu maka Abu Salih pun memberitahu apa yang telah terjadi lalu minta maaf kepada orang tua itu. Tetapi Abdullah Sawmai memberi syarat bahawa dia sedia memaafkannya sekirannya Abu Salih sanggup tinggal bersama-sama dengannya selama 12 tahun. Dalam hati wali itu berkata :
" Baik sungguh pemuda ini hinggakan termakan buah epal pun dia merasa perlu untuk meminta maaf kepadaku! "
Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan. Sejak itu, tinggallah dia bersama-sama wali itu. Semasa tinggal dirumah itu, Abu Salih tolong meringankan hidupnya dengan membuat berbagai kerja rumah. Setelah 12 tahun, dia tinggal bersama wali itu, maka 1 hari itu dia pun pergi menemui orang tua itu. Maksudnya tidak lain ialah meminta maaf sekali lagi.
Abdullah pun berkata " Aku sedia memaafkan engkau dengan syarat kau bersetuju berkahwin dengan anak gadisku yang buta, pekak dan cacat. "
Dia berfikir dalam hatinya mungkin itu adalah 1 cobaan dari Allah terhadap dirinya. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin membersihkan dosa-dosanya yang telah lalu. Maka Abu Salih pun dengan rela hati bersetuju dengan syarat itu.
Kini Abu Salih sudah berumahtangga. Dia begitu terkejut bila didapati bahawa isterinya itu tidak buta, pekak atau cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya itu adalah gadis yang teramat jelita yang tidak pernah ditemui gadis secantik itu dalam hidupnya. Dalam hatinya berkata :
" Mungkin inilah balasan Allah terhadapku kerana sanggup menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dulu?"
Maka pada 1 hari, sedang ayahnya duduk dipintu rumahnya memandang alam sekitarnya, Abu Salih pun pergi menghampirinya lalu bertanya :
" Wahai ayahku, kenapakah ayah katakan anak ayah itu buta, pekak dan cacat dulunya itu? "
Maka Abdullah Sawmai pun menjawab :
" Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain ayahnya. Dia itu aku katakan pekak kerana dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia itu cacat kerana dia belum pernah berbuat dosa "
Maka semenjak hari itu berbahagialah pemuda Salin yang memang soleh hidupnya bersama-sama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.
Allah berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah
kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri
kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.”
( Surah ali
‘Imraan :200 )
p/s : semoga kita tegolong di kalangan orang yang banyak bersabar.
"CAKAP BIAR TERASA"
suka baca entry nie....
ReplyDeletegambar apelnya menarik,, ini cerita asli atau dongeng saja
ReplyDeletetirah : mekaceh..hehehe
ReplyDeleteazza : cerita2 teladan dari buku~bkn dongeng..=)
ReplyDeleteika pernah baca kisah ni.. kisah ini macam menyerupai kisah nabi2 dahulu.. tapi x ingat yg mana satu.. betul tu biel.. setiap ujian yang Allah bagi tu pasti ada hikmahnya kan.. redha dan bersangka baik terhadap Allah, insyaAllah Allah akan beri yg terbaik untuk kita =)
ReplyDelete